BAB 17

Action Series 2460

Malam itu..

Sukar benar untuk aku melelapkan mata.Abang..Tiba tiba dia hadir pada malam yang dingin ini.

Abang..adik rindukan abang sangat sangat.Kenapa tegar benar abang membenci adik?Apa salah adik terhadap abang?Kenapa selepas peristiwa pahit itu,abang terus berubah?

Peristiwa semasa aku berumur sekitar 6 tahun kembali segar dalam layar ingatanku.Gelak tawa abang terngiang ngiang di telinga.Rindunya aku akan kenangan itu.

"Abang!!" Jeritku apabila abang Alif tiba tiba melempar lipas mainan kepadaku.Mati mati aku ingat tu lipas betul.Aku pun tak tahu kenapa aku takut sangat dengan serangga perosak tu.Yang pasti aku geli tengok kaki dia yang berduri tu.

eeiiy..tak nak ingat dah!

"Wahaha..adik abang ni penakut betullah.Lipas kecik gini pun adik takut?Dah lah mainan.." Seronok abang gelakkan aku.Ouh..mainkan aku lagi ya?

"Abang ni..suka sangat takutkan adik.Tahulah abang tu terlebih berani.Tak payahlah nak kenakan orang lain." Aku membebel sebab tak puas hati.

"Hello..Salah tu..Abang bukan terlebih berani..Tapi adik ni yang terlalu penakut.Uweekk..Penakut betullah..Adik penakut!Adik penakut.." Adik bersorak dengan suara sumbang dia.

Wajah aku dah jadi macam jeruk.

"Tak baik tau..abanv ejek adik macam tu.Nanti bila adik besar macam abang,adik akan berani tau..Lebih berani daripada abang..berani..berani..berani.." Kata aku.Memang masa ini aku seorang yang banyak mulut.Orang tanya 3 patah,50 patah aku jawab.Hahaha..

"Berani..berani..berani.." Aku tak berhenti bercakap.Abang segera menutup mulut aku.Aku jadi terpinga pinga.

"Shut up..adik,cuba dengar."suruh abang.Aku segera fokus.

PUTT!!

Haruman lavender diruang tamu itu berubah kepada 'Haruman Gas Hijau'..Bau busuk mula mengengat hidung.Uweek..Bau apakah ini?Macam..

Macam benda tu aje?Memang sinonim dengan abang!!

"Kah!!Kah..kena bom asap!" Abang ketawa sambil tepuk peha.

Bom asap?ken..kentuk original abang ke?

"Eeiiy..pengeluar asap tak bertauliah betullah abang ni..Boleh muntah hijaulah adik hari ini!Uweekk.." Aku urut tekak aku yang terasa loya.

Ketawa abang tidak berhenti,malah semakin kuat.Abang menekan perutnya.Kemuadian dia diam sambil pandang aku.Mungkin dia pelik bila aku hanya senyap.

"Dah habis ketawa?" Tanya aku.

"Dah..Sorrylah..Abang dah out of control tadi.." jawab abang.Aku diam sambil pandang keluar tingkap.

"Alah..adik abang yang comel ni merajuk lah pulak..Hilang macho kalau terus merajuk macam tu.."Abang macam nak pujuk aku.Aku buat tak layan.Aku tak mahu kena tipu lagi.

" Eh..lupa pulak!Abang ada hadiah..tapi tak tahu nak bagi kat siapa.Hurmm..adik abang nak?"Abang pasang umpan.Tapi aku tak tahu

Aku mencuri pandang.Aku harap dia tak nampak aku sekarang.

"Yang kepala macam kura kura tu kenapa?Kalau nak tu,kata sajalah..Tak payah curi curi lihat macam tu.." Abang ternyata perasan akan lirikan aku.Aku mencebik bibir.

"Betul tak nak ni?Kalau tak nak,abang nak bagi kat tong sampah.." Abang seakan mengugut aku.Dia sudah berjalan ke tong sampah di dapur.

Aku segera mendapatkannya.

"Adik nak lah.." Kata aku.Abang tersenyum puas.

"Adik abang ni,marah marah macam mana sekalipun tetap macam abangnya jugak.Tapi bezanya adik ni comel..abang dia pulak hensem macam Ji Chang Wok." Abang merepek entah apa.

"Eeii..perasan betullah!" Aku jelir lidah kat abang.Abang rasa geram lepas tu dia peluk aku ketat ketat.Tak mahu bagi aku terlepas lah tu.Perut aku di geletek..

"Alah..Abang jangan geletek lagi.Adik dah nak kencing ni..nanti panas baju abang tau.." Aku minta dilepaskan.Memang aku rasa macam nak terkucil pun sekarang.

Akhirnya aku dilepaskan..

"Tutup mana kalau nak hadiah."Suruh abang.Aku akur..terus aku pejam mata rapat rapat.

" Hadiahnya ialah Ryu Firdaus akan selama lamanya akan menjadi adik Alif Firdaus sampai bila bila.."Kata abang lalu meletakkan gambar berbingkai emas yang ditabur manik manik cantik yang berkilau bila terkena pancaran matahari.Gambar tu diambil semasa aku dan abang berada di Korea.

Malam ini..aku tidur bertemankan air mata.Gambar yang di beri oleh abang pada beberapa tahun yang lalu itu aku dakap dengan kemas.Aku lena dalam esakan yang penuh kesedihan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience