Bab 20

Other Completed 4937

Bab 20

Coraline menjerit sambil melompat-lompat dalam air yang separas pinggang.

"Ish kau ni kenapa?" Marah lunna.

"Ehh! Apasal korang ni?" Rahman terpinga-pinga dalam kegelapan.

"Ada.. ada benda sentuh aku.." coraline masih lagi dalam keadaan terlompat-lompat.

Rahman yang berjalan di hadapan cuba meraba-raba benda di sekitarnya yang berada dalam air. Dia tertendang sesuatu di dasar kakinya.

"Ini.. ini... mayat." Rahman memperlahankan suaranya. Bau hangus seperti terbakar. Lunna dan coraline turut tersentuh sesuatu di dasar kaki mereka.

"Mayat? Mayat siapa pula?" Coraline mula menggigil. Oh rupanya mayat yang menyentuhnya tadi. Meremang bulu romanya.

"Mungkin mayat pekerja di bahagian dapur yang terbakar. Sebab tadi kan kau cakap yang bahagian dapur dah meletup." Lunna bertanya pada rahman. Rahman kelihatan mengangguk-nganggukkan kepalanya. Bersetuju dengan andaian lunna.

"Yaa! Kita terpaksa lalu bahagian dapur. Hanya ini laluan untuk ke tingkat atas yang ada. Laluan lain dah musnah. Kita boleh guna tangga kecemasan di sana. Tu pon kalau belum musnah." Jelas rahman lagi.

"Arggggghhhhhhhh!!!"

"Coraline kenapa?" Lunna terkejut melihat coraline tiba-tiba rebah dan hampir tenggelam. Nasib baik dia sempat merangkul lengan coraline setelah mendengar coraline menjerit tadi. Tiba-tiba kelihatan air bertukar merah sedikit. Coraline tercedera di kaki tapi mengapa? Sesuatu dilihat sedang meloncat-loncat di di dalam air, seperti ikan. Makin lama makin banyak meloncat di sekitar mereka. Rahman memapah coraline yang masih pengsan. Mereka berdiri membelakangi antara satu sama lain. Ikan masih melompat-lompat. Kelihatan bukan seperti ikan biasa tetapi nampak lebih besar. Seekor ikan menyerang lunna, berbekalkan sedikit cahaya samar-samar dari wayar-wayar elektrik, rahman sempat menepis ikan itu dengan lenganya. Akibatnya, lengannya sedikit luka terkena gigitan ikan itu bergigi tajam.

"Ini.... ikan.. piranha." Kata rahman pada lunna di sisinya.

"Lari lunna!!!! Pergi ke tangga kecemasan sana." Rahman menjerit. Ketika itu coraline mula sedar dari pengsan. Dia diserahkan pada lunna untuk menyelamatkan diri dari ikan yang memakan menusia itu.

"Not without you!" Lunna meningkah arahan rahman. Dia kini memapah coraline yang masih belum sedar sepenuhnya.

"Gooo!! I'll be fine."

Lunna terpaksa melangkah pergi dalam kepayahan meredah air yang semakin meningkat. Sudah lah dia tu pendek, coraline pula tinggi.

Rahman mencapai kapak yang kebetulan masih tergantung elok di dinding. Dia kemudian melibas-libas kan kapak yang dipegangnya. Sesekali ikan piranha berjaya menggigitnya di badanya sehingga mengeluarkan darah. Sambil melibas kapak, dia berjalan menuju ke tangga kecemasan.

Sampai ditangga kecemasan yang belum dinaiki air, lunna menarik rahman naik ke atas tangga yang masih mempunyai lampu tetapi malap sahaja. Dia terbaring kesakitan di seluruh tubuhnya sehingga terdapat kesan koyakan di bajunya. Gigitan ikan piranha juga terdapat pada bahagian kaki lengan, badan dan pipinya juga. Darah tidak henti-henti mengalir keluar. Lunna cemas seketika. Entah apa yang perlu dia lakukan.

"Rahman... i'm sorry." Lunna menangis. Dia berasa sebak kerana rahman sanggup mengorbankan diri demi keselamatan dia dan coraline.

"Heyy! Kenapa menangis? Kita dah cakap kan. Kita baik-baik saja." Rahman tersenyum.

***************************

*pengelasan saintifik*
-ikan piranha sejenis ikan omnivor kecil air tawar yang tinggal secara berkumpulan di dalam laut merah dan sungai2 berdekatan amerika selatan.
-Ikan ini mempunyai gigi yang sangat tajam untuk memakan mangsa.
-Ia juga mempunyai deria bau yang kuat seperti ikan jerung.
-ikan ini juga amat menggemari darah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience