Pagi yang dingin, Ziyad sudah bertafakur di atas sejadah menghadap tuhan sang pencipta.
Jarang dia bangun awal pagi sebegini, sebelum ini dia bangun hanya bersiap untuk ke kerja tetapi kali ini dia sudah bertekad mahu berubah ke arah yang lebih baik.
Ziyad bersiap-siap untuk ke pejabat awal hari ini. Semalam dia mengambil cuti separuh hari, jadi mungkin hari ini banyak kerja yang perlu dibuat.
Dia membetulkan baju kemeja dan tali leher dengan kemas. Sebagai seorang yang berpangkat tinggi, dia perlu nampak profesional dalam segala hal. Dia mengambil jaket serta beg di sofa dan segera berangkat ke pejabat.
Zara yang sedang leka menyanyi sambil menggoreng nasi di dapur sebagai sarapan disergah Mila yang dari tadi memerhati tingkah kawan baiknya itu.
"Haa!!..masak apa tu?..sergah Mila sambil mengekek ketawa.
"Ya allah, Mila terkejut aku tau tak..Kau dah kenapa, nasib baik sudip ni tak dihempuknya di kepala kau tadi."
Zara mengurut dadanya yang terkejut dengan sergahan Mila tadi.
"Tu la kau menyanyi lagi kan dah terkejut..Nanti kalau dapat suami tua baru tahu.."
Beritahu Mila menyambung ketawanya.
"Eh, dah pergi bersiap.. Biar aku hidang nanti tak sempat sarapan pula nanti."
Arah Mila yang sudah bersiap mahu ke pejabat.
"Yelah.."
Zara menuju je biliknya untuk bersiap. Setelah itu, mereka sama-sama sarapan sebelum berangkat ke pejabat.
Zara yang sudah sampai di bangunan ZNE Holding mengeluh lesu seketika. Dia cepat-cepat menuju ke lift untuk ke pejabatnya.
Dia tidak mahu terserempak dengan Ceo syarikat ini, biarlah kejadian yang berlaku semalam hanya sampai di situ sahaja. Dia tidak mahu mengingatnya lagi.
Terkuak sahaja pintu lift mata Zara tertumpu pada seorang lelaki yang amat dikenalnya.
Lelaki tersebut meluru keluar dari lift dengan muka yang selamba. Matanya sama sekali tidak manatap gadis di hadapannya itu.
Zara berasa pelik dengan tingkah bosnya itu, mungkin dia dalam masalah atau tiada 'Mood' waktu ini.
Zara terus naik ke pejabat dengan keadaan tertanya-tanya. Sampai sahaja di meja, dia terus membuat kerja. Dia malas mahu memikirkan apa pun kala ini, yang penting dia harus menyelesaikan tugasnya sebagai pekerja.
Sedang Zara leka dengan kerja-kerjanya, satu gelas kopi diletakkan di atas mejanya dan mengejutkan Zara seketika.
Ziyad terus berlalu pergi dan masuk ke biliknya tanpa berkata apa-apa. Entah kenapa dia berbuat begitu harini sedangkan semalam dia sangat marah akan gadis itu.
"Dah kenapa dengan lelaki ni?. Tadi bukan main garang mukanya, sekarang dia bagi aku air pula.."
Ngomel Zara yang seakan pelik dengan tingkah bosnya itu. Zara tersenyum sendiri dengan perlakuan bosnya itu. Dia menghirup sedikit kopi yang diperolehnya itu dengan hati yang gembira.
Masuk sahaja waktu lunch, semua penghuni di pejabat sudah keluar untuk makan tengahari bersama. Tidak pula pada Zara, dia tidak mahu keluar makan hari ini disebabkan masih terlalu kenyang dengan sarapan pagi tadi.
Jadi, hanya dia yang ada di pejabat waktu itu. Sebaik sahaja Zara masuk ke dalam pantry untuk membuat segelas air oren, Ziyad sudah di meja pantry sedang minum.
Mata mereka berdua bertatapan membuatkan jantung masing-masing berdegup dalam situasi itu.
Zara bergegas mengambil gelas dan membancuh air. Suasana di ruang pantry pula waktu itu sedikit sunyi tanpa sepatah kata pun.
"Tak keluar lunch ke cik Zara?"
Suara Ziyad memecah kesunyian tadi. Zara hanya membalas dengan gelengan tanda tidak.
"Have a sit"
Pinta Ziyad menyuruh Zara duduk bersama minum sambil berbual di pantry.
"Terima kasih encik belanja kopi pagi tadi, tapi lain kali saya 'treat' encik pula"
Beritahu Zara bersungguh-sungguh. Dirinya menjadi tidak keruan bila hanya berdua-duaan dengan Ziyad.
Entah kenapa dia menjadi gugup dan berdegup apabila berduaan begini.
"No problem, oh ya petang nanti around 4pm kita discuss pasal projek di Langkawi. I lupa nak pesan tadi."
Ziyad mengingatkan Zara tentang perkara itu dan hanya diangguk Zara.
"Btw Zara, boyfriend you tak ajak lunch ke, pelik betul. I rasa semalam dia keluar makan dengan you kan."
Ziyad tersenyum sinis dengan kata-katanya itu. Zara terdiam kaku di kerusi sambil minum air yang dibuatnya tadi.
"Dah lama ke you couple dengan our CEO kita?. Mesra betul semalam berpelukan tak sempat nak masuk dalam lift."
Pertanyaan Ziyad kali ini membuatkan Zara berkecil hati. Malah, Zara terus meminta diri untuk balik ke mejanya walhal waktu lunch pun belum habis lagi.
Sebaik sahaja Zara bangun dari tempat duduknya, tangannya terus digenggam kemas oleh Ziyad waktu itu.
Zara merasa sakit di pergelangan tangannya terus meminta untuk dilepaskan. Cengkaman tangan lelaki itu sangat kuat dirasakan kini.
Ziyad tersedar dengan apa yang dilakukannya adalah di luar kawalannya. Dia terus melepaskan pegangannya dan meluru masuk ke pejabatnya.
Entah apa yang ada difikiranya waktu itu. Dia tidak dapat mengawal barannya bila berkenaan dengan hubungan antara Zara dan Zahir adik tirinya.
Zara yang sudah terduduk di kerusi sangat terkejut denga perlakuan lelaki itu, dia mengusap pergelangan tangannya yang agak sedikit sakit disitu.
"Dah kenapa dengan dia tu?. Tadi aku tengok okay je. Sah gila."
Gerutu Zara di dalam hati menahan sakit. Pergelangan tangannya nampak sedikit membiru disebabkan cekikan yang agak keras tadi.
"Ya allah, apa yang aku dah buat tadi."
"Kenapa aku boleh buat macam tu, lagi pun apa hak aku."
"Perempuan tu pun bukan aku punya, yang aku nak cemburu ni dah kenapa..!"
Ziyad meraup wajahnya beberapa kali menahan rasa bersalah dengan kejadian tadi. Dia tidak bermaksud berbuat demikian namun fikirannya menjadi celaru dan barannya timbul secara tiba-tiba.
Perbincangan mengenai projek di Langkawi berjalan seperti yang diminta. Mata Ziyad tidak lekang memandang wajah Zara yang sedikit sugul.
Tetapi Zara tidak mengeluh apa-apa pun malah dia sangat peka dan mendengar dengan teliti apa yang dibincangkan.
"Okay guys, korang semua uruskan dulu apa yang patut dan minggu depan i dan Zara akan melawat tapak projek kita. If everything is fine, kita teruskan saja dengan apa yang kita dah plan."
Beritahu Ziyad secara terperinci sambil matanya memperhatikan tingkah Zara. Gadis itu hanya tunduk menghadap kertas di meja sahaja.
"Any questions?. If not, kita bersurai okay."
Baru sahaja Ziyad mahu bersurai, satu soalan dari staff memberhentikan mereka semua.
"Yes Syuk, anything else?". Semua staff duduk kembali. Namun, suara lain pula yang menyampuk di belakangnya
"Yes, ada but it's not a question but an order."
Satu suara yang baru masuk dalam bilik mesyuarat mengejutkan mereka semua di situ. Semua berdiri memberi hormat kepada CEO syarikat mereka.
"Have a sit guys, duduk dulu kita sambung sikit lagi okay."
Zahir duduk dan memberikan arahan kepada semua yang ada di situ.
"Okay sebenarnya i disini just nak inform memandangkan semua staff dah ada. Next week, our company will hold a celebration where our visitors from Japan are here to make some connections with our company."
"So, everything about meeting, outstation or anything else should be cancelled."
Semua di situ hanya menunduk faham dengan apa yang diarahkan.
"So encik Ziyad, I think you should handle this. Make some preparation for the visitors and ask the other department to help."
Ziyad hanya mengangguk malas untuk memikirkan apa-apa lagi kali ni.
"Are you sure it's in one week Mr. Zahir?."
Ziyad meminta kepastian supaya yang lain juga faham dengan arahan itu.
"No, it's just for three days. I'm sorry."
Beritahu Zahir selamba.
"Okay then. Kita boleh bersurai".
Beritahunya lagi.
"Oh ya Cik Zara."
"Can you please wait for a minute?, everyone may leave okay."
Arah Zahir menyuruh staf lain pergi dan dengan selamba dia menghampiri Zara yang sibuk mengemas barangannya.
Ziyad yang sudah bangun dari situ terus mengambil semua barangnya sambil memperhatikan tingkah mereka berdua yang sudah seperti pasangan kekasih itu.
Sudah tampak jelas kecemburuan di wajahnya kala ini. Dia terus keluar dari situ dan menghempas pintu itu dengan sengaja.
"Encik Zahir, saya dah nak balik ni. Dah lewat dah sekarang ni, lagi pun kawan saya tengah tunggu kat bawah tu."
Beritahu Zara yang mahu pergi tetapi dihalang pula oleh lelaki itu. Dia perlu berbohong untuk lari dari lelaki miang di hadapannya itu walhal dia sebenarnya pulang dengan grab sahaja.
"It's okay, you suruh dia balik dulu, then i hantar you balik nak tak?."
Pujuk Zahir sambil tangannya berusaha mahu memegang tangan Zara namun dielak oleh gadis itu tidak mahu.
"Encik, nak apa sebenarnya ni?, Kita dah habis discuss pasal kerja kan. Sekarang waktu balik, office pun dah nak tutup sekejap lagi."
Beritahu Zara dengan nada yang agak tinggi tanda tidak suka jalannya dihalang untuk keluar dari bilik itu.
"Janganlah marah cik Zara, i just nak ajak you balik sekali dengan i je."
"Lagipun i tahu you tak suka i kacau you masa office hour. But, dah habis waktu office ni. I hantar you balik okay tak sayang?."
Pujuknya lagi tanda tidak mahu mengalah, yang penting dia harus tahu di mana tempat tinggal gadis pujaannya itu.
Zara tidak mahu membuat hal ini semakin panjang, jadi kali ini dia terpaksa pula mengangguk dengan ajakan lelaki itu. Kalau tidak sampai esoklah lelaki ini memujuknya lagi pun hanya mereka berdua saja yang ada di bilik mesyuarat ini.
"Saya kemas barang saya kat meja sekejap, nanti saya call kawan saya dulu."
Zara terus bergegas keluar ke mejanya untuk mengemas apa yang perlu dan mengambil begnya untuk pergi bersama-sama Zahir untuk pulang.
Mereka berdua tidak perasan yang gerak geri mereka sudah pun diperhatikan dari jauh.
"Sah, kau memang seperti yang aku sangkakan Zara. Kau memang suka melayan lelaki tu kan."
"Aku nak tengok sejauh mana hubungan korang berdua kekal."
Ziyad bercakap sendiri sambil tangannya dikepal-kepal tanda marah dengan apa yang dilihatnya. Dia sangat kecewa waktu itu, hatinya juga sangat sakit.
Dia sepertinya sudah terjatuh hati pada gadis itu tapi mungkin pilihan gadis itu bukanlah seperti dirinya. Dia akur dengan semua itu.
Dalam kereta waktu ini hanya ditemani lagu-lagu di corong radio. Tiada bunyi gelak ketawa mahu pun usikan, hanya lagu yang menemani mereka berdua saat ini.
"Cik Zara okay tak ni. Diam je saya tengok, janganlah risau saya tak bawa pergi mana-mana pun just nak hantar you balik je."
Zahir memecah kesunyian itu seketika, dia tidak mahu gadis itu terlalu kekok dengannya.
"Oh ya kalau tak keberatan kita berkawan macam mana?. Ala macam kawan-kawan biasa je tak lebih pun, i tak nak la you takut sangat dengan i. Just anggap i macam kawan-kawan you yang lain."
Pujuknya lagi untuk menyesuaikan keadaan itu.
Zara hanya tersenyum tanda bersetuju dengan apa yang dipinta.
"Tapi kalau boleh encik jangan sangat rapat dengan saya kat office. Mereka anggap saya lain pula."
Pinta Zara meluahkan rasa di hati.
"Okay no problem, asalkan you sudi jadi kawan i. Oh.. lupa nak beritahu, malam dinner majlis dengan visitors nanti you pergi dengan i okay."
"You jadi special guest untuk sambut mereka. Haa, untuk baju pula don't you worry sebab i dah tempah siap-siap and it will suit you."
Beritahu dia lagi dengan nada yang gembira dan senyuman yang tak lekang dibibir. Dengan bentuk badan Zara yang cantik di mata dia, jadi dia sudah dapat mengagak saiz baju yang sesuai dengan gadis itu.
Bukan dia tidak biasa membelikan baju mahal-mahal untuk gadis diluar sana.
Zara tidak dapat menolak mahu pun mengelak lagi. Bekerja di syarikat besar sebegini sememangnya perlu mendengar arahan pihak atasan.
Dia hanya mengangguk saja tanda tidak boleh berbuat apa-apa.
Sampai sahaja di depan rumahnya, Zahir membuka pintu untuk Zara turun. Dia dilayan seperti seorang puteri pula, tetapi dia tetap tidak selesa dilayan sebegitu takut ada jiran-jiran yang memerhati.
Lagi pula, ini adalah rumah Mila kawan baiknya itu.
"Oh, you tinggal kat sini. Tinggal seorang ke?"
Tanya Zahir pinta kepastian tapi ditidakkan oleh Zara. Zara terus meminta diri untuk masuk dan meninggalkan lelaki itu. Zara sebenarnya sudah tidak tahu mahu berbuat apa-apa lagi, semuanya telah diatur sendiri oleh lelaki itu.
Lagipun susah untuknya mengatakan tidak sedangkan lelaki itu adalah CEO syarikat miliknya bekerja.
Dia hanya mengangguk saja dari tadi, perkara itu membuatkan dirinya tersepit di antara dua. Dia malas mahu memikirkan perkara itu lagi, dia betul-betul buntu.
•••
Di ZNE Holding sekarang sedang berlangsung perbincangan mengenai kedatangan pelawat dari Jepun nanti.
Semua staf dan kakitangan yang ada sibuk dengan tugasan masing-masing. Minggu ini akan menjadi sibuk dengan persiapan menyambut tetamu luar negara itu.
Jika ZNE Holding berjaya mendapat kesepakatan atau kerjasama dari negara itu, maka ZNE Holding sudah mempunyai satu langkah ke hadapan untuk terus maju ke hadapan.
Oleh disebabkan itu, Mereka semua perlu bekerja keras dan bekerja sama dalam mencapai matlamat syarikat.
"Staff under operation please stay for a while, I just need to inform something."
Beritahu Ziyad dengan tegas tanpa menunjukkan reaksi yang mesra waktu itu.
Zara yang duduk di kerusi bersebelahan Ziyad waktu itu hanya menunduk menunggu apa yang akan diperkatakan bosnya itu.
Beberapa perkara telah dimaklumkan dan sudah difahami oleh semua disitu. Setelah itu Ziyad menyambung lagi mengenai lawatannya nanti bersama Zara di tapak projek.
"About our project that should be handled this week but we have to postpone it for another week."
"So, lawatan saya bersama Zara akan dibatalkan dan Siti yang akan ganti tempat Zara dengan saya."
Beritahu Ziyad lagi. Semua di bilik itu hanya mengangguk tanda setuju dengan keputusan bosnya itu.
"Tapi encik Ziyad, saya dah prepared everything pasal projek tu."
"Saya dah faham hampir keseluruhan, mungkin saya boleh pergi dengan encik untuk kita tengok apa yang perlu diubah atau ditambah baik dan saya janji saya akan buat yang terbaik."
Beritahu Zara mencelah dalam perbincangan itu dan sangat bersungguh-sungguh.
Memang dia perlu pergi ke sana untuk melihat sendiri tapak projek yang bakal dibina nanti dan itu juga impiannya sejak dari dulu.
"Tak sekarang ni i'm your boss or you? I will decide what I'm thinking is good or not."
"I'm sure you can't handle this, and one more thing i know lately you're quite busy right?."
Ziyad menutup fail di mejanya dan mengemas semua barang nya di atas meja.
"Saya harap awak semua faham apa yang saya beritahu hari ini. Everyone may leave, thank for your cooperation today"
Beritahu Ziyad yang sudah mahu beredar dari bilik itu. Zara hanya duduk termenung dengan apa yang sudah didengarkan. Entah apa yang membuatkan bosnya berubah hati sebegitu.
"Oh ya, one more thing Siti. Just give Zara the opportunity to help you anything about that project. Nanti dia complaint tak ada kerja nak buat pula. Thanks Siti."
Arah Ziyad dengan selamba di depan semua staff yang lain. Perkara itu sedikit membuat Zara sedih dan malu dengan rakan kerjanya yang lain. Dia seperti dipulaukan dan diperlekehkan oleh bosnya sendiri.
Zara terduduk di kerusi di dalam pantry untuk menenangkan dirinya yang agak sedikit tertekan dengan keputusan yang dibuat bosnya itu.
Apa yang telah dilakukannya yang menyebabkan encik Ziyad halang dirinya dari uruskan projek itu.
Projek itu sememangnya merupakan projek pertama yang dia akan handle selama bekerja di sini tetapi lain pula yang jadi.
"Zara.. are you okay dear. I feel you Zara, janganlah menangis macam ni tak elok."
Siti yang merupakan PA Ziyad yang dari tadi melihat tingkah Zara agak risau dengan keadaan gadis itu lalu menghampiri.
Dia melihat Zara menutup mukanya di meja pantry sambil menangis sendiri tidak sanggup melihat gadis itu begitu.
"I'm okay kak Siti. Cuma Zara pelik apa salah Zara pada encik Ziyad sampai sanggup batalkan semuanya macam tu. Zara tak faham langsung pun apa yang terjadi."
Luah Zara dalam tangisannya yang dari tadi ditahan.
"Sabar Zara, mungkin boss ada plan lain nak beri Zara projek baru ke, kita tak tahu kan."
Pujuk Siti sambil memeluk gadis itu.
"Tak mungkin kak Siti, boss sebenarnya nak permainkan saya je kan. Dia suruh buat itu, suruh buat ini tapi lepas tu dia sisihkan saya."
Marah Zara lagi.
"Saya dah tak tahan dah kak Siti. Biar saya cakap dengan dia, walau apa pun saya nak tahu salah saya."
Zara bangun dari duduknya dan meluru mahu masuk ke ruangan encik Ziyad tetapi sempat dihalang Siti.
"Zara, awak tak boleh macam ni tau. Nanti boss mengamuk macam mana, awak yang akan kena balik nanti."
Pujuk Siti lagi menahan Zara di pintu.
"Saya cuma nak cakap dengan dia kak. Saya nak tahu salah saya itu je. Kalau dia nak pecat saya sekali pun, silakan saya tak kisah."
Beritahu Zara dengan nada bengang.
Zara menolak pintu masuk dengan selamba tanpa mengetuk sekali pun. Siti yang sudah tidak keruan meninggalkan sahaja Zara di situ, kerana tidak dapat menahan Zara masuk meluru begitu.
Dia takut nanti dia pula yang akan dimarahi oleh encik Ziyad disebabkan perkara itu.
•••
"Zam, betul ke ni kamu nak ke Kuala Lumpur tu?. Kamu dah minta cuti ke Zam, mak macam tak sedap hati la kalau kamu mahu ke sana."
"Kamu dah beritahu Zara ke yang kamu akan berangkat nanti?."
Bertalu-talu pertanyaan dari Puan Safiyah kepada anaknya itu. Walaupun Zamri sudah besar panjang namun kerisauan terhadap anaknya itu masih ada.
"Mak, janganlah risau macam ni, Zam sebenarnya kan dan rancang nak surprise kan Zara nanti Zam sampai."
"Zam rindu sangat mak dekat dia, hari-hari Zam doa boleh jumpa buah hati Zam tu. Mak doakan Zam tau."
Beritahu Zamri tersenyum sambil mengemas beberapa helai baju yang akan dibawa nanti.
"Tak habis-habis dengan jiwang dia ni. Kamu tu nanti hati-hati pula kat sana, jangan nak goda perempuan lain pula dengan ayat manis kamu tu."
Gurau Puan Safiyah kepada anaknya itu sambil menepuk bahu Zamri dan berlalu pergi.
Lusa Zamri akan bertolak ke Kuala lumpur sendirian, semua alamat dan jalan ke sana sudah diberitahu Mila dengan teliti supaya nanti Zamri tidak sesat.
Mereka berdua sudah merancang untuk surprise kan Zara. Dengan bantuan Mila pasti perkara ini akan menjadi dan Zamri sangat tidak sabar mahu ke sana.
Zamri teringat dengan peristiwa ke rumah bakal mertuanya itu.
Dua hari yang lepas Zamri ada mengunjungi keluarga Encik Halim ayah kepada Zara, untuk mengatakan kepergiannya ke Kuala lumpur untuk bertemu tunangannya itu.
Encik Halim sangat gembira mendengarkan kepergian Zamri tersebut.
Mereka sekeluarga sudah diajak Zamri untuk pergi bersama melawat anak kesayangan mereka namun terpaksa ditolak oleh encik Halim dan isterinya.
"Pak Halim tak boleh ke sana waktu ini Zamri, biasalah kebun dan ternakan Pak Halim tiada siapa nak tengok-tengokan."
"Lagipula, musim orang mencuri buah di kebun-kebun dalam kampung ini. Kamu ada dengar kan kebun Pak Ali seberang jalan sana, habis hasil tanamannya mereka curi."
Beritahu Encik Halim bercerita sambil menghisap rokok daun memandang ke luar tingkap rumah.
"Betul tu nak Zamri, mak cik pun tak dapat nak ke sana sekarang, nak urus adik-adik Zara ke sekolah lagi, diorang kalau tak dikejut bangun memang tak ke sekolah la jawabnya."
Tambah Puan Aini lagi sambil membawa dulang berisi air dari dapur untuk dihidangkan kepada tetamu mereka.
"Jemput minum nak, air kopi bujang je ni"
Pinta wanita yang separuh umur itu. Zamri yang dari tadi hanya mendengar tersenyum dan mengangguk setuju apa yang diperkatakan mereka berdua.
"Tidak mengapalah pak cik, mak cik. Kalau tidak dapat ke sana sekarang, nanti Zam rancang awal-awal bolehlah pakcik upah orang jaga kebun dan ternakan. Nanti boleh kita sekeluarga ke sana bersama-sama."
Beritahu Zamri bersungguh-sungguh.
"Oh ya, Zam harap pak cik dan mak cik rahsiakan kepergian Zam ke sana dulu. Zam rancang nak surprise kan Zara kat sana."
Zamri meminta dengan sopan sambil menghirup air kopi buatan puan Aini.
"Ye lah, baguslah kalau macam tu. Kamu rapatkanlah hubungan kalian berdua dulu, cinta jarak jauh ni susah tau Zam. Mak cik doa biar sampai ke jinjang pelamin."
Doa itu diaminkan bersama memohon perkenan dari tuhan dan mereka bergelak ketawa bersama seperti keluarga.
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel