BAB 8

Action Series 2460

Persekitaran asrama aku rasakan amat asing.Suara suara pelajar yang memanggil amat jelas kedengaran di setiap sudut aku.Aku ditempatkan dalam dorm 13.

"Assalamualaikum." Dalam banyak banyak orang,baru sorang ni yang sudi bagi salam kat aku.Aku menoleh sambil tersenyum lalu menjawab salamnya.Kalau tak jawab dosa pulak.Dan paling perlu dielakkan adalah di cop sebagai kera sumbang.

"Kau budak baru dari Pahang tu kan?" Tanya lelaki tadi.Aku angguk sambil senyum segaris.Canggungnya aku rasa.

"Meh aku tolong kau kemas barang.Kesian kemas sorang sorang.." Kata dia sambil tolong kemas sama.Baik rupanya budak ni.
Aku ucap terima kasih apabila sia semuanya.

"Nama aku Aiman Hasbi.Kau boleh panggil aku Hasbi." Kata Hasbi sambil hulur tangan mahu berjabat.Cepat cepat aku sambut.

"Ryu Firdaus..panggil aku Ryu aje." Tiba aku teringat sesuatu dalam beg aku.Aku menyelongkar beg dan mengeluarkan setin air milo.Aku menghulurkan kepada Hasbi.

"Eh..apa ni?Aku ikhlas tolong kau.." Kata nya sambil menolak dengan lembut.Mungkin dia tidak mahu aku kecik hati.

"Aku pun ikhlas bagi air ni.Ambik lah..kalau kau tak nak minum sekarang,simpan lah dulu.Mana tahu kalau kau akan dahaga malam nanti.?" Kata ku pula.

Hasbi senyum sambil menyambut dengan kedua dua tangannya.Sempat aku menilai Hasbi seround.Hasbi ni baik orangnya..kalau orang bagi sesuatu mesti dia sambut dengan sopan.Kalau aku ada adik perempuan,aku setuju kalau dia nak jadi adik ipar aku...Haha.

"Sekarang masa makan malam.Jomlah makan bersama..lagi pun mesti kau tak tahu lagi selok belok kawasan asrama ni.Marilah..aku boleh tunjukkan sambil kenalkan kau pada kawan aku." Ajak Hasbi.

Aku no hal.Orang ajak takkan mahu tolak pula.Lagi pun aku ni mana ada kawan lagi.
____
"Assalamualaikum.. Hasbi,boleh aku join korang berdua?" Aku menoleh kearah tuan punya suara.Nasib baik aku tak tercekik kulit udang.Terkejut sebab datang dengan tiba tiba.

"Ouh,kau Aizril..Apa salahnya?Duduk lah..kitorang baru aje suap dua tiga mulut." Ajak Hasbi sambil senyum.Aizril duduk di tepi aku.Lengan aku di siku oleh Aizril.Aku menoleh sedikit.

"Apa nama kau?Budak baru ke?" Tanya Aizril.Aku angguk sambil sengih sebelum menjawab.

"Nama akh Ryu Firdaus..panggil aje aku Ryu.." Jawab ku.Tiba tiba aku teringat hari esok.

"Esok hari selasa..jadi ada kokorikulum.Kau berdua unit beruniform apa?Kalau aku silat cekak.." Aku bertanya.

"Aku Tunas Kadet Remaja sekolah..Aizril pula kadet polis." Jawab Hasbi.Aizril di tepi sengih.Hari ni aku dah ada dua orang kawan.Tak sabarnya nak dapat ramai kawan lagi.

eh,bukan bukan!Tak ada kawan lain pun tak apa sebab aku rasa Hasbi dan Aizril dah cukup menjadi kawan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience