BAB 6

Action Series 2460

Abang Alif menarik tangan ku dengan kasar sekali.Rasa macam dah nak tercabut.Dalam rumah ni hanya ada aku dan abang Alif.Dia buat aku,siapa yang mahu menolong?

"Mari sini kau!Kau ni memang selalu nak buat mama dan papa pandang sinis pada aku kan?" Tengkin Alif sambil terus menarik tanganku.Aku ni dahlah kurus.Bukan macam kau,badan berisi!

"Apasal kau tak lawan bila aku buat kat kau?Kaki dan kau kan elok belaka?Kaki tu hah,boleh tendang kaki aku!Biar aku menggelupur kesakitan!!" Jeritnya.

Yalah..kenapa aku tak balas balik apa yang abang Alif buat?Aku boleh sepak terajang dia..Kenapa aku tak lari bila dia nak tumbuk aku?Padahal aku boleh berlari menjauhinya..

Aku tak lawan dia sebab dia abang aku.Kalau nak di ikutkan rasa di hati,mahu saja aku menarik rambut lebatnya itu.

"Saya takkan lawan abang sen.." Tiba tiba dia menghantukkan kepala aku ke dinding.Lepas dua kali buat begitu,dia mencekikku kuat.Nak bunuh aku ke apa ni?

ya Allah..kau bantulah aku.Hantarlah seseorang yang akan menyelamatkan aku.Aku tak mahu mati sekarang!

Sukarnya nak bernafas..

Serentak dengan itu,daun pintu dikuak kasar dari luar.Terpaparlah muka papa dan mama di muka pintu.Cepat cepat mereka menarik abang Alif dari pada terus mencekikku.

"Ya Allah..Adik!Abang!!" Jerit mama kecil.

"Alif,kamu ni gila ke?Kamu nak bunuh adik kamu ke ,hah!Kamu memang benar benar melampau.Sudah lama papa sabarkan hati dengan perangai buruk kamu tu!" Marah papa bukan sedikit.

"Alif,kamu tak sayangkan adik lagi ke?Cukuplah kamu seksa dia.Apa yang berlaku keatas diri kamu adalah perbuatan lama kamu.Siapa suruh kamu ikut kawan kawan kamu pergi memancing ikan pada lewat malam?

Motor tu dah lah mentol terbakar.Bila terbakar,gelap lah jadinya.Sebab tu ada lori yang menyondol kamu dari belakang.Kemudian lumpuh kaki..sekarang kamu nak dengki dekat adik tu kenapa?!" Sembur papa.

Abang terkesima.

"Kalau papa dan mama tak sayang Alif,benci Alif..hantar sajalah Alif rumah nenek.Alif tak kisahlah..kurang sikit perbelanjaan dalam rumah ni." Balas Alif biadap.

"Lagipun,kos rawatan kaki Alif ni kan mahal?Jadi mulai sekarang,tak payah lah susah susah nak buat rawatan yang dah lumpuh ni.Hentikan saja rawatan tu,jimat sikit duit papa!

Bagi anak kesayangan mama dan papa tu minum susu.Makan daging ayam banyak banyak..Badan tu kurus sangat.Bila badan dah besar,boleh la balas pukulan aku dan tak payah susah susah berlakon jadi adik yang baik!" Abang Alif menyambung panjang sambil menjegilkan mata ke arah ku.

"Nanti papa hantarkan Alif kerumah nenek ye?eh..tak payahlah!Rumah nenek di Raub,agak jauh dari sini.Ayah tumpangkan lah Alif sampai stesen bas ajela..lepastu Alif pandai pandai sampai rumah nenek.Kalau duit poket,bagi sajalah dua ringgit.Orang cacat macam Alif ni mana boleh pegang duit banyak banyak.Nanti ada perompak tak sempat pula mahu lari sebab roda besar ni besar sangat." Alif mula bergerak ke dalam bilik nya.

Tak sampai lima minit,dia keluar dengan sebuah bag berjenama avon.Nampaknya abang dah nekad nak keluar.Aku menghalang langkahnya sambil mendepangkan tangan.

"Kau nak apa lagi?Aku ada kat dalam rumah ni kejap aje.Nanti aku pergilah..Sekarang,tepi sikit.Bagi Orang Kurang Upaya ni nak lalu." Kata Alif.

Dia melanggar ku dengan kerusinya.Aku jatuh.Jari kelinking ku di langgar oleh roda besarnya.Aduhh..sakit siot!Cepat cepat aku bangun sambil terus menghalang.

"Kau ni dah kenapa?"

"Abang tak boleh pergi.Abang kena duduk sini dengan mama dan papa!"

"Aku nak pergi atau tidak bukan masalah kau.."

"Masalah saya,daripada abang pergi,lebih baik saya tinggal di asrama.Abang boleh hidup tenang tanpa saya.Dan abang pun tetap kena buat rawatan kaki.Saya percaya kaki abang akan pulih nanti.Cuma bukan masa sekarang.Allah kalau nak bagi sesuatu,kejap aje.Kita yang kena tahu erti bersabar!"kata ku.

" Saya tak nak abang pergi tinggalkan saya..biarlah saya pergi tinggalkan abang.Saya boleh pergi kalau itu yang akan membahagiakan abang.Saya tak nak abang sakit hatu.Sebab abang ialah abang saya..sebab saya sayangkan abang walaupun saya tahu abang dah tak sayangkan saya macam dulu.."Sambungku lagi sambil memeluk kakinya.Tidak pula abang marah marah.

"Saya sayangkan abang..sebab abang ialah satu satunya abang yang saya ada.Dan papa,tolong uruskan hal asrama adik.Tolonglaj papa...adik merayu.." kata ku sambil beralih pada papa.

"Tapi.."

"Atau adik akan lari dari rumah.Macam yang adik pernah buat dulu." Aku ugut papa.Papa menggelabah..kemuadian angguk.Aku mengerling abang..

oh biarkan..waktu yang menghapuskan.Tuhan izinkan aku membahagiakan dia.Hati ini ingin lihat kau bahagia..tanpa aku di sisi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience