BAB 21

Action Series 2498

Dua hari kemudian..

"Murid murid..minggu depan kamu semua bakal menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.Cikgu pasti semua dah sedia maklum akan hal ni.So..kamu semua bacalah nota nota yang cikgu berikan dan buat latihan banyak banyak.

Lepas habis exam,ibu bapa kena datang untuk menanda tangan buku rekod pelajar.Buat sungguh sungguh sebab yakin semua ibu bapa nak yang terbaik daripada anak anaknya,okey" Kata cikgu Liza sebelum beredar.Semua dengar dengan tekun.Hanya beberapa orang murid saja yang mendengar malas.Salah seorang daripada mereka ialah Aizril.

Aku nampak Aizril menutut mulutnya.Hisy.. menguap dah lah panjang.Lepas tu masa nak habis baru nak tutup padahal dah berpusu pusu syaitan masuk dalam mulut.Ajaran siapa pun aku tak tahu.

Ajaran 'Ayah Pin' kut?

Oh ya!Sejak daripada kejadian hari tu,Aizril tidak lagi meluangkan masa bersama aku dan Hasbi.Walaupun Hasbi tak tahu menahu akan hal ini,tapi aku rasa dia tahu bahawa kami bergaduh.Tapi aku tak gaduh pun..dia aje.

Aizril menjeling aku yang sedari tadi asyik melihatnya.Tapi aku langsung tak mengalihkan pandangan.Biarlah..bukan aku takut dia pun.

Lama aku berkeadaan begitu sehingga aku rasa bahuku ditepuk oleh seseorang.Aku tengok orang tu.Jangan Soffea dah lah.

Hasbi

"Hai,termenung jauh nampak.Usyar awek ke?" Usik Hasbi.Usikan Hasbi tak aku endahkan.Hari ni aku sedikit mogok..Dia lihat mataku lurus kedepan.Krmuadian dia ikut tengok sama.

Hasbi tepuk bahu ku berkali kali..

"Dah la..tak payah fikirkan masalah ni lagi.Jom kita makan.Dah rehat ni." Hasbi pujuk aku makan.Aku diam.

"Ryu..janganlah kau ambik serius hal ni sampai macam ni sekali.."

"Kenapa dia buat aku macam ni,Hasbi?Apa salah aku?Aku ada buat salah pada dia ke?Kalau ada,kau katalah macam mana aku kena buat.." Aku bersuara lemah.

"Kau tak buat apa apa salah pun kat dia.Dia tu yang cari penyakit ni..so dia kena terimalah akibatnya nanti.." ujar Hasbi.

"Tapi.."

"Tak ada tapi tapi lagi!Sekarang ni masa rehat.Jom kita makan." Ajak Hasbi.Aku dengar suaranya kali ini sedikit tegas.Aku geleng lemah.

"Tak nak..tak ada selera." Aku menjawab.

"Ryu..dah dua hari kau tak makan.Nanti kau juga yang akan sakit.Jomlah.." Hasbi menggesa lagi.Tapi aku tetap tak berganjak.

"At least kau makan lah sikit.Sikit pun tak apa asalkan perut kau tak kosong.Kau ada gastrik kan?" Sedikit sebanyak aku terharu dengan keprihatinan Hasbi terhadap aku.Sebab tu lah aku suka berkawan dengan Hasbi.

"Aku turun kejap.Nak beli roti untuk kau.Kau tunggu sini eh?" Kata Hasbi sambil berlari lari anak meninggalkan aku.

Lima minit sudah berlalu.Aku masih menunggu kepulangan Hasbi.Tiba tiba telinga ke menangkap bunyi orang yang sedang berjalan.Aku jangka itu Hasbi.

"Cepatnya kau beli?" Tanyaku tanpa menoleh kebelakang.Sepi..Aku tanya sekali lagi.

"Hasbi..cepatnya kau pergi beli?" Aku masih tak menoleh.

"Ryu.." Suara lunak itu membuatkan mata aku buntang.Automatik aku berdiri lalu menoleh kebelakang.

Soffea..

"Apa kau buat kat sini hah?" Tanya aku kasar.Bahaya ni..dalam kelas ni hanya ada aku dan dia saja.Kalau orang nampak,mati aku..

"Cari Ryu lah.." Buntang mata aku mendengar balasannya.Cari aku buat apa?Kau pergilah cari Aizril sana..kau lah yang buat kami bergaduh,bongok!

"Buat apa kau cari aku?!" Tanya aku lebih kasar.Soffea sedikit tersentak.Aku nampak dia menghulurkan sepucuk surat yang dilekatkan love.

"Soffea nak bagi ni..Ryu suka kan?" Tanya Soffea sambil membiratkan senyuman manis.Kepala hotak kau aku suka..Menyampah adalah.Aku berjalan dua tapak untuk ambik surat tu.Bila aku pegang surat tu,aku nampak Soffea macam teruja.

Aku tarik surat tu kasar.

"Ya..aku suka sangat.." Aku tersenyum sinis.

Soffea tersenyum ceria.Aku agak dia cakap 'kalau Ryu suka,akulah gadis yang paling bahagia dalam dunia ni..'Dia pusing ke belakang dan buat gaya 'yes'.

Dia pusinh depan balik.Serentak dengan itu,aku mengoyakkan surat itu seraya berkata.

"Aku suka kalau surat ini dikoyak..tak ada langsung makna surat ni dalam hidup aku.." Aku koyak surat itu sampai menjadi cebisan cebisan kecil.Kemudian aku pijak cebisan tu dan aku bayangkan yang aku tengah pijak kepala Soffea.

Ternganga Soffea..

"t..tak gu..guna kau,Ryu.." Aku dengar suara seseorang.Aku rasa aku tak salah dengar sebab aku nampak muka Soffea macam terkejut juga.

Aku dan Soffea menoleh serentak.Aku nampak Aizril berdiri diluar kelas.Di tangannya ada dua roti vanilla dan dua kotak epal.Aku pandang Aizril dan Soffea silih berganti.

Roti dan air kotak itu terlepas dari tangan Aizril.Oh tidak..Aizril dah salah faham sekali lagi.Aizril mendengus kasar sebelum berlalu pergi.

Aku menoleh ke arah Soffea.Aku pandang Soffea dengan tatapan yang sangat tajam.Aku nampak Soffea telan air liur..Dia melarikan anak mata dari terus bertembung dengan anak mata.

Aku berjalan dua tapak mendekatinya.

Surat yang berterabur di atas lantai aku kutip laju lalu surat itu digumpal menjadi bola kertas.

"Damn!!Di sebabkan kau,hubungan aku dan Aizril hancur!Di sebabkan kau,Hasbi pun kena sekali!Dan disebabkan kau jugak aku belajar memebenci kau Soffea..!" Tengking aku lalu melepar bola kertas itu pada Soffea.Kalau kau tak dapat sambut maknanya kau tak pandai main bola jaringlah..

Soffea tidak sempat mengelak lalu kertas itu hinggap dihidungnya yang persis orang Arab.Arab Jahiliah lah..

"Aku nak kau ambik kertas kau yang harga satu sen tu kemudian kau buang!Aku tak nak ada satu pun yang tinggalkan..Aku tak nak orang lain tahu.Kalau tak aku akan bagi pengajaran yang kau akan menyesal untuk seumur hidup!" Arah aku sebelum ingin berlalu.

Panasnya hati aku..

Belum pun sempat aku sejukkan hati,aku dah dengar suara sumbang yang mencelah.Ouh..dah pandai melawan ya!

"Ryu tak boleh buat Soffea macam tu.Kalau tak Soffea akan adukan pada papa Soffea!Papa Soffea ialah ketua PPD..bila bila masa saja papa Soffea boleh kenakan tindakan untuk Ryu!" Tegas Soffea berkata.Tapi aku tak rasa itu tegas.
Aku pusing balik.

"Ouh..jadi sebab macam ni lah ramai yang kena buang sekolah?Benci aje kau repot kat papa kau?Tak suka aje kau repot papa kau?Orang tak layan aje kau repot kat papa kau?" Aku diam sejenak.Yang ketiga tu memang aku tujukan untuk dia.Aku memang tak layan dia.

"Hoi,makcik Sopiyah!Kau pergilah mengadu kat papa kau tu.Suruhlah dia buang aku.Kau ingat aku takut ke?

Kalau kau nak tahu,pangkat papa kau tu memang dah tinggi.Sampai satu masa oranv ingat papa kau paling berkuasa dalam Daerah ni..

Tapi kau tak tahu papa aku kerja apa.Mendat ayah aku lagi besar daripada ayah kau..kau rasa ayah kau layak ke nak buang aku?Sebab aku rasa ayah aku boleh aje pecat ayah kau!" Aku senyum sinis sebelum keluar.

Hahaha..aku nampak muka Soffea macam cuak tadi.Takutlah tu kalau aku adu kat papa aku.Apa,memang papa aku lebih tinggi pangkat daripada ayah dia lah.

Aku ada papa yang hebat..kau ada?Tak pasal pasal aku riak dengan dia.huh..padan muka kau.Berani sangat cari pasal dengan aku.

Masa aku keluar,aku bertembung dengan Hasbi.Dia ajak aku makan kat dalam kelas tapi aku kata aku nak makan kat luar aje.Nasib baik Hasbi tak banyak tanya.Masa makan aku cerita pasal tadi.Hasbi ada jugak menunjukkan riaksi tak puas hati.Sokong aku lah tu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience