BAB 4

Action Series 2464

"Apa?Mana boleh macam tu!" Aku menjerit tidak puas hati apabila mendengarkan kata kata papa.Abang Alif hanya menjeling aku sambil mengunyah Super Ring.Aku buat tak endah.

"Papa pun kalau boleh tak nak pindah jugak tapi nak buat macam mana?Dah papa di tukarkan ke Terengganu.Tak boleh nak buat apa dah.." Kata papa sebelum menghirup kopi panas.

"Habis macam mana dengan persekolahan adik?Takkan lah..." Aku hentikan kata kata.

"ya..tukar sekolah kat Terengganu." ayat itu buatkan aku macam nak mati.Ah..Tak mahu lah tukar sekolah!!Nanti tak ada kawan..nanti jadi kera sumbang!

"Adik nak tidurlah!Mengantuk...Tahu tak?" Marah aku lagi.Aku benci semua orang.Ini semua sebab kena tukar sekolah.

"Adik..janganlah mengamuk macam tu.Tukar sekolah doesn't mean everything is over." Aku dengar mama memujuk.

"Doesn't mean everything is over?" Aku ketawa sinis.Cakap memanglah senang.Tapi pada aku semua itu macam nak kiamat.Nampak tak betapa aku tak suka akan perbincangan kali ini?

"Alah..kau ni pun!Pindah sekolah aje kot?Bukan kena paksa berperang kat palestin sana!" Aku dengar suara sumbang mencelah.Dia tidak lain dan tidak bukan,memang abang Alif!

Aku tidak pedulikan suara sumbang itu.Aku berjalan kearah tangga.

"Suka hati papalah..papakan ketua dalam keluarga.Nak tak nak adik kena ikut jugak walau ada rasa terpaksa dalam diri adik..It's a very the end of my life!" Ucapku perlahan ketika kaki melangkah ke arah tangga.

Emosi tak stabil..
_____
Perjalanan dari pahang ke Terengganu di rasakan sangat lama.Bukannya jauh sangat pun kalau di ikutkan.Yalah..aku terpaksa duduk ditepi abang Alif di tempat penumpang belakang.Nanti adalah satu yang tidak kena pada aku.Sebal!

Tempat duduk di bahagian tengah di biarkan kosong.Buku Misi kira:Cabaran Infiniti karya Nazri salam dan Afiq Salam diletakkan di tengah.Masa kereta menyimpan ke kanan,buku itu bergerak ke arah tempat abang.

Aku tidak perasan..

Tiba tiba lenganku terasa sakit.Rupa rupanya Abang Alif yang mencubit kasar.Aku melarikan tangan jauh jauh.

"Auwww..sakitlah!"

"Hah!Tahu pun sakit.." Kata abang sambil membuang pandang ke luar tingkap.

"Apasal cubit cubit orang ni?Sakit tahu tak.." Balasku sambil menggosok tangan yang sudah merah.Nampak aje sikit..Tapi kuku tajam abang bagaikan pisau.Haisy..dah berapa minggu tak ketip kuku ni?

"Buku Nomik kau tu terkena lengan aku.Baik kau ambik cepat!Sebelum aku lempar luar sana.." Alif menggertak.Cepat cepat aku mengambil buku itu.Buku kesayangan aku tu..

"Buku je kot..bukan benda kotor pun,kan?" balas ku sambil pura pura membelek buku.

"Bukan benda kotor kau kata?Hey..Buku tu kau punya!Tuan punya buku tu ialah seorang yang pengotor.Dengan automatik,barang barang milik si pengotor akan menjadi kotor.Kotor,kotor dan selama lamanya akan kotor macam kau,pengotor!" Nah,sekali lagi dia guna perkataan kegemarannya.Penyakit apalah yang dia ada sampai setiap hari mahu sebut K.O.T.O.R

"Sampai hati abang kata macam tu..Hina sangatkah saya sampaikan abang boleh caci saya macam tu?Saya ni adik abang..kenapa kata saya pengotor?Saya pun mandi..Pakai mandian,gosok gigi.Setiap hari saya buat perkara sama yang macam abang lakukan.Masih nak kata saya ni pengotor?"

"Eh,kau ni!Terbelah jugak kau tu nanti!" Alif menengking kuat.

Air mata aku terasa bagai nak tumpah.Tapi aku tahan supaya tidak menitiskan air mata di depan abang Alif sebab aku tahu,itulah perkara yang di sukai oleh nya sejak dia lumpuh kaki.Dia suka tengok aku nangis.Ingat aku ni patung ke?Dan mama pulak..kenapa tak bela aku bila abang pukul aku?Memang mama sayang abang lagi lah.Jangan Jangan aku ni hanyalah anak pungut.Kalau ya pun,hina sangatkah anak pungut..

Aku merintih dalam hati..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience