Prolog + Bab 1

Other Completed 4937

~Prolog~

Sekumpulan lanun sedang meronda menggunakan bot laju di kawasan wilayah jajahan mereka di lautan paling menakutkan di dunia iaitu Lautan Hindi. Ketika itu ombak hanya mencapai sekitar 5 meter sahaja. Ia tidak menjadi sebarang masalah kepada lanun2 tersebut yang telah biasa dengan keadaan sebegitu. Kini mereka mencari mangsa seterusnya untuk dijadikan tebusan bagi merompak harta mahupun barang mewah dari kapal yang lalu di situ. Telah banyak kapal-kapal dagangan dan kapal pelayaran yang telah menjadi mangsa mereka. Terdapat juga kapal-kapal yang hilang tanpa petunjuk di kawasan berkenaan. Telah banyak negara berganding bahu bagi membanteras jenayah lanun yang semakin menggila namun segalanya hanya menjadi sia-sia.
Kini, pihak Bangsa-Bangsa Bersatu mencapai kata sepakat untuk menutup laluan kapal-kapal daripada melalui laluan tersebut. Namun... Adakah ia berhasil?

~Lunna~

Lunna seorang gadis yang bertubuh kecil dan pendiam. Diam, bukan kerana sombong tetapi dia lebih suka membuat hal sendiri. Dia juga sering memakai kaca mata. Maklumlah rabun jauh. Oleh kerana itu, sesetengah pelajar lelaki selalu memanggilnya dengan gelaran gadis mata 4.

Lunna juga tidak pernah tinggal berjauhan dengan keluarganya. Sepanjang 17 tahun hidupnya, dia tidak pernah mengikuti mana-mana kem atau pun perkhemahan sekolah. Bukan ibu bapanya tidak benarkan tetapi dia sendiri yang tidak mahu berjauhan dengan keluarganya. Pernah suatu ketika dia tinggal di kampung bersama nenek dan atoknya tapi tidak sampai 24 jam dia menelefon ayahnya agar mengambilnya segera.

Tahun ini merupakan tahun terakhir Lunna sebagai seorang pelajar di SMKSB. Entah mengapa, selepas tamat SPM beberapa hari lalu dia berazam ingin menghabis sisa-sisa hari terakhirnya bersama kawan-kawannya walaupun terpaksa berjauhan dari keluarganya..

Bab 1

Lunna menghulurkan sepucuk surat kepada ibunya. Puan Aisha menyambutnya sambil melirikkan anak matanya ke arah anak gadis tunggalnya itu.

"Surat apa ni?"

"Baca laa dulu ibu." Balas Lunna sambil tersenyum sumbing.

*setelah beberapa ketika*

"Are you sure Lunna? Hmm.. its too dangerous."

"Yeahhh, Lunna betul-betul nak pi. This is my last year with all my friend. Please...." Dia membuat mimik muka seposen.

"Tapi ni lawatan ke oversea sayang. Naik kapal pula tu. Kalau ayah tau ni mesti ayah tak benarkan." Ibu cuba menenangkan Lunna.

Lunna memuncungkan mulutnya. "Alaaa, SPM kan dah lepas bagi laa Lunna release tension, ambil udara segar, tengok lautan yang terbentang luas. Hmm, please ibu pujuk lah ayah ye." Lunna memeluk bahu ibunya.

"Tengoklah macam mana nanti ibu cuba." Balas ibunya dengan senyuman memaksa.

**************************

Lunna mengambil tempat di tengah antara ibu dah ayahnya yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Abang dan adiknya juga berada di ruang tamu menonton tv.

"Tak sangkakan, kapal Titanic yang besar lagi mewah pon boleh karam." Lunna masih menonton tv yang menayangkan sebuah filem hebat iaitu Titanic.

"Kalau Allah mengkehendaki sesuatu perkara tu, mesti terjadi juga. Even Gunung Everest runtuh sekali pon." Nazmi mencelah sambil mengunyah keropok.

"Ayah, tengok abang cakap dengan mulut penuh makanan."

"Eh tak-tak, dah habis pon makanan dalam mulut. Ngaaaaa~ haa tengok nie." Nazmi membuka mulutnya ke arah adiknya, Lutfil yang baru berusia 4 tahun.

"Haa, baguslah abang. Ibu cakap tak baik bercakap sambil mulut penuh dengan makanan. Betul kan ibu?" Tanya Lutfil

"Iyaa, sayang." Jawab ibu.

Nazmi tertunduk malu dan disambut gelak tawa dari mereka semua.

-------------

Ibu memandang mulus wajah Lunna. Lunna yang sedari tadi menonton tv berasa tidak selesa seperti diperhatikan seseorang. Dia sekilas berpaling memandang ibunya. "Kenapa ibu?" Tanya Lunna ringkas.

"Tak ada apa." Ibu membalas seraya tersenyum memandang anak daranya seorang.

Lunna kembali menumpukan perhatiannya pada kaca televisyen. Filem Titanic ini walau telah banyak kali menontonnya masih tidak rasa jemu.

Ayahnya terdengar perbualan antara isterinya dan Lunna sebentar tadi. Dia menoleh ke arah isterinya dan kelihatan mata isterinya berkaca-kaca. Dia faham apa yang bermain difikiran isterinya.

"Lunna, serious nak pergi lawatan ke Australia tu? Masih boleh batalkan kalau Lunna berubah fikiran."

"Ohh mestilah nak pergi ayah. Lunna dah hantar pon surat kebenaran tu dekat cikgu sekali dengan wangnya. Kenapa ayah tiba-tiba tanya? Ayah ubah fikiran ke?" Lunna mengalihkan pandangannya pada ayahnya yang bermisai garang. Garang luaran tetapi lembut di dalam. Sebelum ini, dia dan ibu bersusah-payah memujuk ayahnya agar membenarkan Lunna mengikuti lawatan itu.

"Tak lah, ayah tanya je."

"Sapa tak nak pegi ayah, naik kapal besar mewah pula tu. Kalau macam tu Nami pon nak ikut juga." Nazmi menyampuk. Ayat itu lebih kepada menyindir adiknya. Lunna mencebik.

"Kakak jangan lah pegi." Tiba-tiba Lutfil bangun dan berdiri di hadapan Lunna. Lunna terkesima. Dia memegang kedua-dua belah pipi adiknya.

"Tak. Akak tak pergi ye." Lunna tersenyum lalu memeluk adiknya. Ketika itu matanya menatap kaca televisyen dan terpampang kapal Titanic yang mula karam menuju ke dasar Lautan Atlantik yang sejuk beku..

--------------

Lunna cuba melelapkan matanya tetapi terasa amat liat. Mungkin kerana malam ini merupakan malam terakhirnya di rumah. Esok dia akan berangkat ke pelabuhan.

Lunna bangun dari pembaringan lalu menuju ke arah meja belajarnya dan mengambil peta dunia yang dibelinya sewaktu bercuti ke pulau Langkawi tahun lalu. Dia melihat kedudukan Malaysia dan Australia tidaklah terlalu jauh. Australia cuma berada di bawah Malaysia selepas Indonesia. Di bawah Australia pula terdapat benua Antartika. Antara tempat paling sejuk di dunia. Dahulu dia memang berangan-angan mahu tinggal di sana namun semua orang mentertawakannya. Orang yang paling kuat ketawa semestinya abangnya sendiri. Kata Nazmi,

'mana ada orang tinggal kat Antartika. Nak mati ke hahahahahah!!'

Kata-kata Nazmi terngiang-ngiang di telinganya. Bagi Lunna, keinginannya ke sana bukan untuk mati tetapi dia hanya mahu melihat bintang. Ya, bintang! Kata orang tempat yang paling gelap merupakan tempat paling strategik untuk melihat berbilion bintang di angkasa.

Lunna kemudian, pergi ke arah tingkap lalu membuka tingkap. Angin malam terus menyapa wajahnya. Terasa dingin. Dia melihat lampu-lampu berwarna-warni di jalanan, rumah mahupun di bangunan-bangunan mencakar langit. Walaupun jam menjangkau pukul 2 pagi namun kesibukan bandar di sini bagai tiada hentinya. Dia mendongak memandang langit yang sepi. Bulan menyembunyikan diri disebalik awan seakan-akan merajuk dengan manusia. Bintang juga begitu, hanya kelihatan 6 kerdipan bintang daripada berbilion bintang di angkasa. Hmm, Lunna mengeluh. 'Jangan sedih, nanti kita jumpa ya bintang' bisik Lunna..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience