Bab 25

Other Completed 4937

?Bab 25

*setahun kemudian*

Dia berjalan mendekati tebing pantai. Hari itu angin sepoi-sepoi bahasa. Terasa segar menyentuh tubuhnya yang memakai t-shirt berkolar bewarna biru kosong. Dia melihat matahari terbenam di hadapannya kini. Keadaan itu mengusik jiwanya yang sangat sensitif sejak akhir-akhir ini. Peristiwa yang membunuh separuh rohnya kembali ke ingatannya. Peristiwa yang mengakibatkan hampir 500 nyawa melayang. Hanya 137 orang yang selamat dan selebihnya hilang entah kemana. Mujur dia dan beberapa penumpang selamat apabila sebuah helikopter dari organisasi persenjataan rahsia A.S tiba sebelam kapal mereka karam.

Selepas kejadian itu, dia juga mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya. Keputusan itu disambut baik oleh tunangnya, Coraline. Coraline sangat mengerti perasaannya dan dia tidak memaksa rahman untuk mengahwininya. Semenjak itu, coraline pergi membawa diri ke Paris dan menetap di sana bersama saudara-mara yang lain. Ayahnya pula, masih menetap di Malaysia menguruskan syarikat perkapalan bersama ayah rahman.

Rahman mengeluh kecil. Dia membuka sebuah buku yang dibawanya ke mana saja. Antara helaian kertas itu terselit cardigan yang terlipat kemas bewarna gelap. Ia milik seseorang yang amat istimewa dalam tragedi setahun lalu. Tanpa disedari air matanya mengalir. Dia merindui gadis itu. Setiap malam dia tidak henti-henti berdoa agar Allah menempatkan gadis itu dalam kalangan orang-orang beriman.

???

"Uncle! Uncle! Saya nak belon!" Suara kanak-kanak lelaki menjerit-jerit kepada seorang uncle yang menjual belon.

"Mau yang mana?? Badut nie?" Tanya uncle itu pada budak lelaki dalam linkungan umur 5 tahun.

"Tak nak.. saya tak suka badut. Saya takut." Petah kanak-kanak itu bercakap.

"Okayy. Kalau macam tu, kamu ambil ultraman ni nak?" Tanya uncle itu lagi.

"Nak!!! Nak!!" KAnak-kanak itu menjerit keriangan. Dia kemudian menyerahkan RM1 kepada uncle itu.

"Tak payah laa.. kamu ambil je. Uncle bagi free." Uncle itu tercuit hati melihat kanak-kanak itu.

"Wahhh!!! Terima kasih uncle." Kanak-kanak itu kelihatan sangat riang.

Rahman tersenyum melihat keletah kanak-kanak itu. Merawat sedikit hatinya yang sedang lara. Dia menutup kembali buku itu kerana maghrib akan menjelang tiba. Dia menoleh ke kanan dan kelihatan seorang gadis berada jauh sedikit darinya. Gadis itu memandang ke hadapan, melihat matahari yang sedang terbenam indah. Wajah gadis itu tidak kelihatan kerana terlindung oleh selendang yang dipakainya namun apa yang menyebabkan jantung rahman berdegup kencang ialah, ditangan kiri gadis itu tersemat seutas gelang tangan yang amat dikenalinya. Gelang tangan yang penuh memori lampau. Gelang tangan yang mempunyai huruf SL!.

"Lunna?" Perkataan itu terpancul dari bibirnya. Dahinya berkerut sedikit. Peluh dingin mula membasahi di dahinya. Gadis itu tetap seperti tadi. Memandang ke arah matahari terbenam.

"Kakak! Tengok ni lutfil dapat belon ultraman percuma dari uncle tu."

"Wahh! Ucap terima kasih tak?"

"Mestilah! Kan ibu selalu pesan."

"Yeahh! Good boy.. "

Gadis itu mengusap-ngusap kepala kanak-kanak yang dilihat rahman tadi. Kini, dia dapat melihat jelas wajah gadis itu.

"Itu...... LUNNA...."

- THE END-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience