BAB 2

Action Series 2460

Aku mencedok nasi putih kedalam pinggan kaca.Ikan siakap itu aku ambil dan diletak di tepi nasi.Selain ikan siakap,ibu juga menyediakan sambal sotong dan ayam masak kari.

Masa aku cuba untuk senduk ayam kari,tidak semena mena kuah itu menitik di atas nasi Alif.Aku tidak sedar pun..dan aku juga tidak sengaja.Tapi kenapa abang..

"Nak ambik tu baik baiklah sikit!Kau kan tahu aku tak suka kari?!!" tengking Alif di tepi telinga aku.Suara nyaring yang boleh mencairkan tahi telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya.Kepada sesiapa atau ahli keluarga yang mempunyai masalah tahi telinga keras,bolehlah berjumpa dengan Alif Firdaus ni.

"Minta maaf..Saya tak sengaja.."

"Tak sengaja apanya?!Tak pasal pasal nasi aku dah tak boleh makan..aku hempuk bibir kau dengan selipar jamban nanti!" Tengking Alif.

Ya Allah!Sakitnya hati ini!bukankah aku dah kata bahawa aku tak sengaja?Siap minta maaf pula..lagi mahu marah aku?

"Kejap...biar saya sediakan nasi lain." percakapan aku terhenti kerana ada sesorang yang memotong.Siapa lagi kalau bukan abang aku yang sorang tu.Itu pun di buat gaduh.

"Huh..tak payahlah!Aku dah kenyang lah.Kenyang tengok muka hodoh kau tu!" tolak Alif lalu beredar ke ruang tamu menggunakan kerusinya.Terkial kial dia bergerak sambil menolak roda besarnya.

kasarnya percakapan abang Alif!

"Adik..pergilah pujuk abang makan bersama.Pasti dia lapar.." suruh papa.

Aku bangun dari kerusi lalu bergerak ke ruang tamu.Sesampainya di sana,terus aku nampak abang Alif sedang menonton perlawanan bola di tv.Dengan berhati hati aku berjalan mendekatinya.Yalah..kenalah berhati hati kalau tak aku akan tersadung nanti.Tak pasal pasal kena herdik 'mata tu jangan letak di lantai!'

"Abang Alif.. jomlah makan bersama." pujuk ku.Abang Alif dia tak berkutik.Ish..dia ni!Kalau ya pun tak suka aku,jangan bagi nampak sangat..kecik hati aku.

"Abang..kalau abang marah,saya mintak maaf.Saya betul betul tak sengaja tadi.." pun tiada sahutan.

Aku sudah punya keberanian untuk menggoncangkan bahunya.Ternyata perlakuanku telah membangkitkan kemarahan Alif yang baru menjunam turun.

"Kan aku dah kata yang aku sudah kenyang?Kau ni pekak ke apa?Ke dah nyanyuk mengalahkan papa?Atau kau buat buat tak faham bahasa!" tengking Alif.

"maaflah,abang Alif.." hampir menangis aku di buatnya.Tercebik cebik bibirku.

"tahu pun diam!!Kau ni ada telinga rupanya.Ingat kan dah tak ada..tu lah kau,aku cakap sikit..melalak!Nak kena herdik?Nak kena tengking baru reti nak diam?Kau ni memang...haisy!kalau cakap bodoh kan marah.." sindir Alif

Dah berair mataku.Cepat cepat aku blah.Tak nak lah membiarkan abang Alif nampak aku menangis.Nanti ada saja dia ketawakan aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience