Zara yang sedang berbaring di katil bermalas-malasan sambil membelek majalah. Entah apa yang dibeleknya itu pun dia tak tahu, sedangkan fikirannya kala ini di tempat lain.
Mila yang dari luar bilik melihat kawannya itu mengelamun dan terus menerjah masuk mengejutkan Zara seketika.
"Kau fikir apa tu Zara hah?. Teringat buah hati kau kat kampung ke?"
Mila mengusik Zara dan tersengih memandang Zara yang terlopong melihatnya tiba-tiba datang.
"Ish mana ada la Mil, tak ada masa la aku nak rindu dia. Kau kan tahu aku anggap dia macam abang aku sendiri, tapi aku dah tak ada pilihan tau Mil."
"Mungkin tuhan dah jodohkan aku dengan dia, kau doakan lah aku tau. Mungkin satu hari nanti aku boleh terima dia."
Tapi, buat masa sekarang ni aku nak biarkan dulu lah. Aku tak nak fikir apa-apa."
Beritahu Zara panjang tentang luahan hatinya itu.
"Aku faham Zara, tapi kalau kau asyik mengelak je macam mana cinta nak berputik."
"Apa kata kau cuba layan dia dengan baik, balas mesej dia hari-hari."
"Ucap kata cinta ke sayang ke dulu, lama-lama berputik lah cinta tu."
"Mungkin nanti kau akan suka ke, mana lah tahu kan."
"Alah, macam lah kau tak tahu si Zam tu kan mamat bunga kat kampung kita takkan la sikit pun kau tak cair dengan ayat dia tu."
Beritahu Mila mengusik Zara yang sendu mendengar bicaranya itu.
"Nantilah Mil aku akan cuba, aku tak nak paksa hati aku ni lagi."
Zara terus memeluk Mila dari arah belakang tanda sayangnya dia kepada Mila itu.
"Yelah, dah la aku nak masuk tidur mengantuk gila tau hari ni. Kerja aku berlambak hari ni tahu tak, bos pula bising nak cepat-cepat penat aku."
"Kan best kalau ada kerja goyang kaki je tapi gaji masuk berkepok."
Bebel Mila lagi dengan muka keletihan itu.
"Kau jangan nak mengada eh, dah elok-elok dapat kerja tu teruskan je lah cik Amila oii."
"Aku tahu kau kuat semangat Mil, tu yang asyik naik pangkat je setiap tahun."
"Huntunglah.."
Gurau Zara pula. Mila yang tersengih dari tadi dengan gurauan itu terus meluru mahu masuk ke biliknya meninggalkan Zara yang mengomel sendiri setelah itu dia berbalik kembali.
"Terima kasih puji aku, sayang kau muahh."
Dia terus keluar menuju ke biliknya kembali.
"Amboi Minah ni, pantang kena puji eh." Bebel zara lagi sambil membetulkan selimutnya tanda dia juga mahu tidur. Setelah itu, dia terganggu lagi dengan satu panggilan telefon.
Entah siapa yang mengganggunya malam-malam ini. Nombor yang tak dikenali muncul di screen telefonnya membuatkan dia mengerutkan dahi memikirkan siapa.
"Siapa pula ni, nombor private pula ni. Aduh.."
Zara menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Sudah banyak kali ia berdering mengganggunya kala ini. Jadi, dia terus saja mengangkat tanda serabut dengan deringan itu.
"Hi, cik Zara dah tidur ke tu?, ingat i lagi tak?."
Satu suara yang tidak dikenalnya menyebut tepat namanya membuatkan Zara terpinga.
"Ni siapa ya?. Saya tak kenal siapa ni, ada apa ya encik call saya malam-malam ni."
Pinta Zara kepastian dari lelaki itu. Zara sedikit pelik dari mana lelaki itu mendapatkan nombornya.
"Ni i Zara, Zahir CEO of the company. Ingat tak you beri i kad you hari tu."
Beritahu Zahir dengan lembut. Mana-mana gadis yang mendengar suaranya di telefon pasti cair dengan suara itu.
"Oh encik Zahir, maaf encik saya lupa pasal tu, ada apa-apa saya boleh bantu ke encik."
Beritahu Zara gugup. Entah kenapa mamat gatal ni menelefonnya tengah malam begini.
"Tak ada, saja rindu nak dengar suara you. You dah nak tidur ke tu?"
Beritahu Zahir lagi. Zara terpinga seketika, entah apa lelaki ni mahu darinya, dia perlu mencari idea untuk meletakkan telefonnya kali ini.
"Ha'ah encik, saya dah mengantuk sangat ni. Baru lepas buat kerja tadi, tu sebab saya nak terus tidur."
Beritahu Zara.
"Okay-okay, i terus terang je okay. Esok awak lunch dengan saya boleh?."
"Just lunch je saya belanja, kiranya awak minta maaf pasal air kopi tu settle lah. Macam mana?".
Pinta Zahir lembut. Zara menjadi serba salah lagi, dia tidak tahu mahu berkata apa-apa.
"Hello, cik Zara are you there?."
Zahir memanggil Zara di hujung talian, dia masih menunggu lagi jawapan dari gadis tersebut.
"Ha,..ok boleh encik Zahir."
Hanya itu ayat yang keluar dari mulutnya kala ini. Dia tidak mampu menolak, kali ini biarlah dia selesaikan permohonan maaf itu disebabkan sikap cuainya yang terlanggar boss besar syarikat itu.
"Ok then, jumpa esok sayang."
Zahir mematikan panggilan selepas memanggil Zara sebegitu. Zara pelik dengan sikap lelaki itu, dia terus meletakkan telefon di atas meja dan tidur. Dia malas untuk memikirkan apa pun.
Zara sedang tekun menyiapkan laporan kerja berkaitan projek yang diuruskan bersama yang lain. Laporan itu perlu disiapkan segera untuk mendapatkan kelulusan dari atasannya.
Zara tidak mahu membuang masa lagi, dia perlu menyiapkan segera dan menumpukan pada kerja lain pula. Sedang Zara sibuk dengan kerjanya, satu panggilan dari telefon pejabat mengganggunya kala ini.
"Hello, ada apa yang boleh saya bantu?" Zara menjawab panggilan itu sambil tangannya sibuk menaip.
"Zara come to my office now."
Zara terkedu seketika, entah kenapa bossnya memanggilnya kala ini.
"Okay encik..Saya datang sekarang."
Jawab Zara gugup.
Pintu bilik diketuk seraya Zara sampai di depan pintu bilik itu, setelah itu baru dia masuk. Zara berdiri tepat di depan meja Ziyad sambil menunggu arahan bossnya itu.
"Take a sit."
Beritahu Ziyad sambil membelek-belek fail di tangan. Dia memandang sekilas gadis cantik yang berada di hadapannya itu.
Penampilan gadis itu tidak menjolok mata, malah sangat cantik dan ayu bila dipandang. Ziyad tersedar dari lamunannya seketika dan terus menutup fail di tangan.
"About our project at Langkawi, i nak you handle projek tu dengan i and nanti i decide untuk bawa you lawat tapak projek kat sana."
Beritahu Ziyad sambil menyerahkan fail projek kepada Zara. Zara terpinga-pinga saat ini, sekarang ini dia tengah menyiapkan laporan bagi projek di Putrajaya.
"Tapi encik saya tengah siapkan laporan di Putrajaya, lusa baru saya boleh serahkan laporan tu pada encik."
Beritahu Zara gugup.
"Untuk projek tu you serahkan pada PA i kat luar, just stop doing that task. Lagipun you tak lawat lagi tapak projek kat sana, macam mana you nak buat laporan.? Nak pergi hari ni.? Sempat ke?. So, better beri pada PA i dia akan urus."
Beritahu ziyad memberi arahan. Zara hanya mengannguk tanda faham apa yang diarahkannya.
"Satu lagi, ambil ni..I tersalah beli semalam. So, dari terus i buang dan membazir better you take it."
Ziyad menghulurkan satu paper bag kepada Zara. Sebenarnya dia memang mahu memberikan hadiah itu kepada Zara tetapi dia tidak tahu cara mendekati gadis itu.
Keterujaannya terhadap gadis di depannya itu hanya di diamkan sahaja, dia tidak mahu Zara perasan akan perkara itu.
Gadis sopan itu telah mencuri hatinya kala ini dan membuat dirinya berbunga bila bertemu mata.
"Terima kasih."
Satu ucapan keluar dari mulut gadis itu dan dia terus berlalu pergi. Ziyad lega seketika setelah memberikan hadiah itu.
Dia tidak pernah membelikan apa-apa hadiah untuk perempuan selain kepada arwah mamanya. Hadiah yang diberikan pada Zara juga sama seperti hadiah yang selalu dia berikan pada mamanya. Ziyad tersenyum seketika sambil merehatkan diri di kerusi empuk miliknya itu.
Satu reminder telefon muncul dan mengganggunya pula kala ini, ia mengingatkan Ziyad untuk pulang bertemu muka dengan papanya berkaitan hal pertunangannya dengan Tania.
Disebabkan hujung minggu nanti dia ada kerja penting untuk diuruskan, jadi dia perlu segera berjumpa papanya hari ini.
•••
Paper bag yang diperoleh dari encik Ziyad hanya ditatap lama di atas meja. Zara mengeluh seketika, penat dirinya bertungkus lumus dari tadi menyiapkan kerja.
Betul apa yang diberitahu bossnya itu, kalau dia pergi melawat tapak projek di Putrajaya hari ini mana nak sempat untuk siapkan laporan itu nanti. Dia tersandar di kerusinya seketika, tangannya terus mengambil dan membuka paper bag yang diberikan bossnya tadi.
"Wah, coklat."
"Rezeki aku la kali ni, biar lah boss tersalah beli pun yang penting dia kasi aku. Hehehe"
Zara mengomel dalam hati sambil tersengih melihat isi dalam paper bag itu yang penuh dengan coklat-coklat yang mahal.
Zara memeluk erat coklat yang diberikan itu tanda dia sangat menyukainya dan terus dia menyambung kerjanya.
Sudah masuk pukul 12.30 tengahari waktu lunch, Zara sedang asyik dengan fail ditangan. Dia membaca semua berkenaan dengan projek yang akan diurus bersama bosnya itu dengan teliti.
Semua staff yang lain sudah bersiap untuk keluar makan namun, Zara masih lagi di mejanya.
"Ehem, hai cik Zara..Shall we?"
Zara terkejut seketika, encik Zahir tiba-tiba berdiri di sampingnya mengejutkan dia kali ini. Dengan pantas dia berdiri dan mengambil begnya kelam kabut.
Zara tidak mahu staff lain menganggap dirinya bermesra dengan CEO syarikat jadi, dia bergegas untuk keluar dari pejabat.
Dia tidak menyangka encik Zahir akan mendatanginya sampai di depan mejanya. Sebenarnya dia pun terlupa yang semalam dia berjanji untuk lunch dengan lelaki itu.
"Eh..Wait Zara, kenapa rushing sangat ni?" You okay tak ni?"
Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut lelaki itu kala ini namun, sepatah kata pun tidak diendahkan Zara. Zahir memberanikan diri memegang dan menarik tangan Zara membuatkan gadis itu hampir jatuh dan terus disambutnya.
Tangan lelaki itu meliar di pinggangnya membuatkan Zara geli dengan perlakuan lelaki itu. Zara terus bangun dan membetulkan pakaiannya.
"Sorry, i tak sengaja tarik tangan you tadi. You okay kan?"
Beritahu Zahir lembut, dia tahu kebanyakkan gadis pasti cair dengan pujuk rayunya.
"No, I'm okay encik Zahir. Kita nak lunch di mana ya?"
Tanya Zara kembali malas untuk lama-lama di situ.
"Oh ya, this is for you. I lupa nak bagi you tadi."
Zahir keluarkan sekuntum bunga rose merah dalam baju jaketnya. Dia tersenyum manis kepada Zara seperti seorang lelaki yang sedang menagih cinta.
"Thanks."
Zara mengambil sahaja pemberian itu tanpa mahu menyoalkan apa-apa. Kalau boleh mahu sahaja dia putar masa batalkan lunch dengan Zahir itu.
Mereka berdua keluar dari pejabat dan menuju ke lif.
Sepasang mata yang dari tadi hanya menjadi pemerhati tingkah mereka berdua kembali masuk ke biliknya.
Jaket yang dipegangnya dilempar di sofa manakala tangannya melonggarkan tali leher seperti menahan marah pula.
"Semua perempuan sama lah.! Semua jantan dia nak melayan. Murah!"
Semua makian keluar dari mulutnya kala ini. Ziyad tidak dapat menahan amarahnya, pasu yang tersergam indah di atas meja juga dilemparkan ke dinding.
Ziyad menenangkan dirinya seketika, dia meraup wajahnya beberapa kali. Dalam fikirannya kala ini, mengapa Zara boleh tertarik dengan adik tirinya itu.
Dia yang sudah tahu akan perilaku Zahir yang 'kaki perempuan' itu tidak mahu Zara menjadi mangsa Zahir. Tapi, kenapa Zara boleh berdampingan dengan lelaki tak guna itu kalau bukan gadis itu sendiri yang melayan.
"Semua perempuan sama, semua pandang duit, harta, pangkat. Tak guna, rupanya aku betul-betul salah menilai perempuan ni.!"
Ziyad merentap jaketnya dari sofa dan keluar dari pejabatnya dalam keadaan marah dan kesal. Dia perlu ke rumah papanya hari ini untuk selesaikan hal pertunangannya.
•••
Di kediaman Dato' Zakri petang ini turut juga dikunjungi keluarga Tania. Ziyad yang baru sampai di depan rumah itu mengeluh seketika, walau macam mana sekali pun dia perlu memutuskan pertunangan ini segera.
Perasaan dia terhadap Tania tiada apa-apa, kosong sahaja.
"Haa, dah sampai pun. Sini Ziyad, uncle Man datang nak bincang pasal tarikh perkahwinan kamu dengan si Tania ni."
Beritahu ayah Tania yang juga baru sahaja sampai di kediaman itu. Ziyad hanya tersenyum dan mengambil langkah menuju ke sofa sambil beramah mesra dengan tetamu itu.
"Baguslah kalau semua dah ada kat sini, macam mana Man dah tetap tarikh?"
Tanya dato' Zakri minta kepastian dari ayah Tania.
"Dah, kalau boleh hujung tahun nanti kita buat majlis mereka berdua ni. Macam mana kri?, Okay tak?."
Beritahu dato' Azman kegembiraan berkenaan rancangannya itu.
"Aku setuju sangat Man, ye lah dah nak berbesan kan kita."
Mereka sama-sama ketawa tanda setuju dengan rancangan masing-masing.
Tania yang dari tadi tersenyum kegembiraan sambil memeluk ibunya di sebelah memandang sekilas wajah Ziyad yang hanya memandang lantai.
"Aku berbesar hati Kri dengan keluarga kau terutama dengan arwah Su dulu. Dia nak sangat tengok si Tania dan Ziyad ni kahwin. Tapi, tuhan sayangkan dia dulu kri."
Beritahu dato' Azman sendu mengenangkan arwah datin Suraya.
"Yad, uncle harap Yad tolong jagakan Tania ni Yad. Ye lah, uncle pun tak tahu ajal uncle dan aunty ni, bila-bila masa sahaja tuhan boleh tarik."
Beritahunya lagi. Ziyad menjadi serba salah lagi kala ini, tujuannya yang sebenar mahu memutuskan pertunangan ini.
Namun, dia tidak sampai hati mahu melukai keluarga Tania. Dia hanya mengangguk setuju dengan permintaan itu.
Setelah selesai dengan perbincangan itu, mereka semua menjamu makanan tengahari sebelum pulang. Tania yang gembira dengan keputusan Ziyad yang mahu mengahwininya itu dari tadi asyik berkepit dengannya. Perkara itu sedikit merimaskan Ziyad.
"Yad minta diri dulu, yad ada meeting lepas ni."
Semua di situ hanya mengangguk setuju dan Ziyad mengambil kunci keretanya terus keluar dari rumah itu secepatnya.
Dia sangat rimas dengan perilaku Tania yang gemar melekat di sampingnya setiap masa.
Dia memacu kereta pulang ke rumahnya dalam keadaan penat dengan semua yang berlaku. Penat dengan rancangannya untuk putus dengan Tania tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Penat mahu menyejukkan hatinya tentang kejadian antara Zara dan adik tirinya Zahir bermesra depan matanya. Dia mengeluh seketika bila memikirkan kejadian itu, hatinya pula sedikit sakit.
Mungkin satu perasaan aneh timbul dalam hatinya kala ini terhadap Zara. Tapi kenapa gadis itu?.
"Ahhh..."
Satu teriakan keluar dari mulutnya kali ini. Tangannya menghentak stereng kereta beberapa kali untuk melepaskan marahnya itu.
Ziyad berhenti seketika di sisi jalan untuk melegakan hatinya. Dia tahu jika memandu dalam keadaan sebegini dia mungkin akan berbahaya. Setelah itu, baru dia bertolak untuk pulang ke rumah.
•••
"Buka mulut...Aaa.."
Zahir tanpa segan silu mahu menyuapkan Zara di tengah-tengah keramaian orang di sebuah restoran berdekatan pejabat mereka.
Zara waktu itu sangat tidak selesa dengan perlakuan itu disebabkan banyak mata yang tengah memerhatikan mereka berdua. Zara hanya tertunduk dan menjamah makanannya itu tanpa mempedulikan lelaki itu.
"Alaa, tak syok la macam ni sayang. I baru nak suapkan you."
Zahir menatap lembut wajah gadis di depannya sambil tangannya mahu menyentuh dagu gadis itu. Namun, dielak oleh Zara dengan pantas.
"Encik dah siap makan?. Kalau macam tu saya nak balik pejabat sekarang, waktu lunch pun nak habis dah ni."
Beritahu Zara sambil mengemaskan begnya dan mahu cepat beredar dari situ.
"Alaa, janganlah rushing sangat. You tahu tak yang you ni cantik sangat cik Zara."
"Everything about you i suka, mata you, bibir, rambut you and everything. Nak jadi girlfriend i tak?."
Zahir berterus terang dengan Zara sambil tangannya memegang tangan Zara tapi ditarik laju oleh Zara.
"Janganlah macam ni encik Zahir, tak elok encik buat macam ni. Ramai orang tengok, encik kan CEO syarikat mesti ramai yang kenal encik."
Beritahu Zara yang hampir mahu meletus dengan sikap bossnya itu yang agak keterlaluan.
"Okay-okay, I'm so sorry cik Zara. Jangan lah marah macam ni, nanti dah tak cantik bidadari i ni. I gurau je lah, jom lah kita pergi."
Beritahu Zahir manja sambil berdiri mendekati Zara yang dari tadi bangun dari tempat duduknya.
Mereka menuju ke pejabat bersama dan masing-masing berpisah di tingkat yang berlainan. Zara berlalu pergi tanpa mengucap sepatah kata pun.
Kebetulan di dalam lift ramai orang, jadi senang dia keluar begitu sahaja. Malas dia mahu melayan lelaki miang sebegitu, walaupun berpangkat tinggi lelaki itu tiada adab dalam bersosial dengan pekerja.
Zara orang pertama yang sampai di pejabatnya, dia mencampakkan begnya di atas meja sambil mengeluh panjang.
Kejadian di restoran tadi sangat memalukan dirinya, ramai pekerja lain yang berada di sana melihat mereka berdua dengan pandangan yang pelik.
Zara menekup mukanya di meja tanda pening memikirkan kelakuan bossnya itu.
"Harap last lah aku jumpa lelaki tu, dasar gatal."
Zara mengomel dalam hatinya sambil membetulkan fail di atas meja.
"Haa..mesra nampak dengan boss besar kita tu, ada apa-apa ke.?"
Tanya seorang pekerja yang baru sahaja sampai dari restoran yang sama tadi.
"Eh, mana ada lah..Mesra apa pula ni kak ita, tak adalah."
Beritahu Zara menafikan kenyataan itu.
"Eh dik, kau hati-hati sikit dengan boss tu..Ramai orang cakap dia kaki perempuan. Semua perempuan dia nak try."
Beritahu kak ita berbisik kepada Zara. Zara hanya mengangguk tanda bersetuju dengan apa yang diberitahu kak ita itu. Dia terus menyambung kerja tanda malas mahu memikirkan lelaki miang itu.
Selang beberapa minit, pembantu encik Ziyad mendatangi Zara dengan membawa beberapa fail di tangan.
"Zara..ni fail yang perlu awak tengok and sesuaikan apa yang perlu. Dalam minggu depan nanti encik Ziyad cakap awak berdua akan ke tapak projek."
"Jadi, dia suruh saya sediakan apa yang patut."
Beritahu pembantu encik Ziyad dengan teliti.
"Terima kasih kak Siti. Kak, encik Ziyad ada ke sekarang?. Ada fail yang perlu dia tandatangan juga ni."
Tanya Zara memerlukan kepastian takutnya encik Ziyad belum balik dari lunch.
"Oh, encik Ziyad cuti separuh hari. Ada hal keluarga katanya tadi."
Beritahu Siti dan terus berlalu pergi. Zara hanya mengangguk faham apa yang diberitahunya.
"Esoklah jumpa dia."
Zara menyambung kerjanya lagi. Fail yang baru sampai dibeleknya tanda mahu memahami isi projek yang bakal di tanganinya itu.
Banyak perkara yang perlu difahami dan dipelajarinya kala ini. Dia sangat bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaannya disebabkan dia adalah pekerja yang masih baru, dia perlu menunjukkan contoh yang baik.
Ziyad merebahkan dirinya di sofa, dia merasa sangat penat kala ini. Badannya ketika ini terasa sangat lesu dan letih.
Dia membuka ikatan tali leher dan stokingnya serta terus melelapkan mata.
Banyak beban di kepalanya yang perlu ditanggung kala ini, jadi dia hanya perlukan rehat sahaja.
Ziyad tidur dalam keadaan sangat lena kala ini, satu suara kedengaran memanggil namanya di sisi mengejutkan dia.
"Yad, letihnya mama tengok anak mama ni."
"Maa, mama..! Kenapa mama tinggalkan Yad maa. Dah lama Yad tak dengar suara mama."
Ziyad menghampiri mamanya dan merebahkan diri di pangkuan mamanya. Datin Suraya hanya tersenyum sambil mengusap lembut ubun-ubun anaknya itu tanpa berkata apa-apa.
"Maa, papa dah tak sayangkan Yad maa. Papa dah tak fikir pun perasaan Yad maa. Apa-apa keputusan semua papa tak bincang dengan Yad maa."
Ziyad menangis sendiri, semua yang terbuku di hati diluahkan pada mamanya kala ini.
"Yad, semua yang berlaku adalah rancangan tuhan. Yad buatlah apa yang Yad rasa betul dan janganlah Yad melawan hukum tuhan."
Ziyad masih menangis lagi di pangkuan mamanya. Apa yang diberitahu mamanya hanya diangguk dan dia terus menangis melepaskan rindu.
"Maa, Yad...maa..,mama.."
Ziyad tercari-cari mamanya yang baru sahaja tadi berbicara dengannya. Namun, mahu sahaja dia berbicara tadi, mamanya tiada di sisi.
Percakapannya dengan mamanya tadi rupanya hanya sekadar mimpi, tetapi dirinya terasa seperti satu realiti. Terubat jua rindunya pada mamanya saat itu.
Ziyad bangun dan terus bersandar pada sofa, air matanya mengalir lagi di pipinya saat ini.
Tuhan sudah mempertemukannya dengan mamanya walau sekejap pun telah menenangkan dirinya yang tadi sedang gusar.
Dia bangun dan menuju ke bilik untuk mandi dan mengerjakan solat.
Senja yang kian malam
Kau hadir di celah kedinginan
Kurenung wajahmu yang seakan suram
Di tengah-tengah kegelapan malam
Ada jua cahaya yang menerangi
malam itu
Terima kasih tuhan.
_Ziyad
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel