BAB 14

Action Series 2460

Hari ini ialah hari jumaat.Aku menyelak langsir yang bercorak flora.Terdapat banyak kenderaan yang tersadai di bahu jalan.Pasti itu ialah kenderaan ibu bapa yang ingin melawat anak anaknya.

Jauh dihujung sana,aku melihat ada seorang wanita dalam lingkungan baya baya mama aku sedang menjinjit satu beg plastik.Aku kira itu ialah plastik yang berisi makanan ringan.Agaknya mesti ada juga maggi dalam plastik tu.Yalah..hari minggu mesti ramai yang rasa lapar.Dan pastinya mereka akan makan maggi untuk kenyangkan perut.

Pandangan ku beralih kepada seorang budak perempuan yang memakai t shirt asrama warna ungu campur hujau sedang berlari lari anak menuju kearah perempuan tadi.Aku jangka budak itu ialah anak perempuan itu kerana aku nampak mereka berpelukan.

Sayu hati aku bila lihat drama gembira tu.Memanglah aku sayu sebab yang gembiranya ialah budak tu..bukannya aku.Dan aku yakin bahawa aku akan gembira jika aku berada di tempat budak tu.

Tiba tiba wajah mama bermain dimata.Sungguh aku amat merindukannya...Tapi demi kebahagiaan abang Alif,aku sanggup tinggal disini.Aku pandang keluar lagi.

Kereta Audi S5 berhenti di bahu jalan.Kereta itu..aku amat kenal kereta tu..ya!itu kereta papa.Aku nampak seorang lelaki sedang keluar melalui pintu pemandu.Aku cam..

Tidak lama lepas itu,aku nampak mama sedang keluar lalu menutup pintu kereta.Aku nampak ditangan mama ada plastik warna kuning.

Mama!!Papa!!

Aku keluar dari dorm lalu cepat cepat aku menyarungkan selipar adidas cantik aku.Aku ada selipar cantik..kau ada?Tapi aku tak sempat nak belagak sebab aku nak jumpa mama dan papa sekarang juga.

'Mama!Papa!..adik rindu mama dan papa.Adik sayang mama dan papa..'Hatiku menjerit kuat.Semasa aku berlari,aku tersepak akar kayu.Kemudian aku jatuh tersungkur lalu menyembah bumi.Nasib baik aku tak tercium tanah ni.

Tangan aku terasa pedih sebab tertindih dengan batu kerikil yang banyak.Dah lah bersegi segi..Sakit!Tapi demj mama dan papa,aku sanggup bertahan.Bukannya aku kena tikam di perut pun.

Aku tiba di tempat melawat.Tapi aku tak nampak pun kelibat mama dan papa.Hatiku jadi sayu tiba tiba..agaknya kelibat mama dan papa aku hanya imaginasi aku saja.

Rambut aku diraup dengan kasar.Ya Allah..Aku cari mama dan papa aku macam orang bodoh tadi.

Tiba tiba bahuku ditepuk dari belakang oleh dua tangan yang berbeza.Cepat cepat aku pusing untuk melihat gerangannya.Hampir nak terkentut aku bila nampak mama dan papa sedang tersenyum sambil pandang aku.Aku senyum balik..

Nasib baik aku tak kentut tadi..Uih!Tak senonoh betul aku ni..

"Firdaus..anak mama!" Ujar mama.Aku rasa macam nak menangis sekarang.Nampak tak betapa aku amat rindukan mereka.Nak aje aku peluk mama dan papa ketat ketat sekarang!

"Come to hug me,sayang.." Mama macam dah tahu tahu.Bila dah dapat lampu hijau,lagilah aku rasa nak peluk mereka.Terus aku peluk mama dan papa serentak.Serius aku gembira sekarang.

Andailah aku hanya diberi masa selama seminit untuk jumpa mama dan papa,aku rela.Asalkan aku jumpa mama dan papa sebab aku tak mahu tengok mama dan papa dalam mimpi sahaja.

Mama memeluk erat tubuhku.Aku balas balik..Dapat aku rasakan kehangatan pelukan seorang ibu yang selama ini tulus menyayangiku.

Kau memberiku kasih sayangmu.
Kau mencurahkan perhatianmu.
Semenjak ku kecil kau selalu menjaga.
Tak ingin melihat diriku terluka.

Dan kau selalu tersenyum.
Melihat tingkah tingkah kecilku.
Dan kau selalu berdoa.
Agar aku baik baik saja.

Ceh..ayat tak boleh blah.Padahal petik dari lagu aje.Biarlah..yang penting aku jumpa mama dan papa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience