BAB 18

Action Series 2460

"Ryu mana?" Aizril terkejut.Wajah Soffea yang berkerut seribu itu dipandang lama.Hatinya dihambat cemburu lagi.Masakan tidak?Gadis yang selama ini menjadi pujaannya asyik menanyakan nama kawannya senderi.

"..hah!Err..Entahlah!Aizril pun tak tahulah Ryu pergi mana.." Jawab Aizril dalam terpaksa.Dia tayang muka tak bersalah walaupun dia tahu Ryu Firdaus datang lebih awal hari ini sebab ada perkara penting.

"Hmm..kawan jenis apa Aizril ni sampai kawan sendiri pun tak tahu khabar?Takkan lah Aizril tak tahu mana kawan sendiri pergi?Kan Aizril dan Ryu sama sama duduk di asrama..!!" Marah Soffea tiba tiba.Cemburu Aizril makin bertunas.

"Apa yang Soffea cakapkan ni?Aizril memang tak tahu mana Ryu pergi..sebab tadi dia datang lebih awal daripada Aizril dan Hasbi..Takkan lah dia nak buat apa Aizril pun patut tahu kut?" Balas Aizril balik dalam kadar lembut.Dia tak mahu buah hatinya kecil hati.

"Yalah-Yalah..Soffea gerak dululah..Benci cakap dengan Aizril!" Marah Soffea lagi sebelum berlalu pergi.Hatinya kecewa..

Aizril tersenyum puas kerana dapar mematahkan semangat dan kebahagian Soffea sekali gus.Mana mungkin dia mahu memberikan peluang untuk Soffea bersama dengan kawan sendiri sebab orang yang disukai dan diminati ialah Soffea.

'Soffea-Soffea..kenapalah kau tak pandang aku yang sudah berdiri didepan kau ni?Perlu kah kau cari kumbang lain..'Aizril cakap dalam hati.Kumbang apa?Kumbang tanah?Ke kumbang yang golek tahik dalam cerita Larva tu..

Dalam kelas dua al-Rasyidin..

Sakitnya mata Aizril memandang Soffea yang semakin ingin rapat dengan Ryu Firdaus.Hatinya terasa sakit sangat..Dadanya berombak kencang.Dia mengepal tangan kiri hingga terbit urat hijau.

"Ryu.." Panggil Soffea dengan manja.Aku tersentak.Eww..geli geleman aku yang mendengarnya.Panggilan Soffea tadi terlampau gediklah..Boleh muntah hijau aku!

Aku menoleh tapi tidak menjawab.Tiga saat kemudian aku pusing balik.Malaslah nak tengok Soffea yang macam tak pakai tudung tu.Kain tudung singkat macam apa..Nasib baik dia jenis yang kurus.

"Ryu.." Panggilnya lagi.Sedikit kuat tapi masih dalam tahap kemanjaannya yang melampau lagi.

"Kenapa tak menyahut Fiya panggil,hmm??" Tanya Soffea bila sedar aku buat tak layan.Kenapa tak sahut kau panggil?Sebab aku taknak lah..

"Kenapa kena jawab?Penting sangat ke?" Aku menjawab dengan malas.Soffea tergamam.Belum pernah mana mana lelaki yang melayannya sebegini.Aku lah yang pertama..Haha

"..hmm..kenapa ni?Tak sihat ke?" Soffea berlagak biasa walhal hatinya meronta ronta sebab dilayan sebegitu.

"Kalau betul tak sihat,apa kaitan dengan kau?" Aku nampak Soffea terperanjat sangat.Aku pun terkejut dengan perubahan bahasa aku kepadanya.Tapi dah terlepas cakap.Yang kasar pulak tu..hmm,entahlah..mungkin sebab Soffea tu gedik sangat sebab tu aku layan macam tu..

"Pastilah ada kaitan dengan Fiya.." Jawab Soffea perlahan.Tapi masih jelas di telinga ku.Aku menjeling tajam kepadanya.Ada kaitan kepala hotak kau!

"Apa kaitan kau dan aku,hah?!" Tanya aku kasar sekali.

"Kit..kita..kita kan kawan?Kawan mes..mestilah ambik berat pa..pasal kawan lain kan?Orang putih cakap..Caring.."Balas Soffea sambil mengedipkan mata nya tiga kali supaya aku lembut hati.Heh..ingat aku akan cairlah nanti?Kalau mata tu macam mat leh boleh jugak aku nak cair.Mata kau tu nak aje aku korek lepas tu bagi serigala makan.

" Apasal kau buat gaya macam tu?Kau ingat comellah..Senyuman kau tu..Ptuih..!Boleh muntah sampai lembik badanlah..Tapi kalau nak dibandingkan antara senyuman kau dengan Hantu kak Limah..aku rasa dia boleh menang!"Selamba aku mengutuk dia.

Sejak bila pula aku pandai sinis menyinis ni.Oo..maybe lepas aku kenal Soffea.

Soffea gigit bibir..

"Hurmm..sampai hati Ryu cakap macam tu.Fiya ingat kalau Fiya buat macam ni,Ryu akan gembira..Fiya ingat Ryu akan sedar betapa besarnya cinta Fiya pada Ryu..

Tapi ini yang Fiya dapat..ni yang Ryu balas.Hancur luluh bila Ryu layan macam tu.Tak bolehkah Ryu layan Fiya hanya sekadar seorang kekasih?Tak boleh ke.."Soffea diam.Suasana bagaikan sepi sebentar.

Layan macam kekasih kepala botak kau!Dah lah letak perkataan 'Hanya'..Ingat layan macam kekasih tu perkara kecik ke?Aku rasa macam nam tonyoh aje kepala Soffea yang ada iras iras bola ragbi ni.

"Dah habis cakap dah?Kalau dah,aku nak pergi siapkan latihan matematik..sebutan algebra.Kau pergilah buat sana..eh,lupa pulak!Kau mana faham algebra-algebra ni..Tak apalah.Aku pergi dulu!" Balas ku sebelum beredar.

Nasib baik kami bercakap di belakang kelas.Kalaulah ada pelajar lain yang dengar pengakuan cinta 2 posen kau tu..sedialah nak kena humban dari tingkat 4 ni!

Hati aku puas sangat sebab dapat sakitkan hati Soffea.Kau ingat aku ni Ryu Firdaus versi yang baik baik aje ke?Sekarang kau dah nampak Ryu Firdaus dalam versi jahat..

Puas hati aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience