Bab 2

Other Completed 4937

Bab 2

"Ish! Abang ni laki ke perempuan? Bersiap mengalahkan perempuan. Orang dah lambat ni kang kena tinggal pula macam mana? Abang nak suruh orang berenang sampai kat Australia ke? Orang dah laa tak pandai berenang nanti mati lemas kat tengah laut tu macam mana." Lunna membebel sambil memasukkan beg bagasi pakaiannya ke dalam bonet kereta Avanza bewarna biru laut.

"Aduh! Minah ni bising laa. Mengalahkan apek cina yang tilam lama, tukar baru tu. Yelah-yelah, dah siap laa ni." Keluh Nazmi. Dia kelihatan segak mengenakan t-shirt lengan panjang dengan menyinsing lengan bajunya hingga ke paras siku dan topi di kepalanya. Kelihatan swagg gitu.

"Amboii! Segaknya. Abang ingat kita nak jumpa awek abang ke? Kita nak pergi pelabuhan je laa."

"Alaa, nak jumpa awek juga tu. Kawan-kawan Lunna kan.. hahahah!!"

"Eww, please lahh."

"Sudah laa tu Nazmi Lunna. Kang ibu sumbat kain buruk dalam mulut baru tau." Ibunya mencelah bila melihat kedua-dua anaknya saling bertikam lidah. "Haa, Nazmi kuncikan pintu pagar sekali. Nanti masuk orang tak diundang pula" ayahnya pula berpesan.

"Bukan orang ayah tapi benda..." kata Nazmi.

"Benda apa?" Tanya Lunna suspen.

"Kun..ti..la..nak.....Lun..na... hahahah!!! "

"Abanggggg!!" Lunna menjerit geram..

****************************

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Lunna dan keluarganya telah sampai ke pelabuhan yang ditetapkan. Dalam jadual yang diterima Lunna, kapal akan berlayar tepat jam 5 petang.

Lunna tertinjau-tinjau mencari rakan-rakannya yang lain. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

*dalam talian*

"Hello, Assalamualaikum kau kat mana?"

"Waalaikumsalam. Aku dekat depan jetty ni tempat bagi tiket tapi aku tak tau nak masuk bahagian mana. Kau mai laa sini."

"Ohh, kau masuk laluan no.2 tu. Nanti aku mai."

*talian dimatikan*

"Lunna!!!" Jerit Nurina sambil melambai-lambaikan tangan. Lunna tersenyum seraya membalas lambaian itu.

"Ayah ibu Lunna pergi dulu ye." Lunna salam ibu dan ayahnya.

"Lunna, jangan pergi." Ibu memaut lengan Lunna. Mata ibu kelihatan berkaca-kaca. Lunna berasa sebak melihat ibunya. Akhirnya air mata yang bertakung di kelopak matanya menitis. Dia lantas memeluk erat ibunya. Ayah dan Nazmi berasa hiba manakala Lutfil pula sedang teresak-esak menangis.

"Lunna, kita kena cepat. Nanti kapal dah nak berlayar." Kata Nurina yang berdiri di sebalik penghadang tiang yang memisahkan antara dia dan keluarga Lunna. Mahu tidak mahu, Lunna terpaksa meleraikan dakapan ibunya.

"Ibu, lunna pergi kejap je. Only one week. Nanti lunna balik sini ye. Ibu jaga diri. Jangan sedih macam ni." Lunna cuba memujuk ibunya. Lunna kemudian menyalam abang dan adiknya.

"Setiap sejam kena call abang faham!" Nazmi memberi peringatan. Walaupun dia selalu menyakat lunna namun dia sebenarnya amat sayangkan adiknya itu. Lunna menjelirkan lidahnya lalu tersenyum manja.

"Lutfil, jangan nakal-nakal tau. Nanti akak balik akak belikan Lutfil hadiah ye." Kata lunna cuba menyenangkan hati adiknya.

"Janji akak akan balik?"

"Eaa, akak janji" kata lunna sambil menggosok-gosokkan kepala adiknya.

Lunna melangkah menuju ke laluan no.2 untuk memeriksa nama. Ibu pula berjalan menghampiri kawan-kawan lunna yang setia berdiri disebalik penghadang tiang itu sambil menghadiahkan sebaris senyuman ke arah mereka. Ayah, Nazmi dan Lutfil turut mengekori ibu.

"Apa khabar mak cik?" Tanya tasha antara pelajar paling pintar di sekolah.

"Sihat Alhamdulillah." Kata puan Aisha sambil tersenyum memandang Nurina, tasha, sofea dan jannah. Mereka merupakan kawan-kawan baik Lunna.

"Nanti dekat sana tolong tengok-tengokkan Lunna sama yaa. Maklumlah dia kan paling pendekk." Kata-kata Nazmi disambut gelak tawa dari mereka semua.

"InsyaaAllah, doakan kami selamat pergi dan pulang." Kata sofea lalu memandang Lunna yang kebetulan baru berdiri di sebelah mereka. Lunna kehairanan melihat mereka semua tersenyum-senyum termasuk familynya. Dia memandang abangnya yang mengangkat-angkat kening nipis bak bulu buah rambutan. Cehh!!

"Abangggg!...." belum sempat dia memarahi abangnya tiba-tiba terdengar pengumuman yang meminta semua pengunjung yang naik kapal Impiana agar segera ke pelabuhan. Lunna Dan rakan-rakannya kelam kabut berlari ke arah kapal. Lunna sempat menoleh ke belakang melihat wajah-wajah orang yang disayanginya buat kali terakhir..

****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience