Bab 5

Other Completed 4937

Bab 5

Suasana terasa amat mewah di hadapan pintu masuk dewan utama kapal itu. Dua orang lelaki berdiri tegak di hadapan pintu dewan tanpa sebaris senyuman pon. Pengawal barangkali. Semua pelajar SMKSb berkumpul di ruang legar hadapan pintu dewan. Pelajar lelaki mahupun perempuan kelihatan cantik dan segak. Pelajar lelaki diarahkan memakai baju kemeja putih bersama kot bewarna gelap. Pelajar perempuan pula kelihatan anggun dengan busana dress atau gaun labuh beserta dengan hiasan cekak berbentuk bunga yang mengelilingi kepala. Ada beberapa pelajar hanya mengenakan baju kurung.

"Hmm... masih belum cukup lagi 5 orang." Cikgu salleh mengira jumlah pelajar dihadapannya kini. Kedengaran suara-suara pelajar lain mengeluh.

"Alaa, cikgu. Bagilah kami semua masuk dulu. 5 orang lagi tu pandai-pandai diorang lah cari jalan." Raudah mula merungut. Dia paling tak suka tunggu orang.

"Haa, betul juga tu cikgu. Naik kematu kaki ni tunggu diorang lambat sangat." Seorang lagi pelajar lelaki menyampuk. Menyokong usul Raudah sebentar tadi. Raudah kelihatan tersipu-sipu malu kerana usulnya disokong oleh seorang pelajar lelaki paling hot di sekolah iaitu Zaim.

"Yelahh. Kalian semua boleh masuk dulu." Balas cikgu salleh yang faham benar dengan sikap anak didiknya. Selang beberapa minit kemudian baru sahaja cikgu salleh mahu melangkah masuk ke dalam dewan, kedengaran detakan tapak kasut sedang berlari. Cikgu salleh menoleh ke belakang dan kelihatan 5 orang pelajar sedang berdiri dihadapannya sambil termengah-mengah.

"Sebab???" Cikgu salleh mengangkat keningnya.

"Err.... jannah ni haa cikgu, dia jatuhkan handphone dalam mangkuk tandas." Kata tasha teragak-agak. Semua mata terarah kepada tasha.

"Sudah-sudah, pergi masuk! Macam-macam alasan laa."

Mereka berlima pon melangkah masuk ke dalam dewan nan gah itu.

"I will kill you tasha!" Sempat lagi jannah berbisik di telinga tasha.

★★★

Mereka tergamam melihat kemewahan yang begitu indah. Warna keemasan menjadi watak utama dalam dewan tersebut. Tetamu-tetamu yang hadir juga dari pelbagai negara.

"Aku rasa kita memang nak jumpa anak raja laa." Kata lunna kepada nurina yang sedari tadi terpinga-pinga.

"Weyhh, aku rasa janggal lahh." Tasha pula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sebenarnya.

"Tak pa tasha. Kita geng. Ahahah, aku pon tak tau nak pi mana ni." Tambah pula sofea yang cantik mengenakan dress labuh bewarna hitam sesuai dengannya yang berkulit cerah.

"Woii, korang dok buat apa berdiri tengah-tengah ni orang lain nak lalu-lalang." Mujur hakimi datang pada mereka yang sedang berdiri betul-betul di bawah chandelier. Mereka berlima serentak tersengih menampakkan barisan gigi masing-masing.

★★★

Mereka mengambil tempat bersama hakimi.

"Tengok tu zaim, handsome kan. Huhuhu.~" kata tasha tersipu-sipu sambil matanya masih memandang zaim. Di sekolah Zaim, mereka jarang berjumpa dengan zaim kerana kedudukan kelas yang berbeza tetapi mereka tahu segalanya perihal zaim yang famous di sekolah sehingga direbut juga oleh guru-guru praktikal khususnya.

"Haa laa, orang dia segak tak pa laa.. tak macam kita ni.." jawab sofea merendah diri. Sofea pada mulanya, rapat dengan geng aida namun selepas melihat prestasi peperiksaannya mula menurun, sejak itu dia mula rapat dengan tasha, lunna, nurina dan jannah yang selalu mendapat result yang bagus dan merupakan top 5 dalam kelas dan top 10 dalam kedudukan tingkatan pula.

"Ohh, kau suka dia ke nadia? Kejap aku panggil. ZAIM!!!!" hakimi memanggil zaim dengan nada yang agak deras. Tasha lantas menolak-nolak bahu hakimi. Lunna, jannah, sofea dan nurina hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.

"Yesss??" Zaim menyahut lalu melangkah ke arah mereka.

"Weyhh, dia mai. Dia mai macam mana ni!" tasha dan nurina mula gelabah. Mereka berdua memang cepat gelabah dalam semua hal. Pernah suatu ketika, nurina meletakkan buku teks akaun di bawah meja namun dia mencarinya di dalam beg sekolah. Apabila tidak jumpa dia mula gelabah dan hampir menangis dibuatnya.

"Haii." Kata zaim ringkas. Suasana di meja terus sunyi sepi tidak seperti tadi, riuh rendah dengan suara ketawa.

"Ni tasha dia cakap dia....." sebelum sempat hakimi menghabiskan ayatnya, tasha pula menyampuk.

"Tak, tak dia bohong. Kau jangan dengar cakap dia zaim."

"Apa? Aku tak cakap apa lagi pon tasha." Balas hakimi. Zaim hanya tersenyum melihat galagat lucu tasha yang gelabah itu. Ternyata mencuit hatinya. Tidak semena-mena anak matanya terpandang seorang gadis yang manis bertudung hitam dengan gelungan bunga mengelilingi kepala bewarna merah dan berpakaian dress merah hati. Gadis itu baginya seorang yang tenang dan pendiam. Dahulu di sekolah, dia pernah menegur gadis bertubuh kecil itu namun tidak diendahkan. Secara tiba-tiba mata mereka berdua bertembung. Angin terasa lembut menyentuh pipi. Zaim terpaku memandang gadis itu yang duduk menghadapnya ketika ini. Seakan-akan ada medan magnet yang menarik anak matanya untuk terus bermain mata dengan gadis itu. Satu tepukan hinggap di bahu zaim, dia lantas menoleh ke belakang.

"Ehh, rahman! Terkejut aku ahahah. Well, kenalkan ni semua kawan sekolah aku." Rahman memandang satu-persatu rakan-rakan zaim sambil menghadiahkan senyuman.

"Lunna kan?" Mata rahman tertumpu pada lunna yang manis bertudung hitam dan dress merah hati juga gelungan bunga di kepalanya. Lunna terkesima.

"Aik! Macam mana boleh kenal?" Tanya Zaim. Dia kelihatan buntu.

"Baru petang tadi. Tak sangka boleh jumpa lagi." Balas rahman.

"Kau pula zaim, macam mana boleh kenal rahman?" Tanya hakimi pula.

"Sebenarnya ayah aku rakan kongsi dengan syarikat ayah rahman ni dalam projek perkapalan. So, sebelum ni pernah jumpa laa." Jelas zaim pula.

"Ohh, jadi rahman ni anak pemilik kapal ni laa?" Soal amirul lagi mahukan penjelasan lebih jelas.

"Eh bukanlah. Ayah kita cuma sebahagian daripada pelabur dalam saham syarikat perkapalan ni je." Jelas rahman. Tidak mahu dirinya dipandang tinggi. Dia lekas membasahi lidah dengan berselawat memuji Ilahi agar dirinya dihindar dari rasa riak dan angkuh. Memang dari kecil, ibu bapanya lebih menekankan aspek keagamaan berbanding akademik. Pada usia muda dia dimasukkan ke sekolah pondok dan kini usianya 18 tahun, dia membantu ayahnya di syarikat.

"Ohh, macam tu." Hakimi terangguk-angguk.

"Haii! Buat apa? Meriah nampak." Shahirah dan rakannya hadir menyapa.

"Hmm, korang makan tak ajak pon." Rungut aida pula.

"Laa, kami semua pon tak makan lagi. Kau nampak ni pinggan kosong tak ambil makanan lagi." Sofea mengomel sambil mengangkat pinggannya yang kosong. Sofea bab makan memang no.1 .

"Laa, kenapa tak makan lagi? Jemput lah ambil makanan. Jangan risau ambil je banyak mana pon. Sila-sila." Rahman menjemput semua rakan barunya untuk menjamu selera.

★★★

Lunna menjamu selera. Spagheti itu amat enak. Rakannya yang lain turut menjamu selera. Aida dan rakannya juga turut berada semeja dengan lunna, sofea, tasha dan jannah. Nak buat macam mana, orang datang tetapi tak diundang. Zaim dan hakimi turut semeja dengan mereka juga.

"Lunna, can i talk with you?" Entah bila rahman berada dibelakangnya.

"Hmm, cakaplah." Jawab lunna sambil mulutnya penuh dengan makanan. Kalau ibunya tahu mesti kena tarik telinga.

"I mean only us." Rahman memandang semua rakan barunya. Semua mata tertumpu kepada lunna dan rahman ketika ini. Termasuk zaim. Entah mengapa, ada sedikit rasa cemburu di sudut hatinya. Ahh! Aku tak suka lunna pon. Kenapa mesti nak rasa cemburu. Bisik hati kecil zaim. Lunna tiada pilihan. Mahu saja menolak pelawaan rahman tetapi kasihan pula. Lunna bangun berdiri lalu berjalan beriringan dengan rahman.

"Weyhh, handsome kan rahman tu. Muka dia macam lee min ho. Kau perasan tak." Kata amalina

"Tu laa. Aku dengar dia tu anak pemilik kapal ni. Untunglah sapa dapat dia." Tambah raudah pula. Sekilas dia menjeling ke arah zaim. Dia sebenarnya menaruh hati pada zaim. Cuma tak terbalas je.

"Hello girls, korang nak makan ke nak gosip? Kalau nak gosip sila beredar dari sini sebab mengganggu kitorang nak makan." Hakimi kelihatan tidak berpuas hati. Tahu sangat dia dengan geng aida ni. Dalam sehari tak gosip memang bukan manusia laa diorang tu.

★★★

Rahman dan lunna menuju ke satu sudut di antara meja-meja yang terdapat makanan dan minuman. Rahman tersenyum.

"Hahah kenapa?" Tanya lunna kehairanan.

Rahman mengeluarkan seutas jam gelang tangan bewarna gangsa yang mempunyai huruf S.L di tengahnya. Dia melilit gelang itu di tangan kanan lunna.

"Kenapa?" Tanya lunna lagi. Dia berasa aneh dengan pemberian itu.

"This is special for you because I......." Belum sempat rahman menghabiskan ayatnya, mereka berdua disapa oleh seorang gadis cantik berbaju putih.

"Rahman!! You kat sini rupanya puas I cari you tau." Gadis itu terus merangkul lengan rahman. Riak wajah rahman yang tadinya tenang terus bertukar gelisah. Gadis itu menghadiahkan senyuman kepada lunna.

"Bual pasal apa ni? Nampak rancak. By the way, saya coraline. Tunang rahman." Lunna dan coraline bersalaman. Tenyata ayat terakhir coraline amat memeranjatkan lunna seperti panahan petir.

"Ohh! Begitu. Err... saya lunalis. Boleh panggil lunna." Lunna mati kata.

"Wow! Nice name!. So, dah lama kenal rahman? Sebab rahman tak pernah cerita pon pasal awak."

"Err, tak juga sebenarnya. Kita baru kenal lunna petang tadi je." Akhirnya rahman bersuara. Dia kelihatan serba-salah.

"Yeah, baru petang tadi. Tu pon secara kebetulan je kan rahman." Lunna mengubah panggilan saifullah kepada rahman di hadapan coraline sambil tangan kanan tangannya diletakkan di belakang badan bagi menyembunyikan gelang tangan pemberian rahman sebentar tadi.

"Ohh, i see! Well, we already know each other so, why don't you come to our ceremony tomorrow night. It will be awesome." coraline mempelawa

*What the.... huh! Ceremony? Go hell!. I won't go and saifullah, he is damn!! *

Lunna menyumpah seranah dalam hatinya. Dia tidak menyangka saifullah orangnya sebegitu.

"Hmm, sure. InsyaaAllah....... i need to go now. Nanti spagheti saya sejuk. Ohh yaa! Nice to meet you coraline." Lunna meminta diri lalu berjalan laju meninggalkan coraline dan rahman di situ. Tanpa disedari, zaim memerhatikan kejadian tersebut dari jauh.

***************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience