Bab 22

Other Completed 4937

Bab 22

"Ehh! Mana baju kita?" Tanya rahman. Matanya terkebil-kebil melihat dia hanya bersinglet putih.

"Oh! Aku yang tanggalkan tadi sebab nak balut luka kau lagi pon baju tu dah koyak rabak macam kain buruk. Tapi... aku tak buat apa-apa pon.." lunna menundukkan wajahnya sedikit. Terasa wajahnya sedikit panas. Dia risau rahman berfikir yang bukan-bukan.

"Ehh! Bukan macam tu. Kita tak fikir macam tu pon. Cuma kaget tiba-tiba tak berbaju hehe. Hmm, terima kasih sebab dah balutkan luka kita." Rahman cuba mengawal suasana yang agak hening seketika.

"Mesti you sejuk kan sayang. Nah ambil lah cardigan lunna." Coraline membuka cardigen yang sedang dipakai lunna labuh separas lutut dan menghulurkan pada rahman. Lunna agak terkejut dengan perbuatan itu. Tapi tak pe lah, dia masih memakai sehelai t-shirt lengan panjang bewarna hitam.

"Tak ape lah. Kita boleh pakai baju kita tadi."

"Jangan. Lunna tak kisah pon you nak pakai baju dia. Kan lunna?" Tanya coraline. Entah apa lagi muslihat minah ni tadi baru sahaja dia berbaik dengan coraline. Lunna segera menepis semua andaian negatif itu.

"Yeahh! Pakai lahh. Aku tak kisah pon." Lunna menjeling coraline sambil tersenyum. Coraline membalas senyuman itu. Senyum ada makna tu.

★★★

*di rumah lunna*

"Ibu, sekarang apa kita nak buat? Tak kan nak duduk just tunggu perkhabaran dari pihak sekolah je? Patutlah nami call lunna berjuta kali tak dapat." Nazmi kelihatan gelisah selepas ibunya menceritakan apa yang berlaku terhadap kapal Impiana.

"Pastu? Apa kita nak buat?" Soalan di balas dengan soalan.

"Hmm, kita report polis." Nazmi memberi cadangan.

"Ini bukan pasal kes penculikan ke apa. Ni pasal kapal. Tak kan nak report polis. Lagi pon kita boleh buat report bila kapal tu betul-betul hilang selepas 24 jam." Ibu memicit-micit dahinya yang mula berdenyut-denyut.

"Ibu, are you okay? Hmm, ibu pergi rehat dulu, ada apa-apa perkhabaran nanti nami bagitahu ibu ye." Nazmi membantu ibunya masuk ke bilik. Kasihan pula dia melihat ibu. Dia mengeluh kecil sebaik keluar dari bilik ibunya. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia berjalan memasuki bilik adiknya; lunna. Bilik itu kelihatan kemas dan bersih. Dia berjalan melihat rak yang terdapat gambar nya bersama lunna dan ahli keluarganya yang lain. Matanya tertarik pada satu gambar dia dan keluarganya di univesal studio Singapore. Kenangan ketika itu menerpa di mindanya. Lunna pernah hilang di sana dan namanya dipanggil menggunakan pembesar suara. Mujur dia dijumpai oleh seorang anak pemilik restaurant di sana bernama Jeremy. Sampai sekarang, nazmi masih contact jeremy yang berasal dari Australia. Australia? Yeahh!! Mungkin Jeremy boleh membantunya.

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience