Bab 13

Other Completed 4937

Bab 13

Setelah meminta kebenaran dari pihak pegawai tertinggi yang berkawal di dalam dewan, Rahman dan zaim dibenarkan keluar dari dewan untuk mencari lunna dan sesiapa sahaja yang masih berada di luar. Mereka berdua dibekalkan sepucuk pistol. Terketar-ketar tangan zaim menyambut pistol itu. Seumur hidupnya ini kali pertama dia memegang pistol. Dia lantas memberi pistol itu pada rahman. Coraline pada mulanya mahu turut serta tetapi dilarang oleh rahman. Katanya di luar bahaya. Coraline terpaksa mengalah lagi pon dia harus menunggu ayahnya yang kini sedang diselamatkan oleh beberapa orang anak kapal di bilik kawalan.

★★★

Lunna mengalirkan air mata sambil duduk disisi seorang mayat kanak-kanak perempuan yang dihempap almari kaca. Beberapa kali dia cuba mengangkat almari itu namun kudrat wanitanya tidak terdaya. Dia hanya mampu membantu dengan membaca surah Al-Fatihah 3 kali. Ketika berada dalam keadaan duka, dia terdengar tapak kaki seseorang menuju ke arahnya dia lekas berlari di lorong-lorong bilik lalu bersembunyi disebalik dinding. Dia menahan nafas dalam-dalam. Tapak kasut kedengaran semakin jelas. Lunna memejam mata sambil berdoa agar Allah menjauhkan dia dari sebarang kejahatan.

"Lunna!"

Satu suara memanggil namanya. Dia mencelik mata dan terserlah wajah yang dia cintai. Rahman berada dihadapannya, begitu juga zaim. Mahu sahaja dia memeluk rahman ketika itu sekiranya rahman seorang perempuan namun fikirannya masih waras.

"Rahman! Zaim! Ya Allah terima kasih. Aku takut sangat ni. Apa sedang berlaku sebenarnya?" Bibir lunna terketar-ketar.

"Alhamdulillah kau selamat lunna. Sebenarnya kapal kita diserang lanun." Kata zaim sambil mengoyak baju di pergelangan lengannya dan membalut dahi lunna yang sudah beku darahnya. Lunna membiarkan saja. Memang dahinya terasa berdenyut-denyut dari tadi. Rahman juga hanya melihat perbuatan zaim. Zaim kelihatan amat mengambil berat soal lunna.

"Terima kasih." Jawab lunna ringkas.

"Come on lunna, we need to go now sebelum lanun-lanun tu jumpa kita." Rahman pula membuka bicara.

"Tapi aku nak cari kawan-kawan aku dulu."

"Yaa, kita cari tasha dan jannah. Cuma mereka yang belum ditemui. Nurina dan sofea ada di dewan sekarang" Kata rahman.

"Dan tolong sesiapa sahaja yang masih hidup." Zaim pula menyambung.
Mereka bertiga pon memulakan pencarian tasha dan jannah di atas kapal Impiana yang kini berada di selatan lautan hindi dengan cuaca yang amat teruk akibat peralihan angin sejuk dari antartika.

★★★

Setelah memasukkan segala harta mewah ke dalam kapal mereka yang 7 kali ganda lebih kecil dari kapal Impiana. Seorang lanun yang menutup mata sebelahnya dengan cermin mata hitam sedang ketawa garau sambil tangannya penuh dengan barang kemas dan duit.

"I think, we're done here." Kata lelaki bertubuh gempal itu.

"So, what we should do now?" Kata pula seorang lagi lanun yang rongak giginya.

"Kill them all, as many as you can. Then..... destroy the ship." Balas lelaki bertubuh gempal itu sambil tersenyum sinis. Seorang lanun tertawa dan bersahutan dengan lanun-lanun yang lain.

****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience