LSH BAB 16

Romance Completed 14934

Jam hampir menunjukkan pukul 4 pagi, Zamri dan Mila masih terpusing-pusing di sekitar bangunan ZNE Holding mana tahu Zara ada di sana.

Mila sangat risau dengan ketiadaan Zara lagi, dia takut perkara yang tak diingini berlaku pada gadis itu.

Apatah lagi si Zamri, dari tadi mulutnya tak henti-henti membebel membuatkan Mila juga kekusutan berfikir.

"Mana lagi ni Mila?, Kau tak kenal ke rumah boss dia tu. Mana tahu Zara ada..."

Tak sempat habis ayat yang keluar daripada mulut Zamri terus dihentikan Mila.

"Kau jangan nak menuduh ye Zam, Zara takkan buat perkara macam tu. Dia pun tahu hukum halal dan haram. Cukup lah membebel macam ni, pening aku tahu tak."

Marah Mila lagi.

Setelah beberapa minit, satu deringan telefon masuk melalui telefon Zara. Nombor yang tidak dikenali itu terus diangkat Mila yang seakan gembira, mana tahu Zara yang menghubungi.

"Hello?..Siapa ni?."

Jawab Mila dengan tidak sabar.

"Mil...Tolong aku, aku tak tahu apa yang berlaku pada aku sebenarnya. Aku terperangkap Mil, aku tak ingat apa-apa pun. Tolonglah datang sini Mila.."

Tangisan teresak-esak itu didengar di hujung panggilan, perkara itu merungsingkan Mila yang sudah tidak keruan itu.

"Kenapa?, Zara kau kat mana sekarang ni. Tolong apa ni, aku tak faham lah."

"Kau tahu tak dah berapa jam aku tunggu dan cari kau."

Balas Mila lagi. Zamri yang disebelah mahu mendengar namun terus dielak jauh dari lelaki itu.

"Aku kena tangkap khalwat Mila, aku tak tahu apa-apa pun. Tiba-tiba aku sedar aku dah ada kat rumah dia."

Beritahu Zara yang berterusan menangis.

"Kau tunggu sana Zara, aku datang sekarang."

Balas Mila dan terus meletakkan telefon itu, perasaannya sudah tidak sedap sekarang disebabkan Zamri sudah berada di sebelahnya.

Macam mana dia mahu mengelak dari pertanyaan Zamri itu pun dia tidak tahu.

"Zam, aku rasa kau balik hotel dulu lah. Aku ada hal dengan Zara ni, dia minta tolong aku sekejap."

"Katanya emergency, aku naik teksi je lah okay."

Beritahu Mila seraya mahu turun dari kereta itu namun, pergelangan tangannya pula dipegang kemas oleh lelaki itu.

"Aku nak ikut, Zara kat mana?."

"Tolonglah Mila, aku tanya ni apa yang dah jadi?. Zara kenapa?."

"Aku rasa aku berhak tahu, dia tu tunang aku tau Mila. Kau jangan nak sorok apa-apa pun dari aku."

Kemarahan Zamri semakin membuak dan dilepaskan pula pada Mila yang sudah berahsia itu.

"Cakaplah Mila..Zara kenapa!!.."

Tengkingnya lagi.

Mila yang sedikit ketakutan itu berusaha untuk bercerita namun dia tidak sampai hati mahu memberitahu.

"Aku harap kau jangan salahkan Zara Zam, dia terperangkap dan dia tak tahu apa-apa pun."

"Terperangkap?.. Terperangkap apa ni hah?."

"Cuba kau cerita Mil."

Zamri meminta kepastian lagi.

"Zara..Zara kena tangkap khalwat rumah boss dia."

Beritahu Mila yang gugup itu. Zamri yang mendengar menunduk seketika, sebenarnya dia sedang menahan tangis. Dia tidak menyangka akan jadi seperti ini.

"Kau tunjuk aku jalan ke sana Mila." Zamri yang terdiam itu menghidupkan enjin kereta dan memacu keretanya dengan laju meninggalkan kawasan ZNE Holding.

••••

Ziyad menghampiri Zara yang dari tadi dilihat menunduk dan menangis saj. Dia sendiri sudah buntu dan tidak tahu cara untuk menenangkan gadis itu sedangkan dia tahu dia salah dengan membawa gadis itu ke rumahnya.

"Cik Zara, saya minta maaf sebab.."

Belum sempat Ziyad menghabiskan kata-katanya Zara dengan cepat bangun menatap lelaki itu dan terus menampar muka lelaki itu.

Ziyad yang terkejut dengan perlakuan Zara, sudah terkedu seketika memegang wajahnya.

"Saya tak sangka lah encik sanggup buat saya sampai macam ni."

Apa salah saya encik, susah ke encik nak lindungi maruah seorang perempuan?."

"Saya sikit pun tak pernah sakitkan hati encik dan saya tak sangka encik boleh perangkap saya sampai macam ni."

Marah Zara mendekati dan tangannya menumbuk-numbuk dada lelaki menuduh dengan apa yang berlaku.

Zara seakan menuduh Ziyad pula adalah punca perkara ini berlaku, sedangkan lelaki itu lah yang cuba membantunya dari perbuatan nafsu binatang Zahir.

Ziyad yang terdiam hanya kaku seketika apabila ditampar serta dituduh sebegitu oleh gadis itu tanpa sikit pun gadis itu mahu mendengar penjelasannya.

Dia juga tiada peluang untuk menjelaskan situasi yang sebenar kepada gadis itu yang melulu saja menuduhnya itu sesuka hati.

Pertuduhan itu dibuat bila gadis itu sendiri melihat dengan jelas wajah lelaki yang ada di depan matanya itu.

Apabila matanya melihat Ziyad yang sudah tidak berbaju semasa mereka berdua ditangkap tadi menjadikan dirinya berfikir lelaki itu mahu berbuat sesuatu kepadanya.

"Semua lelaki sama, semuanya lebih pada nafsu kan?."

Marah Zara memandangnya dengan keadaan yang geram.

"Apa yang kau cakap ni cik Zara, kau tuduh aku nak perangkap kau sedangkan kau tahu ke apa yang dah jadi sebenarnya?"

Setelah itu Ziyad berhenti dan menatap gadis itu yang sudah menangis dengan tangisan yang sayu. Perasaannya juga cukup sedih melihat keterlukaan yang diterima gadis itu disebabkan ulahnya.

Dia juga sendiri bingung kala ini, bagaimana pula dia boleh ditangkap berdua-duaan sedangkan dia membawa Zara ke rumahnya tanpa diketahui sesiapa.

Macam mana pegawai agama boleh serbu pula ke rumahnya. Adakah ini semua ulah si Zahir yang sememangnya mahu memerangkapnya untuk membalas dendam.

Tapi bila difikirkannya balik, bagus juga dia ditangkap berdua begini. Mudahlah dia melepaskan diri dari berkahwin dengan Tania. Kalau beginilah caranya dia sanggup lakukan apa saja, asalkan dia tidak disatukan dengan gadis itu.

Setelah lama dia mendiamkan diri bagi memikirkan sesuatu, dia kembali mendekati gadis yang sudah duduk termenung memikirkan nasibnya itu.

"Kau nak tahu ke apa yang jadi sebenarnya Zara, betul kau tak menyesal dengar benda ni?"

Tanya Ziyad mahu memulakan rancangannya itu. Zara yang memandang benci lelaki itu terus berdiri bagi mendengar sendiri dari mulut lelaki itu.

"Malam tu aku cuba selamatkan kau dari jantan sial tu kau tahu tak, takkan sikit pun kau tak ingat?"

"Kau yang nak balik sangat dengan dia malam tu kan, tapi apa? Dia bawa kau masuk hotel tu lah."

"Aku sendiri tak tahu lah macam mana kau dengan mudah ikut jantan tu Zara, Kenapa?, Kau terdesak sangat ke malam tu?"

Ziyad yang tidak mahu dituduh menjadi punca permasalahan itu menceritakan semua yang dah terjadi pada gadis itu.

"Saya bukan macam tu la encik, encik tak ada hak nak tuduh saya macam tu."

"Sehina-hina saya, saya takkan buat perkara keji macam tu.!"

Marah Zara pula yang dituduh sebegitu rupa.

"Kalau encik yang selamatkan saya, kenapa saya boleh ada kat rumah encik?"

"Encik pun memang sebenarnya ada niat yang sama kan macam jantan tu, encik jangan ingat saya tak tahu lah."

"Lelaki tak guna macam encik ni, memang suka buat perkara tak baik pada perempuan."

"Ingat tak apa yang encik buat dengan Tania di pejabat hari tu, ingat tak?."

"Jadi sangkaan saya tak silaplah kan."

Balas Zara yang seakan berani dan berang dengan tuduhan Ziyad itu padanya.

Ziyad yang mendengar begitu seakan baran pula seketika, sikap baran nya yang datang tiba-tiba agak susah untuk dikawal.

"Kau yang nak ikut aku lah perempuan, kau lupa ke yang kau cakap nak settlekan hutang lima ribu kau tu dulu dengan badan kau."

"Aku cuma ikut je jika cara tu yang kau boleh bagi pada aku. Perempuan murah macam kau ni dengan mudah je serah badan kat mana-mana jantan kan."

Tengking Ziyad yang sudah tersenyum sinis di situ.

Kata-kata Zara itu telah membuatkan dirinya tidak dapat mengawal kemarahannya dengan baik jadi dia teruskan saja dengan rancangannya itu.

Zara yang sudah terduduk itu seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya, sedikit pun dia tidak mengingat apa-apa malam tu.

Betulkah apa yang diberitahu lelaki itu atau pun ini hanya rekaan untuk menutup pekung di dada.

"Aku takkan percayalah kata-kata keji kau ni, kau jangan ingat tuhan takkan balas perbuatan kau ni pada aku."

"Aku jijiklah dengan permainan kotor kau ni."

Sebaik sahaja Zara ingin melangkah untuk pergi, Ziyad menarik tangan gadis itu dan menolaknya ke dinding.

"Jadi, kau boleh cerita ke apa yang dah jadi?"

"Tak kan? Jadi macam mana kau nak nafi semua ni hah?"

"Kau dah jadi bekas aku lah, apa kata kau terima je semua ni."

Ziyad terus meninggalkan gadis itu dalam tangisan yang hiba, dia terus terduduk memikirkan semua itu.

Tiba-tiba satu suara memanggil Zara yang masih terduduk dan gadis itu terus dipeluk erat. Namun, pandangan Zara terkedu apabila muka lelaki yang amat dikenalnya juga datang mendekati dirinya.

"Kau kenapa ni Zara, apa yang dah jadi ni.!"

Tanya Mila yang seakan risau dengan keadaan kawannya itu. Namun, pandangan Zara hanya tertumpu kepada muka lelaki di hadapannya itu.

Muka lelaki itu tidak dapat diertikan Zara lagi, Zamri terus berbalik dan masuk ke dalam pejabat untuk menjamin Zara untuk pulang ke rumah.

"Aku minta maaf Zara, Zamri datang ke KL sebab nak surprise kan kau. Tapi lain yang jadi, aku dah tipu dia tadi suruh Zam balik hotel tapi dia paksa aku cerita semuanya."

Bisik Mila menceritakan keberadaan Zamri di sini.

"Tak apa Mil, kau dah datang sini pun aku bersyukur. Nanti aku cuba bincang dengan Zam, mungkin dia akan faham dengan semua yang berlaku."

Jawab Zara seakan lemah di samping kawannya itu.

"Tapi, kau tak apa-apa kan Zara, dia ada buat apa-apa ke kat kau?."

Tanya Mila minta kepastian tetapi digeleng cepat oleh Zara yang menangis.

"Baguslah Zara kau tak apa-apa, risau aku dan Zam cari kau tau. KL ni luas, bukan senang nak cari kalau kau hilang macam ni."

Beritahu Mila lagi.

Zamri yang berada di dalam pejabat menunggu proses untuk mengeluarkan Zara. Setelah itu, seorang lelaki terus duduk bersebelahan dengannya bersama pembantu di sebelah.

"Saya dah bawa wakil untuk keluarkan saya, dan apa prosesnya?.

Tanya Ziyad seraya duduk bersebelahan Zamri sedangkan Zara di luar dibenarkan untuk menunggu.

"Encik yang kes khalwat dengan gadis tadi kan, ni borang yang sama perlu diisi dan encik diminta untuk ikut bon jaminan ini hadir ke Mahkamah."

Terang pegawai yang bertugas dan hanya diangguk Ziyad. Semua urusan diuruskan Siti di sebelahnya sebagai penjamin dan Ziyad meminta diri dahulu selepas dia dibenarkan bebas.

Zamri yang berada di sebelahnya, mengepal-ngepal tangannya menahan marah.

"Kau lelaki tak guna tu ya..! Berani kau bawa tunang aku ke rumah kau, siap kau setan."

Marah Zamri yang bermonolog di dalam hati. Kalau diikutkan hati mahu saja ditumbuk-tumbuk lelaki itu di situ. Disebabkan ada pegawai di dalam pejabat, dia lupakan saja niatnya itu.

•••

Zamri yang sudah siap dari tadi menuju ke kereta dan melihat Ziyad keluar dari situ.

Ziyad yang keluar dari pejabat itu mahu menuju ke kereta yang dibawa Siti untukknya, tiba-tiba kolar bajunya ditarik kuat.

Satu tumbukan padu singgah di muka Ziyad dan lelaki itu jatuh ke tanah. Zamri tidak hanya berhenti di situ malah ditumbuknya lagi Ziyad di situ tanpa belas.

"Zam.. Sudahlah Zam..!"

"Cukuplah Zamri apa yang kau buat ni Zam..!"

Teriak Mila menarik Zamri yang sudah tidak boleh dikawal itu.

Zara yang juga mengikuti Zamri ke kereta bersama Mila terkejut dengan perlakuan Zamri yang tiba-tiba diluar kawalan itu.

Dia turut berlari mendapatkan Zamri dan menghalang lelaki itu dari terus berbuat begitu.

"Biar aku bunuh dia, tepilah Mila. Manusia macam ni memang patut diajar cukup-cukup."

"Kenapa kau nak halang aku hah, Eh tepilah..! Tepi aku cakap.!"

Marah Zamri lagi. Ziyad yang tersenyum dengan kata-kata Zamri itu terus bangun dan membetulkan bajunya yang seakan kotor itu.

"Kau dah kenapa? Nak bela perempuan tu. Tak payah lah, lagi pun semua dah terjadi."

"Dan itu pun kehendak dia, bukan aku. Betul tak cik Zara."

Beritahu Ziyad memegang mukanya yang sakit bila ditumbuk lelaki yang entah dari mana itu.

"Kurang ajar."

Zamri yang mendengar tuduhan lelaki itu pada tunangnya mahu menumbuknya lagi namun, ditarik pula oleh Zara di situ.

"Hey..hey.!"

"Kau jangan ingat aku takut, sinilah nak bertumbuk. Aku tak tahu lah kau ni datang daripada mana tiba-tiba je serang aku."

"Nak tunjuk hero depan perempuan macam ni ke?"

"Hey..! perkara ni antara aku dengan perempuan ni lah, kau sikit pun tak ada hak nak masuk campur tahu tak?."

Tengking Ziyad lagi.

"Apa? Tak ada hak kau cakap."

"Ni, kau tengok ni.! Perempuan yang kau bawa masuk rumah kau ni, tunang aku la setan."

"Jadi, aku rasa aku ada hak untuk buat kau macam tu. Jantan macam kau memang patut mati je kat tangan aku ni."

Zamri yang sudah menarik Zara terus menunjukkan dengan kasar gadis yang juga merupakan tunangannya pada Ziyad.

Zara dan Mila yang seakan terkejut dengan perlakuan kasar Zamri itu hanya memandang sepi wajah lelaki baran itu.

"Tunang? What a surprise cik Zara..Oh dah bertunang rupanya kau ni, maaflah aku sendiri pun tak tahu."

"Lagipun kalau dia dah tahu yang diri dia ni dah bertunang, dia takkan mudah-mudah nak lacurkan diri dia kan."

"Zara..Zara.."

"Dah bertunang dengan lelaki yang entah apa-apa macam ni tapi masih lagi nak ikut jantan belakang dia kan?"

"Ni ke yang kau kata kau perempuan bermaruah?. Kesian betul tunang kau kan. Kenapa? Dia terlalu miskin ke sampai kau tak mampu nak minta pertolongan dari dia untuk settle kan hutang kau tu?"

Balas Ziyad dengan ucapan yang kasar pada Zara bila dia sendiri terkejut dengan status gadis itu yang sebenarnya.

Dia tidak menyangka dia boleh menaruh perasaan kepada gadis yang sudah berpunya.

Dan dia sendiri tidak tahu dan Zara sendiri tidak pernah memberitahu statusnya semasa gadis itu bekerja di ZNE Holding. Kalau tidak dia tidak akan membuat rancangan sebegini untuknya.

"Ppap.!"

Sekali lagi tamparan singgah di wajah lelaki itu. Namun, gadis di hadapannya itu ditatap lama dengan pandangan yang tajam. Sedikit demi sedikit kebencian telah mula dirasai oleh gadis itu kepada dirinya.

"Aku bukan perempuan macam tu dan kau bukan sesiapa nak tuduh aku dengan hinaan yang macam tu."

"Jangan ingat semua yang kau perkatakan itu takkan pernah berbalik nanti pada diri kau."

Zara berbalik dan menarik tangan Zamri untuk beredar dari pandangan wajah lelaki itu. Tiada lagi panggilan hormat pada lelaki pembohong yang menghinanya sebegitu.

"Wait..Wait..wait..!. Apa tadi?."

"Apa yang aku cakap tu takkan berbalik semula pada aku?. Wow..!"

"Hebat betul cara kau ni Zara, kau nak tutup macam mana lagi benda ni dari tunang kau ni?

Zara dan Zamri berhenti seketika dan menoleh kembali dengan kata-kata Ziyad.

"Aku rasa tak ada apa yang berbalik pada aku. Kau tahu kenapa?, sebab apa yang aku perkatakan tu bukannya dusta."

Balas Ziyad lagi setelah itu dia beralih untuk bercakap dengan Zamri.

"Betul tak apa yang aku beritahu ni wahai encik tunang, kau tak rasa sesuatu ke dengan perempuan ni?"

"Masih ada niat lagi ke nak kahwin dengan dia?. Kalau aku, aku akan fikir dua tiga kali dulu tau."

Sambung Ziyad lagi tersenyum sinis.

"Apa maksud kau hah."

Zamri yang sudah keliru itu mencengkam kolar baju Ziyad. Namun, Zara cepat-cepat menarik tangannya untuk pergi dari situ namun Zamri masih mahu mendengar penjelasan dari lelaki itu.

"Kalau dia betul-betul lah hak kau, pernah ke kau lihat sisi badan perempuan ni?."

"Kalau aku dah rasa semua lah. Betul tak cik Zara?."

Beritahu Ziyad dengan selamba kata-kata dusta itu.

"Tengok apa hah?, kau jangan cuba nak main-main dengan aku boleh tak. Sebelum aku tumbuk lagi sekali muka kau tu baik kau beritahu. Cakaplah..!"

Marah Zamri yang tampak sudah marah dengan mata yang kian memerah menahan tangis.

"Sudahlah Zam, jangan dilayan lelaki ni. Mungkin apa yang dia cakap pasal Zara semua dusta. Jangan nak percaya sangat boleh tak.! Dah lah jom pergi."

Mila yang dari tadi diam bersuara apabila pergaduhan itu tiada penghujung.

"Dusta? Apa yang dusta hah?"

"Okaylah.! kalau kau tak percaya lagi, cuba kau tanya kawan kau tu. Ada tak tahi lalat di bahagian dada dia.?"

"Kalau tak ada, betul lah tu aku berdusta. Kalau tak kau pandai-pandailah fikir, kawan kau pun bernafsu dan dia bukan malaikatlah."

Ziyad terus berlalu pergi dengan senyuman mekar di wajahnya.

Dia sebenarnya tidak sengaja terlihat tahi lalat di dada Zara yang terdedah apabila membantu menyelimuti gadis itu.

Jadi, untuk meyakinkan perkara itu dia sengaja menyakitkan hati Zamri dengan semua kata-kata nista itu.

Zara yang terkedu di tempatnya memegang baju yang dipakai. Bagaimana Ziyad boleh mengetahui keberadaan tahi lalatnya itu. Mungkinkah betul sudah terjadi sesuatu diantara dirinya dan Ziyad?

"Dugaan apa lagi ni, Ya Allah."

Bisik Zara di dalam hati sambil memandang muka Zamri yang sudah bertukar garang disitu.

"Zam..Zamri tolonglah jangan percaya..."

Sebelum Zara menghabiskan kata-katanya itu, Zamri terus berlalu pergi tanpa mendengar penjelasan dari gadis itu.

Dengar dulu Zam. Zam..!" Teriak Zara lalu ditenangkan Mila disebelahnya.

Zamri yang mendengar ucapan dari mulut Ziyad terus melepaskan pegangannya dari Zara.

Tangannya dikepal-kepal dan terus masuk ke dalam kereta dengan hati yang panas dan terluka.

Dia yang masih terfikirkan ucapan dari mulut lelaki itu tadi.Tak mungkin Zara dan lelaki itu sudah bersama.

Jadi, bagaimana lelaki itu boleh mengetahui keberadaan tahi lalat yang berada di badan gadis itu.

Sedangkan dirinya sendiri sebagai tunangan sah gadis itu tidak pernah melihat sisi tubuh gadis itu.

"Tak mungkin Zara, tak mungkin. Apa yang kau dah buat ni Zara..!"

Zamri bermonolog didalam hati sambil fokus pada pemanduannya.

Suasana sepi dan tegang di dalam kereta kala ini. Wajah Zamri disebelah hanya ditatap takut oleh Zara.

Setelah menghantar Zara dan Mila pulang, Zamri terus beredar meninggalkan mereka tanpa berkata apa-apa.

Hatinya sangat terluka ketika ini, terkadang dia merasa hampa dan kecewa dengan Zara. Sanggup gadis itu menduakannya sebegitu, getusnya.

••••

Zara yang masih trauma dengan kejadian semalam masih duduk di dalam bilik. Bila matanya mahu saja dilelapkan, perkara yang terjadi di antara dia dan Zahir muncul seperti sebuah mimpi buruk untuknya.

Apabila diingat kembali kejadian semalam, dia hanya mengingat Zahir yang terakhir bersamanya. Lelaki itu yang memberikannya minuman yang entah apa membuatkannya tiba-tiba saja sakit di bahagian kepala.

Lelaki itu juga yang sudah menggila dengan tubuhnya kembali menghantui Zara dan dia terduduk sendiri dalam ketakutan bila mengingatinya.

Keberadaannya di rumah Ziyad secara tiba-tiba itu bagaikan sebuah mimpi. Mungkin dalam ketidak sedaran itulah yang membuatkan dirinya mudah mengikut lelaki itu.

Adakah betul dengan apa yang diperkatakan lelaki itu padanya. Dia pening untuk mengingat kembali semua detik hitam dalam hidupnya itu.

Zara menarik selimutnya menutupi seluruh badannya yang sudah kesejukkan. Dia sedaya upaya mahu mengingat kembali semua kejadian itu namun, semuanya hampa.

Dia menangis teresak-esak dengan apa yang berlaku. Entah apa yang akan terjadi padanya jika perkara itu diketahui keluarga. Pasti keluarganya akan mendapat malu yang besar dan kecewa dengan perbuatannya itu

"Zara..Kau okay tak ni? Aku risau lah dengan kau ni, dari semalam kau macam ni."

Mila menghampiri seraya memeluk gadis yang ketakutan itu.

Zara yang di samping hanya menangis memeluk erat tubuh sahabatnya. Mila terpaksa mengambil cuti emergency hari ini disebabkan tidak mahu meninggalkan Zara keseorangan di waktu tegang begini.

"Kau demam ni Zara, Jomlah aku bawa kau pergi klinik nak."

"Dah jom, nanti teruk pula demam kau nanti."

Mila memapah kawannya itu yang dalam keadaan lemah.

Zara hanya mengikut sahaja ke mana badannya di bawa. Dia sangat tidak berdaya ketika ini dan tidak mampu berbuat apa-apa selain menangis mengenangkan nasibnyap.

Setelah mereka berdua pulang dari klinik, Zamri sudah berada di hadapan pintu pagar rumah mereka.

Zamri yang bersandar di pintu keretanya menunggu dengan muka yang masam dan tidak senyum seperti selalu.

Zara yang sudah merasa segar sedikit setelah mendapat rawatan itu keluar dari kereta. Buat masa ini dia tidak mahu bertemu Zamri, lalu Zara terus mahu masuk ke dalam rumah tetapi dirinya dihalang oleh Zamri.

"Aku nak cakap dengan kau Zara. Ini penting."

Beritahu Zamri seraya menarik tangan gadis itu untuk mengikutnya namun, ditepis Zara yang letih itu.

"Zamri!..Kau biarlah dia rehat dulu Zam, Esoklah kau datang, Zara tak sihat lah Zam. Kau tak nampak ke dia pucat tu?."

Mila menyampuk pula bila melihat Zamri berbuat begitu.

"Kau diam lah Mila..Ni antara aku dengan Zara. Aku nak cakap dengan dia sekarang.

Aku dah tak boleh tunggu, aku perlukan penjelasan dari dia dan itu hak aku. Kau tahu kan?"

Perbuatan Zamri yang seakan tiba-tiba berubah tidak seperti selalu mengejutkan mereka berdua.

"Tak apa Mil, kau masuklah dulu biar aku cakap dengan dia. Aku okay."

Arah Zara yang bersetuju dengan permintaan Zamri itu.

Setelah itu, Zamri membuka pintu kereta dan mereka keluar bersama untuk berbicara di tempat yang lebih tenang tidak jauh dari rumah itu.

Mereka duduk bersantai untuk berbicara dari hati ke hati.

"Aku cuma perlukan kepastian Zara, tak salah kalau kau berterus-terang je dengan aku."

Kata Zamri yang duduk di bangku rehat menghelakan nafasnya memandang kawasan lapang yang kosong itu.

"Terus-terang apa Zam?. Kepastian apa lagi yang kau nak Zam.?"

Tanya Zara yang seakan tertekan dengan pertanyaan Zamri seperti itu.

"Dah la Zara..! Tolonglah jangan nak pura-pura lagi Zara, jadi betullah apa yang jantan tu beritahu?."

"Kau dah bersama dengan dia?. Dah berapa kali hah?. Jawablah Zara..!"

Kata-kata Zamri yang keterlaluan itu sedikit mengguris hati Zara. Zara bangun dari duduknya dan memandang Zamri dengan marah.

"Zam..! Aku tak sangka lah Zam kau sanggup tuduh aku sampai macam tu, kita dah bertunang Zam dan aku tak akan buat perkara terkutuk macam tu lah belakang kau."

Zara yang masih menahan air matanya dari tumpah itu terus memandang ke tempat lain dan duduk kembali menunduk.

"Tunang? Betul ke apa yang aku dengar ni Zara?. Baru sekarang ke aku ni tunang kau?."

"Selama kita berjauhan, ada tak kau anggap aku macam tunang?. Setiap hari aku mesej, chat dan terkadang aku call pun jarang kau nak angkat."

"Oh..bila semua dah jadi macam ni, aku tunang kau lah."

Kata-kata Zamri yang sedikit menengking itu mengejutkan Zara. Air matanya yang ditahan tadi sudah tumpah mengalir di pipi.

"Aku tak tahu la Zara nak cakap apa lagi, aku kecewa tau dengan kau."

"Lagipun, semalam jantan tu pun macam tak tahu yang kau dah bertunang kan?

"Kenapa Zara?. Kenapa.!"

"Kau malu?. Ke kau dah simpan lama perasaan kau pada dia sampai sanggup ikut jantan tu balik rumah."

"Atau pun kau takut, dengan status tunang ni akan ganggu kau untuk rapat dengan jantan tu?."

"Macam tu ke.!."

"Aku tanya ni Zara..Jawablah..!"

Marah Zamri yang meluahkan geramnya yang tak tertahan lagi.

Zara menunduk dengan kata-kata Zamri itu, kini dia hanya tahu mengeluarkan air mata dan mendengar tuduhan tidak berasas Zamri. Sanggup lelaki itu menuduhnya sebegitu.

"Cukuplah Zam, cukuplah hina aku sampai macam tu sekali.!"

Luah Zara yang menutup mukanya sambil menangis.

"Kau tahu tak Zara, dah berapa hari aku fikir nak datang KL ni. Aku sanggup ambil cuti aku Zara, aku nak datang sini nak jumpa kau."

"Aku nak ubat rindu aku, aku nak surprise kan kau macam orang lain. Tapi apa yang aku dapat Zara? Aku yang terkejut Zara, Aku.! Bukan kau."

Luah Zamri lagi lalu dia bangun dari duduknya dan memandang Zara dengan marahnya.

"Aku tak sangka kau sanggup serah diri kau pada dia untuk hutang tu Zara. Ke selama ni dia yang biaya hidup kau kat sini sampai kau sanggup jual maruah kau pada dia.!"

"Ni.!!."

"Biar aku sendiri lah yang bayar kau Zara, Berapa? Seratus, ke seribu?."

"Berapa Zara yang kau nak?, tak apa biar aku yang bayar. Aku nak kau tidur dengan aku.!"

Kata-kata Zamri lagi yang melampau itu telah mengguris segenap hati Zara kali ini, duit yang dikeluarkan dari poket lelaki itu ditaburkan terus kepada Zara dengan kejam sekali.

"Ppapp.!"

Zara sudah tidak tahan lagi dihina sebegitu dan hatinya begitu terluka dengan tuduhan dan hinaan Zamri itu.

Sepertinya Zamri sudah menganggap dirinya tak ubah seperti pelacur. Dia juga tidak percaya yang Zamri sanggup mahu berbuat begitu padanya.

"Aku kecewa lah dengan kau ni Zam..! Kau tak pernah nak percayakan aku, kau sanggup tuduh aku macam tu?."

Kenapa Zam..!

"Sebab kata-kata dia semalam lebih penting dari penilaian kau terhadap aku?."

"Kenapa Zam..! Sebab kau jijik ke dengan aku.? Sampai kau sanggup nak buat benda yang sama pada aku."

Zara menghamburkan marahnya sambil mengoyakkan duit yang ditabur itu dan dilempar semula kepada Zamri.

"Kalau macam tu lah penilaian kau terhadap aku Zam. Kau ambil balik cincin kau ni, kau anggap lah kau dan aku tiada apa-apa ikatan pun."

"Aku betul- betul jijik lah dengan lelaki macam kau Zam. Lelaki yang aku percaya selama ni rupanya juga bernafsu syaitan. Perangai kau ni pun tak ubahlah seperti dia. Sama..!"

Marah Zara lagi yang membuka cincin yang masih utuh dipakainya itu lalu dilemparkan pada Zamri. Setelah itu Zara berjalan pulang ke rumah yang tidak jauh dari situ dengan tangisan yang teresak-esak.

Satu mata yang memerhati pergaduhan antara mereka berdua di situ hanya melihat dari jauh.

Dia tidak menyangka tunangan gadis itu sanggup berbuat sampai begitu sekali. Setelah melihat Zara keluar dari lapangan rehat itu, dia sedikit merasa bersalah dengan penipuannya itu.

Sebenarnya niatnya masuk ke kawasan perumahan itu hanya mahu mencari rumah gadis itu seraya menghantar baju cardigan  yang tertinggal oleh Zara semalam di rumahnya.

Namun, di persimpangan lorong untuk menuju ke rumah gadis itu dia ternampak mereka berdua yang sudah pun bergaduh. Jadi, dia hanya memerhati dari dalam kereta dan mungkin waktu lain baju itu akan diserahkan.

Gugur lagi mutiara jernih ini,
Membicarakan rasa di balik hati,
Hati yang telah kau sakiti,
Tanpa ku sedar hinaanmu,
Berbalik dari kata-kata kebenaran,

Mungkin bagimu itu hanyalah hinaan biasa,
Rasa takjub seorang lelaki,
Menilai wanita dalam diamnya,
Rasa benci yang dirasa,
Diluahkan di hujung telinga,

Tanpa ku sedar,
Katamu sudah menyiat hatiku,
Hati menangis hiba,
Rasa begitu terdera,
Kenapa aku?
Kau hanya nampak keindahan di seberang sana?
Apakah fungsi bunga di sisi mu,
Sudahkah ia layu tiada serinya?

_Zara

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience