Bab 7

Other Completed 4937

Bab 7

Selepas subuh, rahman berdiri dihadapan deck berdekatan dengan pusat galeri yang terdapat di tingkat 3. Sekadar menghirup udara waktu pagi sambil menantikan terbitnya sang suria . Subhanallah, hebat sungguh kuasa pencipta. Saat itu, dia teringatkan detik pertemuannya pertama kali bersama lunna. Hmm, apakah lunna memarahinya soal semalam? Kedatangan coraline secara tiba-tiba amat mengejutkan. Dia tidak berniat mahu merahsiakan soal pertunangannya dari lunna. Dia..... cintakan lunna bukan coraline. Hubungan dia dengan coraline hanya atas paksaan keluarga. Ayah rahman dan ayah coraline merupakan sahabat baik sejak di universiti. Mereka bergandingan membina sebuah syarikat perkapalan. Setelah ayah coraline iaitu captain mark bertemu dengan rahman dia mula menyukai sikap dan keperibadian rahman yang berhemah dalam percakapan. Justeru itu, dia membuat perjanjian dengan ibu bapa rahman supaya menyatukan rahman dengan anak perempuannya, Coraline. Sejak berhubungan dengan coraline, rahman tidak pernah mengerti apa itu perasaan cinta yang sebenar. Dia hanya mencintai coraline sebagai seorang manusia. Tidak lebih dari itu. Tetapi perasaannya lain terhadap lunna. Setiap kali memandang wajah lunna satu aura cinta sufi mengalir dalam tubuhnya. Dia berasa tenang dengan wajah itu. Murabbinya pernah berkata,

jika kamu memandang wajah perempuan kemudian berasa tenang dan bahagia, kejarlah dia! Itu jodoh sebenarmu!.

Kata-kata itu dipegangnya sehingga dia bertemu lunna kemarin bertemankan cahaya matahari terbenam yang sangat mengasyikkan. Yaa! I love lunna. She is mine!!

-----------------------------------------------

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Semua pelajar smksb diberi kebebasan untuk ke mana sahaja selepas seharian suntuk mendengar taklimat dan lawatan ke galeri sejarah perkapalan dan galeri lukisan. Memandangkan malam ini merupakan malam terakhir mereka belayar kerana mengikut jadual, menjelang pagi esok mereka akan tiba di pelabuhan sydney Australia. Oleh itu, cikgu shukur sudah bersepakat dengan guru yang lain untuk membuat satu game dipanggil 'running ship' dimana pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan harus mencari jawapan berdasarkan soalan yang diberikan oleh beberapa krew kapal yang turut membantu dalam game ini. Semua soalan adalah dari hasil lawatan mereka ke galeri pagi tadi.

"Guys! Jom mandi kolam." Kata nurina sambil memasukkan puding berperisa vanilla ke dalam mulutnya. Dia, lunna, sofea, tasha dan jannah kini melepak di sebuah cafe tutti fruttie yang terdapat dalam kapal itu.

"Hm, okayy jugak. Jom lahh." Tasha menyokong.

"Ish! Tak nak laa. Entah apa laa ada dalam kolam tu. Dah laa bercampur laki perempuan. Tak nak aku. Korang nak pegi, pegi lah." Jannah pula mengomel.

"Alahaii, sapa ajak pegi kolam tingkat atas tu. Kita pegi laa kolam dekat tingkat 2 tu. Diorang asing lelaki perempuan. Lagi pon dekat situ berbumbung tak panas sangat." Jawab sofea sambil tangannya secara automatik menarik piring lunna berisi puding coklat yang masih belum terusik.

"Amboii sofea tangan tu! Sempat lagi kan." Nurina ketawa melihat aksi spontan sofea.

"Hahahah, lunna! Kau kenapa? Sampai aku curi puding kau pon tak perasan. Terkenangkan orang jauh ke?" sofea memerli.

"Ohh! Kau nak curi puding aku ye, aku report polis kang!. Hahahah! Tak de lah. Aku cuma rindukan keluarga aku je." Jawab Lunna cuba berseloroh bagi menyembunyikan perasaan sebenarnya ketika ini. Memang dia rindukan keluarganya tetapi sebenarnya dia lebih memikirkan soal malam ini. Tadi selepas makan tengah hari, Coraline ada berjumpa dengannya. Coraline kelihatan bersungguh-sungguh mahu dia menghadiri majlisnya dengan rahman malam ini tepat jam 8 malam. Tetapi pada masa yang sama lunna terikat dengan aktiviti running ship malam ini juga. Sudahlah sejak kejadian malam tadi, dia cuba menghindarkan dirinya dari rahman walaupun sering terserempak.

"Eleh, yelah tu. Entah-entah ingatkan abang sado kita."

"Abang sado??" Tanya lunna pada jannah.

"Rahman saifullah!!" Jawab mereka serentak.

"Ish!! Apa yang korang meroyan ni. Mana ada. Dia tu tunang orang. Ibu ayah aku tak ajar pon rampas hak milik orang. Sebenarnya, tadi coraline ada jumpa aku. Dia ajak aku pegi majlis dia dengan rahman malam ni. Tapi kita kan ada game. Tu yang aku pening ni." Akhirnya lunna luahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

"Wow! Seriously lunna? How lucky you are. Kalau aku, aku mestilah pergi. Mana tahu jumpa putera raja ke dekat majlis tu." Nurina menyiku lengan tasha yang memang kuat berangan.

"Hmm, pendapat aku kan lunna. Aku rasa kau tak patut pergi."

"Boleh aku tahu sebabnya?" Tanya lunna pada jannah.

"Aku rasa coraline ni ada muslihat laa. Cuba kau fikir. Kau baru kenal dia semalam. Tak sampai 24 jam pon tak kan senang-senang dia nak ajak kau pergi majlis dia. Diorang tu orang kaya lunna. Boleh buat apa-apa je dengan mudah sebab diorang berduit." Jannah melontarkan pendapatnya.

"Tapi kenapa dia nak bermuslihat?” Tanya lunna.

"Hmm, Entahlah mungkin coraline cemburu hubungan kau dengan rahman, tunang dia."

"Aku dengan rahman? Guys! Aku dengan dia tak ada apa-apa laa."

"Habis tu, gelang kat tangan kau tu apa?" Soal nurina lagi. Ohh ya! Gelang itu. Lunna lupa pulangkan gelang pemberian rahman semalam. Hmm, tapi macam mana dia mahu berjumpa dengan rahman...

------------------------------------------------

Selepas habis melantak di kafe. Mereka berlima bergegas pergi ke kolam di tingkat 2. Kolam itu terbuka tetapi diasing kan lelaki dan perempuan. Mungkin dibina khusus untuk orang Malaysia sahaja. Ternyata benar. Rata-rata pengunjung di kolam itu adalah rakyat malaysia walaupun terdapat beberapa orang mat saleh. Nampaknya rakan-rakan mereka yang lain turut bersantai disitu. Tahap kedalaman air lebih kurang 5 meter.

Tanpa berlengah, mereka terjun ke dalam kolam, kecuali lunna.

"Lunna cepat lah, air tak sejuk pon." Pekik tasha.

"Kejap lagi lah, aku nak pergi toilet jap." Balas lunna melangkah ke toilet betul-betul dihadapan kolam. Selang beberapa minit, lunna keluar lalu mula duduk di tebing kolam. Tanpa melihat kedalaman air, lunna terus masuk ke dalam kolam. Dia tenggelam! Bagaimana dia boleh lupa bahawa dia tidak pandai berenang dan bagaimana dia boleh lupa melihat kedalaman air terlebih dahulu! Dia menyangka kolam tidak lah terlalu dalam kerana dipenuhi kanak-kanak yang lain. Dia meronta dalam kelemasan. Dia cuba melonjak-lonjakkan kakinya untuk sampai ke permukaan. Sesekali dia berjaya sampai ke permukaan.

"To...to... longg!!"

Kali ini semua mencari arah suara jeritan itu termasuk zaim yang turut berada di kolam bahagian lelaki.

"Ehh! Sapa tu? Lunna?" Keadaan menjadi kecoh tiba-tiba. Beberapa orang cuba berenang ke arah lunna. Kebetulan kapten mark melalui kawasan itu. Dia terus terjun ke dalam kolam dan berjaya menyelamatkan lunna. Dia membaringkan lunna secara mengiring di lantai lalu mengurut-ngurut belakang lunna. Kapten mark mula dikelilingi orang ramai termasuk rakan lunna dan guru sekolah lunna juga. Tasha , Sofea dan jannah mula panic manakala nurina teresak-esak menangis. Beberapa saat kemudian, lunna sedar sambil meludahkan sisa-sisa air yang masuk melalui hidungnya. Nurina lantas memeluk lunna seerat mungkin takut kehilangan sahabat baiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience