BAB 1

Action Series 2460

"ADUHHH!!Sakitlah kaki saya,abang Alif!!" Jerit aku apabila kereta kawalan jauh yang dikawal oleh Alif melanggar buku laliku.Aku tunduk lalu mengensot kearah tangga.

"Kisah apa kalau kau sakit?kau ingat aku kisah ke?" balas Alif sambil terus mengawal kereta dengan cekap.Dia bersedia untuk melanggar kaki ku buat kali ke dua.Cepat cepat aku memanjat tangga yang membawa ke tingkat dua.

"Hoi,anak manja!Turunlah ke bawah.Aku tahulah aku ni susah nak naik atas!" Alif jadi bengang apabila aku naik atas tangga.Kenapa Alif susah naik atas? Ya..memang dia susah kerana dia seorang yang cacat.Err...jahat sangat ke kalau guna perkataan cacat?

Sebenarnya,Alif telah terlibat dalam kemalangan ngeri yang berlaku pada setahun yang lalu.Akibat peristiwa itu,Alif lumpuh kaki dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Tapi mengapa dia selalu membuli aku?Kenapa dia bukan seperti abangku yang dulu?Abang yang sentiasa menyayangi ku.Abang yang sentiasa ada bersama saat aku dalam kesedihan..Dia lah yang selama ini memberi semangat kepada ku.Jika aku bersedih,abang akan merangkulku dari belakang.Seolah olah dia menyalurkan kekuatan agar dapat ku berdiri dan terus gagahi.

Tapi mengapa semua itu dah tiada?Aku rindukan abang yang dulu.Aku rindu..

Aku mahu abang yang dulu..

Aku mahu disayang macam dulu..

Aku rindu gelak tawa bersamanya..

Aku mahu abang kembali menyayangiku..

Tapi mengapa aku merasakan bahawa semua itu adalah suatu yang mustahil?

Hina sangat kah aku sehingga aku tidak layak merasai walau sedikit kebahagiaan?

Ya Allah..kemana harus aku mencari kebahagiaan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience