BAB 9

Action Series 2460

Keesokkanya..

Aku berjalan perlahan menuju ke kelas 2 al Rasyidin.Kelas nombor satu daripada kelas.Maknanya aku ni cerdik jugalah kan?Kalau di sekolah lama dulu aku dapat nombor satu dalam tingkatan,mampu kah aku mengekalkan prestasi cemerlang aku di sini pula?

In Syaa Allah boleh..

Kelas yang dituju sudah terhidang di depan mata.Pintu yang luas terkangkang itu seolah olah menyambut kehadiranku dengan gembira.Aku memberi salam.Apabila cikgu mengizinkan masuk,baru aku bertindak.

Aku berdiri di depan kelas..Banyak orang yang aku nampak.Semua tengok aku sehingga aku naik segan.Tahulah aku ni kacak macam Qiu Anson..tapi janganlah bagi nampak sangat.Malu aku jadinya.

Aku memperkenalkan diri kepada semua sebab biasanya dalam tv buat macam tu..Bila aku habis intro,semua tepuk tangan.Aku pandang di belakang sana..Ada Hasbi sedang senyum.Di belakang kiri Hasbi pula ada Aizril yang tertidur gaya superman.

"Ryu boleh duduk di belakang sana." Suruh cikgu Ainon sambil senyum.Aku angguk.Aku mula berjalan di lorong tengah.Tiba di satu meja ada seorang perempuan yang boleh tahan cantik macam nenek aku senyum.Aku balas balik tapi tak delah sampai ketelinga.

______
Aku,Hasbi dan Aizril melepak di dalam kelas pada waktu rehat.Kami berbual tentang pelajaran tadi.

"Aku tak faham lah sebutan Algebra tu.." Kata Hasbi sambil menggaru kepala.

"Aku pun tak faham.." sambut Aizril pula.Aku geleng kepala..macam mana nak faham kalau kau sendiri tertidur?

"Algebra tu senang aje..mari aku tolong ajarkan semula.Kalau tak fahamkan apa yang kita tak faham,teruk nanti bila tiba musim periksa.." Kata ku sambil mula menulis semula.

"Katakan nombor ini ialah...ha,lepastu korang kenalah...bila dapat nombor tu kau kena samakan dengan nombor mula mula tadi...nombor terakhir yang kau dapat tu lah jawapannya." Kataku sambil menyudahkan pembelajaran.

"Faham?" Tanyaku..yalah,sebagai teman aku perlulah ajar kawan yang tak faham.

"Dah faham.." Jawab Hasbi dan Aizril serentak.Tersenyum aku jadinya apabila apa yang aku ajar tadi dapat di tangkap oleh kawan ku.

"Ooo..macam tu rupanya." Aku dengar suara perempuan dari belakang.Kami bertiga menoleh serentak.Benarlah..ada seorang perempuan di belakang.Haisy,dah lah duduk belakang aku!Aku sepak jugak kepala dia ni.

"Sof..soff..Soffea.." ucap Aizril dengan tergagap gagap.

"Nampaknya Ryu seorang yang bijak dan juga kacak..Habislah Amran nanti sebab mesti dia dapat nombor dua bila exam nanti." Kata Soffea sambil pandang aku.Aku angguk..

"Saya Soffea..Ryu boleh panggil saya Fiya." Kata Soffea lalu menghulur tangan mahu bersalam.Terkejut aku..ingatkan kalau pakai tudung tahulah halal haram dan batas pergaulan.Aku angguk.

Bila aku tak sambut,cepat cepat Soffea menarik tangannya semula.

"Err..Fiya nak nombor telefon Ryu,boleh?Bukan apa,kalau Fiya tak faham apa apa,bolehlah Fiya masej Ryu..Tolong ajarkan kawan sendiri tak salah kan?"Tanya Soffea sambil senyum.

" Saya tak guna handphone..lagi pun saya duduk di asrama."kata ku mengelak.Sebenarnya aku ada aje tepon tapi aku malas nak bagi.Tak naklah berbaik dengan perempuan.

Mulut Soffea membentuk huruf 'o'.Tiba tiba Aizril bangun berdiri.

"Nak ke tandas kejap.." kata Aizril lalu pergi.Aku terpinga pinga.Masa Aizril keluar,aku nampak muka dia merah..macam marah kan aku.Takkan lah dia jealous Soffea bercakap dengan aku?

Atau dia minat Soffea?Ke Soffea tu awek dia?Kalau betul,aku peduli apa?Bukannya aku layan minah kepala kotak ni..

Aku ambik keputusan untuk lupakan semuanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience