Bab 12

Other Completed 4937

Bab 12

Setelah beberapa kali mengetuk pintu, akhirnya lunna mengalah. Pintu tidak boleh dibuka dari dalam. Dia terduduk di sebalik pintu. Fikirannya melayang kepada familynya di rumah. Kerinduan mengamit sehingga dia menitiskan air mata. Dia sendiri tidak mengetahui apa yang sedang berlaku ketika ini. Seperti ada musibah buruk. Tiba-tiba tombol pintu dipulas dari luar. Lunna terperanjat lantas bersembunyi di bawah katil.

Seorang lelaki berjalan di sekitar bilik.

"Where is that girl?" Tanya lelaki itu. Suara sangat kasar dan pasti wajahnya juga bengis.Lunna hanya dapat melihat kasut mereka sahaja memandangkan dia berada dibawah katil.

"She was here before. I put her right here. Exactly right here. I wonder, where is she.." Kata seorang lagi lelaki yang baru masuk. Sesekali mereka berdua bercakap dalam bahasa yang tidak difahami lunna. Kedengaran seperti bahasa Sepanyol. Tidak lama selepas itu mereka berdua keluar tanpa menutup pintu kembali. Lunna terus keluar dari bilik itu untuk mencari rakan-rakannya di bilik 436 dan 437. Dalam perjalanan ke sana, kedengaran suara kanak-kanak menangis. Dia terpaksa berhati-hati. Memang sesuatu telah terjadi di atas kapal ini.

★★★

Mujur rahman berjumpa zaim di dewan utama di tingkat 2. Di sini menempatkan penumpang-penumpang yang terselamat dari musibah ribut dan lanun-lanun yang kini mengawal kapal itu. Rahman menceritakan segalanya yang berlaku di deck atas. Di dalam dewan kini dikawal oleh anak-anak kapal daripada dicerobohi oleh lanun-lanun. Rahman berjalan-jalan melihat penumpang lain. Sebenarnya dia sedang mencari lunna.

"Rahman!!" Coraline memeluk rahman dari berlakang. Rahman meleraikan pelukan itu.

"Ohh, rahman glad to see you. I takuttt. I cari you tapi tak jumpa. You nampak daddy tak?"

"Kapten mark kena tahan dekat bilik kawalan. Sekarang you suruh beberapa anak kapal pergi selamatkan kapten."

"You nak pergi mana?" Tanya coraline yang rambutnya kebasahan.

"Kita nak cari lunna." Kata rahman berterus-terang lalu pergi meninggalkan coraline yang mimik wajahnya masam mencuka. Ketika beredar mengelilingi dewan, rahman terjumpa rakan lunna; nurina dan sofea bersama dengan hakimi dan rakan sekelasnya yang terselamat.

"Nurina! Mana lunna?" Tanya rahman.

"Aku tak tahu. Masa aku terjaga dari tidur lunna dah tak ada. Kau tolong lah cari lunna, tasha dan jannah. Pleasee!" Nurina kelihatan gelabah sambil merayu agar rahman membantu mencari lunna, tasha dan jannah. Tasha dan jannah terpisah dengan nurina dan sofea ketika orang ramai berpusu-pusu berlari ke dewan utama setelah siren kecemasan dan arahan dikeluarkan.

***************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience