LSH BAB 26

Romance Completed 14934

Sudah seminggu kehilangan Zara telah menjadi tanda tanya buat semua, entah kemana gadis itu menghilang pun tiada siapa yang tahu. Sudah merata tempat Ziyad mencari gadis itu, tapi tetap tidak jumpa.

Hampir setiap hari juga Ziyad ke rumah Mila untuk bertanya keberadaan Zara tapi Mila sendiri pun sudah buntu mahu membantunya bagaimana. Dia sendiri juga sudah beberapa hari menelefon sahabatnya itu bertanya khabar, tetapi tetap juga sama.

Pulang saja ke kediamannya, Ziyad akan tercari-cari gerangan si isteri dulu, mana tahu gadis itu sudah pulang ke rumah tapi tetap juga tiada. Dia yang terus bersandar lesu di sofa masih buntu memikirkan semua itu, rasa kehilangan isterinya itu bagaikan perginya jiwa dan raganya.

"Ya Allah sayang, mana lagi abang nak cari sayang ni. Abang dah buntu dah sayang, kenapa sayang buat abang macam ni."

"Tak layak ke abang nak minta maaf dengan sayang, abang tahu semua silap abang tu takkan ubah apa-apa pun yang dah jadi. Tapi abang janji sayang yang abang akan pulihkan semuanya."

Menangis Ziyad menatap langit yang kian senja itu, kepulangan gadis itu sangat dinanti olehnya.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam, selesai saja dia mengerjakan solat isya' tadi dia terus membaringkan badannya yang agak letih itu.

Kepalanya juga sesekali akan berdenyut dengan sendirinya membuatkan dia selalu sangat mengambil beberapa biji ubat panadol untuk menahan rasa sakit itu.

••••

Seperti sebilah pisau
Terus menusuk saja ke hati ini
Yang tak pernah dapat terlepas
Hingga menusuk lagi ke relung hati
Dimana tempat namamu terbingkai indah

Ya, aku hanyalah serpihan rapuh untukmu
Teringat akan kehancuran ini
Tak ada satu pun yang peduli
Sampai aku tak mampu lagi satukan kepingan hati ini..

_Zara

Sesusuk tubuh itu masih berdiri menenangkan diri di pesisiran pantai, sudah seminggu dia pergi tanpa sebarang berita. Baginya itu lebih baik daripada dia terus tertekan dengan apa yang sudah terjadi.

Air matanya kembali lagi menitis memikirkan semua masalah dalam hidupnya, macam mana dia mahu memaafkan lelaki itu pun dia sendiri tidak tahu. Rasa terluka yang dirasainya susah sangat untuk diubati apatah lagi untuk melupakan semua itu.

"Berapa lama lagi Zara nak menyorok macam ni?"

Tanya seseorang yang datang menghampiri dirinya yang sedang mengelamun itu. Zara yang mengerutkan dahinya terus saja berpaling melihat gerangan lelaki itu.

Setelah itu dia terus pergi meninggalkan lelaki itu tanpa berkata apa-apa. Entah macam mana lelaki itu mengetahui keberadaan dirinya sedangkan dia sudah lari sejauh yang mungkin.

"Wait Zara..Zara.!"

Halang lelaki itu dengan cepat-cepat mengikutnya dari belakang, setelah itu lengannya ditarik untuk memandang lelaki itu.

"Macam mana you tahu i kat sini Jason?. Selama ni you ikut i ke?"

Beritahu Zara yang tidak mahu menemui sesiapa pun buat masa sekarang.

"Zara you jangan salah faham, i tak pernah ikut you pun. Lagipun i baru je sampai kat sini, macam mana i nak ikut you."

"Lagi pun ni Resort i Zara dan i tak sangka pula i boleh jumpa you kat sini."

Terang Jason bila dia dituduh begitu oleh gadis itu. Zara yang sudah terkejut dengan pengakuan lelaki itu mengenai Resort ni terus memandangnya dengan risau, mungkin lelaki ini akan memberitahu tentang keberadaannya itu pada sesiapa yang mencarinya.

"Dah lah Jason, i rasa kita dah tak ada apa nak cakap dah kan. I need some space, please tolong jangan kacau i and i mohon sangat pada you. Tolong rahsiakan keberadaan i ni pada sesiapa pun, tolonglah Jason i merayu."

Pinta Zara memohon pada lelaki itu dan terus bergerak mahu pergi.

"Sampai bila you nak macam ni Zara?. Perkara ni takkan pernah selesai kalau Zara asyik mengelak je dari Yad Zara.."

Beritahu Jason menasihati gadis itu. Zara yang terhenti dari langkahnya terus berpaling memandang lelaki itu.

"Habis tu you nak i buat macam mana lagi Jason, I dah tak boleh nak terima dah dengan apa yang dia buat pada i. Hati i dah terlalu sakit dan you takkan faham dengan apa yang i dah lalui.

Cerita Zara lagi marah bila lelaki itu berkata begitu.

"I faham Zara, i dah tahu semuanya. Yad dah cerita semua pasal perkahwinan paksa antara you dan dia. Dia sendiri dah buntu cari you merata tempat Zara untuk selesaikan masalah ni."

"Yad dah jarang sangat dah kat ofis tu Zara, siti beritahu i yang dia selalu sangat ambil cuti separuh hari. Tu yang i terpaksa tangguhkan projek i bersama dia dan mungkin sekarang dia masih lagi tengah cari you."

Cerita Jason mengenai perkara itu.

"Buat apa lagi dia nak cari i Jason, i dah suruh dia ceraikan i. Tapi dia masih degil, nanti i akan uruskan sendiri di dengan mahkamah tentang ni."

Beritahu Zara yang masih menahan diri dari terus menangis di depan lelaki itu. Tetapi Jason seperti tidak bersetuju dengan apa yang didengarnya.

"Astaghfirullahhalazim Zara, cuba you muhasabah diri you Zara. Cuba Zara imbas balik apa yang korang berdua dah lalui sepanjang tempoh perkahwinan korang dulu."

"Cuba you tanya diri you sendiri, ikhlaskah hati you saat you minta semua itu?."

"Allah itu Maha Adil Zara, dia mendengar setiap permintaan kita ni, setiap pengharapan dan setiap bait-bait doa."

"Walaupun kita ni adalah seorang pendosa, Allah masih tetap memakbulkan doa-doa kita tanpa sebarang perasaan benci pun Zara. Tapi sedangkan kita menghukum pula seseorang tu sehinggakan tiada sedikit pun kebaikan yang dia buat untuk kita."

"I tahu i tak lah sempurna sangat nak nasihatkan you Zara, i tahu yang i bukan orang alim pun. Tapi i tahu semua tu tak memberi kebaikan pun untuk you."

Beritahu Jason apabila melihat gadis itu masih buntu dalam kedukaan. Sebagai kawan mestilah dia akan selalu menasihati dan memberi pendapatnya di situ untuk membuka lagi minda gadis itu.

"I dah tak tahu apa yang jadi dalam hidup i ni baik atau sebaliknya Jason. I tak tahu kenapa i kena hadap semua ni dalam hidup i, keluarga i dah pun buang i disebabkan dia."

"Dengan apa yang dia dah buat pada i sebelum ni pun ia akan terus melekat dalam hati ni Jason. Jadi, susah untuk i maafkan dia apatah lagi nak terima semua tu."

Luah Zara lagi sudah menitikkan air mata.

"Zara..Kita sebenarnya dah terlupa siapa kita yang sebenarnya. Apa hak kita untuk mempertikaikan setiap aturan Sang Pencipta?"

"Allah tak kejam pun Zara. Tak pernah sekalipun dia kejam pada hambaNya."

"Kita hanya tahu menunding jari. Hanya tahu menyalahkan setiap takdir yang ditetapkan bila mana keinginan dan kemahuan kita sikit pun tidak dipenuhi."

"Tanpa kita sedar Allah pegang semua permintaan kita itu kemas-kemas, jadi Zara fikirlah dulu perkara ni baik-baik. Penceraian bukanlah satu jalan terbaik untuk dibuat jika hati kita masih lagi tersembunyi dengan rasa kasih tu Zara.

"Allah takkan tunaikan permintaan kita tu kerana dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita. Kalau tak sebelum Zara lari dulu pun, Zara mesti dah ke mahkamah kan.

"Tapi tak Zara, Allah telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang."

"Bagaimana pun perancangan kita tu, tanyalah pada hati Zara sendiri. Baliklah, dan selesaikan semuanya dengan baik denan Yad. Jika dah tak mampu, berbaliklah pada Allah lagi."

Jason terus meninggalkan gadis itu yang masih dalam tangisan yang tak tertahan. Kata-kata lelaki itu menyedarkan dia yang kita hanya perlu yakin dan menanti saat dan ketika itu tiba.

Dekatkan diri padaNya. Menangislah memohon ampun di atas dosa-dosa lalu. Semoga Dia permudahkan jalan kebahagiaan kita itu. Bila tiba masanya, kebahagiaan yang sebenar akan kunjung tiba.

Kebahagiaan yang kita sendiri tak pernah terfikir dan terlintas. Apatah lagi kebahagiaan yang hadir bersama redha Allah.

___

Tubna illahi waraja' nailallah, wa nadimna a'la ma faa'lna
[Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan.]

Zara masih lagi berteleku di atas sejadah miliknya, masih lagi memohon petunjuk di atas semua yang berlaku. Dari semalam dia tidak dapat melelapkan mata dan dari semalam dia menangis.

"Ampuni aku ya Allah, aku selalu menyalahkan takdir yang telah kau aturkan untukku. Aku menidakkan sesuatu yang sudah tertulis untuk jalan hidupku."

"Aku terlalu khilaf Ya Allah, mungkin dia sudah ditakdirkan untuk aku. Dan engkaulah yang maha mengetahui sesuatu yang tersurat dan tersirat."

Zara yang sudah duduk berdoa meminta lagi jalan untuknya melalui segala liku-liku yang bakal dihadapi nanti, semoga semuanya berada dalam lindungan Allah.

Mungkin jika dia membuka sedikit ruang dan peluang untuk lelaki itu, akan ada sinar yang menanti di akhirnya.

Masih lagi terngiang di telinganya kata-kata terakhir lelaki itu yang bersumpah untuk selalu setia padanya.

"Aku bersumpah aku tak akan jadi lelaki macam kau lah dato Zakri, walau sesakit mana pun isteri aku tu. Aku akan setia dan jaga dia sampai akhir hidup aku, aku bersumpah."

Airmatanya tumpah lagi mengingat semua itu. Mungkin lelaki itu sudah banyak menerima beribu luka lebih dari apa yang dirasainya dan tak mungkin dia sebagai seorang isteri mahu pentingkan dirinya saja.

Saat hati rawan, makin mudah untuk kita diperdaya. Saat hati rapuh, segalanya akan nampak salah di mata. Amarah mengusai hati, jiwa dan fikiran kita.

Kita mula mempersoalkan segalanya. Setiap apa yang kita pernah doakan dahulu di mana hati kita terdetik:

"Ya Allah kau janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang berdoa. Selama ni aku tak pernah terdetik untuk berjodohan dengan dia. Tapi kenapa kau tetap menetapkan takdirku sebegitu?"

Kita terlupa. Kita hanya manusia. Hamba yang lemah. Kita hanya merancang tapi tak semua perancangan yang kita rangka itu adalah sebaik-baik perkara untuk diri kita.

Zara sudah pun bangun dari sujudnya pada sang pencipta dan sekarang dia akan persiapkan dirinya pula untuk pulang. Dia sudah pun memikirkan semua itu dan membuat keputusan untuk dirinya.

Sudah pukul 10 pagi waktu ini, Ziyad masih terbaring letih di katil miliknya. Beberapa hari ini dia merasakan badannya seperti panas dan sejuk silih berganti. Sudah beberapa hari ni juga selera makannya juga tiada apatah lagi mahu bergerak turun dari katil itu pun dia tak mampu.

Sakit kepalanya juga kian menjadi-jadi sehingga dia beberapa kali menghantukkan kepalanya itu menahan sakit. Setelah itu dia kembali menyelimuti badannya yang merasa seperti kesejukkan pula.

Kereta milik Zara sudah pun berhenti tepat di luar kediaman lelaki itu, pandangannya juga tertumpu pada sebuah kereta yang masih lagi terparkir.

Betullah apa yang dikatakan Jason, Ziyad jarang berada di ofis sekarang ini disebabkan dirinya. Dia kembali menghembuskan nafasnya untuk masuk lagi ke rumah itu setelah dia nekad dulu untuk terus saja pergi.

Pintu sudah dibuka tanda tidak berkunci pun dari dalam. Masuk saja dia ke dalam, semua yang dilihat adalah berbeza juga dari sebelumnya. Rumah itu seperti saja dimasuki perompak dengan semuanya bersepah tidak teratur sedangkan lelaki itu adalah seorang yang pembersih dari segala hal.

Dia terus lagi melangkah naik ke tingkat atas di mana bilik tidur itu juga tidak tertutup. Sekujur tubuh itu masih lagi terbaring dengan selimutnya menutupi seluruh tubuhnya yang seakan menggigil menahan sejuk yang teramat sangat.

Zara yang memberanikan diri untuk mendekat sedikit terkejut dengan keadaan lelaki itu, tangannya terus memegang dahi untuk merasai suhu badan suaminya itu.

"Ya Allah encik.. Encik Ziyad.!"

Tapi gerangan lelaki itu juga tetap tidak menghiraukan panggilannya malah hanya nafasnya saja yang berbunyi menahan kesejukkan.

Zara yang sudah panic melihat keadaan Ziyad itu terus pergi dan kembali dengan kain dan air sejuk.

Selimut dibuka dan dia terus membasahkan kain tadi untuk dilap terus ke tubuh suaminya itu, setelah itu kain itu diletakkan pula di dahi bagi mengurangkan lagi panas badan lelaki itu.

Dia terus terduduk di samping suaminya itu sambil tak lepas memandang wajah lesu itu. Entah kenapa sampai begitu sekali lelaki itu tidak mengendahkan kesihatannya. Adakah mungkin juga disebabkan dia tinggal bersendirian tanpa keluarga di sisi.

Zara terus bangun untuk melangkah ke dapur bagi menyediakan makanan untuk suaminya, dia tahu mungkin lelaki itu belum pun menjamah apa-apa makanan dalam keadaanya yang begini.

Tapi langkahnya terhenti bila lelaki itu meracau sendiri dan matanya sudah pun penuh dengan air mata.

"Maa..Janganlah tinggalkan Yad maa, Yad takut maa. Yad sakit sangat maa.."

Setelah itu Zara kembali duduk menghampiri mendengar semua luahan lelaki itu. Pernah diingatnya dulu waktu kejadian lelaki itu dilanggar oleh kereta Mila, lelaki itu juga meracau memanggil mamanya.

Zara mengusap lembut pipi suaminya itu, mungkin lelaki ini terlalu merindui mamanya. Mungkin sebelum ini hanya mamanya sajalah tempat dia menumpang kasih. Zara berjanji yang dia akan cuba membuka ruang dalam hatinya itu untuk menjadi yang kedua selepas mama lelaki itu.

Dia terus membaringkan dirinya di dalam dakapan suaminya dan di dalam dakapan itu perasaan yang sama turut dirasainya sama seperti dulu, satu perasaan yang sudah lama terpendam dalam dirinya tetapi tidak pernah diucapkan dibibir.

Setelah itu dia turut sama terlena dalam dakapan lelaki itu.

•••

Azan zohor sudah sayup-sayup didengar di telinga lelaki itu, Ziyad yang merasakan lenguh di lenganya terasa berat pula untuk diangkat. Jadi dia tersedar seketika dan seakan terperanjat bila sesusuk tubuh itu sudah terbaring lena dalam dakapannya.

Wajah mulus itu terlena cantik pada pandangan matanya, mahu saja dia mencium isterinya itu tapi Zara sudah seperti mahu tersedar pula dari lena.

Ziyad cepat-cepat menutup matanya kembali seperti tadi tidak mahu diketahui. Zara yang sudah tersedar dari lenanya kembali menatap dan memeriksa kembali panas badan suaminya.

Setelah itu dengan perlahan dia turun dari katil itu untuk ke dapur tapi pelukan tangan Ziyad ke pinggangnya menghentikan langkahnya. Pelukan itu menariknya kembali ke pangkuan si suami yang masih terbaring dan dia hanya membiarkan saja semua itu.

Mata mereka kembali tetaut memandang antara satu sama lain, satu kucupan sudah singgah di dahinya dan dia sudah dipeluk erat dalam dakapan suaminya.

"Maafkan abang sayang, maafkan segala dosa-dosa abang pada sayang."

"Terima kasih sayang sebab masih kembali pada abang, terima kasih sayang."

Ziyad menangis lagi sambil memeluk erat gadis itu tidak mahu dilepaskan, bahang panas badan lelaki itu masih lagi terasa padanya menandakan suaminya belum pun sihat sepenuhnya dari demam panas nya.

"Zara pun nak minta maaf dengan abang, Zara dah banyak sangat dah terkasar bahasa dengan abang sedangkan abang ni suami Zara."

"Zara tahu walau apa pun yang terjadi sebelum ni antara kita, tak akan merubah apa-apa pun abang. Perkara tu dah berlaku dan Zara patut terima semua ketentuan Allah pada Zara."

"Abang dah pun ditakdirkan dalam hidup Zara, macam mana pun Zara lari takkan merubah apa-apa pun abang."

Beritahu Zara menangis menatap lelaki di hadapannya yang turut menitikkan air mata.

"Maafkan abang sebab terlalu ego nak mengaku semuanya pada sayang, rasa cinta abang pada sayang sebenarnya dah lama abang simpan."

"Pertama kali sayang datang ke ZNE Holding dulu, abang dah memang jatuh cinta dengan sayang. Tapi abang tetap ego, abang selalu salah anggap dengan sayang."

"Memang betul abang gunakan sayang untuk lari dari berkahwin dengan Tania, tapi bukan sebab terpaksa pun sayang. Abang dah memang cintakan sayang, sebab tu abang rela pilih sayang dari abang terus kahwin dengan dia. Hati abang cuma ada sayang, dan selamanya akan tetap sama sampai bila-bila."

Cerita Ziyad lagi dan kembali mencium ubun-ubun kepala isterinya itu.

"Sebenarnya hati Zara pun rasa benda yang sama bila dengan abang dan susah untuk Zara hilangkan rasa ni dari abang. Zara pun dah lama cintakan abang."

"Boleh tak abang janji dengan Zara! Janji dengan Zara yang abang akan selalu ada dengan Zara walau apa pun yang berlaku."

"Janji dengan Zara yang abang akan selalu percayakan Zara walau apa pun badai yang melanda pada kita."

Ziyad yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu sendiri menangis mengalirkan air mata. Tuhan sudah perkenankan doanya dengan melembutkan hati isterinya ini dengan memberikan peluang untuknya terus bersama isterinya itu.

"Terima kasih Ya Allah..Terima kasih sayang, abang janji sayang yang abang tak akan sia-siakan sayang pun lepas ni."

Gadis dihadapannya terus dikucup sayang, pelukan dari gadis itu juga mengalirkan air matanya tanda dia sangat bersyukur kali ini.

"Dah la abang..Tak nak la nangis-nangis macam ni, nanti tak handsome dah suami Zara."

Gurau Zara sambil mengelap air mata suaminya itu dipipi.

"Abang demam lagi ni, Zara pergi buatkan makanan untuk abang. Abang rehatlah dulu, kenapa abang jadi sampai macam ni. Kenapa abang tak jaga diri abang, kalau Zara tak datang tadi tak tahulah apa yang berlaku pada abang."

Beritahu Zara yang risau melihat keadaan suaminya tadi.

"Abang pun tak tahu sampai demam macam ni, abang terlalu rindukan sayang. Merata tempat dah abang cuba cari sayang, fikiran abang buntu sayang masa tu."

"Tapi bila sayang dah ada depan mata abang ni, abang dah rasa okay dah sikit. Tapi kepala abang ni lah selalu sangat berdenyut."

Beritahu Ziyad tersenyum melihat isterinya yang tampak risau tentang keadaannya itu.

"Abang ni selalu sangat sakit kepala, kita pergi klinik nak? Kita buat check up, takkan abang nak biar macam tu je sakit abang."

Pinta Zara memujuk lelaki itu tapi hanya gelengan yang diterima olehnya.

"Buat apa pergi klinik, ubat abang kan dah ada depan mata abang ni. Ubat ni lagi mujarab dari ubat hospital tu dan ubat ni hanya ada satu je dalam dunia ni. Hanya abang je ada tau."

Gurau Ziyad sambil mencuit hidung isterinya yang sudah membeliakkan matanya.

"Ya Allah abang ni, orang cakap betul-betul ni dia buat main pula. Dah lah Zara nak turun buatkan makanan untuk abang dan abang kena pergi mandi dulu."

"Biar panas badan abang tu cepat turun, nanti cepatlah abang sihat. Lagi pun tadi Zara ada bau sesuatu lah, macam ada orang tak mandi banyak hari je."

Gurau Zara lagi mengenakan lelaki itu dan Ziyad sudah pun mencium-cium bau badannya tapi tiada apa pun yang berbau.

"Ye ke sayang ni..Tadi bukan main lagi peluk cium abang ni tadi, mari sini abang nak peluk sekali lagi betul tak abang berbau ni."

Tarik Ziyad dengan sengaja tapi Zara sudah pun berlari tinggalkan dirinya dengan gelak yang besar tanda tidak mahu. Ziyad hanya menggeleng saja melihat keletah nakal isterinya yang mencuit hatinya itu.

Semoga bahagia menjadi milik mereka berdua dan kebahagiaan itu akan kekal buat selama-lamanya.

Itulah mengapa, saat badai menghantam kita harus kuat karena bagaimanapun juga perkara itu akan berlalu pergi. Setelah itu, akan ada pelangi indah yang menanti kita, yang tetap bertahan dalam badai itu.

Aku berdoa dan berserah pada Tuhan,
Agar mahligai yang dibina tetap berkekalan,
Biar mendatang cabaran dan dugaan,
Biar ombak badai yang mendatang,
Bahtera bahagia tetap aku layarkan..

_Ziyad

••••

Genap dua bulan sudah mereka berdua meniti hari bahagia bersama setelah pelbagai masalah yang hadir dulu. Sekarang setiap saat yang indah itu kini telah selalu mekar hadir untuk pasangan bahagia itu.

Zara yang berada di dalam bilik berdiri memandang ke langit yang terang ditemani pula pancaran bulan. Dia begitu gembira saat ini bila teringatkan kata-kata Mila di telefon yang memberitahu perkembangan Tania di hospital tadi.

Usia kandungan gadis itu sudah pun mencecah 5 bulan lebih, dimana bila doktor 'scan' untuk melihat jantina baby itu. Ia adalah baby girl yang sangat sihat kata Mila padanya.

Zara bersyukur sangat dengan perubahan dan semangat yang ada pada gadis itu, walaupun hidupnya sendiri dia masih mampu menjaga dirinya tanpa menyusahkan sesiapa.

Walaupun Mila selalu ada untuk menemani, gadis itu sedikit segan untuk meminta-minta. Sudah banyak perubahan yang dilihatnya tentang gadis itu.

"Sayang senyum apa ni sorang-sorang, tengok apa sayang."

Tanya Ziyad seraya melihat gadis di balkoni itu tersenyum sendiri. Zara yang terkejut dengan kehadiran suaminya mencubit sedikit pipi lelaki itu.

"Apa abang ni, mana ada Zara senyum. Tak senyum pun lah, saja je Zara tengok bulan tu. Cantik."

Gurau Zara sambil menunjukkan bulan mengambang pada suaminya itu.

"Ye ke sayang ni, ke ada apa-apa yang abang tak tahu ni sayang..Any good news?"

Tanya Ziyad memeluk gadis cantik itu, dia bagaikan terpana melihat kecantikan isterinya malam itu. Rambut gadis itu dikuak sedikit ke belakang dan mata mereka berdua sudah bertaut lama memandang antara satu sama lain.

"For now, there's no good news for you abang. Kenapa abang pandang Zara macam tu, malulah Zara."

Beritahu Zara bertanya bila tatapan mata suaminya itu tidak lepas memandangnya. Mukanya yang sudah merona merah terpaksa berpaling juga ke arah lain menahan malu pada suaminya itu.

"Sayang cantik sangat abang tengoklah lama-lama, tak salah kan sayang."

Zara tersenyum bahagia bila lelaki itu berkata begitu padanya. Dia menggeleng tanda setuju apa yang diberitahu lelaki itu.

"You know what, I'm the luckiest man in the world because I can marry you sayang. Abang janji takkan pernah sia-siakan isteri abang ni."

Zara diangkat sedikit dalam pelukannya menyebabkan Zara yang terkejut itu memegang kemas suaminya di situ.

"Ya Allah abang.."

Ziyad yang melihat tergelak sendiri bila melihat gadis itu begitu, dengan satu angkatan sahaja gadis itu sudah ada di atas nya memandang takut.

"Don't you remember something today sayang, tell me first then abang get you down here."

Zara yang terkedu memandang pelik dengan apa yang dilupainya hari ini, entah apa yang suaminya maksudkan pun dia tidak tahu.

"I don't get it abang, maybe Zara dah terlupa something..Tell me then."

Pinta Zara yang masih keliru di situ memandang tepat pada wajah suaminya yang masih tersengih.

"Are you sure sayang..If i told you, you must promise me that you will owe me something later."

Beritahu Ziyad menurunkan isterinya di situ, lalu tangannya pula melepaskan seutas rantai dan ditunjukkan tepat di depan gadis itu.

"Happy birthday sayang.."

Ucap Ziyad seraya memakaikan rantai itu pada isterinya di depan. Zara yang sedikit terkejut baru teringat yang hari ini merupakan hari lahirnya, tapi lelaki di hadapannya pula yang mengingati semua itu sedangkan dirinya sendiri terlupa akan semua itu.

"Thank you abang..Zara sendiri pun dah lupa dah birthday Zara hari ni, macam mana abang tahu."

Tanya Zara yang terpegun dengan rantai yang dipakaikan terhias cantik di lehernya.

"Adalah...Abang kan secret admirer sayang, semua abang tahu, sayang je yang tak pernah perasankan abang dulu."

Usik Ziyad sambil memicit hidung isterinya di sebelah.

"Ye ke abang ni..Oh jadinya, dulu abang selalu stalk Zara lah eh kat office, patutlah..Ada yang nak tackle Zara pun abang macam dah marah, pelik tau Zara nak faham dengan perangai abang ni dulu."

Beritahu Zara mengusik Ziyad dengan menceritakan perangai suaminya dulu.

"Memanglah..Susah tau nak pikat sayang ni..Ade je yang nak kacau daun, mestilah abang marah."

Zara yang mendengar omelan Ziyad di sebelahnya sudah tergelak besar.

"Gelaklah..Gelak banyak-banyak sayangku, yang penting buah hati sayang ni dah dapatkan sayang tau..I'm the winner.."

Ziyad memandang seraya dengan perlahan mendekatkan dirinya dengan Zara. Zara yang sudah melihat pun mengundurkan dirinya sedikit, apabila melihat senyuman yang susah untuk ditafsirkannya saat ini.

"What if Abang told you that you just owe me something just now.."

Bisik Ziyad di telinga gadis itu seraya mendekatkan bibirnya terus ke leher gadis itu, dalam ketidaksadaran itu juga tubuh gadis itu sudah diangkat ke dalam pangkuannya.

Zara yang sedikit berdebar hanya mengikut sahaja perlakuan suaminya itu, dia diangkat masuk ke dalam dan diletakkan di atas katil dengan pandangan yang tidak lepas dari lelaki itu.

"Sebenarnya abang dah lama cintakan sayang, cuma abang susah nak luahkan dan abang terlalu ego nak mengaku semua tu. Bila ada lelaki yang cuba nak tackle sayang ni depan abang, abang macam tak boleh terima semua tu sayang."

"Abang takut ada yang ambil sayang dari abang, ingat tak dulu?. Sayang tak cakap pun yang sayang dah bertunang, abang rasa tersiksa sangat waktu tu sayang. Susah untuk abang terima semua itu bila sayang rupanya sudah berpunya."

Cerita Ziyad sambil mengelus rambut isterinya di samping.

"Pertunangan tu bukan pilihan Zara, abang. Semua tu diatur oleh pakcik Zara sebab dia mahukan Zara dan Zam bersatu, tapi Zara tak boleh nak tolak pun sebab ayah."

Zara terus bangun dari baring nya bila teringatkan orang tuanya di kampung, sudah lama dia tidak bertentang mata dengan mereka. Khabar hanya didengar saja dari adiknya di kampung, air mata nya tiba-tiba saja jatuh dipipi.

"Ya Allah sayang, kenapa ni sayang? Abang ada salah cakap ke."

Tanya Ziyad bila melihat gadis itu sudah menitikkan air mata. Zara hanya menggeleng tidak berkata apa-apa.

"Ye ke ni, kenapa nangis?"

Tanya Ziyad mengangkat sedikit wajah isterinya.

"Boleh Zara tanya abang sesuatu tak?"

Tanya Zara seraya membetulkan duduknya di hadapan suaminya itu. Ziyad yang mendengar mengangguk menunggu apa yang mahu ditanya gadis itu.

"Abang rasa masih ada peluang tak untuk ayah maafkan Zara.? Zara rasa buntu sangat bang bila ingat balik macam mana ayah marah Zara, pedih rasa hati ni. Zara rindu sangat ayah dan ibu, walaupun Zara tahu hati diorang pun terluka."

Ziyad yang mendengar cepat-cepat memeluk erat isteri di samping, dia yang juga rasa bersalah bagaikan tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung isterinya selama ini. Disebabkan penipuannya dulu, isterinya dibuang keluarga.

"Maafkan abang sayang..Abang tipu sayang untuk kepuasan abang, abang tipu ayah sehinggakan dia terpaksa buang sayang macam tu je. Abang salah sayang.."

Beritahu Ziyad memegang wajah gadis itu dengan kedua belah tangannya.

"Sayang pukul lah abang sayang, abang terima salah abang."

Zara yang mendengar memeluk erat suaminya itu.

"Zara takkan salahkan abang pun, Zara cuma perlukan kepastian. Terima kasih Abang, selamatkan Zara dulu."

Ziyad hanya mengangguk gembira dan ubun-ubun isterinya dikucup sayang tika ini.

"Apa kata esok kita balik kampung? Kita selesaikan semua masalah yang dah jadi ni. Abang akan buat apa saja sayang asalkan abang dapat tebus semua ini."

Zara yang terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu mengangguk laju tanda dia gembira dengan keputusan suaminya itu.

Dia bangun dari katil itu dan mahu berlalu pergi dari situ. Namun, tangan Ziyad sudah memegangnya disitu.

"Aiip..Happy nampak cik Zara ni, nak pergi mana pula tu?"

Tanya Ziyad bila dia sendiri yang menarik gadis itu dan didudukkan kembali ke katil dengan senyuman mekar di bibir. Zara yang sudah tidak keruan di situ menggigit bibirnya memandang ke luar tingkap, misinya untuk melarikan diri dari situ terbongkar pula.

"Pandainya isteri abang ni nak mengelat ye, bukan tadi janji nak bayar hutang ke cik Zara?. Nak lari eh..Mana boleh."

Usik Ziyad seraya bermain-main dengan rambut panjang Zara itu. Semakin lama semakin dekat pula hembusan nafas hangat dirasakan di leher gadis itu, ciuman yang dirasakan juga membuatkan dia sendiri terpaku menikmati semua itu tapi cepat-cepat dia berdiri.

Kali ini dia betul-betul seperti terkena renjatan elektrik dan susah untuknya menenangkan hatinya yang kian goyah dek perlakuan lelaki itu.

"Zara..Zara lupa nak tutup mesin basuh kat bawah, Zara pergi tengok kejap bang."

Beritahu Zara mahu mengelak dari perbuatan ghairah sang suami yang giat mencumbui lehernya itu. Tetapi dengan cepat rangkulan Ziyad di pinggangnya telah menjatuhkannya di katil begitu sahaja.

"Not now sayang...Let me be the first one that you care for."

Sememangnya sudah menjadi lumrah seorang wanita untuk sentiasa mendambakan perhatian dan belaian kasih sayang daripada seorang suami.

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluknya berpasangan sama ada daripada yang ditumbuhkan oleh bumi mahupun daripada diri sendiri. Semoga penyatuan cinta ini akan memberikan satu ikatan mesra dalam rumah tangga yang kian terjalin.

___________

Saat ini tika mentari kian memuncak di dasarnya, aku sendiri meratapi sepi meminta pertolongan sang pencipta untuk menata hati sang kekasih pertama.

Walaupun ruang hati mu yang kian suram dalam kebencian, akan tetap kutunggu jika ia masih belum pulih dalam keterlukaan. Moga tuhan akan memberikan petunjuk dan jalan untuk kita bersama kembali menjalani kehidupan. Dimana dulu, ia sudah kian hilang ditelan waktu keterlukaan.

Sebuah kereta mewah berjenama Honda Accord sudah berhenti tepat di depan sebuah rumah yang tampak sudah berbeza dari yang sebelumnya.

Zara yang keluar dari kereta meneliti sedikit perubahan yang terjadi di rumah itu. Namun, bila dia yang sedang melihat-lihat, gerangan seorang lelaki sudah keluar dari dalam rumah menjenguk ke luar.

"Kak Zara..!"

Zara yang memandang tersenyum gembira apabila Zaki memanggilnya dan terus turun dari situ mendapatkan kakaknya itu.

"Zaki rindu akak, ibu pun rindu akak sangat-sangat kak. Kenapa akak tak pernah nak balik kak, akak dah tak sayang kami ke kak.?"

Soal Zaki yang dari tadi memeluk erat sang kakak yang sudah lama tidak ditemuinua itu. Walaupun mereka berkomunikasi hanya dalam pesanan chat, kerinduan itu tetap masih terasa untuk gadis itu.

Ziyad yang memandang gerangan dua beradik itu melepaskan rindu sangat menyentuh hatinya saat ini. Perpisahan yang mereka rasai seolah-olah telah menghiris luka hatinya kini.

"Ibu mana Zaki..Adik dan Ayah?"

Tanya Zara menjenguk sedikit mencari-cari gerangan yang lain.

"Ibu ada kat dalam kak tengah masak, ayah kat kebun dia macam biasalah. Zaidi pula merayau tak tahu ke mana bila balik sekolah tadi dengan kawan dia."

Cerita Zaki kepada kakaknya dan Zara hanya mengangguk mendengarkan semua itu. Setelah itu dia memandang pula wajah lelaki yang berdiri di sebelah kakaknya kini, lalu disalami seperti mengetahui siapa gerangan lelaki itu.

"Abang Yad..Suami kakak."

Beritahu Zara bila Zaki sudah menyalami lelaki itu.

"Zaki tahu kak, jemput masuk abang Yad."

Beritahu Zaki seraya memimpin tangan kakaknya masuk ke dalam rumah.

Gerangan si ibu masih di dapur dengan senduk ditangan menggoreng sayur, Zara yang menghampiri terus memeluk saja tubuh tua itu dari belakang.

"Maafkan Zara bu..Zara dah lama dah tak jenguk ibu, Zara rindukan ibu sangat-sangat bu."

Tangisan gadis itu menghentikan tubuh tua itu dari perlakuannya di situ. Dia yang masih kaku di tempatnya turut menangis sendiri dan sangat susah untuk ditahan. Dia yang masih terasa seperti bermimpi itu terus berpaling memandang gadis itu lalu diciumnya beberapa kali untuk melepaskan rindu.

Zara yang sedikit agak tinggi dari ibunya itu menundukkan sedikit badannya dan mencium kembali puan Aini yang sudah penuh dengan air mata.

"Kenapa kamu tak balik jenguk ibu nak, setiap hari ibu doa Zara balik ke sini. Biarlah satu dunia pun kutuk anak ibu ni, ibu tak kisah pun nak. Ibu tak pernah percaya pun apa yang orang cakap, ibu percayakan Zara sorang je nak."

Raung puan Aini yang sudah terduduk di lantai dapur menangisi kepulangan anak gadisnya itu. Ziyad yang melihat tubuh tua itu terus mendekati lalu diciumnya berulang kali untuk menghilangkan rasa bersalah yang mendalam di hatinya kala ini.

"Maafkan kesalahan Yad ibu..Semua yang berlaku pada Zara semuanya berpunca dari Yad, sebab Yad lah Zara terpaksa dibuang keluarga begini. Selagi Yad tak minta ampun dengan ayah dan ibu, selagi itulah hati Yad ni tak tenang bu."

Beritahu Ziyad yang juga terduduk di lantai itu, namun Puan Aini yang melihat terus bangun mengangkat tubuh lelaki muda itu.

"Jangan duduk kat bawah ni nak, mari naik kat atas. Lantai dapur ni tak berapa nak bersih, mari naik."

Ajak Puan Aini yang melihat gelagat menantunya itu yang turut sama duduk di lantai itu. Zara yang melihat suaminya itu turut mengalirkan air matanya, lelaki itu tidak pernah kekok melayan keluarganya.

"Yad tak kisah semua tu bu, yang penting Yad akan dapat kemaafan dari ibu Yad dan ibu restulah Yad bu."

Pinta Ziyad kembali memegang tangan tua itu lalu diciumnya berulang kali.

Puan Aini hanya mengangguk-ngangguk sudah menerima semua itu dan melihat sendiri keikhlasan yang terpancar di wajah anak muda itu.

"Kamu dah makan?, mari kita makan nak ibu ada masak banyak hari ni."

Mereka berdua hanya mengangguk mahu dan Zara dengan cepat membantu ibunya menghidangkan makanan di atas meja untuk makan tengahari itu.

Ziyad yang sudah naik ke atas bersama Zaki meminta izin untuk solat dahulu seraya menunggu makanan dihidangkan.

"Zaki...! Zaki...!"

Jerit sang ayah di luar rumah memanggil anak lelakinya itu.

"Ya yah..Kenapa Yah? "

Tanya Zaki menjenguk ke luar melihat gerangan encik Halim membawa 2 biji durian di tangan. Zaki yang berlari terus mendapatkan ayahnya di bawah.

"Dapat yah..! Lama dah Zaki nak makan, nak tunggu musim dia sekarang pun lama lagi kan Yah."

Beritahu Zaki mengambil durian itu untuk dibawa masuk. Pandangan encik Halim pada kereta mewah yang terparkir cantik di depan rumahnya meragukan dirinya saat ini.

"Ki..Sini dulu..Kereta siapa pula ni parking depan rumah kita ni, jiran sana ke."

Tanya encik Halim seraya meletakkan motornya di bawah rumah itu.

"Ohh..Kereta suami kak Zara tu Yah..Kak Zara dah balik..! Jomlah ayah naik."

Ajak Zaki seraya melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan tubuh tua yang terkedu di tempatnya.

Setelah itu, dia mengambil semula motornya tadi dan meninggalkan rumah itu lagi tidak tahu ke mana yang mahu ditujuinya.

Zara yang berlari keluar dari dapur apabila Zaki memberitahu bahawa ayahnya sudah pulang dari kebun melihat ke luar untuk mencari-cari gerangan si ayah. Namun, tubuh tua itu dilihat sudah pergi dari situ.

"Ayah.."

Ziyad yang baru keluar dari bilik setelah selesai menunaikan solat melihat keluar sang isteri lalu menghampiri.

"Kenapa sayang?, Ayah mana?. Tadi abang dengar suara ayah panggil Zaki."

Tanya Ziyad seraya memandang wajah si isteri yang basah dengan air mata.

"Kenapa nangis ni sayang?. Shhhh..Dah..dah jangan lah nangis macam ni, nanti bila ayah dah balik rumah kita pujuk ayah ya."

Pujuk Ziyad sambil menyeka air mata di pipi si isteri. Zara memeluk erat suami di depannya meminta semangat untuk terus bertahan lagi, walau bagaimanapun dia tetap akan berusaha memujuk hati sang ayah.

"Eh..Tengok ni.. Banjir dah baju abang kena air mata sayang ni, alamatnya kena jemur la ni tapi macam nak hujan je kat luar tu.."

Usik Ziyad sambil tersengih melihat gadis itu melekatkan mukanya di dadanya. Dengan serta merta Zara tergelak pula dan dicubit si suami yang mengejeknya.

"Kak..Ibu panggil makan tu, jom abang Yad sekali kita makan sama. Ish, manjanya akak ni..Macam budak-budak Zaki tengok."

Usik Zaki pula bila melihat kakaknya tertepek di dada sasa suaminya itu. Zara yang sedikit malu dengan adiknya cepat-cepat mengundurkan mukanya dan memandang ke arah lain.

"Mana ada..Akak lap air mata je ni, kan abang"

Zara memandang ke wajah suaminya yang sudah dari tadi tersengih dengan gelagat isterinya itu. Zara terus masuk ke dalam tanda malas melayan dua lelaki yang mengusiknya itu.

Jam sudah hampir menunjukkan pukul 8 malam, gerangan sang ayah masih belum pulang ke rumah. Entah ke mana ayahnya pergi pun Zara tidak tahu, sudahlah hujan turun dengan lebat tidak seperti selalu menambahkan lagi kerisauan di wajah gadis itu.

"Ayah tak balik lagi ke Zara, ya Allah risaunya ibu. Tak pernah ayah kamu macam ni, selalunya sebelum masuk maghrib pun dia dah ada kat rumah ni Zara."

Kata-kata yang keluar dari mulut ibunya itu sudah merisaukannya di situ. Dari tadi lagi dia duduk di birai pintu menanti kepulangan ayahnya tapi bayang lelaki itu pun tidak dilihatnya lagi. Dia yang bergegas turun ke bawah cepat-cepat mencari payung mahu mencari ayahnya.

Ibunya yang melihat segera memanggil Ziyad memberitahu tentang isterinya yang sudah berpayung berlalu dari situ. Ziyad yang duduk bersama Zaki menonton tv, bergegas turun mengikuti sang isteri yang laju berjalan di depan.

"Sayang...Ya Allah sayang buat apa ni..Sayang nak pergi mana..! Lebat ni hujan dengan kilat lagi, nanti demam macam mana sayang..!"

Beritahu Ziyad yang sudah basah kuyup memegang isterinya di situ, Zara yang melihat sang suami begitu memayungi lelaki itu.

"Abang...Kan dah basah ni, kenapa abang kejar Zara, dah basah dah abang ni..Nanti abang demam macam mana..!"

"Habis tu sayang macam mana..! Tak demam?, kalau sayang nak pergi je macam ni sayang tahu ke nak cari ayah kat mana? Jangan lah buat abang risau macam ni sayang.."

Beritahu Ziyad yang sudah kesejukkan di situ, bibir lelaki itu yang sudah bergetar kesejukkan terus ditarik Zara kembali ke rumah.

"Zaki..Ambilkan akak kain tuala"

Laung Zara dan dengan cepat diambil Zaki dan terus diberikan kepada kakaknya itu.

Zara mengesat muka suaminya itu lalu terus naik ke atas bersama lelaki itu.

"Ya Allah Zara..Nak pergi mana tadi tu, hujan tahu tak. Tengok si Yad tu dah terbersin dah dia, salin baju dulu Yad ibu buatkan teh panas."

Beritahu puan Aini kepada menantunya itu. Ziyad hanya mengangguk dan masuk ke dalam bilik bersama Zara disebelah.

"Kenapa macam ni abang..Kenapa abang tak pakai payung tadi, kan dah basah macam ni. Zara cuma nak cari ayah di kebun, Zara takut ayah ada kat pondok dia tu. Ya Allah..Zara risau sangat bang pasal ayah."

Air teh yang dibuat ibunya disuruh minum dahulu untuk mengurangkan sejuk badan si suami.

"Janganlah macam ni sayang..Kalau sayang pergi macam tu je masuk dalam hutan tu, sayang ingat selamat ke. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana.? Abang tak risau?."

Balas Ziyad mengingatkan isterinya itu. Perangai degil Zara selalu sahaja susah untuk dipujuknya, gadis itu sangat susah memahami apa yang dirasai.

Zara yang menundukkan sedikit mukanya ke bawah telah membuatkan Ziyad pula yang risau akan gadis itu.

"Abang tak marah pun sayang..Abang cuma beritahu sayang je yang abang risau, macam ni lah..Kalau hujan reda sikit biar abang yang pergi cari ayah, nanti abang minta Zaki temankan."

Beritahu Ziyad memujuk gadis yang sudah muram disisinya. Dengan cepat gadis itu dirangkul dalam pelukannya tanda dia sangat kasih akan gadis itu.

Jam hampir sahaja sudah menunjukkan pukul 12 malam, ibunya yang belum tidur masih menanti sang suami di pintu. Zaki yang juga belum tidur duduk bersama ibunya menanti sang ayah manakala Zaidi juga masih belum pulang ke rumah.

Zara yang melihat suaminya sudah tertidur di situ bangun dengan perlahan keluar dari bilik. Dia menghampiri ibunya dan duduk melentokkan kepalanya pada bahu ibunya.

"Ayah bencikan Zara ke bu..Sikit pun ayah tak nak tengok muka Zara tadi, sekarang pun ayah tak balik lagi bu.."

Tanya Zara yang menangis di sisi ibunya. Puan Aini yang mendengar pun sudah tidak tahu untuk berkata apa-apa, sikap suaminya itu memang susah untuk dimengertikan.

"Bu..Adik pun tak balik malam ni, dia cakap nak belajar rumah kawan dia. Lagipun esok cuti sekolah."

Puan Aini yang mendengar mengangguk faham sahaja tentang anak bongsunya, mungkin Zaidi memerlukan ruang untuk belajar bersama rakannya.

Waktu begini pun hujan masih lebat tidak berhenti, jadi ibunya menyuruh sahaja Zara masuk tidur dan menunggu saja esok pagi.

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience