Bab 15

Other Completed 4937

Bab 15

"Kapten!! Kapal sedang tenggelam." Lapor seorang petugas. Setelah lanun-lanun itu membunuh dan melakukan kerosakkan di atas kapal, mereka pergi membawa segala harta mewah. Selepas itu baru anak-anak kapal mengambil tugas masing2. Mengira penumpang yang hilang atau telah meninggal dan yang masih hidup. Kapten mark hanya cedera ringan di bahagian kaki akibat ditendang oleh lanun. Mujur anak-anak kapal datang menyelamatkannya kalau tidak pasti nyawanya sudah melayang.

"Macam mana boleh terjadi?" Mark kaget.

"Kami syak mereka memusnahkan pintu kedap air di bahagian enjin kapal. Sekarang air mula memasuki kapal di tingkat 6." Terang petugas itu lagi.

"Hm, tutup semua pintu di tingkat 6 termasuk pintu kedap air dan cuba cari bantuan dari mana-mana kapal berhampiran." Arah mark.

"Daddy no!! Rahman macam mana? Dia belum dijumpai." coraline yang berada di sebelah mark membantah kerana selepas rahman keluar dari dewan dia terus tidak tahu keberadaan rahman ketika ini.

"Sayang, nyawa penumpang lain lebih penting sekarang. Maafkan daddy." Mark mengusap rambut anaknya. Coraline menggelengkan kepalanya sambil berjalan mengundur ke belakang. Dia nekad mahu mencari rahman seorang diri walaupun tanpa bantuan dari ayahnya kerana...kerana... 'i love him'

★★★

Walaupun masih tersisa saki-baki air mata, lunna terpaksa meninggalkan zaim. Dia harus mencari kawannya tasha dan jannah bersama rahman. Mereka berdua sepakat mahu turun pula ke tingkat 5 menaiki lif. Sampai sahaja ditingkat 5 dan pintu lif terbuka, air berpusu-pusu masuk ke dalam lif sehingga menolak lunna dan rahman ke dinding lif. Masing-masing terbatuk-batuk. Mujur air tidak terlalu dalam hanya separas peha sahaja.

"Dari mana air ni datang?" Rahman kebingungan. Lunna hanya berdiam diri kerana dia juga tidak tahu sebabnya.

"Tolong!! Please somebody helpppp!!!!" Kedengaran suara seseorang meminta tolong.

"tasha? jannah?" Lunna kenal suara tasha apabila dia menjerit seperti sewaktu dia mengetuk dinding bilik semalam. Dia terus mencari arah suara itu dalam kepayahan berjalan dalam air. Sampai sahaja di selekoh lorong bilik pertama, kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat sehingga menggegarkan ruangan itu. Berdesing telinga rahman ketika itu.

"Letupan.. dari ruangan dapur!. Kita kena cepat lunna. Tempat ni akan meletup!"

Akhirnya lunna dan rahman bertemu tasha dan jannah. Mereka berdua terperangkap di tangga tingkat 6 akibat pintu telah ditutup. Ada pagar besi yang menghalang mereka.

"Lunna! Tolong kami. Buka pintu ni pleasee." Jannah merayu. Rahman cuba menggocangkan pintu besi itu namun hampa. Air di bahagian mona dan nadia lebih dalam memandangkan mereka berada di tingkat 6.

"Jannah, Tasha macam mana boleh ada dalam ni?" Tanya lunna.

"Lanun-lanun tu sumbat kitorang dalam ni. Ramai lagi tapi semuanya dah... dah.. matii masa air mula masuk tadi. Tolong lunna, keluar kan kami.." tasha mula menangis teresak-esak.

"Kita cari benda yang tajam." Rahman berlalu pergi.

"Tunggu sini. I'll come back. I'm promise." Lunna turut berlalu pergi. Dia tidak mahu kehilangan sesiapa lagi selepas ini. Cukuplah zaim seorang.

*****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience