Bab 4

Other Completed 4937

Bab 4

Jam menunjukkan pukul 9.05 malam.

"Mona cepat laa, dok ralik apa lagi satgi cikgu marah pulak ish," Tasha mula mengomel kepada sahabatnya, jannah yang masih terkial-kial melilit selendang bewarna coklat.

"Relek laa, cikgu bukan datang lagi. Cikgu yang selalu datang lambat doh." Balas jannah sambil duduk dihadapan cermin.

"Haih, bergaduh apa dua orang ni haa hahaha! " Nurina menyampuk perbualan mereka. Nurina dan Lunna tinggal di sebelah bilik jannah, tasha dan sofea kerana 1 bilik hanya boleh memuatkan 3 orang penghuni sahaja. Oleh itu, lunna dan nurina terpaksa berkongsi bilik dengan seorang lagi rakan sekelasnya, Aida. Rakan-rakan aida pula berada dalam satu bilik yang lain iaitu raudah dengan lesung pipit yang menawan, amalina pula paling cantik di sekolahnya dan shahirah yang sangat sporting. Mereka memang dikenali di sekolah kerana cantik dan pandai bergaya.

"Si aida tu dah pergi ke?" Soal sofea sambil tangannya ligat menekan telefon bimbitnya.

"Hmm, awal-awal lagi dah pergi. Bukan main bergaya lagi diorang tu. Macam nak jumpa anak raja." Kata-kata nurina membuatkan bilik itu dipenuhi gelak tawa mereka semua.

-----------------------------------------------

Angin bertiup kencang. Mark sedang berdiri di hadapan dek kapal sambil memerhati ombak yang kian deras. Seorang anak kapal berlari termengah-mengah menemuinya.

"What wrong with you, haikal?" Tanya kapten Mark yang berasal dari Perancis tetapi telah lama menetap di Malaysia.

"Ini laporan dari bilik kawalan pergerakkan angin." Anak kapal itu menyerahkan beberapa fail kepada kapten mark.Kapten mark memerhatikan dokumen itu lalu berfikir sejenak.

"Nampaknya di hadapan laluan kita berlaku pusaran angin yang kuat kapten." Terang anak kapal itu lagi yang kelihatan masih muda.

"Hmm, kalau macam tu arah krew bahagian enjin untuk memperlahankan kapal sehingga 300knot/km. Kita tunggu sehingga ribut reda." Jelas kapten mark. Dia kelihatan serius.

"Tetapi ia akan melambatkan perjalanan kita sampai ke destinasi kapten."

"Jadi kamu mahu kita ambil risiko?"

"Err, tidak kapten. Maafkan saya."

"Sudahlah sekarang jalankan tugas kamu seperti yang saya arahkan."

"Baik kapten!"

****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience