BAB 13

Action Series 2464

"ALLAHU AKBAR!ALLAHU AKBAR!!"

Azan maghrib berkumandang.Semua pelajar yang sedari tadi bercakap diam tanpa suara.Memanglah tanpa suara sebab kan dah diam tadi?

Selepas azan dilaungkan,iqamat berganti tempat.Iqamat menandakan bahawa solat akan didirikan sebentar lagi.Para jemaah bangun dan berdiri dalam beberapa saf yang panjang dan lurus.

Aku,Hasbi dan Aizril berada di saf kedua.Solat maghrib didirikan.Semua pelajar diwajibkan untuk solat berjemaah.Barulah tidak cepat dan tidak lambat.Bukankah solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian.

Pada rakaat kedua,aku terdengar sesuatu.Telingaku sempat mendengar bunyi kentut dari sebelah kanan ku.Bunyi kentut itu berganti dengan bunyi beberapa budak ketawa mengekek.Sampai meleret leret jadinya.

Ya Allah..dalam solat pun nak gelak?Apa tak cukup ke masa yang ada tadi untuk mereka bersembang sampai waktu solat pun nak buat perkara tak sepatutnya.

Gelak ketawa yang mengekek ngekek itu meleret sampai habis solat.Haisy..habis tak khusyuk aku nak solat.Budak budak tu memang nak kena dengan aku!Selepas habis solat,ada sorang lelaki senior berdiri lalu bertempik nyaring.Aku kira budak ni ajk surau.

"Sape hok kettok tadi ouh?Nok kene terajang nge aku ke gane?" Tanya seorang lelaki yang memakai kain pelikat.Uih..bahasa apa yang dia guna?Tak faham lah..Aku terpaksa berfikir selama dua minit untuk mengerti dengan jelas.Sebenarnya dia kata, "Siapa yang kentut tadi tu?Mahu diterajang dengan aku atau macam mana?".. agaknya itulah kut.

Aku pandang mereka yang tertunduk lemah.Malu semestinya sebab kena sound macam tu.Dari segi gaya,mereka nampak macam geng nakal jer..yang pastinya mesti dah banyak masalah yang mereka timbulkan sepanjang berada di sini.Dah la muka tu..Haisy!

" Bodohlah budak budak tu semua..selalu buat masalah.Tak padan dengan muka.Kalau hensem tak apalah jugak."Aku dengar Aizril memberi komen.Baru aku perasan Aizril..ingat ke tak ada kat sini sebab payah benar nak dengar suara dia hari ini.

Nampaknya Aizril sekapal dengan aku.

Hasbi siku Aizril.

"Ish..Tak baik cakap macam tu.Mereka tak mintak pun nak muka macam tu.." Tegur Hasbi dengan kadar yang boleh dianggap sebagai berbisik walaupun aku yakin budak di sebelah budak tepi aku ni juga boleh dengar.Nampaknya Hasbi berfikiran positif.

"Takdelah..sepatutnya mereka kenalah cuci muka tu sikit kalau tak pun.Ni tak..Dah lah kotor.Berminyak pulak tu!Entah entah budak budak tu tak mandi petang..Tak pun petang tadi mereka pergi lumur minyak bijan kut!" Pedas Aizril membalas.

"Nak buat macam mana?Diorang taknak buat macam tu.Lagipun..tu muka diorang.Tak payah nak kutuk mereka." Hasbi bagi nasihat lagi.

"Tapi dia kenalah baiki diri tu sikit.Kalau begini..Dia sendiri yang mendorong kita untuk mengutuk.Kalau bukan kita,mungkin orang lain.." Aizril masih bertegas.

"Kalau macam tu..tak payah pandang mereka lagi."Suruh Hasbi..hemm..Hasbi ni baiklah.Bagus budaknya.Mesti ramai yang berkenan.Haa!Akak yang tengah baca tu..kalau ada adik perempuan,call aku cepat cepat tau?Nanti minta nombor telefon aku okey..Hehehe..Just kidding.

Aku angguk sendiri.Kalau kita kutuk orang lain maknanya kita tengah kutuk Ciptaan Allah..Tapi aku tak ada niat pun nak kutuk budak budak nakal tu..Aku hanya 'terkutuk' dan bukannya 'mengutuk'.

Tiba tiba aku rasa malu.Malu kepada Allah.

Lepas baca yaasin..Semua diarahkan naik untuk study pula.Manakala budak yang buat hal tadi disuruh solat maghrib semula.Lepas tu kena lipat sejadah dan sapu lantai.Sempat pula ajk surau yang bernama Amin itu berbisik kepada budak budak lain..

" Nanti tinggal kan aje sejadah sejadah ni semua..Siapa yang ada plastik gula gula dalam poket tu,boleh lah tabur sekeliling surau ni..Biar geng mereka yang kemas semua."Kata Amin yang lebih mesra dipanggil sebagai Mat Amin.

Kesiannya..sabar lah wahai si budak nakal yang sangat sangat nakal..Opss!!Terkutuk lagi lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience