BAB 12

Action Series 2460

Dalam sebuah rumah banglo dihujung kampung,seorang gadis cantik sedang termenung jauh di luar jendela.Wajah si gadis itu makin manis dengan senyuman yang terukir di wajah.Kemerahan pipinya menjadikan dia semakin cantik dan jelita.

Soffea hanyut dalam buaian.Wajah tampan Ryu tidak pernah jemu untuk datang berkunjung dalam ingatannya.Berkali kali dia berusaha mengusirnya tapi matanya masih terbayang wajah Ryu.

Angin yang menyapa wajahnya membuatkan dia terleka.Sungguh dia benar benar gila..Gila kerana tergila gilakan lelaki yang baru dikenalinya.

CINTA MENGAPA SINGGAH DI HATIKU
KAU SALAH MEMILIH TEMPAT DN WAKTU
TAK TAHAN AKU MEMENDAM RASA
AKU TERSIKSA...

'Oh..ini kah yang dinamakan cinta pandang pertama?'hati Soffea berbicara.
____

Dikamar mandi,Hasbi termenung.Ryu dan Aizril ialah kawan yang dimilikinya.Sesungguhnya Hasbi amat menyayangi mereka.

Ryu..seorang insan yang baru dia kenal.Baginya firdaus seorang yang amat memahami dan juga penyabar.Ryu tak pandai berbohong.Mungkin ini kerana dirinya yang sentiasa bersabar.Baginya Ryu amat baik.

Aizril pula seorang yang sudah lama dikenalinya.Baginya Aizril seorang yang sukar untuk difahami..dan juga memahami.Aizril boleh dan sangat senang berubah!Daripada seorang yang positif,dia boleh berfikiran negatif..dan akhirnya bersifat sensitif.
____

Alif termenung di atas katil birunya.Fikiran nya jauh melayang.Resah benar hatinya kini.Mengapa sejak kebelakangan ini,suka benar dia teringatkan adiknya?Adakah semua ini berlaku kerana dia mula menyedari betapa sayangnya adiknya kepada dirinya..Arghh!Tak mahu ingat lagi.

Mama menghampiri Alif yang duduk diatas katil dengan posisi separuh baring.

"Abang..kenapa mama tengok abang murung aje memanjang?Tak sihat ke..atau abang teringatkan adik kat asrama?"Mama meneka sambil memegang bahu Alif.

Alif tersentak dengan tekaan ketiga mama.Memang benar dia teringatkan adiknya..tapi dia tetap tak mahu mengaku dan terus menafikan kebenarannya.Pantas dia mendengus kasar.Tapi tidak pula dia membalas.

" Abang rindu adik ke?Abang sedih sebab adik tiada? Tak apa..nanti kita melawat adik di asra.."Percakapan mama dipotong laju.

"Haisy..!!Apa pulak sedihnya?Dah elok dia duduk kat asrama,tak payahlah datang melawat dia!Macam melawat orang di penjara pula.." Alif menjawab kasar.Kepala nya di geleng kasar beberapa kali.

"Kenapa pulak macam tu?Abang tak sayang adik lagi ke?" Mama berusaha melembutkan hati Alif yang keras mengalahkan batu.

"Sayang?Mama rasa selama ini abang sayangkan dia ke?Entahlah..rasanya tak kot?!!Sebab dia bukan adik abang.Adik abang dah lama mati,mama!!" Mama tersentak dengan kekasaran bicara anaknya kepadanya.

Hatinya sedikit terasa dengan sikap anak sulungnya yang lain benar dengan anak keduanya yang sentiasa bersopan.Tak boleh ke cakap elok elok?Mahu aje dia balas macam ni..biar padan dengan kaki lumpuh Alif.

"Mengapa Alif tidak pandai hormat mama?mama sedih sebab Alif dah pandai biadap!! Alif memang dah jauh berubah..Alif dah tak sama macam dulu..Alif dah tak sayangkan mama!" Mama ingin berkata begitu tapi apalah dayanya.Tapi hatinya tetap berusaha untuk memaafkan kesalahan anaknya.

Hargailah mama kita yang masih ada.Jangan buat dia sedih..Jangan marah mama sekalipun kita marah.Kalau marah sangat tu,ambillah air sembahyang..Dan dirikanlah solat.Nescaya Allah akan dekat dengan kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience