Bab 23

Other Completed 4937

Bab 23

Lunna, rahman dan coraline tergamam melihat keadaan di hadapan mereka kini. Sisa-sisa kehidupan yang wujud di minda mereka terus terhapus, hanya maut yang bermain di hadapan mereka.

"We will die." Kata coraline dengan suara yang amat perlahan. Di hadapannya hanya terdapat gaung, gaung yang dikelilingi api dan di bawah pula terbentang air laut dengan ombak yang bergelora.

"Tempat apa ni?" Tanya lunna sambil matanya masih memandang ke hadapan.

"Ini.... ini bahagian dapur. Dapur yang telah musnah." Jawab rahman. Satu-satunya jalan untuk mereka naik ke atas telah musnah. Bibirnya terkumat-kamit membaca beberapa ayat suci Al-Quran agar Allah menyelamatkan mereka semua.

"Now what??" Coraline memandang rahman. Dia tidak mahu mati. Dia belum bersedia untuk mati. Dia jahil!. Rahman membalas pandangan tunangnya itu. Kemudian, dia mendongak ke atas. Terdapat satu juntaian tali dari tingkat 3.

"Boleh lompat?" Rahman bertanya pada coraline dan lunna yang berdiri disebelahnya.

"Lompat?" Lunna keliru. Rahman memuncungkan bibirnya ke arah juntaian tali yang terdapat di atas.

"Terlalu jauh" lunna gusar.

"Aku tak boleh lompat. Kaki aku sakit. Macam mana?" Coraline merungut. Dia cuba berjalan beberapa langkah ke hadapan. Tiba-tiba dia tergelincir jatuh ke dalam gaung setelah memijak lantai yang telah reput dijilat api. Rahman sempat mencapai tangan coraline sehingga dia jatuh tertiarap di atas lantai. Coraline menjerit-jerit seperti diserang histeria. Di bawah nya betul-betul terbentang air laut yang ganas dan sekelilingnya pula penuh dengan api terbakar. Sama ada dia jatuh disambar api atau ditelan air yang ganas.

Lunna menapak mahu memberi bantuan. Namun, malang tidak berbau. Dia turut tergelincir jatuh tetapi tangannya masih sempat memaut pada lantai yang masih kukuh. Dia kini berkeadaan seperti coraline. Maut menanti.

"Lunna!!!" Rahman dan coraline menjerit serentak.

★★★

*di rumah lunna*

Nazmi menutup kembali laptopnya. Tadi dia baru bertanya jeremy yang kini berada di Australia berkenaan kapal Impiana. Namun hampa. Jeremy di sana masih tidak tahu apa terjadi kepada kapal itu yang sepatutnya tiba di Australia hari ini. Nampaknya masih belum ada khabar berita berkenaan kapal yang dinaiki lunna. Nazmi memandang jam di dinding, jam menunjukkan pukul 7.00 malam. Maghrib akan tiba beberapa minit lagi. Dia mahu bersiap-siap untuk solat maghrib berjemaah bersama ahli keluarganya. Sekalian memohon pertolongan dari maha Agung agar menyelamatkan lunna dan seluruh penumpang kapal Impiana.

**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience