BAB 7

Action Series 2460

Sudah tiba masanya untuk aku tinggalkan rumah ini.Aku akan pergi dan takkan kembali lagi.Kalau kembali pun bila untuk berjumpa dengan mama dan papa.

Bila orang dah benci tiada guna ku lagi.Lebih baikku pergi.Pergi membawa diri.Bila orang dah benci tinggal aku sendiri.Orang pun dah tak suka dikenang pun tak guna.

Aceh..ayat tak boleh blah.Padahal petik dari lagu Saleem aje.Gurau ajelah..suatu masa nanti aku akan pulanglah.Pulang membawa jasad yang tidak bernyawa lagi.

Aku nampak abang Alif duduk dalam bilik dia.Taknak duduk dalam bilik aje kot?Tak nak hantar aku ke asrama ke?Mari aku paksa kau,abang..Heh,mahu mampus aku buat macam tu.Aku dah masak sangat perangai dia yang tidak suka dipaksa.Kalau hitam pilihan dia maka hitamlah.

Aku melintasi bilik abang yang terbuka luas seolah olah mengundangku untuk masuk.Haisy...berangan kuatlah aku ni.Tak kanlah abang mahu izinkan aku masuk dalam bilik dia.Nak mengintai pun haram.

Tapi bila aku lalu di depan biliknya,aku rasa macam aku di perhatikan oleh abang.Tapi aku tak layan sebab firasat aku semuanya tak betul.Itulah aku..suka sangat tengok detective Conan.

"Duduk dekat tempat orang tu,jaga tingkah laku ya?Kat sana nanti,janganlah lupakan mama,papa dan abang kat sini..solat jangan pernah tinggal kalau nak masuk syurga.." Pesan mama semasa aku menyalami tangannya.

Aku angguk perlahan.Sebenarnya aku dah sebak..laju saja aku memeluk tubuh mama dengan erat.Aku sayang mama aku.Mama balas pelukan aku.

Pergilah semua derita...

*Kepada sesiapa yang masih ada insan yang bergelar ibu/emak/mama/umi/ dan lain lain.Jangan lah sakitkan hati dia sebaliknya cubalah untuk membuatkan dia tersenyum.Kerana bila dia mati nanti,kita semua dah tak boleh bersama dia lagi.

Sesiapa yang rasa ada buat emak sakit hati dan menangis,cepat cepatlah minta maaf kepadanya.Pulanglah ke kampung halaman walaupun sekejap meskipun kita busy.Mana lebih penting,emak atau kerja?

Katakanlah pada dia bahawa kau amat menyayanginya seperti mana dia menyayangi kau.Berjanjilah pada dia bahawa kau akan cuba senangkan dia sepertimana dia cuba untuk senangkan kau dikala kau dizaman kanak kanak.

Sungguh pun begitu,janganlah kau abaikan lelaki yang bergelar ayah.Kerana tanpa dia kau tak kan wujud dalam rahim seorang ibu.Lelaki yang kau panggil ayah itu lah yang terpaksa meredah hujan demi mencari rezeki agar kau kenyang.

So,jangan pernah kau lupakan mereka.Jadilah macam aku (Ryu Firdaus) yang sentiasa menyayangi mereka.

heh..aku perasan lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience