BAB 19

Action Series 2460

Aizril menumbuk dinding didalam tandas sekolah.Sakit tangannya itu langsung tidak dihiraukan kerana sakit hatinya lebih teruk.Merah mukanya menahan marah.Kenapa?Kenapa Ryu Firdaus yang Soffea pilih?Kenapa bukan dia?

"Argghh..!!" Jeritnya sekuat hati.Nasib baik tandas itu tiada pengguna lain.Kalau tak pasti dia dimarahi dan di kecam kerana buat bising.

"Ryu!Kau memang tak guna..kawan jenis apa kau ni?!Sanggup kau rampas Soffea daripada aku..apa tak ada orang lain lagi ke sampai Soffea yang kau sangkut?" Aizril seolah olah bercakap sendirian.

"I hate you!!Hate you and hate you forever!Kau memang kejam!Hati kau busuk..sebusuk busuk bangkai anjing hitam..Kenapa kau datang sini?Kenapa kau tak duduk kat pahang saja?" Aizril bercakap lagi.

"Kenapa kau tak pindah kat KL aje?Orang hebat macam kau mesti nak duduk kat KL..orang macam kau manalah duduk kat kawasan kampung ni..

Ops..tersilap pulak!Kau mana boleh pergi KL..Bukan KL yang ada KLCC tu tapi yang ada kandang lembu..Kuala Lumpur tu,kat kuala tu ada lumpur..dalam lumpur tu pulak ada lembu..Hamis pulak macam kambing biri biri..Dah lah kurus kering..Sekali aku lenyek,mampus kau..Mati di tempat kejadian!" Sambung Aizril lagi.Kalau orang nampak mesti orang ingat Aizril ni terlepas dari Hospital Tanjung Rambutan.

Sewel..Gila..OKU pun betul..

Ketawanya berganti dengan kemarahan balik.Gerahamnya bergerak gerak akibat terlalu marah dan geram.

"Kau tunggu Ryu..Kau tunggu!!Aku akan buat kau merana.." Kata Aizril sedikit perlahan.Tombol pintu di pulas kemudian di keluar dari tandas.Selepas itu,pintu tandas di hempas dengan kasar.

Tanpa disedari,setiap butir bicara Aizril tadi ternyata telah didengari oleh seorang pelajar yang sudah berada di dalam tandas sebelum Aizril datang.

Siapakah dia?

Sungguh lelaki itu tidak menyangka bahawa Aizril sanggup berdendam dengan Ryu Firdaus hanya kerana seorang gadis yang tidak dilayan.

____

Helly..Bila balik Malaysia?Soffea rindukan Helly sangat sangat..Banyak benda yang Soffea nak cakap dengan Helly..-Soffea

Soffea membaca kembali masej yang telah dihantar.Tidak lama kemudian,masejnya dibalas oleh Hellina,kawan baiknya.

Mungkin dalam masa tiga minggu lagi kut..Soffea janganlah ingat sangat Helly.Kalau tak makin terasa lama..-Helly

Soffea melepaskan satu keluhan berat.

Kenapa lambat sangat?-Soffea

Sabarlah,Soffea..Helly belum puas lagi menjelajah di Belgium ni.Baru seminggu Family Helly bertolak dari eropah selepas berlepas dari Perancis..-Helly

Sudah sudahlah berada ditempat orang.Jeaslous Soffea tau?-Soffea

Haha..Jealous tak jealous.Tunggulah sikit lagi.Nanti balik juga kan?*smile*..-Helly

Soffea mencebik bibir..yalah tu.

Sebenarnya Soffea dan Helly ialah kawan baik.Dari sekolah rendah lagi.Patutlah tak boleh berpisah..Duduk jauh sikit mulalah rasa nak masej antara satu sama lain.

Ayah Soffea merupakan ketua PPD sekolah ini.Patutlah Soffea ni berlagak nak mampus.Ni mesti selalu diberi muka ni.Pernah sekali seorang pelajar perempuan di buang sekolah.Dengar kata Soffea telah terlanggar budak tu.Masa tu budak tu tengah bawa mi sup.Apa lagi..terus mi sup tu tumpah atas baju Soffea.

Soffea apa lagi,terus marah marah dan minta budak itu ganti balik bajunya yang kotor.Budak tu tak mampu sebab keluarga dia orang susah.Soffea jadi geram..Soffea kata kalau tak mahu ganti,budak tu kena melutut dan bersujud di kakinya.

Budak tu berkeras tak mahu sebab dia hanya mahu bersujud kepada Allah SWT yang satu.Soffea jadi geram..Laju aje tangannya menampar budak tu berkali kali.Sampai terpusing pusing budak tu jadinya.

Macam manusia biasa,perempuan itu juga ada kesabaran.Lantas dia menampar pipi Soffea sekali.Biar dia tahu bumi ni bukan dia punya.Soffea terkejut lalu meninggalkan budak tu.

Keesokkan harinya..Budak tu tak datang sekolah.Orang kata dia kena buang sekolah.Soffea buat kenyataan eklusif bahawa papanya selaku ketua ppd telah menelefon budak tu pada petang semalam bahawa dia disingkirkan dari terus menjadi pelajar sekolah itu.Mesti sebab Soffea yang mengadu dan semestinya telah memutar belitkan cerita.

Arghh..malaslah nak cerita pasal Soffea.Lenguh mulut nak bercakap..

(sebenarnya Syazwan dah lenguh tanganlah..hwaa!! ;( )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience