BAB 11

Action Series 2460

Airzil terbaring lemah diatas katil bujangnya.Pandangannya kosons.Fikiran nya jauh melayang.Mungkin dah sampai di Belgium.Yang tinggal hanyalah jasad yang kaku tidak bergerak.

Kata kata Soffea masih terngiang ngiang ditelinganya.Suara yang lembut dan lunak itu kedengaran amat jelas.

"Bila agaknya Ryu akan pulang dari asrama?Jika dia pulang nanti,Soffea ingat nak ajak dia pergi ke pustaka.Soffea tak faham sangat apa yang cikgu Jamal ajar tadi.Soffea nampak Ryu husyuk aje belajar.

Mesti dia bijakkan Aizril?Soffea mungkin akan lebih faham jika Ryu yang mengajar.Soffea boleh bertanya apa yang Soffea tak faham.Soffea nampak Ryu tu baik aje orangnya..dah la kacak." Ujar Soffea pada waktu rehat tadi.

Hati Aizril dilanda cemburu.Kalau tak faham,kenapa Soffea tak suruh dia saja yang ajarkan?Kalau bukan dia pun,Hasbi pun boleh.Tak perlu pun pertolongan Ryu.

Aizril percayakan Hasbi.Hasbi tidak akan sesekali merampas apa yang Aizril mahukan.Hasbi tidak mahu peduli soal cinta lagi kerana dia ingin berjaya dahulu.Yang selebihnya Hasbi akan menyerah kepada Allah.

Oleh sebab itulah,Aizril boleh meletakkan kepercayaan kepada Hasbi.Lagipun Hasbi hanya menganggap Soffea sebagai kawan.Tak lebih dan tak kurang sebagai seorang sahabat.

Kata kata Soffea silih berganti dengan kata kata Ryu petang tadi.Sedikit sebanyak hati nya lega apabila mendengarkan pengakuan daripada Ryu sendiri.

"Kenapa aku nampak macam ramai sangat orang nakkan Soffea tu?Selalu beri perhatian pada dia..padahal dia tu tak adalah lawa sangat aku nampak..err,kau jangan ingat aku kata dia hodoh.Aku rasa pelajar ppki perempuan lagi lawa kut.

Aku tak sukalah tengok dia!!Rasa menyampah sangat..Kau dan Hasbi minat dia ke?Haisy...kalau aku ditimpa perasaan tu..moga diperjauhkanlah.." Kata Ryu.

Setiap kata kata daripada mereka itu mempunyai maksud yang berbeza.

Kalau difikirkan kata Soffea, mungkin ia menunjukkan yang Soffea minat Ryu..Atau sayang..mungkin juga ditimpa perasaan cinta pandang per..Uwekk!Tak sanggup Aizril memikirkan semua itu.

Kalau kata Ryu pula,ia memang menujukkan bahawa Ryu tidak menyukai Soffea. Atau kurang
menyenanginya...Mungkin juga di timpa perasaan benci yang teramat sangat.

Alangkah bahagianya kalau andaian ketiga bagi Ryu itu adalah benar benar dirasai oleh Ryu. Jika itu terjadi,Aizril lah manusia paling bahagia di dunia ini.

Alangkah bertuahnya Aizril jika yang diminati itu adalah dia dan yang meminati itu ialah Soffea,gadis yang cantik.(Bagi aku tak cantik pun,kalau orang lain mungkin sokong Aizril.)

Kisah percintaan ini mungkin akan menjadi menarik jika ada yang iri hati seperti Aizril sekarang.Jika itu berlaku biarlah Ryu yang menggantikan tempatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience