BAB 16

Action Series 2460

Malam itu..

Selepas solat Maghrib,aku dan Hasbi berjalan di lorong ke bangunan asrama.Tiba tiba aku teringat akan hot chocolate yang mama bagi tadi.

"Hasbi..tadi mama aku ada bagi hot chocolate.Kau nak rasa?" Tanya aku semasa Hasbi berjalan ditepi.

"Hah..Sedap ke rasa hot chocolate tu?" Tanya Hasbi yang aku nampak macam berminat.

"Sedap lah..kalau kau nak tahu,hot chocolate lah minuman yang paling aku suka..Mama aku beli kat Coffee House." Kata aku lagi.Sesungguhnya aku bukan berniat untuk menunjuk nunjuk.

"Yakah?kalau macam tu aku nak rasa sikit lah.." Putus Hasbi.Aku hanya diam.Kami bergerak ke satu wakaf yang aku letak hot chocolate.Sampai kat sana,aku pelik sebab kedudukan air tu berubah..seolah olah diusik oleh seseorang.

Aku malas tak fikir macam macam.Segera aku ambik air tu.Aku fikir nak minum dulu sebelum bagi kat Hasbi.Terkejut gila bila aku rasa gelas tu ringan.Apa ni..Dapat aku rasakan bahawa air tu tak sampai separuh.

Ada orang minum ke?Ke makcik cleaner yang minum?Kalau betul,aku tak kisah malah aku halalkan saja.Tapi tak logik pula bila makcik cleaner yang pergi minum.Ni mesti budak asrama yang nakal ni.

Aku pandang Hasbi.Jelas terpapar wajah terujanya untuk merasa air coklat.Tapi dalam masa yang sama aku pun nak minum.Aku pandang wajah Hasbi.

'Tak Ryu..Kau tak boleh minum air ni.Hasbi yang sepatutnya minum..bukan kau!'

Aku pura pura menyedut straw kemulut.Mahu saja aku sedut betul betul.Hwaa..Air coklat aku..

"Nah,Hasbi.Minumlah.." Kataku sambil menghulurkan air coklat.Hasbi nampak terkejut bila pegang air aku.

"Banyaknya..Aku nak rasa sikit aje."

"Eh..tak apalah,Hasbi.Aku dah minum tadi.Lagipun aku tak minum air manis malam malam.Kau minum lah.." Pujukku.

"Terima kasih.." Ucap Hasbi kemudian menyedut perlahan lahan.Aku hanya mampu melihat keenakan air coklat tu.Bohonglah aku tak minum air coklat malam malam.Aku hanya nak yakinkan Hasbi aje.

Aku tengok aje Hasbi minum sampai habis.Nak aje aku tanya Hasbi, 'kau ada bau busuk tak kat straw tu?Kalau ada bau yang kurang menyenangkan,bukan aku tau..'

Hasbi dah siap minum sampai habis.

"Thank you,Ryu..Kau memang baik.Mama dan papa kau pun baik.Aku tak tahu macam mana nak ganti balik air tu.Sebab aku tak ada duit.." Kata Hasbi.

"Kau beruntung,Ryu sebab ada mama dan papa yang baik..yang pandai menyenangkan kau.Bukan macam aku.Aku hanya tinggal dengan atuk aku yang tua.

Umi dan Abah aku dah pergi tinggalkan aku masa kita darjah empat sebab kemalangan jalan raya.Sekarang aku hanya ada atuk aku..kami tinggal di sebuah pondok yang usang."Cerita Hasbi sambil menekur lantai.Aku hanya mampu menjadi pendengar yang setia.

" Atuk aku hanya bekerja sebagai penoreh getah..Gajinya tak tetap.Kadang kadang,kami berdua terpaksa menahan lapar hingga dua hari.Atuk aku tetap mahu pergi kerja walaupun hujan lebat.Dia kata dia mahu beri aku makan.

Aku kesian tengok atuk aku macam tu.Atuk aku dah lah tua..kena jaga makan pakai aku lagi.Padahal diri atuk sendiri tak terjaga.Pakai pun sehelai sepinggang."Cerita Hasbi lagi.Aku pun dah sebak mendengar.Ya Allah..Tabahnya kawan aku ni.Cekal nya hatinya menempuh dugaan.Allah..kau berilah Hasbi kesenangan walau hanya secebis darinya.

"Bila tiba hari raya,aku kesunyian..Awal awal pagi lagi aku dah duduk mencangkung di tepi kubur arwah umi dan abah aku.Setiap kali menyambut lebaran,aku selalu pakai baju yang sama.Baju masa kita darjah empat..baju tu ada banyak tampalan.Aku sayang baju tu..sebab tu pemberian terakhir daripada Umi dan abah aku..

Aku selalu tengok orang lain pakai kurta.Aku pun teringin nak pakai kurta.Pernah sekali aku nak minta daripada atuk untuk beli satu..Tapi aku tak sampai hati nak buat gitu sebab masa tu aku nampak atuk tengah kira duit..Aku sempat tengok wang ditangan atuk...ada dalam RM6 aje.."Hasbi bercerita lagi.Sekali sekala dia berhenti untuk seimbangkan nafasnya.

" Sebab tu aku ambik keputusan untuk tinggal diasrama..sebab aku tak mahu bebankan atuk banyak banyak.Tapi aku ada masalah lain pulak iaitu yuran makan asrama.."Aku nampak Hasbi menyeka air mata.Hwaa!!Hasbi..jangan lah buat aku rasa sedih..

"Kau jangan lah cakap macam tu,Hasbi..Kau kena kuat..Kalau umi dan abah kau tahu kau lemah macam ni,mesti dia sedih..Kau kan anak yang taat.Mesti kau taknak buat mereka susah hati kan." Aku pujuk Hasbi.Bahu Hasbi aku pegang.Aku harap ini dapat beri Hasbi semangat.

"Kalau kau nak hot chocolate tu,lain kali aku boleh beli untuk kau.Tak pun aku suruh mama bawa esok?Mama aku bukan berkira dengan budak.." Pujuk aku.

"Kau janganlah cakap macam tu..Aku cerita bukan sebab nak dapat simpati kau.Aku cuma meluahkan rasa aku saja..Tak berniat pun nak raih simpati kau." Kata Hasbi.

"Hasbi..walaupun kau tak ada umi dan abah kau,kau masih ada atuk..Walaupun kau tak ada rumah cantik tapi kau ada tempat untuk berteduh.Walaupun kau tak ada baju cantik tapi kau ada pakaian untuk dipakai.." kata ku sambil genggam tangan Hasbi.

Hasbi hanya diam..seolah olah mencari kekuatan.Akhirnya dia mengangguk.

"Aku janji takkan ungkit balik cerita ni.Impian aku cuma satu..aku nak senangkan atuk aku.Jadi aku kena belajar sungguh sungguh supaya masa depan aku cerah.."putus Hasbi.Aku membiratkan senyuman gembira.

Kalau Hasbi sedih,aku pun turut sedih.Kalau Hasbi gembira,aku pun tumpang gembira.

Hasbi..moga Allah mempermudahkan urusan kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience