LSH BAB 6

Romance Completed 14934

Zara dan Mila tiba di pusat shopping The Gardens Mall, Kuala Lumpur. Selain dari tempat ini, banyak lagi pusat shopping mall yang lain tapi Mila lebih suka untuk berada disini.

Zara yang dari tadi hanya mengikut sahaja tercengang pula dengan harga setiap barangan yang terpapar di situ.

Bukan tidak mampu untuk membeli, tetapi dia perlu juga berjimat dahulu sebelum mendapatkan pekerjaan.

"Mahal juga baju-baju branded kat sini Mil. Macam di London."

Sambil membelek baju-baju di sebuah kedai yang menarik perhatiannya itu.

"Biasalah Zara, KL kan tempat tumpuan ramai."

"Bagi diorang yang berduit harga kat sini tak seberapa lah, dah lah kau pilih-pilih lah dulu mana yang kau suka."

"Aku nak tengok kat sana jap."

Jawab Mila selamba dan menunjukkan arah nya pada gadis itu. Mila yang sememangnya sudah terbiasa dengan harga barangan di situ mengambil saja baju-baju pilihannya.

"La..Kenapa tak pilih lagi ni Zara."

"Kau tak suka ke baju-baju kat sini, Zara?.."

"Oh my god, kau tengok baju ni cantik gila tau dengan kau."

Sambil meletakkan baju itu di tubuh Zara yang masih bingung mahu memilih.

"Seksi sangat lah dengan aku Mil."

Zara menolak baju tersebut untuk hinggap di badannya.

"Haa!"

"Kalau yang ini cantik..sesuai tak dengan aku Mil?."

"Ok tak kalau aku pakai masa interview nanti?"

Tanya Zara meminta kepastian kawannya itu.

Baju kemeja labuh dengan corak simple sangat menarik perhatiannya saat itu.

Baginya, sangat sesuai dengan perwatakannya yang sederhana itu dan yang penting nampak kemas bila diinterview nanti.

"Hmm.., not bad. Cantik.."

"Alah, kalau kau pakai semua cantik la Zara..tak payah pilih, beli je."

Gurau Mila kepada kawannya itu.

"Banyaklah kau cantik, kau pun apa kurangnya..Tadi kan, ada dua tiga orang duk usya kau je aku tengok."

Balas Zara membalas usikkan Mila itu. Mereka terus tertawa di situ seperti tiada orang pula di sekeliling mereka.

"Excuse me, can you total all this and..this."

Sambil meletakkan barang miliknya dan 3 helai baju pilihan Zara di kaunter.

Perbuatan Mila mengejutkan Zara yang sedang mengeluarkan kad kreditnya untuk membuat pembayaran.

"Eh, kenapa pulak ni Mila..eh, no..no..no, aku bayar sendiri lah."

Pinta Zara yang pelik dengan kelakuan kawannya itu. Bajunya yang diletakkan di kaunter tadi terus diambil kembali.

"Apa yang no..no tu?. Meh sini, baju tu."

Mila mengambil semula baju tadi dan membayar semua pakaian untuk mereka berdua.

Perkara itu mengejutkan Zara yang terlopong melihat kelakuan kawannya itu.

"Nah baju kau.."

"Yang ni baju aku.."

"Best kan shopping kat sini Zara?."

Tanya Mila selamba tanpa mempedulikan Zara yang muram di sisinya. Zara tidak mahu menyusahkan kawan baiknya itu lagi, sudah banyak bantuan yang diterimanya saat ini.

Dia diam membisu tanda tidak setuju dengan perlakuan Mila itu.

"Ala..Kau kenapa ni?. Aku nak belanja kau la Zara.."

"Kita kan best friend."

Mila memujuk kawannya itu.

Dia tahu, Zara bukanlah gadis yang suka mengambil kesempatan seperti kawan-kawannya yang lain.

Oleh sebab itulah dia gembira dan mahu mengajak Zara keluar untuk shopping.

"Aku malu la Mila."

"Kau dah la banyak tolong aku..ni pula, belanja aku baju baru."

"Kau tak rasa aku menyusahkan kau ke?."

Tanya Zara soalan yang bertubi-tubi keluar dari mulutnya.

"Tak adalah. Susahkan apanya Zara."

"Aku yang ajak kau shopping, sesekali aku nak juga belanja kau."

"Dah lah, jom kita pergi makan nak..Aku laparlah pula Zara."

Sambil menarik tangan Zara untuk masuk ke restaurant korea, SeoulNami.

"Haa..!"

"Kali ni biar aku pula yang belanja kau makan, kali ni biar aku yang bayar tau."

Pinta Zara yang ditarik masuk ke dalam restaurant dibuat seperti kanak-kanak pula oleh Mila.

"Ya lah..jomlah adikku yang cantik manis."

Mila membahan Zara yang sedikit kebudak-budakkan saat itu.

Mereka mengambil tempat duduk di bahagian penjuru untuk mengelak dari kebisingan orang ramai waktu mereka sedang makan.

Sedang mereka menunggu pesanan untuk sampai, Zara yang sedang memerhati sekeliling ternampak pula seseorang yang amat dikenalinya itu.

Mila yang dari tadi sibuk dengan telefonnya memandang pelik Zara sambil turut melihat kawasan sekelilingya.

"Kau dah kenapa?."

"Hello!.., cik Zara oii. Tengok apa?"

Tanya Mila yang masih dalam kebingungan.

"Tak ada lah Mil."

Jawab Zara sambil menggelengkan kepalanya itu.

Sebenarnya orang yang dilihatnya ketika itu adalah tidak asing baginya.

"Tania"

Getusnya di dalam hati. Zara dan Tania adalah merupakan graduan dari Universiti yang sama.

Mereka berdua pernah digandingkan bersama dalam membuat 'assignment group'. Jadi, dia lebih tahu tentang perangai Tania itu.

Masih terbayang di fikiran Zara waktu dulu di mana ketika mereka berdua dalam satu kumpulan. Tania kurang untuk mengambil tahu tentang tugasan yang diberikan.

Malah, bila diajak untuk berbincang bersama dia hanya tidak mengendahkan Zara. Zara yang ketika itu sudah tidak boleh bersabar dengan perangai buruk Tania itu melepaskan amarahnya.

"Excuse me cik Tania.., can we talk for a while?."

Beritahu Zara yang cuba menghalang jalan Tania setelah tamat saja waktu kelas.

"What again!."

"Oh please lah Zara, what do you want hah?"

Balas Tania memarahi Zara sambil membetulkan rambutnya dengan gaya yang sedikit gedik.

"About our assignment, the deadline and our presentation.."

"You ni tak nak ambil tahu pun kan. Kalau you tak nak satu kumpulan dengan i, you better find another group."

"Its okay and i okay je buat sorang-sorang."

Beritahu Zara yang sudah sedikit geram dengan perlakuan gadis itu.

"Oh come on lah Zara, deadline dia lusa kan?"

"I know lah kerja i. Lagipun part i belum siap lagi, nanti i email you okay."

"So please, i'm busy right now. Kalau you masih nak memekak, bettter you buatlah sorang, i penatlah layan you ni."

Sambil tangannya terus melambai kepada seseorang dan meninggalkan Zara begitu saja.

"Wilson!."

"Darling, let's get some breakfast. I'm hungry babe."

Pintanya dengan dengan manja.

Kali ni Zara betul-betul sudah muak dengan perangai buruk gadis itu. Semuanya diambil sambil lewa saja dan kenapalah dia perlu bergandingan dengan orang seperti itu untuk subjek ini.

Pergaulan bebas Tania juga sudah biasa dilihatnya, gadis ini terkadang sangat gemar sekali bertukar-tukar pasangan.

Adegan cium, berpelukan dan bermesra itu sudah terbiasa dilihat olehnya. Tania bagaikan sudah jauh dari pegangan agama, dia sudah leka dengan dunianya sendiri.

Ketibaan makanan yang dipesannya tadi pun telah tiba dan mengejutkan Zara dari lamunan.

Sambil menikmati hidangan itu, matanya asyik terpandang saja wajah Tania yang sedang bermesra dengan seorang lelaki di meja itu.

Dia tidak mahu mempedulikannya tapi kedudukan gadis itu adalah berhadapan pula dengan mejanya jadi, dia terpaksa akur pula dengan situasi itu.

"Eh Zara.., Kau pandang apa pula tu?. Gelisah semacam je aku tengok kau ni."

Tanya Mila bila melihat gadis itu tiba-tiba saja diam tanpa kata.

"Tak adalah Mil, Oh ya kejap lagi kita pergi jalan-jalan tempat lain lah ek."

"Bosan pula aku kat sini, lagi pun banyak lagi tempat yang kau tunjuknkan."

Cadang Zara yang sudah tidak mahu lagi berlama disitu.

•••

Tatkala tangis, tawa dan sepi
Ada tali yang menyimpuli
Duka dihiburi
Gusar diselimuti
Kini tiada lagi
Menenggelamkan ku dalam kedukaan.

_Ziyad

Ziyad yang masih bersedih dengan kepergian mamanya masih duduk membeku di sisi kubur. Tatkala yang lain satu persatu sudah meninggalkan tempat itu, Ziyad masih juga tetap sama tidak mahu berganjak.

Jiwanya terasa kosong sangat saat ini, air matanya yang kesekian kali tumpah lagi. Dia sudah tidak mampu untuk menahannya, air matanya disapu beberapa kali tetapi tidak berhenti juga keluar.

"Mengapa mama mesti tinggalkan Yad sendiri maa?."

"Yad nak mengadu, nak bermanja dengan siapa lagi sekarang ni maa?."

"Orang yang Yad paling cinta dah tinggalkan Yad, tak ada siapa yang boleh gantikan cinta ni Ma."

"Hanya mama yang Yad sayang, macam mana Yad nak teruskan hidup Yad ni Ma."

"Jiwa Yad dah betul-betul kosong sekarang ni dan Yad dah buntu ma."

Beritahu Ziyad yang sudah begitu lemah saat ini. Dia bangun perlahan dan berjalan pergi meninggalkan kubur mamanya dengan tangisan yang masih tersisa.

Pada malam itu juga, keluarga dato' Zakri membuat majlis tahlil di rumahnya. Pelajar tahfiz juga dijemput untuk bersama-sama dalam majlis tersebut. Ziyad yang tidak kelihatan saat itu sudah dicari dato' Zakri di dalam biliknya, namun kosong.

"Bik..Ziyad kemana ni?."

"Di bilik tiada, majlis dah nak start ni."

Tanya dato' Zakri pada bibiknya itu.

"Dari pagi lagi tuan gak ada dato, saya sendiri juga tidak tahu."

Balas bibik yang turut risau.

"Kalau macam tu tak apalah, kita mulakan saja lah majlis tahlil tu tanpa dia."

Beritahu dato' Zakri dan berlalu pergi.

Ziyad yang tidak mahu pulang ke rumah terus pergi ke rumah 'private' kepunyaannya sendiri.

Sebenarnya tidak ada yang tahu pun berkenaan dengan rumah tersebut, termasukklah mamanya waktu arwah masih ada.

Dalam fikirannya dulu, mahu saja dia membawa mamanya itu pergi jauh dari rumah papanya itu. Namun, tiada yang akan menemani mamanya pula tika dia keluar untuk bekerja.

Waktu ini, dia tidak mahu pun bersemuka dengan keluarganya, lebih-lebih lagi dengan papanya itu.

Malah baginya, kepergian mamanya itu semuanya adalah berpunca dari papanya sendiri dan kebenciannya semakin bertambah kepada dato' Zakri.

Ziyad yang sudah tidak keruan itu keluar dari rumahnya seketika. Semakin dia bersendirian, semakin tertekan dibuatnya.

Rindunya pada arwah datin Suraya membuatkan dirinya tidak teratur sebegini. Dia terus berjalan keluar dari rumahnya itu tanpa menaiki kereta pun, dia mengikut saja kemana kakinya pergi Di sepanjang jalan raya berhampiran kawasan rumahnya itu.

Dia leka dengan lamunannya sendiri sambil hatinya meratapi kesedihan yang tiada penghujung.

Hujan yang renyai tadi telah menjadi semakin lebat dan membasahi dirinya kala ini. Dia menangis mengenangkan nasib dirinya kala ini, sunyi yang dirasai pula telah membebankan diri sendiri.

"Yad nak ikut mama, Yad tak mampu nak hidup macam ni ma."

"Tolonglah bawa Yad ni Ma, kenapa tinggalkan Yad macam ni."

"Mama tunggu Yad tau ma, Yad dah tak sanggup dah nak rasa terbeban macam ni. Semua orang tak pernah pun sayangkan Yad macam mama sayangkan Yad."

Dia teruskan saja perjalanannya itu tanpa memikirkan apa-apa lagi, biarlah dia hilang dari muka bumi ini pun dia sendiri sudah tidak kisah.

Zara dan Mila dalam perjalanan pulang ke rumah. Usai sahaja mereka shopping pagi itu, Mila mengajak Zara ke rumah mamanya seketika untuk mengambil barang yang masih ada.

Namun, kedatangan Zara menggembirakan hati datin Marlisa. Zara diajak makan malam di rumahnya.

Perlawaan itu tidak sanggup ditolaknya, memandangkan dia juga sudah lama tidak menyapa datin Marlisa.

Kali terakhir dia menemui mama Mila adalah sebelum Mila mahu berpindah dari kampung.

Mamanya sangat baik dan pandai beramah mesra dengan sesiapa sahaja waktu dulu. Keluarga mereka bukanlah sejenis yang suka memandang darjat dan harta.

Jadi, tika ini Zara sangat tahulah bahawa perangai Mila banyak persamaanya dengan datin Marlisa. "Sangat baik" getusnya dalam hati sambil berbual mesra dengan datin Marlisa.

Usai sahaja makan malam, datin Marlisa mengajak Zara dan Mila bermalam di rumahnya. Namun, ditolak oleh anaknya Mila.

Oleh disebabkan esok Mila sudah mula bekerja dan Zara pula, perlu ke ZNE Holding untuk ditemuduga, mereka bergegas pulang disebabkan cuaca sudah mulai mahu hujan.

Dalam kelebatan hujan yang dari tadi tidak henti-henti turun, menghalang pandangan sesiapa sahaja yang membawa kenderaan.

"Weh Zara, aku tak nampaklah..lebat sangat hujan malam ni." Omel Mila yang sedang memandu.

"Kau bawa perlahan la Mila, takut juga aku ni..jalan pun nampak gelap sangat ni."

Beritahu Zara dengan melihat ke depan jalan. Setelah Mila mahu membelok masuk ke kawasan perumahannya itu.

Bbang!.

Satu bunyi hentakkan kuat bersambung pula dengan bunyi brek kereta dari Mila.

"Ya Allah Mil, kita terlanggar orang ke?" Tanya Zara yang ketakutan.

Mereka berdua tidak nampak apa-apa pun waktu itu. Hujan yang semakin lebat membuatkan perlihatan mereka kabur dengan deraian air hujan yang menitik.

Zara yang kerisauan terus keluar dari kereta untuk melihat apa yang mereka langgar tadi.

Zara yang cemas dengan apa yang dilihatnya itu memanggil Mila keluar dari kereta secepatnya.

"Mila..cepat Mil..kita dah langgar orang Mil." panggil Zara yang cemas sambil membantu lelaki tersebut bangun.

Darah yang sedikit mengalir di dahi lelaki tersebut di kesat dengan sapu tangan yang ada di poket seluarnya.

Mila yang membantu Zara memapah lelaki itu masuk ke keretanya amat risau dengan kejadian tadi.

"Macam mana ni Zara..dia mati ke?." tanya Mila cemas.

"Tak adalah dia pengsan je ni." Jom kita hantar ke hospital Mil." Balas Zara yang duduk di 'seat' belakang kereta bersama lelaki tadi.

Dia tahu keadaan lelaki ini tidak baik waktu ini. Badan lelaki itu juga dirasakan sangat panas, bibirnya juga ada sedikit getaran menandakan dia menahan kesejukkan.

Sedang Zara mengesat muka lelaki itu dengan sapu tangan miliknya, tiba-tiba tangannya dipegang erat lelaki itu.

"Mama memang tak sayangkan Yad..!
"Mama tipu yad, mama cakap mama sayang Yad. Kenapa mama pergi macam tu je maa."

Beritahu lelaki itu dalam keadaan separuh sedar dan menangis.

Zara yang mahu melepaskan pegangan lelaki itu terhenti seketika. Dia yang mendengar keluhan lelaki itu sedikit terkesima dengan luahan itu.

"Mungkin hatinya sedikit terluka waktu ini."

Fikirnya sejenak dan membiarkan tangannya digenggam erat.

Zara merasakan pernah melihat lelaki ini sebelum ini, tetapi fikirannya tidak dapat memikirkan siapa.

Yang penting dia cepat dibawa ke hospital sebelum apa-apa terjadi.
Mila yang dalam keadaan kurang jelas penglihatannya akibat hujan, terus membawa kereta meredah jalan raya.

"Kita dah nak sampai ni Zara."

Beritahu Mila yang dari tadi hanya fokus dengan pemanduannya.

Mereka hanya menghantar lelaki itu masuk di tempat kecemasan. Nasib baik dompet lelaki itu masih utuh di poket seluarnya.

Jadi, tiada masalah untuk mereka berdua meninggalkan hospital waktu itu. Mereka bergegas pulang ke rumah dalam keadaan yang letih dan kebasahan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ziyad yang berada dalam keadaan separuh sedar itu pelik dengan keadaan di sekelilingnya.

Dia memandang siling hospital yang putih itu diterangi pula dengan cahaya lampu membuatkan dirinya sedikit pening.

"Di manakah aku?. Di syurga kah?. Mana mama?." Getusnya di dalam hati. Setelah itu, dia terlena dengan sendirinya akibat dari keletihan.

Jam menunjukkan pukul 8 pagi, Dato' Zakri yang menemani Ziyad sejak dari semalam menatap lama wajah anaknya itu.

Semalam dia menerima panggilan dari pihak hospital mengatakan Ziyad kemalangan dan telah diwardkan. Dia bergegas ke hospital malam itu juga untuk melihat anaknya itu.

Datin Noni yang juga risau dengan keadaan anak tirinya itu mahu mengikuti suaminya. Namun, dihalang dato' Zakri disebabkan hari sudah larut malam.

Ziyad membuka perlahan matanya itu tanda dirinya sudah mulai sedar. Namun, pandangan orang pertama yang dilihatnya itu sangat mengganggu dirinya kala ini.

Dia memalingkan badannya ke sisi lain untuk tidak melihat wajah yang dibencinya itu.

"Yad kemana semalam?. Yad tak ada pun kat rumah semalam."

"Macam mana Yad boleh kemalangan ni Yad.?"

Tanya dato' Zakri bertubi-tubi. Namun, pertanyaan itu tidak diendahkan Ziyad.

"Sudahlah tu Ziyad..Terimalah ketentuan Allah."

"Kalau mama tengok Ziyad macam ni, dia pun tak suka."

Pujuk dato' Zakri lembut.

"Kenapa aku tak mati je semalam..Kenapa aku perlu tengok lagi muka kau?.

Balas Ziyad marah.

"Kau keluar dari sini..! Dah tak payah nak jenguk, nak tenangkan aku kat sini.

"Sebelum ni mama je yang selalu uruskan aku..Bukan kau."

Jerit Ziyad memarahi papanya itu.

Sebutan perkataan 'aku', 'kau' itu sebenarnya telah menggores sedikit hati dato' Zakri. Namun, dia tidak mahu menjadikan perkara itu satu permasalahan.

Cukuplah anaknya itu sudah menderita akibat kehilangan mamanya semalam. Dia tidak mahu Ziyad terluka lagi, namun dari apa yang dilihat, Ziyad sudah sangat membencinya.

Dato' Zakri terus keluar dari bilik wad persendirian itu untuk pulang ke rumah.

Mungkin Ziyad perlukan masa untuk pulih dari semua ini. Dia tidak mahu mengganggu emosi anaknya itu.

Ziyad yang sedar dengan kepergian papanya itu membetulkan duduknya saat ini. Dia sudah tidak mahu bertentang mata mahupun bercakap dengan papanya.

Tapi, apa yang difikirkannya saat itu adalah bagaimana dia boleh sampai di hospital semalam.

Dalam ketidaksadaran nya malam itu, dia dapat merasakan satu sentuhan hangat yang tidak boleh diungkapkan dengan kata.

Tangan yang digenggamnya sangat nyaman dan menenangkannya. Malah, dia merasai seperti menggenggam erat tangan mamanya.

Entah siapa yang menolongnya semalam. Dia sedikit bingung memikirkannya.

Nurse yang masuk ke dalam bilik untuk memberikan ubat kepada Ziyad menyapa Ziyad dengan baik.

Layanan yang diterimanya juga adalah bagus dan selesa. Dato' Zakrilah yang menguruskan semua itu sejak dari semalam.

"Oh ya nurse, ada nampak dompet dan telefon saya tak?" Tanya Ziyad yang mencari barang milikknya itu di dalam laci meja sebelahnya.

"Oh, ada encik, sekejap ya saya pergi ambil."

Jawab nurse itu dengan sopan.

"Ini dia encik..barang encik semalam."

Nurse itu masuk kembali kedalam bilik itu dan menghulurkan barang-barangnya itu. Sehelai sapu tangan juga turut dihulurkannya saat itu.

"Sapu tangan ni bukan saya punya." Beritahu Ziyad pelik.

"Tak, semalam memang sapu tangan ni ada dengan encik Ziyad."

"Kami hanya mengumpulkan barang milik pesakit." Balas nurse itu.

Ziyad hanya mengangguk. Dia meneliti sapu tangan yang dipegangnya saat itu. Satu huruf 'Z' yang disulang kemas terhias cantik di sapu tangan itu.

Dia tersenyum sambil melipat semula sapu tangan itu seraya mengucapkan 'terima kasih' dan diletakkan di mejanya.

Satu notifikasi muncul di telefon miliknya. Reminder yang keluar dari telefon itu menunjukkan bahawa dia mengetuai sesi temuduga untuk beberapa orang pekerja baru pada pukul 10 pagi nanti.

Dia tetap harus menghadiri walaupun dia agak tidak sihat waktu itu. Namun, pekerjaannya itu tidak boleh ditangguh atau diganti orang lain.

Baginya, perkara seperti itu tidaklah professional. Ziyad sangat bertanggungjawab dalam pekerjaannya, perangainya jauh berbeza dari adik tirinya, Zahir.

Ziyad bersiap sedia untuk pulang ke rumah, walau dihalang oleh doktor yang mengatakan dia masih lemah.

Namun, dia sudah memberitahu bahawa dirinya sudah sihat sepenuhnya. Dia terus pulang ke rumahnya untuk bersiap sedia ke pejabat.

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience