Bab 11

Other Completed 4937

Bab 11

Lunna membuka mata. Dahinya terasa sangat sakit. Dia memegang dahinya terasa berair. Darah! Perlahan-lahan dia duduk menyandar dinding. Dia memandang sekeliling. Dia berada di sebuah bilik tetapi bukan biliknya. Kelihatan seperti bilik second class. Ruang yang agak besar tetapi berselerak seperti baru dilanda gempa bumi. Oh yaa! Baru dia teringat, kali terakhir kapal bergegar kemudian dia jatuh kepalanya terhantuk pada dinding. Dia seorang sahaja berada disitu. Mana Rahman?

Rahman bersembunyi disebalik meja makan yang agak besar. Kemudian mencapai pasu bunga dijadikan alat pertahanan diri daripada lanun-lanun yang menawan kapal ini. Seingatnya.....

*flashback*
Selepas berlaku rempuhan yang kuat, dia tergolek hingga keluar dari halaman utama tempat dia berbual dengan lunna. Mujur, seorang anak kapal sempat mencapai tangannya, kalau tidak pasti dia sudah terjunam ke dalam laut yang bergelora. Setelah itu, ombak menjadi semakin ganas. Sesekali kapal hampir terbalik dan air percikkan ombak boleh sampai ke dek kapal tingkat 2. Air di dalam kolam turut melimpah sepenuhnya masuk ke dalam pintu masuk kapal sehingga menarik beberapa mangsa jatuh ke laut dalam. Keriuhan berlaku di sana sini. Rahman juga tidak sempat menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang diterbangkan ribut. Dia berasa amat dukacita. Sewaktu dia berjumpa dengan kapten mark bagi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, saat itu lah seorang lanun berada dibelakangnya sambil menghunuskan parang di lehernya. Kapal telah ditawan!
*End flashback

Dia kini cuba melepaskan diri dari bilik kawalan. Captain mark dan pegawai lain diikat tangan ke belakang. Setelah mendapati lanun-lanun itu tidak memandang ke arahnya, dia pantas berlari keluar pintu. Sebaik sahaja keluar, dia terperanjat kerana luar deck kosong. Cuma beberapa lanun yang mengawal disitu. Mayat penumpang yang mati sama ada dibunuh mahupun mati akibat terjatuh atau sebagainya diletakkan di dalam kolam yang airnya tiada. Mungkin air kolam telah terbalik sewaktu ribut dan ombak yang mengganas tadi. Sekarang semuanya sedikit reda walaupun angin dan ribut masih bersisa. Sesekali ombak menggoyangkan kapal yang bersaiz 286 meter dengan kelebaran 52 meter itu. Misinya kini mahu mencari orang yang dia kenali terutama sekali lunna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience