Bab 9

Other Completed 4937

Bab 9

Akhirnya majlis persepsi pertunangan rahman dan coraline berakhir. Majlis itu hanya sekadar untuk makan-makan ahli keluarga dan sahabat handai keluarga rahman dan keluarga coraline juga. Rahman bergegas keluar dari dewan sambil menarik tangan coraline hingga ke bilik coraline.

"What wrong with you?" Coraline meninggikan suaranya sambil memegang pergelangan tangannya yang sakit dicengkam rahman sebentar tadi.

"Kita yang patut tanya you! What wrong with you coraline!!" Getaran suara rahman sampai ke puncaknya. Belum pernah dia meninggikan suara sebegitu. Kali terakhir ketika dia dipaksa ayahnya masuk ke sekolah pondok pada usia 12 tahun.

"Apa??"

"Don't act like you don't know! Kenapa buat lunna macam tu?"

"Buat apa? I tak buat apa pon rahman. You nampak kan dia jatuh sendiri."

"You yang tarik tangan dia sampai dia terjatuh. Orang semua nampak coraline. Jangan menidakkan kesalahan sendiri."

"Fine!! Memang i tarik tangan dia tapi i tak sangka dia boleh jatuh. Pelayan 2 orang tu pon bukan salah i. Yang you nak bela dia sangat dah kenapa?" Rahman terdiam seketika. 'Because i love her. I love her, coraline. Not you' Ingin saja dia meluahkan kata-kata itu tetapi hanya tersekat di dalam hati. Dia enggan menyakiti hati mana-mana wanita kerana sekali menyakiti hati wanita ibarat menyakiti hati Rasulullah SAW. Tambahan pula coraline itu tunangnya. Tunang paksaan sebenarnya.

"Hah! Kenapa diam?" Jawablah, Kenapa you nak bela dia sangat? Falling in love with her? Rahman, rahman... you jangan ingat i tak tahu you bagi lunna gelang tangan malam semalam. You ingat i bodoh? Hahahah." Coraline ketawa sambil berjalan mengelilingi rahman yang membatu.

"Perangai macam ni, you nak kita jadikan isteri nanti? I should think twice." Rahman terus berlalu pergi meninggalkan coraline. DEEP.

★★★

Selepas berakhirnya majlis, mark terus menuju ke bilik kawalan angin apabila mendapat panggilan kecemasan.

"Macam mana kapten? Apa perlu kita lakukan sekarang?" Seorang pegawai kelihatan sedikit gelisah apabila kapal mereka bakal merempuh ribut yang sedang aktif 100 meter sahaja di hadapan mereka.

"Apa kita patut mengundur ke belakang kapten?" Tanya seorang lagi pegawai yang kelihatan sibuk berada dihadapan komputer berskrin besar.

"Tapi, kalau kita mengundur pon pasti tidak sempat. Kelajuan angin dicatat 400knot/jam malah ombak boleh mencecah sehingga 20 meter." Kata seorang lagi pegawai sambil matanya menatap statistik ribut yang sedang aktif di skrin komputer.

"Peralihan musim telah bermula dan itu bererti udara sejuk dari Antartika bergerak ke atas dan udara panas bergerak ke bawah mewujudkan peristiwa cuaca yang teruk." Seorang ahli meteorologi wanita memberi gambaran bagaimana ribut boleh terhasil. Semua pegawai memandang kapten mark yang masih berdiam diri.

"Berdiri di stesen masing-masing. Kita akan merempuh!" Akhirnya mark bersuara memberi arahan.

★★★

Raudah berjalan menuju ke arah ruangan bilik first class. Dia berhenti betul-betul di hadapan bilik bernombor 556. Setelah menunggu beberapa ketika, pintu bilik terbuka dan dia masuk ke dalam bilik itu.

"Sampai pon. Aku ingatkan dah tak nak duit." Kata coraline yang duduk di atas sofa. Disebelahnya berdiri 2 orang pelayan. Lelaki dan wanita.

"Gila kau, tak nak duit." Balas raudah sambil berjalan merapati coraline.

"Thanks bantu aku memudahkan kerja aku." Kata coraline sambil menulis sekeping cek bernilai RM1000 lalu diberinya cek itu kepada raudah.

"RM1000? Hey! come on... RM1000 aku boleh cari celah kuku jelah." Raudah kelihatan tidak berpuas hati. Coraline pula hanya tersenyum sinis.

"Dasar mata duitan! Aku minta tolong kau untuk beritahu kedudukan lunna je tadi masa dekat bilik pergerakan angin." Coraline membantah.

"Hey! Kau ingat senang? Dah lah aku berjalan dalam kumpulan nasib baik tak kantoi." Raudah enggan mengalah. Dia terpaksa mengawasi kedudukan lunna semasa dalam game running ship sebentar tadi bagi memberitahu coraline.

"Fine!!" Akhirnya coraline terpaksa mengalah. Dia menulis cek RM10000 lalu diberinya pada raudah. Raudah menyambut lalu tersenyum puas. Tanpa disedari sepasang mata melihat perkara yang berlaku di dalam bilik itu.

------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience