BAB 10

Action Series 2464

KRINNGG!!

Loceng berbunyi nyaring menandakan waktu persekolahan telah tamat.Aku dan Hasbi serta Aizril berjalan beriringan menuju ke asrama.Kenapa aku rasa macam langkah Aizril sangat cepat daripada biasa?Atau aku dan Hasbi yang berjalan terlalu lambat melangkah?

Memang sah Aizril yang berjalan pantas.Kalau tak masakan dia boleh potong budak budak lain.Ayoyo...apa sudah jadi dengan Aizril hari ini?Takkan lah dia marah aku sebab Soffea..Kalau betul pun dia marah aku sebab tu buat apa?Bukannya aku layan Soffea The First tu.

Eh...Soffea the first comel.Soffea ni sedikit hitam mukanya.(sebenarnya tak pun.Ryu yang tak suka sangat Soffea)

"Kenapa dengan Aizril tu?Macam ada apa apa aje.." Nampaknya bukan aku sorang yang dapat merasai kelainannya.Aku menjongkitkan bahu sebagai respon.

"Aku rasa dia jealous dengan kau dan Soffea kut?" Hampair rebah aku mendengarkan kata kata Hasbi. Aizril memang cemburu ke?Tapi kenapa..

"But why?Aku bukan buat apa apa pun."

"Aizril sukakan Soffea..sejak dari tingkatan satu lagi.." Jawab Hasbi.Aku raup muka.Gila!Ini memang gila..

"Kalau betul Aizril suka Soffea,kenapa nama aku ada sekali?" Tanyaku tak puas hati.Minah tu yang menyibuk tadi.

"Aku pun tak faham dengan Aizril tu.Bukannya korang main mata kan?Jealous tak bertempat,macam tu lah jadinya." Kata Hasbi.

"Soffea Soffea.. dengan Soffea tu Aizril boleh sangkut?Minah tu pulak sibuk tadi buat apa?" Tanya ku geram.Hasbi angkat bahu.
____

"Rill!!Wait for me.." Hasbi menghampiri Aizril yang berjalan pantas ke surau.Apabila sudah dekat,bahu Aizril dipegang dan tubuhnya Hasbi pusing.

"Kenapa ni..kenapa kau macam mengelak daripada berjumpa dengan aku dan Ryu?" Pertanyaan Hasbi di biarkan sepi.Kenapalah aku ada kawan yang berjiwa sensitif?Penat tau nak pujuk..senang nak merajuk.

"kau marah sebab Soffea?" Tanya Hasbi.Aizril tidak terus menjawab.Kemudian dia menggeleng.

"Habis tu kenapa kau lain hari ini?" Tanya aku pula.Aizril senyum segaris sebelum memegang bahuku.

"Nothing la.." Jawab Aizril sambil sengih nampak gigi putih tersusunnya.Aku hembus nafas penuh kelegaan.Nasib baik..

"Ouh..ya kah?Kalau macam tu Allhamdulillah..Allah masih mahu kita berkawan." Kata ku sambil merangkul leher Aizril dan Hasbi serentak.

Aku harap kami akan jadi kawan sampai bila bila..Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana menjauhkan kami dari persengketaan yang merupakan satu kemungkaran.Perbalahan yang mungkin akan menghancurkan.

Kami ke surau bersama..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience