Bab 21

Other Completed 4937

Bab 21

Jam menjangkau pukul 4.15 minit pagi, captain mark dan lain-lain petugas sibuk menguruskan penumpang-penumpang lainnya. Mark mengarah anak-anak kapal membuang sebanyak mungkin pelampung perahu bewarna kuning ke dalam laut yang masih bergelora. Ini membolehkan mangsa-mangsa yang tercampak ke dalam laut boleh mendapatkan pelampung perahu bagi menyelamatkan diri. Pada masa yang sama, mereka menunggu pasukan penyelamat dari Organisasi Persenjataan Rahsia A.S tiba selepas pihak sana menerima panggilan kecemasan dari Kapal Impiana.

"Ada nampak coraline?" Mark menarik seorang anak kapal yang kelihatan sibuk.

"Maaf kapten, saya tak nampak. Tapi kawan saya ada nampak coraline menolong seorang budak perempuan tadi."

"Di mana?"

"Rasanya di tingkat 2"

"Baiklah," jawab kapten mark ringkas lalu berlalu pergi.

"Kapten nak pergi mana? Kejap lagi pasukan penyelamat akan tiba." Tanya anak kapal tadi suaranya sedikit tinggi bagi melawan deruan angin yang masih kencang.

"Awak uruskan apa yang patut. Saya akan datang kejap lagi." Mark berlalu pergi meninggalkan keriuhan yang berlaku di deck pertama.

★★★

Lunna membalut luka-luka yang terdapat pada pipi, badan dan kaki rahman. Mujur di sudut tangga kecemasan itu tadi terdapat sehelai kain putih. Dia mengoyakkan kain itu kepada beberapa cebisan lalu membalut luka di kaki coraline dan rahman yang kini terlelap. Mungkin terlalu penat dan menahan sakit terkena gigitan ikan piranha yang sememangnya boleh membawa maut. Dia berharap mereka berdua tidur barang seketika bukan untuk selamanya. Jangan tinggalkan dirinya seorang diri di sini masih terkapai-kapai mencari jalan keluar. Dalam keadaan sunyi sepi itu dan hening malam itu, kerinduannya pada keluarga di rumah memuncak sehingga air matanya bertakungan di kelopak mata. Hanya menunggu menitis sahaja. Dia menyandarkan badan dan kepalanya ke dinding.

"Ibu, ayah... abang, adik... i miss you guys so much. Jangan lupakan lunna walau nanti lunna dah tiada. Sebut nama lunna dalam setiap doa. Maafkan segala salah silap yang pernah lunna buat." Air matanya menitis lagi buat sekelian kalinya. Dia mengalihkan pandangannya ke arah rahman yang sedang ketiduran tidak berbaju hanya bersinglet putih kerana bajunya sudah compang-camping dikoyak ikan piranha tadi. Terbit rasa kasihan dalam sanubari nya melihat rahman dalam keadaan cedera. Baru beberapa hari dia mengenali jejaka tampan itu hatinya mula terusik dengan sikap rahman yang sangat merendah diri. Tidak suka dirinya dipandang tinggi. Lunna juga menyedari rahman menggelar dirinya 'kita' bukan 'aku' 'kau' sebagaimana dia memanggil rahman sendiri. Dari situ dia dapat melihat rahman sangat berhemah dari segi percakapan. Tiba-tiba dia teringatkan zaim. Hmm, lelaki itu sangat lucu baginya. Kalau disekolah memang jarang mereka berjumpa malah tidak bertegur sapa. Pernah juga zaim menegurnya namun tidak dilayan. Bukan sombong, dia cuma tidak suka berborak dengan lelaki kecuali abang dan dan adiknya. Tetapi zaim kini sudah tiada kerana telah mengorbankan dirinya demi keselamatan lunna. Dia berhutang nyawa dengan zaim. Dia teringat, zaim pernah mahu memberitahunya sesuatu ketika mereka berdua berada di halaman utama beberapa jam lalu sebelum kejadian buruk ini berlaku. Namun, tidak sempat zaim memberitahunya hal itu.

"Kenapa kau menangis?" Coraline yang tadinya ketiduran di hadapan Lunna, mula bangkit duduk menyandar dinding. Mata mereka bertentangan. Lunna menyeka air matanya yang masih tersisa.

"Kaki kau macam mana?" Tanya lunna. Mengubah topik perbualan.

"Hmm.. sakit." Balas coraline ringkas. Dia mengeluh dan sempat menjeling gelang tangan yang tertera huruf SL yang tersemat indah dipergelangan tangan kiri lunna.

"How lucky you are." Kata coraline.

"What do you mean?" Lunna tidak mengerti apa yang cuba coraline maksudkan. Dia melihat coraline hanya tersenyum. Sinis atau ikhlas? Dia keliru.

"Dicintai oleh seorang lelaki yang sangat baik." Coraline mengalihkan padangannya memandang rahman yang sedang tidur mengiring. Sejuk barangkali. Lunna mengerti, dia maksudkan rahman.

"Hmm, kau lagi bertuah. Tak lama lagi akan dapat suami yang baik." Kedengaran coraline ketawa kecil dengan kata-kata lunna sebentar tadi.

"Kenapa gelak?" Tanya lunna.

"Kau ingat dapat suami yang sama sekali tak pernah suka diri kita ni bertuah? Hahaha!"Coraline ketawa kecil, tidak mahu mengejutkan rahman yang leka tidur.

"Mana kau tahu rahman tidak suka kau?" Setahu lunna hanya dia dan rahman yang tahu berkenaan itu kerana rahman pernah memberitahunya.

"Dah lama pun. Sejak majlis pertunangan lagi. Aku je menipu diri sendiri. Percaya yang rahman sukakan aku. Dah macam-macam aku cuba nak rahman sukakan aku tapi semua sia-sia. Aku pernah intip rahman dari jauh,d mungkin dia suka gadis lain tapi tak de. Sampailah kami berdua naik this ship untuk ke Australia nak tempah baju perkahwinan dari sana. Dan rahman jumpa kau, hanya beberapa hari lepas atas kapal ni. Selama ni rahman tunggu kau rupanya." Air mata coraline akhirnya menitis membasahi pipinya yang berkulit putih. Lunna tergamam. Suasana hening seketika.

"Aku minta maaf. Aku tak de niat pon nak....."

"Takkk! Kau tak perlu minta maaf. Kau tak salah pon. Aku sebenarnya tak pandai nak minta maaf kat orang tapi... yeahhh! Aku minta maaf. Dah malukan kau depan orang ramai semalam. Semua tu aku rancang, termasuk dua orang pelayan tu. Ohh ya, dan raudah juga bersubahat." Coraline menundukkan wajahnya. Kecewa. Lunna bangun lalu duduk disebelah coraline. Dia memegang tangan coraline.

"Kita hidup sekali je atas dunia ni. Ajal maut datang bila-bila masa. Sekarang ni pon belum tentu kita selamat dari musibah ni. Mana tahu ajal kita sampai kejap lagi. Tak elok nak simpan dendam sesama manusia. Hmm, aku maafkan kau coraline. Aku pon nak minta maaf juga, sebab hampir-hampir nak bunuh kau tadi.. haha.." lunna cuba berseloroh. Yaaa, memang dia hampir mencekik coraline sewaktu dia mendapat tahu perkhabaran mengenai sahabatnya nurina dan sofea. Coraline juga turut ketawa. Dia memeluk erat lunna.

"Aku maafkan kau juga lunna..." balas coraline masih memeluk lunna.

"Err... ada apa-apa yang kita terlepas ke?" Rahman bangun dari pembaringan dan duduk melunjurkan kakinya yang panjang. Dia menenyeh matanya persis macam kanak-kanak yang baru bangun dari tidur. Comell. Perbuatan itu mengundang gelak tawa lunna dan coraline.

****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience