Bab 17

Other Completed 4937

Bab 17

"Kapten! Tiada mana-mana kapal melalui kawasan ini. Laluan ini telah disekat oleh PBB." Lapor seorang petugas di bilik kawalan angin. Banyak kemudahan yang telah dimusnahkan oleh lanun-lanun itu. Mark mengetuk meja kerja sehingga semua pegawai memandang ke arahnya. Wajah mark kelihatan merona merah. Marah.

"Tapi.... tapi kita berjaya hantar pesanan ke sebuah organisasi persenjataan rahsia Amerika Syarikat di sebuah pulau kecil di selatan lautan hindi ni. Persoalannya sekarang, sama ada mereka menerima pesanan kecemasan kita atau tidak sahaja kapten." Sambung pegawai itu lagi. Agak tergagap-gagap mungkin terkejut dengan sikap kaptennya.

★★★

Rahman merangkul pinggang lunna dan menariknya ke atas sehingga ke atas tangga. Dia menarik nafas. Lunna terbaring tidak sedarkan diri.

"Lunna! Lunna! Bangun lunna!!" Beberapa kali dia menepuk-nepuk pipi lunna. Namun tiada reaksi. Rahman meletakkan jarinya di hidung lunna. Tiada aktiviti pernafasan berlaku. Dia mula panik. Apa yang harus dia lakukan sekarang. Di sekolah pondok dahulu pon dia pernah diajar cara melakukan cpr untuk menyelamatkan mangsa yang lemas namun dia berasa cuak mahu berbuat demikian. Air pula makin lama semakin meningkat. Dia mencubit pipi lunna kuat-kuat biar sampai terasa sakit. Akhirnya teknik itu berjaya. Lunna tersedak lalu menggosok-gosok pipi kanannya yang sakit. Sangat sakit.

"Sakit lahh!" Lunna merungut. Tangan besi agaknya rahman ni.

"Err.. maaf..terkuatt." Rahman kelihatan malu sendiri.

"Mana tasha dan jannah?" Tiba-tiba lunna bertanya. Rahman menggelengkan kepalanya. Dia berasa serba salah kerana terlewat dan hampir kehilangan nyawa lunna. Dia menghadapi sedikit masalah ketika berada di sebuah bilik. Kakinya tersepit dengan almari perhiasan dan menyebabkan kakinya sedikit luka.

Lunna tersandar di dinding. Dia berharap itu semua hanya mimpi ngeri namun ternyata itu realiti yang harus dihadapinya. Air matanya mengalir buat sedemikian kalinya. Kini dia berharap dia sempat menemui nurina dan sofea.

"Lunna. Kita janji akan jaga kamu sebaik mungkin." Rahman mengeluarkan gelang tangannya yang diberi pada lunna beberapa hari lepas namun lunna memulangkan semula gelang itu beberapa jam sebelum musibah buruk ini berlaku. Dia menyarutkan gelang itu semula di pergelangan tangan kiri lunna dengan perasaan ikhlas. Mata rahman dan lunna bertaut. Tidak semena-mena nama mereka berdua diseru seseorang yang berada di atas tangga..

****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience