Bab 14

Other Completed 4937

Bab 14

Pembunuhan berlaku di atas kapal. Lanun-lanun itu akan membunuh sesiapa sahaja yang berada dihadapan mereka termasuk wanita dan kanak-kanak. Beberapa orang lanun turut terbunuh ketika serangan hendap dilakukan oleh anak-anak kapal Impiana di sekitar kawasan bilik kawalan untuk menyelamatkan kapten mark dan lain-lain. Mujur mereka selamat. Lanun-lanun itu juga berpecah kepada beberapa kumpulan. Seramai 13 orang lanun menceroboh dewan utama dengan melakukan tembakan secara rambang sehingga mengakibatkan hampir berpuluh-puluh penumpang awam terbunuh. Termasuk sahabat lunna iaitu nurina dan anis. Satu lagu kumpulan lanun menceroboh di kawasan enjin kapal dan menembak kawasan pintu kedap air sehingga air laut mula memasuki kapal itu akibat tekanan yang kuat.

★★★

Semasa rahman, zaim dan lunna melalui selekoh lorong bilik ditingkat 4, kedengaran riuh-rendah di tingkat atas. Kedengaran juga beberapa das tembakan. Dalam keadaan lunna dan rahman terpinga-pinga, seorang lanun menyasarkan senapang panjangnya ke arah lunna yang sedang berdiri membelakangi lanun itu. Picu senapang ditekan peluru pon meluncur laju keluar mencari mangsanya.

"Lunnaaaaa!!!!" Zaim menjerit nyaring apabila terlihat lanun itu dari jauh. Dia berdiri di belakang lunna bagi melindungi wanita itu. Peluru terbenam tepat pada dada zaim. Dia rebah.

"Zaimm!!" Rahman kaget melihat zaim rebah dan lanun itu berada kira-kira 10 kaki sahaja dihadapannya. Dengan perasaan yang bercampur-baur, dia mengeluarkan pistolnya dan melepaskan 2 das tembakkan tepat mengenai kepala lanun itu. Kepalanya pecah. Suasana hening seketika. Lunna terduduk di sebelah zaim yang kini nyawa-nyawa ikan. Darah semakin galak mencurah membasahi baju zaim yang kini bertukar merah.

"Why? Why....." lunna berbisik perlahan. Dia tidak menyangka zaim kini terbaring di atas ribanya dengan wajah dan bibir yang sangat pucat. Dalam keadaan lemah, zaim masih sempat menghadiahkan senyuman pada lunna dan rahman yang kini berada di sisinya.

"Zaim, tunggu kejap. Kita akan pergi minta bantuan." Baru sahaja rahman mahu berdiri, tangannya dipegang zaim. Terasa sangat dingin tangan zaim ketika itu.

"T...t....taa..takk perlu... A..ku.. dah tak... laamaa.. Teman..kan..aku dekat... sini..." Dengar sahaja ucapan zaim, air mata lunna semakin lebat mengalir. Rahman turut terasa sebak.

"Promise.... me.. jaga...lunna... lepas.. ni." Sambung zaim lagi. Dadanya kelihatan berombak mencari oxygen. Melihat keadaan itu, rahman mengajar zaim mengucap perlahan-lahan. Kemudian, mata zaim tertutup rapat selamanya.

****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience