LAPAN

Romance Series 5670

Kalau kau tahu,

Takut sayang datang bertamu,

Takut hati tak mampu menipu,

Padamkan segera rasa rindu,

Biarkan masa jadi penentu!

**********************************************************

Sudah seminggu berlalu namun hubungan di antara Rafeq Iskandar dan Alyssa Az-Zahra masih dingin. Gadis itu seperti sengaja mahu menjauhkan diri dan hanya bercakap bila perlu saja dengannya. Tiada lagi usikan dan leretan senyuman dari gadis itu yang menghiasi hari-harinya.

Semalam sebaik dia melangkah ke biliknya, dia melihat bunga di atas mejanya sudah diganti dengan bunga yang baru. Hatinya panas tiba-tiba. Dia sudah habis ikhtiar untuk memujuk Alyssa Az-Zahra. Walaupun dia tidak tahu kenapa dia harus beria-ia memujuk gadis itu, tetapi nalurinya sendiri yang berkehendakkan dia berbuat begitu.

Sepanjang tempoh seminggu itu dia berusaha membeli bunga ros kuning sebagai tanda meminta maaf tetapi selama tempoh itu jugalah bunga-bunga tersebut dijadikan hiasan di atas meja kerjanya.

Akhirnya pada Najwa diceritakan segala duduk perkara dan meminta buah fikiran dari wanita itu menerusi pesanan ringkas whatsapp. Malunya ditolak ke tepi.

Rafeq    : Najwa, dia dah tahu pasal jaket tu.

Najwa    : Mcm mana blh kantoi?

Rafeq    : Sara… i xtahu mcm mana nk cerita.

Najwa    : Dia angin ke, bos?

Rafeq    : bkn stakat angin tp dh puting beliung kot sbb dia langsung xnk berckp.

Najwa    : so u nk i tlg apa?

Rafeq    : i give her roses tp dia buat hiasan atas meja i. hihi...

Najwa    : dia xsuka bungalah bos!

Rafeq    : i xtahu apa dia suka. This will be my last try... kalau dia xterima juga kemaafan i... lantaklah...

Najwa    : xkn dh surrender kot?

Rafeq    : i xtahulah nk memujuk ni tp i pn xtahu kenapa i buat jugak. Funny right?

Najwa    : u xpernah pujuk i pn sblm ni?

Rafeq    : u ada merajuk dgn i ke? Sorry…

Najwa    : hahaha… no lah! Tp i musykil…

Rafeq    : kenapa?

Najwa    : this is not Rafeq Iskandar yang i kenal.

Rafeq    : Me too... i pn rasa ini bkn i...

Najwa    : Dia suka chocolate bos. Good luck!

Rafeq    : Thanks... i treat u lunch bila u kerja nnt. Bye.   

Pagi itu Alyssa Az-Zahra dikejutkan dengan hamper yang penuh dengan coklat di atas meja. Alyssa Az-Zahra mengeluh. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dia buat lagi. Bukan ini yang dia harapkan dari Rafeq Iskandar. Bukan pujukan begini kerana dia masih sedar dirinya hanya seorang pekerja kepada lelaki itu. Dia hanya mengharapkan lelaki itu melupakan semua perkara yang hanya akan menampakkan kebodohan seorang gadis. Hanya itu!

Hamper tersebut di bawa ke pantry. Di buka satu persatu dan di bahagi kepada dua. Satu bahagian diletakkan di pantry itu untuk dikongsi bersama dengan rakan sekerja yang lain dan sebahagian lagi dia bawa bersama dengan sebotol air mineral untuk diletakkan di dalam bilik Rafeq Iskandar.

Setelah arahan masuk diterima, dia memulas tombol pintu dan melangkah masuk.

“Assalamualaikum bos.” Ucapnya seperti selalu.

“Waalaikumsalam.” jawab Rafeq Iskandar. Lelaki itu kelihatan tekun mengadap kerjanya hingga langsung tidak mengangkat muka.

Sebaik meletakkan air mineral dan sebekas coklat di tempat yang sepatutnya, dia melangkah keluar tanpa apa-apa suara. Tidak mahu mengganggu konsenterasi bosnya itu.

“Alyssa Az-Zahra!” kuat suara itu menyentak hati Alyssa Az-Zahra. Kalau dia sudah dipanggil dengan nama penuh begitu, maka tahulah dia bahawa ada saja yang lelaki itu tidak puas hati dengannya.

“Ya Encik Rafeq?” tanya Alyssa Az-Zahra perlahan. Wajah yang merah itu sedikit menakutkan.

Bukan tidak pernah lelaki itu memarahinya tetapi wajah garang itu baru pertama kali dilihatnya. Selalunya bosnya itu hanya menunjukkan muka kaku dan beku.

“What is wrong with you?” soal Rafeq Iskandar tegas. Duduknya sudah bersandar sambil matanya tajam memandang Alyssa Az-Zahra yang berdiri di tengah-tengah biliknya.

“Tak ada apa-apa bos. Kenapa?” lembut dia menjawab. Alyssa Az-Zahra tahu lelaki itu marah. Mungkin juga bengang dengan sikapnya. Api tidak boleh dibalas dengan api. Dia dan Rafeq Iskandar akan sama-sama terbakar nanti.

“I bagi you bunga sebagai tanda minta maaf tapi you jadikan bunga tu hiasan dalam bilik i. I boleh sabar lagi.” Luah Rafeq Iskandar geram.

“Saya tak suka bunga bos.” Alyssa Az-Zahra masih selamba. Dipujuk hatinya agar bersabar.

“Today i bagi you chocolate dan you masih letak dalam bilik i. You ingat i ni apa? You jangan cakap yang you tak suka chocolate pulak.” Sindir Rafeq Iskandar sakit hati. Suaranya masih tegas walau tidak sekuat tadi.

“Saya suka coklat tapi bila dah banyak sangat jadi muak pulak. So saya letak separuh di pantry dan separuh lagi untuk bos. Salah ke? Sharing is caring right?” bidas Alyssa Az-Zahra lembut.

“Apa yang you nak i buat sebenarnya?” soal Rafeq Iskandar lagi.

“Saya tak nak bos buat apa-apa pun. Saya pun dah maafkan kesalahan bos walaupun saya tak pasti apa salah bos pada saya. Saya cuma nak bos hentikan beli bunga dan coklat ni. Membazir. Saya bukan budak-budak yang boleh diumpan dengan hadiah semacam ini. Saya amat menghargainya tapi saya tak suka. Bos faham tak?” Alyssa Az-Zahra bersuara lembut tapi tegas. Matanya yang sudah berkaca sedaya-upaya di kawal agar tidak menangis.

“Keluar! Tutup pintu dan keluar! Cancel all the meeting.” arah Rafeq Iskandar. Tidak sanggup lagi dia memandang wajah yang kaku itu. Wajah yang tidak berperasaan. Moodnya hilang tiba-tiba.

Alyssa Az-Zahra melangkah ke arah pintu tanpa sepatah kata. Saat tangannya sudah memulas tombol pintu, dia berpaling semula.

“Saya nak minta izin keluar awal sikit tengahari nanti. Saya nak melawat Kak Najwa.” Pinta Alyssa Az-Zahra serba salah.

“Pukul satu tunggu di bawah.” Rafeq Iskandar membalas tanpa memandang wajah Alyssa Az-Zahra. Nadanya tetap tegas seperti tadi.

“Tapi….”

“Just go!” Arahan dengan nada yang kuat itu membuatkan air mata Alyssa Az-Zahra gugur dengan sendirinya.

Ketibaan Alyssa Az-Zahra disambut dengan wajah ceria Najwa kerana dia memang sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh gadis itu. Kehadiran Rafeq Iskandar bersama-sama dengan gadis itu mengundang tanda tanya di hati Najwa. Sangkanya gadis itu akan datang dengan Shima dan Salwa.

“Jemputlah masuk bos. I tak tahu you akan datang sekali.” Mesra suara Najwa mempersilakan mereka masuk selepas tubuhnya dipeluk oleh Alyssa Az-Zahra.

“Akak sihat?” tanya Alyssa Az-Zahra setelah mereka duduk di ruang tamu yang kemas dan teratur itu.

“Sihat Alhamdulillah.” Balas Najwa. Wajah Alyssa Az-Zahra dipandang dengan persoalan yang pelbagai. Kemudian dia tersenyum pula pada Rafeq Iskandar.

“Husband you mana?” soal Rafeq Iskandar bila perasan Halim, suami Najwa tiada bersama.

“Dia kerja. Dah seminggu cuti. Ni nak tanya, macam mana you all boleh datang sama-sama ni?” soal Najwa dengan riak nakalnya. Alyssa Az-Zahra tetap dengan muka beku sementara Rafeq Iskandar hanya tersenyum.

“I nak datang tengok you tadi lepas tu dia kata nak ikut, so i bawa lah sekali. Nanti cakap i kedekut tak nak tumpangkan pulak.” Jawapan Rafeq Iskandar itu menyakitkan hati Alyssa Az-Zahra tetapi didiamkan sahaja. Malas mahu membidas. Dia masih terasa hati dengan tingkah lelaki itu yang memarahinya tadi.

Najwa ketawa. Melihatkan wajah kelat Alyssa Az-Zahra, dia tahu Rafeq Iskandar sengaja mengenakan gadis itu. Sungguh dia seperti tidak percaya bahawa bosnya itu adalah orang yang sama yang dikenalinya lima tahun lalu. Berbeza sungguh karektor lelaki itu sejak kebelakangan ini.

“Duduklah dulu. I buatkan air sekejap.” Najwa meminta diri.

“Kak, biar Alys tolong akak buat air. Duduk kat depan ni pun panas!” Alyssa Az-Zahra menawarkan diri.

“Ha... eloklah kalau dia tolong you, Najwa. I bukan apa, takut esok-esok mak mertua nak minum dia tak pandai buat air pulak.” Balas Rafeq Iskandar.

Ketawa Najwa dan Rafeq Iskandar bergabung menambahkan sakit di hati Alyssa Az-Zahra.

Wajah Alyssa Az-Zahra yang mencium baby Raihana berkali-kali dipandang dengan khusyuk oleh mata lelaki Rafeq Iskandar. Senyuman yang terbit di bibirnya tidak dia sedari.

“Ehem… so how’s office?” Dehemen Najwa menyedarkan Rafeq Iskandar. Tersipu-sipu dia membalas senyuman setiausahanya itu. Alyssa Az-Zahra turut memandang ke arah Najwa tanpa memahami situasi yang berlaku.

“Biasa je. Bila you mula kerja? Susah you tak ada.” Adu Rafeq Iskandar.

“In Shaa Allah pertengahan Ogos. Apa yang susahnya i tak ada? I dah bagi you pembantu yang hebat.” Balas Najwa memuji Alyssa Az-Zahra.

Pada waktu yang sama dia terfikir-fikir banyak sangatkah kerja-kerja baru yang masuk? Atau apakah Rafeq Iskandar masih mahu menyakat Alyssa Az-Zahra?

“Pembantu yang you carikan untuk i ni slow. Kerja lambat. Tak lah hebat mana.” Serius Rafeq Iskandar mengadu. Wajah Alyssa Az-Zahra tidak dipandang.

Alyssa Az-Zahra yang mendengar kata-kata itu kelu. ‘Betul ke aku buat kerja lambat?’ Lama matanya tertancap pada wajah Rafeq Iskandar mengharapkan penjelasan lanjut. Selama ini lelaki itu tidak pernah merungut.

“Ye ke? I don’t thing so bos.” Bela Najwa sebaik terpandang wajah merah Alyssa Az-Zahra.

“You tak percaya cakap i ke? You know what… Diyana budak HR tu buat kerja lagi cekap tau. I tanya sendiri dengan Amir.” Entah kenapa Rafeq Iskandar semakin seronok pula melihat wajah merah membahang Alyssa Az-Zahra.

Sebenarnya dia hanya kenal Diyana sebagai senior di Bahagian Sumber Manusia. Dia tidak pernah pun bertanyakan apa-apa pada Amir, Pengurus Bahagian Sumber Manusia. Dia hanya menipu sekadar untuk menaikkan kemarahan gadis itu.

Dia juga perasan mata Alyssa Az-Zahra yang memandang lama padanya. Mungkin gadis itu mengharapkan penjelasan tetapi dia tidak berminat untuk menerangkan apa-apa. Dia lebih berminat untuk membuatkan gadis itu marah.

“Tadi akak cakap akak masuk kerja pertengahan Ogos kan? Jadi awal Julai boleh lah Alys hantar surat letak jawatan pada HR. Lepas tu akak bolehlah cadangkan Diyana jadi pembantu akak.” Sampuk Alyssa Az-Zahra tiba-tiba. Dia tersenyum manis.

Dia memang serius berkaitan perletakan jawatan itu. Dia memang sudah nekad. Dia tetap dengan keputusannya maka dengan kesempatan yang ada ini diluahkan sahaja keinginannya.

“Alah Alys… bos bergurau je tu.” Najwa cuba memujuk. Lengan Alyssa Az-Zahra disentuh lembut.

“No… i’m not joking.” Celah Rafeq Iskandar pantas. Dia masih berwajah selamba. Walaupun kata-kata Alyssa Az-Zahra jelas dipendengarannya tetapi dia yakin tidak mungkin gadis itu mahu meletakkan jawatan.

Najwa sudah serba salah. Dia tidak faham dengan sikap Rafeq Iskandar. Kalau dia di tempat Alyssa Az-Zahra pun, pasti dia akan berkecil hati.

“Yes i know you’re not joking, bos. Tapi kalau bos tak puas hati dengan kerja saya, boleh saja cakap dengan saya elok-elok. Tak perlu rasanya nak mengadu pada Kak Najwa. Saya boleh terima teguran tapi saya tak boleh terima penghinaan.” Kata-kata yang keluar dari bibir mongel itu jelas menunjukkan kekecewaannya.

“Dengan cara you yang cepat melenting macam ni you nak harapkan i berterus-terang dengan you? You langsung tak matang Alyssa Az-Zahra!” balas Rafeq Iskandar mengejek.

“Bila pulak saya melenting? Kalau bos rasa saya tak matang dan tak boleh bekerja dengan baik, why not tukarkan saja saya? Bos senang dan saya pun senang.” Cabar Alyssa Az-Zahra.

“Bos… Alys… please…” Najwa cuba menenangkan keadaan. Wajah kedua-duanya dipandang silih berganti. Pelik dia dengan sikap kedua-duanya. Alyssa Az-Zahra yang lemah lembut boleh melawan. Rafeq Iskandar yang selalu tenang dan bertolak ansur juga berubah karektor.

“Kak, Alys minta maaf. Alys minta diri dulu. Nanti kita borak lagi okay.” Dengan nafas yang di atur tenang, Alyssa Az-Zahra berdiri lalu bersalaman dengan Najwa. Kemudian dia mencium baby Raihana sebelum berlalu pergi.

“Naik!” arahan dari dalam kereta yang berhenti di sisinya membuatkan Alyssa Az-Zahra menghentikan langkah. Tidak sampai beberapa meter di hadapannya, sudah jelas terlihat tempat menunggu bas di kawasan perumahan itu.

“Saya balik naik bas atau teksi saja. Bos geraklah dulu.” Alyssa Az-Zahra membongkokkan sedikit badannya untuk bercakap dengan Rafeq Iskandar.

Ah… dia masih marah, kecewa dan sakit hati dengan layanan Rafeq Iskandar. Dengan penipuan lelaki itu juga. Dia sedar dia tidak patut berkelakuan begitu dan dia sendiri tidak tahu kenapa dia bersikap begitu. Yang pastinya dia rasa terhina dengan kata-kata lelaki itu ketika di rumah Najwa tadi.

“Naik!” Kali ini lebih keras lontaran suara Rafeq Iskandar. Pandangan matanya tetap terhala ke depan tanpa memandang langsung kepada Alyssa Az-Zahra.

“Bos… saya balik sendiri aje.” Alyssa Az-Zahra masih bertegas. Langkah kakinya di hayun semula. Melihatkan Alyssa Az-Zahra berlalu pergi membuatkan Rafeq Iskandar semakin berang dengan sikap keras kepala pekerjanya itu.

“Alyssa Az-Zahra! Awak tak faham Bahasa Melayu ke? Saya kata naik… naiklah!” sedikit menjerit Rafeq Iskandar dari sisi keretanya. Hayunan langkah Alyssa Az-Zahra terhenti lagi. Dia menoleh kebelakang.

Tanpa sepatah kata, Alyssa Az-Zahra berpatah balik dan memasuki perut kereta. Pintu dihempas sedikit kuat. Wajah berang majikannya tidak dipandang. Dia tidak berani.

‘Kau ni dah kenapa melawan cakap dia? Dia tu bos! Kau diamkan je lah apa dia buat. Kau pun naik minyak sama dengan dia kenapa?  Ish… bodohnya kau Alyssa Az-Zahra! Buatnya dia berhentikan kau sekarang macam mana?’ Alyssa Az-Zahra memejamkan matanya tatkala hati masih memarahi diri sendiri.

Suasana sunyi sepi di dalam kereta membuatkan kedua-duanya melayan perasaan sendiri. Alyssa Az-Zahra dengan rasa sebal, sakit hati dan bersalahnya. Rafeq Iskandar juga begitu.

“Kalau you marahkan i pasal jaket tu, i minta maaf. Yes… jaket tu memang i punya tapi dah lama pun i tak guna. So masa you demam hari tu, i kesian tengok jadi i letak jaket tu kat badan you. I am so sorry.” Dengan nada perlahan dan teratur Rafeq Iskandar memulakan bicara.

“I tak ada niat apa-apa apatah lagi nak memalukan you. I ikhlas. You kerja dengan i jadi i kena jaga kebajikan you. Najwa dah nak cuti bersalin masa tu dan you pula tak sihat. Kalau dua-dua tak ada, susahlah i. You jangan salah faham Alyssa.” sambung Rafeq Iskandar bila Alyssa Az-Zahra masih tidak bersuara. Dia mengeluh perlahan.

“Betul ke saya buat kerja lembab?” Itu pula soalan yang keluar dari bibir Alyssa Az-Zahra.

Penerangan Rafeq Iskandar di terima dengan hati terbuka. Lagipun untuk apa dia memanjangkan sengketa sedangkan lelaki itu majikannya. Dalam apa jua situasi, dia harus menghormati majikannya.

Rafeq Iskandar tersenyum mendengar pertanyaan itu. “Tak lah. Itu i bergurau aje. Saja mengusik. Lagi you marah lagi bertambah seronok i mengusik.” Balasnya tenang.

Alyssa Az-Zahra memandang sekilas wajah Rafeq Iskandar sebelum kembali memandang ke hadapan. Bibirnya dicebik meluat. ‘Usik konon! Menyakitkan hati aku adalah!’

“Kalau tak puas hati, cakap depan-depan. Tak payah cakap dalam hati. I boleh dengar!” sindir Rafeq Iskandar.

“Haa? Betul ke?” Terkejut Alyssa Az-Zahra mendengar kata-kata itu. Seingat dia sudah dua kali Rafeq Iskandar dapat membaca apa yang bermain di fikirannya.

Melihat anggukan kepala dan wajah serius lelaki itu, Alyssa Az-Zahra pantas menutup mulutnya. Kali ini dia benar-benar percaya. Lama tampang tampan Rafeq Iskandar ditenungnya membuatkan lelaki itu tersenyum akhirnya.

“Kenapa pandang i macam tu? Handsome sangat ke?” Rafeq Iskandar mengusik lagi.

“Tak… tak…” tergagap-gagap Alyssa Az-Zahra menjawab.

“Tak handsome?”

“Bukanlah…”

“Bukan apa?”

“Ish… tak ada apa-apalah…” Alyssa Az-Zahra menggaru kepalanya yang bertudung. Susah juga bersoal jawab dengan lelaki itu. Dia pening sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience