BAB 22

Action Series 2498

"Jom!" Ajak Hasbi yang sudah menarik tangan aku.Aku terpinga pinga jadinya.

"Hah..Nak pergi mana?"Jawab aku blur.

" Jumpa Aizril."

"Isy..tak payahlah..Sia sia saja.." Aku menolak.Malaslah nak jumpa Aizril sebab aku rasa dia akan buat aku dan Hasbi sakit hati nanti.

"Tak boleh!Kita kena jelaskan kepada Aizril sekarang juga kalau tak salah faham ni takkan berakhir..kau pun mesti nak berbaik dengan Aizril jugak kan?" Hasbi menduga.Aku mengangguk lemah.

"Yalah yalah.." Aku jawab malas.Aku kena ikut Hasbi sebab dia pegang tangan aku.Sampai di suatu tempat,aku nampak Aizril sedang berbual bersama dua orang lelaki yang aku jangka teman barunya.

Apabila sudah sampai,Hasbi memandang tajam.

"Rafi,Joe..Aku nak cakap dengan Aizril sikit." Kata Hasbi yang kedengaran sedikit tegas.Rafi dan Joe mengangguk seolah olah memahami keadaan kami.Dia bergerak masuk kedalam bangunan asrama.

"Sejak bila kau jadi sopan?" Aku dengar Aizril menyindir.Aku tahu maksud dia tu tapi aku buat buat tak tahu.

"Aizril..kau dah salah faham.Aku harap kau dengar Firdaus nak cakap." Pinta Hasbi.

"Kenapa jadi pengecut sampai mintak orang lain jadi orang tengah?" Aizril bertanya dengan senyuman sinis dibibir.Aku dan Hasbi berpandangan.Aku buat isyarat mata seolah olah Hasbi dapat membaca kata hati aku, 'kan aku dah cakap tak nak tadi?!'

"Kenapa tak jawab?Kau bisu eh?" Aizril menjeling.Geraham dia bergerak gerak sebab menahan geram.

"Aizril..tolonglah jangan buat aku macam ni.." Kata aku perlahan.

"Kau buat aku macam tu tak apa pulak?"

"Aku tak buat apa pun kat kau.Semua ni hanya salah faham..Aku boleh explain semuanya kalau kau nak!Antara aku dan Soffea tiada apa apa..Aku baru kenal dia seminggu..Dan tak mungkin aku sukakan dia!"

"Kau boleh!" Aizril memotong.Aku terkejut.

"Kau boleh sukakan dia dalam masa tu hanya kerana kecantikan yang dia ada.." Sambung Aizril sambil anak matanya menikam anak mataku.

"Kau tahu tak?Tadi aku hampir percaya kan kau.Tapi bila aku sampai kat kelas aku tak jadi nak berbaik dengan kau..Setelah aku nampak surat tu.Aku tak sangka kau dan Soffea akan berbalas surat..

Masa tu aku dah tak boleh fikir benda lain dah kecuali..kau tipu aku!!" Jerit Aizril sambil mula berdiri.Aku berjalan setapak mendekatinya.

"Tak Aizril..Soffea yang.." Aizril pantas memotong.

"Soffea apa?Kau nak kata Soffea punca semua ni?Kalau kau nak tahu,kau lah yang buat semua ni..kenapa kau bagi Soffea harapan?" Aizril makin marah.

"Aizril!Tak boleh ke kalau tak potong apa yang aku nak kata?Kau dengarlah dulu..biarlah aku dulu yang explain!"Bengang jugak aku bila Aizril asyik memotong aku.

Ternyata kata kata aku telah membangkitkan kemarahannya.Laju saja tangannya ingin menumbuk rahangku.Tapi Hasbi menahan tangan Aizril dan menolaknya kembali.

" Kau ni dah kenapa?Siapa kawan kau sebenarnya?Kau berkawan dengan siapa sebelum ni?!"Aizril melihat Hasbi dengan pandangan tajam.

"Dua dua kawan aku."Hasbi menjawab perlahan.

"Habis tu,kenapa kau nak lebihkan dia?"Kasar..itulah perkataan paling tepat untuk digambarkan.

"Sebab kau dah salah." Balasan Hasbi menyakitkan Hati Aizril.

"Ouh..jadi kau nak back up dia lah?!" Tanya Aizril lantang.Hasbi menggeleng perlahan.

"Jadi kenapa kau halang aku nak buat kat dia..Huh!" Jerkah Aizril sambil menarik kolar baju Hasbi.Hasbi menolak kasar.

"Kan aku dah kata tadi..Tindakan kau tu salah!Kau tak faham bahasa ke!!!?" Balasan Hasbi juga kasar.Terkejut aku jadinya.Setahu aku Hasbi ni penyabar orangnya.Aizril pun nampak terkejut.Tapi dia sempat mengawalnya.

"Jadi tindakan Ryu tipu aku tu tak salah?!"

"Tak..sebab dia hanyalah mangsa keadaan." Hasbi menjawab tanpa melihat wajah bengis Aizril.

"Arghh..mangsa keadaan lah sangat.Pergi mampuslah kau dengan dia.Mulai hari ni,kita bukan kawan lagi!!" Putus Aizril.Aku dan Hasbi sama sama terperanjat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience