BAB 5

Action Series 2460

"Ni ke rumah nya,Pak Ibrahim?" Aku terdengar papa sedang bercakap dengan seorang lelaki yang aku tidak kenal.Lepas tu aku nampak lelaki tadi menyerahkan dua batang kunci kepada papa.Papa menyambut dengan senyum dibibir.

"Dah!Jom masuk dalam rumah baru kita.Hari pun dah agak petang ni." ajak papa sambil tangan menggamit kami agar mengikutinya.Kami berdiri di depan rumah kayu yang agak besar.Kampung apa ni?Tak de rumah teres ke?

"Bang..ni ke rumah yang kita akan duduk nanti?" Tanya mama meminta kepastian.Matanya melilau ke arah rumah tersebut.

"ha'ah..ni je rumah yang ada buat masa sekarang.Kita tinggal kat sini dululah.."

"saya okey aje bang.Tapi abang dan adik ni lah..tak tahu suka atau tidak." Mama melirik kearah kami dua beradik

"Kalau mama dan papa sendiri boleh terima,adik no hal." kata ku pada kala hati sakit sangat sekarang.Aku masih tidak dapat menerima keputusan papa sebenarnya.

"Abang pun tak kisah tinggal di mana pun.Rumah apa pun sama saja,abang tetap kena kerusi roda ni." Beritahu Alif sambil menggerakkan kerusi tayar besarnya.

Aku tahu abang ni cakap aje tak kisah.Tapi sebenarnya dia hanya nak tunjuk redha dia.Sengaja tambahkan ayat guna kerusi roda,kononnya dah terbiasa dengan semua itu.

Papa hanya diam.

"Eh..kenapa tak masuk lagi ni?Cepatlah buka pintu,nanti mama dan papa lenguh pula sebab berdiri lama sangat.Lainlah abang ni,24 jam duduk tanpa berdiri." Alif menyindir sambil menjeling aku.

Aku rasa abang Alif akan mencari sesuatu yang akan memuaskan hatinya.Nampak nya aku terpaksa lebih berwaspada selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience