BAB 23

Action Series 2460

Putus sahabat?Ya Allah..sampainya hati Aizril buat macam tu kat aku dan Hasbi.

"Kenapa sampai perlu putus sahabat?Ada banyak jalan lain yang boleh kita ambil..tak sampai putus sahabat pun..Aku boleh explain lah!" Aku berkata dengan sedikit kasar.Aizril mendengus sebelum menjeling.

"Macam mana aku nak dengar explain kau kalau kau sendiri aku tak percaya?Dah lah sanggup rampas gadis aku..Kau ni memang..Haisy!" Aizril menjeling lagi.Aku rasa macam nak korek biji mata dia.

"How many times I told you yang aku tak rampas minah sewel tu?" Aku membalas tegas.Geram beb bila kena tuduh tuduh macam ni.Kut ya pun nak tuduh aku,tuduh lah aku dengan Lisa Blackpink tu..Soffea the first ni buat apa..

"Huh!Nak auta aku lah tu!Habis tu macam mana kau dan dia duduk berdua dalam kelas tu..Ke kau dan dia tengah.."Aizril sengaja berhenti sambil tangan sedang memegang dagu.Aku faham apa yang Aizril maksudkan..

Dia nak kata aku dan Soffea buat benda bukan bukan ke apa ni?Kau ni gila betullah Aizril..kau ingat aku ni tak tahu halal haram ke apa?Aku lempang jugak budak tak cukup zat ni..

" Aizril..kau jangan nak tuduh Ryu bukan bukanlah..Ryu ni baik tau!Dia seorang yang tahu hukum agama.Dia tahu halal haram lah!"Aku dengar Hasbi memarahi Aizril..Padan muka kau Aizril..tak ada siapa yang nak bela kau.

"Huh..kau kan bestfriend dia?Mestilah nak bela dia selalu kan..takkan lah nak bela aku yang kau rasa jahat ni kan?" Tengok tu..dari jauh lagi aku nampak dia jeling.Lelaki macam Aizril ni tak ada apa pun..Hanya jeling aje modal dia.

"Ya Allah..aku tak bela sesiapa pun.Kau jangan lah buat aku dan Ryu macam ni.Tak baik putuskan hubungan yang mulia disisi Allah.." Aku dengar Hasbi macam merayu kat Aizril.Nasib lah si Hasbi tak pergi melutut di kaki berkudis Aizril tu..

"Yup!Mulia disisi Allah..tapi hina di mata aku!Korang berdua sehina hina manusia yang pernah aku jumpa dalam dunia ni.And kau Hasbi!Kau tak layak berkawan dengan aku because kita tak setaraf." Ucap Aizril tanpa memikirkan perasaan Hasbi.

Hasbi jatuh melorot..

"Hina sangat ke orang miskin macam aku ni,Aizril?Hina sangat ke aku sampai kau boleh kata macam tu?" Aku dengar Hasbi bertanya lemah.Hasbi tersungkut di atas lantai.

Aizril tersenyum senget..Woi!Mulut kau tu jenis yang reyok ke?Orang senyum nampak simetri..kau pulak?Belah kanan nipis..belah kiri pulak jatuh sampai lantai.

"Ya.Memang aku hina!Hina sangat sangat sampai kau boleh dimaki diejek dicaci dan di herdik!Kalau kau mahu..aku boleh aje pergi tonyoh kepala kau yang aku nampak macam bola tangkis ni..Aku pun boleh tampar pipi kau..

Haa..nak hempuk dengan selipar jamban pon boleh.Tapi aku taknak lah kejam sangat dengan kau.Kau ni dah kira bertuah sebab akh tak buat semua tu.."Aizril menyindir Hasbi sambil sudah mula berjalan mengelilingi Hasbi.

"Aizril..dah tak ada ke sekelumit rasa kasihan kau kat aku?Kut ya pun..berbelas ehsan lah pada aku sebagai seorang manusia.."Aku dengar Hasbi merintih dengan suara yang mendayu dayu.

Apa,kau ingat aku tak nak tolong Hasbi ke?Wei..aku nak tolong Hasbi tapi dalam masa yang sama aku nak dengar apa yang Aizril cakap jugak.

Kalau dia melampau sangat.Jangan marah aku kalau tangan aku hinggap kat pipi dia nanti.

" What?Aku buat macam ni pun kau kata aku tak kasihan kan kau?Kau ni buta ke apa?Tamak lah kau ni..aku dah kesiankan kau tapi kau kata aku tak kesian lagi?

Bodohlah kau ni..aku bagi betis kau nak peha..Aku bagi penampar,kau jerkah aku pulak..Bodoh!"Aizril meludah air liur ketepi.Aku sempat nampak ada warna hijau dalam air liur tu..

"Ouh..Sorry!Lupa lah yang kau ni orang miskin..Duduk pun dengan atuk kau yang tua tu jer..Setiap pagi pergi memotong getah.Dah lah selekeh..Baju koyak rabak..Dah lah tampal tampal gitu jer..

Kenapa kau tak duduk dengan mak dan bapak kau aje?Kalau duduk dengan mereka mesti kau takkan pakai baju buruk buruk macam ni lagi.Bil makan asrama pun kau tak perlu tangguh tangguh sampai dua tiga bulan tak bayar..

Kadang kadang aku tertanya tanya jugak..Ouh..lupa pulak!Mak dan bapak kau dah mati kan?Sebab apa ye..oo,dah ingat dah..Mereka mampus sebab excident kan?Tulah..tak pandai bawak kereta nak bawak jugak..kan dan mampos?

Kenapa lah kau tak ada jugak dalam kereta tu masa kemalangan tu..Kalau tak,mesti kau dah mati kan?Wkwkwkw..padan muka.." Aizril mengejek tanpa henti.Fuih..boleh pulak dia tahan nafas nak cakap sampai meleret leret tu..

"Hasbi..oh Hasbi..Kalau kau nak tahu,selama ni aku hanya gunakan kau aje..kau ingat aku nak kawan sangat ke dengan kau?Kau tu aku jadikan hanya sebagai kuli aje..tak lebih dari tu..Kalau aku nak kau buat sesuatu,kau buat..

Kau tak perasan pun selama ni kan?Sebab tu kau ingat aku rapat dengan kau sebab nak kawan dengan kau..herh!Dah lah tak pakai minyak wangi.Bau macam minyam cap kapak.Lepas tu nak duduk dekat dekat dengan aku.

Wei..aku ni macam majikan kau dah,Hasbi..Bila bila masa aje aku boleh pecat kau.Macam sekarang?Kau bukan kawan aku lagi..kau tu ANJING JALA.."Satu tamparan hinggap pada pipi Aizril.

Kuat semestinya sampai terduduk Aizril jadinya..Tidak lama kemudian,Aizril bangun sambil mata dibuntangkan pada aku..Woi..muka kau macam MOMO lah..Nak aje aku bayangkan kau ada dua kaki dan rambut panjang.Lepas tu nama kau mestilah kena tukar sebagai MIDORI HAYASHI...

HAAHHAHAH...

" Hoi..kau siapa yang berani tampar tampar aku?!Mama dan papa aku pun tak pernah berkasar dengan aku.Mereka nak jentik aku pun tak berani.Kau ni memang nak kena dengan aku.."Aku dah boleh baca fikiran Aizril..kan betul apa yang aku jangka.Mesti dia akan tumbuk aku.

Belum sempat tangan Aizril hinggap pada hidung kacak aku,Aku sudah pun menahan tangannya..Yahoo..hebat tak aku?Aku boleh tahan tangan dia dengan sebalah tangan aje..

Lepas tahan tangan dia,cepat cepat aku kilaskan tangan dia kebelakang.Macam monyey kena senggugut aku nampak dia.Padan muka kau..

"Lepaslah.." Aku dengar Aizril minta dilepaskan.Suara pun macam nak menangis aku dengar.Ler..anak mummy juga rupanya dia.

"Kau dengar sini,Aizril..dengan orang lain kau bolehlah tunjuk perangai tiga suku kau tu..Kau ingat kau tu besar sangatlah sampai semuat orang kena dengar kau?

Ni Ryu Firdaus lah..Jangan ingat sebelum ni aku diam sebab aku takut dengan kau.Jangan cari pasal dengan aku kalau tak..kau faham faham sendirilah apa yang aku buat nanti..Jangan cakap aku tak bagi amaran pulak!" Marah aku sambil mengetatkan lagi kilasan.

Hahaha..kau ingat aku ni Ryu jenis baik baik ke?Selama ni kau nampak aku Ryu yang sopan sopan kan..Sekarang kau dah tahu kan macam mana Ryu kalau versi jahat..Kau ingat kau lah yang paling jahat?Kau ingat aku tak boleh jadi jahat macam kau..Ada hati nak lawan lelaki yang blackbelt tae kwan do macam aku ni?

"Hei..lepaslah!" Aku nampak Aizril meronta ronta.Aku lepaskan dia.Tapi sebelum tu aku tolak dia kuat kuat.Nasib baik tak tercium lantai kalau bukan ada Hasbi yang menahan.Hasbi ni kenapa pulak?Pergi tahan dia tu buat apa?Biarlah dia jatuh tersembam.

Aizril menyapu bahu dia.Nak kata tangan aku yang pegang bahu dia tu kotorlah tu..aku pun tak ingin lah pegang kau.

Aizril mendengus sambil menjeling.Alah..jeling lagi..ingat aku takut ke?Aizril beredar sambil membalakangi aku..Aku ingat dia dah nak pergi tapi rupa rupanya..

Aku rasa bahu aku macam kena tarik dari belakang.Nak tak nak aku terpaksa pusing sebab orang tu tarik aku dengan kuat.Bila aku pusing...

Bukk!!Rahang kanan aku kena tumbuk.Bila aku buka mata aku nampak Aizril sedang senyum sinis..Aku jadi geram..Aku nak tumbuk balik!Tapi Aizril dah berlari menjauh..

Aku nak kejar tapi Hasbi menahan.Aku toleh Hasbi.Aku nampak Hasbi menggeleng geleng..

Aku tenangkan perasaan aku.Bila aku dah rasa sejuk,barulah kami pergi ke surau untuk solat zuhur..

Nampak nya aku kena bersedia untuk hadapi serang balas Aizril.Mungkin dia takkan serang seorang.Mesti dia akan bawa konco konconya jugak.Manalah dia berani nak lawan aku.Lagi lagi bila dah tahu aku ni pandai tae kwan do.

Bangga pulak aku sebab ada Tae kwan do..

*hey..janganlah baca saja..komenlah jugak..Bising bisingkan lah sikit novel ni..please...^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience