Bab 19

Other Completed 4937

Bab 19

*di rumah lunna*

Puan Aisha duduk sambil membaca majalah. Tiba-tiba di ruangan halaman majalah itu tertulis sebuah tajuk yang mengingatkan dia kepada anaknya; lunna.

' The Ship Under the Sea '

Halaman majalah yang menceritakan beberapa buah kapal yang karam di dasar lautan. Antara puncanya, dilanda ombak besar, kerosakkan pada enjin, pelanggaran ice burg dan beberapa punca lainnya. Dia melihat jam. Tepat pukul 4 petang. Apa agaknya yang sedang dilakukan lunna sekarang. Sepatutnya hari ini mereka akan mula berlabuh di pelabuhan sydney. Dia pergi ke arah telefon rumah dan mendail nombor telefon lunna.

----------------

Panggilan terputus. Ibu mencuba lagi.

---------------

Panggilan tidak bersahutan. Talian mati. Ibu mengurut dadanya terasa tidak sedap hati..

★★★

Mereka bertiga lari ke arah lif untuk ke tingkat atas kerana air mula memenuhi tingkat 4. Namun hampa. Lif telah rosak. Mereka bergerak pula ke satu lagi lif di sebelahnya namun sama juga, tetap rosak.

*ting ting ting*
'Attention please. To all passengger of this ship, please go to the first deck right now. Don't bring anything just make sure you and your family are safe. Thank you!'

Satu pengumuman kedengaran diseluruh pelusuk kapal. Tiba-tiba kapal bergegar. Terdengar keriuhan berlaku di deck atas sebelum bunyi letupan kedengaran.

"Macam mana sekarang? Kita terperangkap." Coraline cuba berlagak tenang walhal dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Tangga untuk ke tingkat atas telah roboh.

"Kita guna tangga kecemasan di hujung sana." Kata rahman sambil tangannya menunjukkan ke arah tersebut. Baru sahaja mereka meredah air untuk ke tangga kecemasan, tiba-tiba lampu yang menyinari mereka terpadam. Lunna dan coraline mula menghimpit antara satu sama lain. Takut. Mereka berada dalam keadaan gelap tanpa sebarang cahaya.

"What the hack just happen." Secara spontan coraline memeluk lengan lunna yang berjalan di tengah antara dia dan rahman

"I don't know". Jawab lunna. Suaranya diperlahankan kerana dia terhidu sesuatu. Sesuatu yang... yang... busuk. dan hangus. Bangkai? Tapi bangkai siapa? Manusia?..

★★★

*di rumah lunna*

Puan Aisha memberitahu suaminya perihal lunna. Dia juga berasa musibah buruk telah berlaku. Atas saranan suaminya, dia menelefon pihak sekolah untuk bertanya keadaan sebenar yang berlaku.

*dalam talian*

"Assalamualaikum, saya ibu kepada lunna. Salah seorang penumpang dalam kapal Impiana."

"Waalaikumsalam. Ohh, ye puan ada apa?"

"Hmm, saya dah banyak kali call anak saya tapi talian mati. Mungkin pihak sekolah tahu keberadaan anak saya dan juga pelajar-pelajar lain."

"Macam ni puan. Sebenarnya pihak sekolah pon dah call guru-guru yang turut serta dalam lawatan tu tapi tak berjawab juga. Macam ni lah puan, mengikut jadual mereka akan sampai hari ni mungkin terdapat sedikit kesulitan rangkaian di sana. Pihak sekolah pon sekarang sedang berurusan dengan TLDM dan......"

"Dan???"

"Kapal Impiana tidak mengikuti laluan yang telah ditetapkan. Kami belum boleh mengeluarkan apa-apa keputusan sebab belum dapat kelulusan dari TLDM lagi. Kesahihan masih samar. Jadi buat masa sekarang ni kita doa lah agar tidak berlaku sebarang kesulitan di sana. Sekiranya kami mendapat maklumat, kami akan segera menghubungi puan."

"Astagfirullah, baiklah kalau macam tu. Saya akan tunggu panggilan dari pihak sekolah."

*talian dimatikan*

Sekarang apa yang dia takuti benar-benar terjadi...

*****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience