Bab 16

Other Completed 4937

Bab 16

"Coraline! Tolong aku!!" Raudah menjeritt nyaring. Kakinya hancur dihempap piano. Coraline yang tadi melalui kawasan bilik muzik itu tersengar suara meminta tolong.

"Ohh kau rupanya. Mata duitan. Nak apa?" Coraline berdiri angkuh di hadapan raudah yang kini terbaring lemah. Kakinya masih ditimpa piano bersaiz besar.

"Tolonglah please!!! I'm begging you!" Raudah menahan sakit yang amat sangat. Peluh-peluh dingin membasahi dahinya.

"I will.. but before that.. kau ada nampak rahman tak?"

"Tak! Tak! Tak!.. aku tak nampak.. cepat lah coraline. Help me please."

"Apa aku dapat kalau aku tolong kau?" Coraline melihat-lihat kukunya yang panjang dan bewarna merah.

"Aku..aku akan bagi balik duit kau tu. Aku tak ambil. Aku janji!" Raudah sudah menangis teresak-esak.

"Hahahahah! Raudah, raudah... setakat duit banyak tu aku boleh cari celah kuku je lah." Coraline seakan-akan memerli raudah kerana raudah pernah berkata begitu padanya. Raudah memandang mata coraline meminta simpati dari wanita itu.

"Erghhhh! Fineee. Aku ni bukan nya jahat sangat sampai nak biar orang mati." Akhirnya coraline membantu raudah. Entah datang dari mana kekuatan coraline mampu mengangkat piano itu sehingga raudah mengalihkan kakinya.

"Kau boleh berjalan tak?" Tanya coraline. Dia kelihatan termengah-mengah. Mungkin semput mengangkat piano itu. Raudah hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Coraline tiada pilihan lain, dia mengangkat raudah menggunakan belakang badannya dan tangan raudah membelit lehernya. Dia mendapatkan bantuan sambil mendukung raudah dibelakangnya. Sehingga dia bertemu dengan beberapa orang anak kapal. Mereka mengambil alih tempat coraline untuk mendukung raudah. Baru sahaja dia mahu pergi mencari rahman kembali, namanya dipanggil raudah.

"Thanksss..." ucapan itu keluar dari bibir raudah. Coraline hanya memandangnya dengan pandangan kosong. Tiada reaksi.

★★★

Lunna kembali dengan membawa sebilah pisau. Paras air meningkat dengan cepat sehingga ke paras dada lunna ketika ini manakala tasha dan jannah air sudah paras leher memandangkan mereka berada lebih bawah dari lunna. Mereka berdua memanjat pagar besi itu sehingga kepala mereka menyentuh siling mencari oxygen yang masih tersisa. Lunna terpaksa menyelam bagi membuka pintu besi itu. Sudah banyak kali dia mencuba namun gagal. Dia naik ke atas semula menghirup oxygen. Rahman masih tidak kelihatan.

Ketika ini, jannah dan tasha menyedut oxygen yang terakhir kerana air telah memenuhi siling di tingkat 6. Sekali lagi lunna menyelam, mengetuk-ngetuk pagar besi seakan-akan melepas geram. Ketika itu, tangan lunna yang memegang pagar besar disentuh tasha dan jannah. Tasha melihat kesungguhan lunna cuba membuka pintu besi itu namun gagal. Mungkin ajalnya telah tiba. Jannah pula sebelum ini pernah berjanji mahu mengajar lunna berenang namun dia telah terlambat, masa berlalu begitu pantas. Dalam hati dia berdoa agar lunna selamat dalam musibah ini. Lunna memandang sahabat-sahabatnya kala ini. Dia mengenali tasha sejak form 1 dan mula rapat selepas itu. Jannah pula dikenalinya sewaktu di form 2.

Seorang yang manja dan garang tetapi sangat memahami masalah rakan-rakannya. Lunna teringat sewaktu mereka bermain pijak kasut, lumba jalan ke surau, study group bersama, berkongsi jawapan homework dan selepas itu akan dimarahi oleh cikgu pon bersama-sama. Kenangan yang tidak akan dilupakan. Pegangan tangan jannah dan tasha kian longgar. mereka kelihatan sesak nafas dan lama-kelamaan semakin jauh tenggelam ke bawah. Lunna menggongcangkan pintu besi sekuat hati. Menangis di dalam air sehingga suatu ketika, dia berada di hujung pernafasan. Perlahan-lahan tubuhnya jatuh ke lantai, lunna mengalah. Dia memejam mata...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience