Bab 3

Other Completed 4937

Bab 3

Lunna dan rakan-rakannya berlari naik ke tingkat paling atas di atas kapal. Di situ, terdapat ramai lagi penumpang dari luar dan dalam negara. Lunna turut melambaikan tangan ke arah keluarganya di suatu sudut. Ibu membalas lambaian Lunna dengan rasa sebak. Dia cuba menyembunyikan tangisannya. Entah mengapa hatinya amat berat melepaskan pemergian anaknya mengikuti lawatan itu. Di kala itu dia sedikit lega melihat senyuman kegembiraan di wajah Lunna kini. Namun dia dapat merasai suatu musibah bakal berlaku di atas kapal tersebut...

Semua pelajar SMKSB mula berkumpul di hadapan kolam renang yang terdapat di atas kapal Impiana itu termasuk lunna. Cikgu Salleh kini berada di hadapan mereka dengan menayang perutnya yang agak boroi. *memang boroi*

"Okayy semua pelajar dengar sini. Kamu dibenarkan pergi kemana-mana sahaja di atas kapal ini KECUALI tempat-tempat yang dilarang. Contohnya, kalau ada tanda perkataan

Dilarang Masuk

dipersilakanlah masuk, tu pon kalau nak mati cepat. Sama jugak laa, berdiri dekat tebing-tebing tu kalau boleh terjunlah sekali. Tu pon kalau dah rasa lama hidup." Kata-kata cikgu salleh disambut dengan gelak tawa semua pelajar. Sememangnya cikgu salleh jenis yang cakap tak berlapik dan suka cakap songsang. Maksudnya benda yang dia tak bagi buat, dia akan suruh buat.

"Haa! Gelak-gelak juga tapi ingat dalam kapal ni bukan kita je naik, Ada pelancong dari luar negara juga jadi tunjuk perangai elok-elok sikit. Tunjuklah perangai power renjer kat sini, tu pon kalau nak kena hukuman maut cikgu. Dan satu lagi, tepat jam 9.00 malam semua pelajar mesti berkumpul di dewan di tingkat 2." Tambah cikgu Salleh lagi selaku guru penasihat diiringan 2 orang cikgu perempuan dan 2 orang lagi cikgu sebaliknya. (Lelaki).

------------------------

Setelah meletak beg di bilik masing-masing. Mereka semua mengikuti haluan sendiri. Ada yang menjamu selera, manakala lunna dan rakan-rakannya mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Semua kelihatan gembira.

Kini kapal telah pon belayar. Lunna memegang penghadang yang terdapat di dek paling atas. Dia memandang ke hadapan melihat lautan yang terbentang luas dan matahari terbenam yang menjadikan warna air laut kuning keemasan.

"MasyaaAllah sangat cantik" Tanpa dia sedari kata-kata itu terkeluar dari bibirnya.

"Yaa, Subhanallah cantik lukisan Allah" Tiba-tiba satu suara menyahut kata-kata lunna sebentar tadi. Lunna perlahan-lahan menoleh ke kanannya. Di situ, berdiri seorang lelaki yang tinggi dan tegap badannya. Hidungnya mancung bak shah rukh khan dan rambutnya sedikit tebal dan berombak apabila ditiup angin. Lunna berasa cuak kerana lelaki itu tersenyum padanya. Dia berpaling membelakangi pemuda itu lalu menampar-nampar mulutnya. Mungkin kuat sangat apa yang dia cakap tadi sampai mengganggu fokus pemuda tersebut.

"Tak perlu lah buat macam tu saudari. Memang betul apa yang saudari cakap. Memang cantik lukisan Allah." Pemuda itu kini mengalihkan pendangannya ke arah matahari terbenam. Enggan memandang anak gadis orang lama-lama. Lunna berasa serba salah.

"By the way, saya rahman. Abdulrahman Saifullah." Rahman memperkenalkan dirinya sambil tersengih. Menampakkan barisan gigi yang kekuningan kerana biasan matahari.

"Lunalis. Boleh panggil lunna." Jawab lunna ringkas. Dia mula berasa tidak selesa.

"Wah, unik nama tu. Asal mana lunna?

"Err, dari Johor . Hm, Saifullah pulak?" Entah mengapa, bibirnya menyebut nama saifullah bukannya rahman. Nama itu kelihatan menarik baginya.

"Saya dari keyel. Hahaha, maksud saya kl." Rahman berseloroh. Lunna tersenyum. Dia macam cacing kesuaman di situ. Dia sebenarnya jarang bercakap dengan lelaki kecuali dengan abangnya. Sepak terajang semua dihadapan abangnya. Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Kedua-dua mereka kelihatan kekok mahu berbual.

"Lunna!!!"

Lunna berpaling ke belakang apabila namanya dipanggil seseorang.

"Yaa, kejap!!" Balas lunna kepada rakannya, nurina.

"Saya minta diri dulu. Nice to meet you Saifullah." Lunna menghadiahkan senyuman kelat tanpa gula.

"Yeah, nice to meet you too. Erm, malam ni ada jamuan makan malam di dewan utama . Lunna pergi tak?"

"Ohh, i'm not sure about that. Sorry." Balas lunna dalam keadaan kakinya mengundur ke belakang lalu bergerak meninggalkan rahman keseorangan.

***************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience