Zara dan Mila sudah tiba di Kuala Lumpur tepat jam 9.20 malam, mereka berdua agak kepenatan waktu itu. Perjalanan mereka dari kampung agak jauh juga, jadi mereka bergilir memandu kereta untuk sampai ke destinasi.
Walaupun Zara belum mampu untuk berkereta, namun dia sudah mempunyai lesen sejak dari dulu.
"Wah, besarnya rumah kau Mila. Betul ke kau tinggal sorang-sorang kat sini?."
Sambil terpegun dengan kecantikkan rumah milik Mila itu.
Mila sememangnya dari keluarga yang berada, tetapi rumah yang dimilikinya itu adalah hasil dari titik peluhnya sendiri.
Dia bukanlah jenis peminta seperti anak orang kaya yang lain. Sejak dari perceraian ibu bapa Mila, dia lebih rela untuk hidup sendiri.
"Ya lah Zara, tak adalah besar mana rumah aku ni."
"Rumah orang bujang katakan."
Sambil tersengih dengan keterpegungan Zara terhadap rumahnya itu.
"Tak besar kau kata? Biar betul kau ni."
Jerit Zara yang dari tadi meneliti sekitar rumah itu.
"Dah lah, kau ni..yang penting kita dah sampai dan kau buat je rumah ni macam rumah kau sendiri okay."
Sambil menarik tangan Zara mengikutnya untuk menunjukkan bilik tidur gadis itu.
"Ni bilik kau,kau stay je lah dengan aku kat sini Zara."
"Best juga tau kalau ada housemate, tak adalah aku bosan duduk sorang-sorang kat sini."
Pinta Mila memujuk kawan baiknya itu.
"Serious la Mila.! Kau stay sorang-sorang?"
"Yang kau ajak aku stay sini ngan kau, sebelum ni kau tak ada housemate ke?"
Tanya Zara yang sedikit bingung di situ. Tapi Mila hanya menjawabnya dengan gelengan menandakan bahawa dia hanya tinggal berseorangan.
Ya Allah Mila...Thanks tau Mila, thank you so much tau sebab dah tumpangkan aku kat sini"
"Aku janji dapat je gaji pertama aku, aku bayar pada kau..kira, aku menyewa lah ya."
Kata Zara dengan nada gembira. Dia tidak perlu lagi bersusah-payah untuk mencari dan menyewa di luar sana.
"Hmm..ikut suka kau la Zara, kalau kau tak nak bayar pun aku tak kisah"
"Yang penting aku ni sayangkan kau tau..Kau lah sahabat baik aku dulu, kini dan selama-lamanya."
Mereka berdua terus berpelukan seperti sudah lama tidak berjumpa. Keakraban itu sememangnya sudah lama tidak dirasai sejak mereka berpisah lama.
"Oh ya Zara, esok kau masih belum pergi temuduga kan?"
"Haa..apa kata kalau kita pergi shopping?"
"Aku cuti lagi esok, lusa aku dah work macam biasa..so, amacam?."
"Nanti aku bawa lah kau pusing-pusing macam biasa, nanti tak adalah kau bosan kan."
Tanya Mila mencadangkan sesuatu untuk mereka esok hari.
"Ya tak ya juga kan Mil, boleh juga tu.."
"Aku pun nak beli baju baru sehelai dua, okaylah deal."
Beritahu Zara hanya mengikut saja rancangan hadis itu di situ.
"Ok lah esok kita pergi..tapi, sekarang ni aku mengantuk gila lah..tengok mata aku ni dah tertutup sendiri dah ni."
"Selamat malam Zara. Muahh."
Gurau Mila sambil membelek matanya itu. Mereka sama-sama ketawa memecah kesunyian malam itu.
Sebelum Zara merebahkan dirinya untuk tidur, dia tidak lupa untuk menghubungi kedua orang tuanya dahuli. Hal ini supaya keluarganya tidak risau atau rungsing dengan keadaanya.
Baru sahaja Zara ingin melelapkan mata, satu notifikasi pula muncul di telefon miliknya.
"Buah hati ku, kau dah sampai ke?
"Rindunya aku pada kau, baru je sekejap tadi kita terpisah. Tapi, rindu aku ni tiada siang dan malam."
"Ok lah..Good night, I love you sayang."
Mesej dari 'WhatsApp' yang baru diterimanya itu hanya ditatap lama. Zara tiada niat pun untuk membalasnya. Entah kenapa dirinya tidak mahu membalas kata cinta dari tunangannya itu.
Mungkin cinta itu masih belum mekar untuknya. Zara terus menutup telefonnya dan terus mahu tidur, masih banyak perkara yang perlu difikirkannya esok.
Kalaulah Zamri tu bukan tunangannya, sudah pasti dia tidak akan sekekok itu untuknya.
•••
Ziyad yang baru pulang dari pejabatnya terus membasahkan dirinya, rasa letih bekerja hari ini tidak seperti rasa letihnya bertengkar dengan adik tirinya itu.
Pendebatannya dengan Zahir masih lagi terngiang di minda. Mahu saja dia membongkarkan perangai Zahir yang tidak senonoh di pejabat pada ahli lembaga pengarah.
Tapi, dia masih mempunyai hati nurani. Lagi pula jika perkara itu berlaku, mesti akan memalukan papanya kelak.
Ziyad yang sudah lengkap dengan berbaju tidur itu terus keluar mendapatkan air di dapur. Entah kenapa dirinya terasa sangat haus waktu ini. Biasanya, jam sebegini dia akan terus tidur saja.
"Lewat Yad balik harini?. Banyak kerja ke kat ofis?."
Tanya papanya seraya duduk di bangku dapur mahu berbual dengan anak lelakinya itu.
Namun, Ziyad tidak mengendahkan langsung pertanyaan papanya itu, malah dia meneguk air yang diisi tadi dan terus mahu berlalu.
"Benci sangat ke Yad dengan papa?. Papa dah buat salah besar apa Yad?."
Sampaikan sikap kamu buat tak endah je bila papa tanya. Beritahu papa Yad."
Pertanyaan Dato Zakri itu telah menghentikan langkahnya, setelah itu dia berpaling memandang papanya.
"Papa tanya Yad pa?. Sepatutnya papa tanya diri papa tu apa yang papa dah buat pada yad, pada mama."
"Cuba papa fikir..Adilkah untuk kami ni pa?."
Balas Ziyad dengan nada yang marah pada Dato Zakri.
Dia terus meninggalkan papanya di dapur dengan teka teki. Baginya, dato' zakri tidak pernah mahu memahami dirinya dari dulu.
Malah, tindakan dato' Zakri yang cuba mahu berbaik dengannya itu membuatkan dirinya berang dengan tiba-tiba.
"Dah terlambat dah pa."
Gerutu Ziyad di dalam hati.
Ziyad yang masih tidak dapat melelapkan matanya itu terus menuju ke bilik Datin Suraya.
Entah kenapa dirinya tidak mahu lena pula waktu begini, jadi untuk menenangkan fikirannya itu, dia mahu menjenguk mamanya dulu.
Melihat saja keadaan Datin Suraya yang terlena di katil telah membuatkan dia mahu saja menitikkan air mata.
Kalaulah mamanya itu tidak sakit, sudah tentu mamanya selalu bertanya khabar tentangnya. Keluarganya juga pasti sudah bersatu tanpa ada yang kedua antara mereka.
Dia terus menghampiri mamanya itu dan mahu tidur bersama mamanya. Mungkin juga dapat melelapkan matanya yang susah untuk tidur itu waktu ini.
Ziyad merapatkan kerusi di sebelah mamanya sambil tangannya memegang erat tangan datin Suraya.
Pegangan itu telah menyedarkan datin Suraya dari tidurnya dan memandang sayu wajah anak kesayangannya itu.
"Maaf maa."
"Yad tak boleh tidur, malam ni Yad teman mama tidur eh."
Pinta Ziyad dengan manja sambil beberapa kali mencium tangan mamanya itu.
Permintaan Ziyad itu hanya dibalas dengan senyuman oleh datin Suraya. Dia tidak mampu untuk berkata-kata, badannya sedikit letih untuk bergerak waktu ini.
Kehangatan tangan mamanya itu menenangkan Ziyad waktu itu, terus dia terlena di samping datin Suraya.
Jam telah menunjukkan tepat jam 3 pagi, Ziyad yang tertidur bersebelahan mamanya itu tersedar pula seketika.
Lama dia menatap wajah milik datin Suraya itu, sambil tangannya mengusap-usap kepala mamanya itu.
"Sejuk."
Getusnya di dalam hati. Wajah mamanya juga dilihat sedikit tenang saja awal pagi itu. Namun, hati Ziyad sudah bimbang seperti ada sesuatu pula yang berlaku.
"Maa..mama"
"Mama nak air tak?"
Tanya Ziyad sambil menepuk perlahan bahu mamanya memanggil.
Namun tiada pula tindak balas yang diterimanya, perasaanya kali ini betul-betul sudah gelisah seperti selalu.
Tubuh mamanya itu terus digoncang kuat sambil mulutnya tidak henti memanggil mamanya, mungkin datin Suraya pengsan atau tidak sedarkan diri buat seketika.
"Maa.."
"Tolonglah maa jangan macam ni, bangun la maa"
"Bik..bibik."
Jerit Ziyad memanggil bibik Aminah, pembantu mamanya itu.
Bilik bibiknya hanya bersebelahan dengan bilik datin Suraya, jadi mudahlah jika dia mahu meminta apa-apa.
"Ya tuan, kenapa tuan."
Tanya bibik Aminah dengan cemas. Ziyad tidak pernah memanggil bibik Aminah dengan jeritan, malah Ziyad sangat menghormati bibik Aminah yang sudah berumur itu.
Selain dari mamanya, bibiklah orang kedua yang amat dia kasihi, oleh kerana bibik sudah lama berkhidmat dalam keluarganya itu. Dia menganggap bibik itu sama seperti keluarganya juga.
"Bikk"
"Tolong bikk..mama tak sedarkan diri ni bikk"
"Tolong call ambulance bikk cepat."
Pinta Ziyad yang sudah tidak keruan itu. Bibik yang mengangguk terus bergegas keluar mendapatkan telefon dan menghubungi hospital berdekatan.
Bunyi bising itu telah membangunkan semua orang yang tengah lena dibuai mimpi waktu itu.
"Kenapa bik, apa yang berlaku?."
Tanya dato' Zakri pelik seraya bertanya pada bibik yang sudah kalut di situ.
"Itu tuan, datin Su tuan..Sudah gak sadarkan diri."
Jawab bibik dengan gelisah dan meluru ke bilik datin Suraya.
Dato' Zakri dan datin Noni yang terkejut dengan apa yang berlaku bergegas memasuki bilik tersebut.
Namun, mereka terus dihalau keluar oleh Ziyad yang waktu itu sedang beremosi.
"Kau buat apa datang sini hah..!"
"Kau keluar dari bilik ni sekarang.."
"Keluar...aku cakap..keluar.."
Sambil membaling bantal yang ada bersebelahan dengan mamanya itu.
"Korang tak layak pun lah nak tengok mama aku."
"Pergi kau, pergilah berambus dari sini."
"Jangan nak sentuh pun mama aku, pergi..!"
Teriak Ziyad dengan kuat sambil menangis teresak di sebelah mamanya itu.
Dato' Zakri dan datin Noni yang tidak mahu memperpanjangkan masalah ini terus saja keluar dan hanya menunggu dari luar.
Sebenarnya Ziyad sudah mengetahui bahawa ibunya kini betul-betul telah meninggalkannya.
Sebelum, bibik Aminah pergi membuat panggilan, dia sendiri sudah memeriksa nadi mamanya itu. Tiada nadi yang bergerak lagi seperti biasa, tiada lagi senyuman yang sentiasa mekar untuknya.
Namun, kali ini dia betul-betul tidak dapat menerima semua itu. Kenapa mamanya perlu pergi secepat itu, siapa lagi yang akan diharapkan nanti untuk mendengar segala luahannya itu.
"Maa."
"Kenapa mama tingggalkan Yad maa."
"Yad dah tiada sesiapa dah ma."
"Yad sorang-sorang dah kat sini ma, hati Yad hancur ma bila mama pergi macam tu je tinggalkan Yad."
"Mama dah tak sayangkan yad ke ma?. Tolonglah mama jangan macam ni, Yad masih perlukan mama."
Soal Ziyad yang masih tidak boleh menerima apa yang berlaku, pegangan erat pada tangan datin Suraya masih utuh digenggamnya.
Bibik Aminah yang dari tadi memerhati saja kelakuan Ziyad dari belakang turut menangis teresak-esak. Dia sendiri tidak menyangka majikannya yang baik hati itu akan pergi dalam waktu terdekat itu.
Baru semalam dia berbual bersamanya mengenai Ziyad, banyak juga yang diceritakan oleh datin Suraya padanya tentang anak lelakinya itu.
Dia terus saja memeluk Ziyad yang sudah tidak tentu arah itu sambil menenangkan anak majikannya itu.
"Sudahlah tuan, janganlah macam ni."
"Kesian mama tuan tu nanti, terimalah ketentuan qada' dan qadar Allah tuan.."
"Berdoalah tuan, semoga mama tuan ditempatkan di kalangan orang beriman."
Pujuk bibik Aminah lagi sambil menyapu air mata di wajah lelaki itu.
"Bikk"
"Mama memang dah tak sayang Yad bikk, mama dah tinggalkan Yad bikk."
"Yad tak sempat pun nak cakap dengan mama semalam, mama senyum je pada Yad."
"Kenapa mama buat macam tu ma, Yad tak boleh hidup macam ni maa.
Ziyad menangis lagi di pangkuan bibiknya itu, tangisan itu betul-betul membuatnya lesu kala ini.
Ambulance sudah tiba di kediaman dato' Zakri 10 minit kemudian. Tiada apa yang dapat dilakukan lagi, datin Suraya sudah pun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
Ziyad yang dari tadi mendiamkan diri disebelah mamanya itu mengusap lembut pipi mamanya. Tiada kata yang keluar lagi dari mulutnya saat ini. Hanya titisan air mata yang menemani dukanya itu.
Orang yang paling dicintainya pergi begitu saja, tiada sedikit pun ungkapan sayang diterimanya malah hanya senyuman saja kenangan yang dilihat sebelum mamanya menemui ajal.
"Yad akan ingat semua permintaan dan nasihat mama, Yad akan ingat ma."
"Yad cuma perlukan waktu untuk betulkan semua yang dah jadi. Yad janji pada mama, tapi bukan sekarang."
Setelah itu dia terus pengsan tidak sedarkan diri, semua yang ada di situ terkejut dengan apa yang dilihat dan segera mendapatkan tubuh itu.
"Ya Allah Yad. Bantu saya angkat dia.."
Pinta Dato Zakri yang risau dengan keadaan Ziyad itu, kesedihan yang terpancar pada wajah itu betul-betul melemahkan dirinya.
Ziyad terus dibaringkan di biliknya untuk berehat seketika sementara yang lain sibuk menguruskan jenazah datin Suraya.
"Su..Abang minta maaf Su, abang jarang untuk selalu ada dengan Su."
"Abang terlalu pentingkan kerja sampai abang lupa untuk selalu jenguk Su."
"Su adalah cinta pertama dan terakhir untuk abang, pergilah sayang."
Ucap dato Zakri memandang sayu wajah kesayangannya itu, walaupun berat juga untuknya melepaskan. Dia terpaksa akur dengan ketentuan ilahi.
"Sayang..
Mana lagi suaramu nan indah
Y
ang selalu membisik di jiwaku
Tiada lagi kenangan yang seakan mekar tanpa layunya
Perginya dirimu menghilangkan segenap jiwaku
Tapi sayang..
akhirnya kau pergi jua
Kau pergi meninggalkan aku sendiri di kamar yang sepi
Hampir menangisi kepergianmu tanpa relaku
namun disudut hatiku
aku masih lagi menyayangimu aduhai sayangku."
_Dato Zakri
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel