BAB 15

Action Series 2460

Aku melabuhkan punggung diantara mama dan papa.Ya Allah..rindunya aku kepada mereka!Selagi ada waktu selagi itu aku akan terus merindu.

"Mama dan papa sihat?" Tanya aku,lembut.Aku menghadiahkan senyuman yang paling manis buat orang tua yang paling aku sayangi.

"Sihat..adik?" Tanya mama dan papa hampir serentak.Aku memuncungkan mulut.Mama dan papa jadi bingung pula bila aku buat macam tu.

"Why??Kenapa pulak..adik tak sihat ke?Demam atau makanan kat sini dah tercemar?Ke adik nak papa bawa ke klinik terus?Kalau macam tu,adik pergi bawa papa jumpa warden.Papa nak minta kebenaran untuk bawa adik ke klinik.."Kata papa lalu ingin berdiri.Cepat cepat aku halang papa.Nampak tak betapa papa risaukan aku?Tapi bukan tu maksud aku..

" Bukan macam tu,papa..Adik tak sihat sebab rindukan mama dan papa sangat sangat.Adik rasa macam nak mati bila berjauhan dengan mama.Dengan papa.."Aku menjawab dengan manja.Sejak duduk jauh ni,aku semakin manja.Bukan manja tahap mengada ngada pun..Siapa yang tak manja kalau tak jumpa orang tua yang selama ini tak pernah duduk jauh dengan kita?

Mata mama dah berkaca sebab terharu.Papa pula tersenyum lalu menggosok gosok belakangku.

"Ouh,ya!Mama ada belikan adik hot chocolate...Mama tahu adik suka,betul tak?" Ujar mama sambil menghulur satu plastik yang jelas tertera 'Coffee House'.

Kami berbual bual dengan ceria.

"Eh..Banyak pula sembang.Abang Alif mana?Tak datang ke?" Tanyaku sambil mencari cari di sekitar taman.Aku tengok papa macam serba salah.Akhirnya papa senyum saja.

Melihat reaksi papa,aku segera faham.Cepat cepat aku berlagak biasa..seolah olah tiada apa apa yang berlaku dan aku sikit pun tak terkesan.

Tidak lama kemudian,papa mengeluarkan wallet miliknya.Beberapa keping duit warna jingga ditarik lalu dihulurkan kepada aku.Terkejut aku..Aku tolak tangan papa lembut.

"Tak payahlah,papa..Adik masih ada wang belanja yang papa bagi tempoh hari.Papa simpan ajelah.." Kata ku sambil pandang papa.

"Tapi.."

"Pa..Simpanlah.Gunakan untuk merawat kaki Abang Alif.Tak payah lah nak bazirkan duit ni untuk adik.Biarlah adik belajar berdikari.." Bergetar jiwaku bila menyebut nama abang Alif.Ya Allah..aku menyayanginya..

Mama dah sebak melihat aku berkata begitu.

"Tapi adik..tak salah kalau papa berikan duit untuk adik.Gaji papa dah lebih dari cukup untuk tanggung kita semua.Papa pun dah simpan duit untuk kaki abang Alif.." Pujuk mama sambil mengesat air mata yang mahu meleleh.

Aku tersenyum hambar.Aku taknak terima duit ni.Tapi dalam masa yang sama aku juga tak ingin buat mereka risau.Aku tahu mereka akan fikirkan aku bila mereka pulang nanti.Mesti dia akan fikir aku nak jaga hati mereka aje.

Aku tersenyum hambar..

Perlahan lahan aku menyambut huluran papa.Aku dah buat keputusan untuk menerima pemberian papa.Aku tak nak guna sebaliknya aku mahu simpan dalam tabung.Manalah tahu kalau berlaku emergency ke nanti.Bak kata pepatah,'Sediakan payung sebelum hujan..'

Pukul 11.35 pagi baru papa balik.Datang pukul 9.40 pagi..Nampak tak betapa lama kami bersama?Biarlah..dah aku rindu mereka sangat sangat.Mestilah aku akan hargai semua ini.Orang bodoh aje yang tak hargai detik dengan keluarga macam ni.

Mama-Papa..
Aku suka kamu kerna kau baik.
Aku suka kamu kerna kau mulia
Aku suka kamu..oh mama papa!

MAMA PAPA..I lOVE YOU SO MUCH!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience