Bab 18

Other Completed 4937

Bab 18

"Coraline??"

"Rahmannn, ohh thanks god. You still alive." Coraline menuruni anak tangga mahu memeluk tunangnya. Rahman bergerak ke belakang sedikit. Menjauhkan diri. Coraline berhenti, sekilas memandang lunna yang mata nya bengkak. Nangis laa tu. Gumam coraline dalam hati.

"Coraline, how do you know i'm here?" Tanya rahman.

"Just.... feeling..." Coraline tersenyum. Air mencecah tempat mereka berdiri ketika ini.

"Ohh my God!! We must go now. Nanti akan ada penyelamat datang." Coraline kelihatan cemas melihat air yang mula naik itu.

"Siapa?" Tanya rahman lagi.

"I don't know... err maybe persenjataan rahsia amerika syatikat apa entah. Jom rahman." Coraline menarik tangan rahman.

"Nantii. Macam mana keadaan di atas? Lanun-lanun tu semua masih ada?" Tanya rahman lagi. Mimik muka coraline yang tadinya cemas kini bertukar duka.

"Ada berita baik dan buruk."

"Apa berita baiknya?"

"Berita baiknya, lanun-lanun tu semua dah pergi. Berita buruknya pulaaa...." coraline memandang lunna yang masih tersisa dengan air mata. Rahman perasan pandangan coraline pada lunna. Dia rasa tidak sedap hati.

"Apa??" Akhirnya lunna bersuara. Suaranya serak.

"Kawan-kawan kau...aku tak ingat nama apa tapi kawan kau lah."

"Nurina? Sofea?"

"Yeahh!! Diorang lah...."

"Kenapa dengan diorang?" Tanya lunna. Matanya terkebil-kebil.

"Diorang... dahhh....."

"Cakaplah!!!!" Lunna meninggikan suara sehingga rahman dan coraline tersentak.

"Diorang dah tak ada.. sebelum lanun-lanun tu pergi diorang serang dewan utama dengan tembakan secara rambang. Ramai yang terkorban termasuk sofea dan nurina." Entah mengapa Coraline berasa sedikit kasihan pada lunna.

"No, no, no... you're lie. You such a lier!!" Lunna menolak bahu coraline hingga ke dinding. Coraline cuba melepaskan genggaman tangan lunna pada bahunya. Cengkaman yang kuat sesekali hampir mencekik coraline. Rahman menarik lunna ke belakang, menjauhi coraline.

"Lunna stop it. Ingat Allah. Istighfar banyak-banyak." Rahman cuba menenangkan lunna. Lunna menjadi lembik dalam dakapan rahman. Dia terjelepuk jatuh atas lantai tangga yang kini sudah dipenuhi air separas betis. Dia terduduk.

"Kenapa? Kenapa semua pergi tinggalkan aku? Kenapa?" Lunna merintih dan menangis semahu-mahunya. Dia tahu tidak elok merintih dan menangis berlebihan atas kematian seseorang namun.. this is too much! Dalam masa 2 jam sahaja dia kehilangan sahabat-sahabatnya. Nurina antara yang paling rapat dengannya kerana mula mengenali nurina sejak sekolah rendah lagi. Yang pergi ini bukan seorang kawan tetapi seorang sahabat!

****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience