Masuk hari ini sudah tiga hari Ziyad tidak pulang ke rumah, Zara yang masih setia menunggu kepulangan suaminya menatap langit yang kian mendung di situ. Hatinya terlalu gusar memikirkan keberadaan suaminya, pagi tadi di ZNE Holding dia ada untuk ke tingkat pejabat suaminya tapi sekretarisnya memaklumkan bahawa Ziyad masih lagi bercuti.
Namun, bila dijenguk di cermin bilik itu dia tahu suaminya ada di dalam pejabatnya kini. Dia yang berjalan sendiri sudah merasa sedih di situ, sampai begitu sekali suaminya tidak mahu bertemu muka dengannya.
Kesedihannya tampak terpancar di wajah yang sedikit pucat itu, dia yang berjalan masuk ke pejabatnya tiba-tiba saja merasa mual dan terus berlari masuk ke tandas dengan tergesa-gesa.
Siti yang dari tadi memerhatikan gadis itu turut berlari kerana risau melihat keadaan Zara yang pucat dan tidak bermaya. Dia menyusuri langkah gadis itu masuk ke tandas dan digosok-gosok belakang badan Zara yang memuntahkan semua isi perut yang dia makan.
Pegangan tangannya memegang erat sinki sambil Siti memegang dirinya tidak mahu gadis itu jatuh di situ. Dia yang berjalan beriringan dengan Siti kembali masuk ke pantri dan duduk menenangkan dirinya yang sedikit loya di situ.
Siti yang memerhatikan gadis itu memberikan segelas minuman dan duduk menghadap muka gadis itu.
"Zara ok tak ni..Terkejut kak Siti tengok Zara macam ni, mana senyuman yang selalu kak Siti tengok kat muka Zara ni. Hari ni muram je akak tengok, ni kak Siti nak tanya Zara ni."
"Dah berapa bulan ni.., seronok la boss nanti kan..Tak lama lagi dia dah nak jadi papa pulak, beruntung sungguh dia tu. Kak Siti bangga betul tengok korang berdua ni, bagai pinang di belah dua."
Siti yang sudah tersenyum gembira memegang lembut tangan gadis di hadapannya itu. Namun, kata-kata yang keluar dari mulut kak Siti membuatkan Zara bingung di tempatnya.
"Apa maksud kak Siti? Zara tak faham.."
Namun pandangan kak Siti jadi tersentak pula di situ.
"Astaghfirullahalazim..."
"Zara...Zara. Takkan Zara tak tahu lagi, kan kalau pening dan mual macam ni tanda-tanda orang dah ada isi. Takkan Zara tak bawa encik Ziyad pergi check up?, pening betul lah kak Siti dengan korang berdua ni."
Sedang Siti masih membebel di pantri dengan Zara, satu suara garang memanggilnya di luar dengan kasar mencari-cari pembantunya itu.
"Siti...!"
Siti yang sudah takut tidak keruan di situ menyahut panggilan itu dan memberitahu Zara untuk pergi dahulu.
"Zara..Akak pergi dululah, singa betina tu dah mengamuk cari akak ni, dah jangan nak termenung lagi macam ni. Ambil cuti separuh hari pergi check up dulu, jangan tangguh-tangguh."
Zara yang tersenyum dengan kak Siti di depannya yang berlari keluar mengusap-usap perutnya itu. Betulkah di dalam perutnya ini sudah ada malaikat kecil yang hadir atas ketentuan ilahi.
"Ya Allah sungguh besar rahmat mu padaku."
Dia tersenyum sendiri dan mengikut cadangan Kak Siti untuk mengambil cuti setengah hari untuk ke klinik bagi memeriksa keadaanya kini.
Di dalam bilik rawatan masa ini Zara diperiksa dahulu dan bila senyuman di wajah doktor itu mekar di sebelahnya membuatkan dirinya pula tidak sabar untuk mengetahui keputusan itu.
"Alhamdulillah cik Izara..Tahniah untuk baby pertama cik ni, cik tahu tak yang cik dah mengandung dua bulan lebih dah. Mana suami tak datang sekali.."
Tanya doktor itu bila melihat gadis itu sendirian masuk ke biliknya, takutnya suami gadis itu menunggu di luar. Zara hanya mengangguk tanda dirinya hanya berseorangan di situ.
"Oklah tak mengapa cik Zara, kita dengar degupan jantung baby dulu ok. Dalam tempoh trimester pertama ni saya sarankan untuk sentiasa berjaga-jaga kerana baby pun baru lagi, perubahan hormon, emosi dan lain-lain juga akan berlaku pada cik pada masa ini. Apa-apa pun cik kena jaga makan, cukupkan rehat tak boleh stress untuk kesihatan bayi cik ni."
Pesan doktor panjang lebar kepada Zara di sebelahnya, Zara yang tersenyum gembira melihat kandungannya di mesin ultrasound tidak mampu berkata apa-apa lagi. Kegembiraan nya kini telah terukir di wajah itu dengan harapan yang menggunung di dada.
Setelah keluar dari klinik itu dia terus mencapai telefon di tangan dan mendail nombor telefon suaminya di situ, namun hanya deringan masuk sahaja yang didengar olehnya waktu itu.
Zara mengambil keputusan untuk memberitahu sahabat baiknya berita gembira ini dan mereka bertemu di luar untuk makan bersama di sebuah restoran.
"Eh..Pucat je aku tengok muka kau ni Zara, ada apa-apa ke ni..Hah ceritalah berita gembira kau tu aku nak dengar, hari ni kau kena belanja aku makan sekali sebab aku minta ngan boss kesayangan aku nak makan dengan kau hari ni. Merajuk dia tahu tak..!"
Beritahu Mila dengan mulut murainya bercerita tentang kekasihnya di situ. Namun, Zara hanya terdiam memandang sayu muka sahabatnya itu.
"Diam je kau ni..Dari aku sampai kat sini hinggalah dari tadi aku membebel sorang-sorang kau boleh pandang je aku macam tu..Kenapa ni..? kau angau eh tengok aku ni."
Namun hanya senyuman saja yang mekar di wajah Zara bila Mila sudah dengan lawak bodohnya itu.
"Aku mengandung..!"
Beritahu Zara tapi dengan terkejut Mila terjerit di Restoran itu membuatkan ramai memandang mereka di situ.
"What...!"
"Sorry..Sorry semua.."
Mila menunduk malu di situ dan mereka sama-sama ketawa pula sebab malu dengan orang sekeliling.
"Apa lah kau ni..Suami aku pun belum terjerit macam tu kau pula yang lebih-lebih. Nasib baik tak viral perangai kau ni, kalau tak mesti dah meletop."
Gelak Zara lagi.
"Alah macam kau tak biasa macam aku Zara..Kau pun apa kurengnya, Aku kan..."
Belum sempat Mila menghabiskan perkataan di mulutnya ekor matanya mengikuti pergerakan dua orang yang lalu diluar restoran itu. pasangan itu sememangnya sangat mesra berpegangan antara satu sama lain, Mila yang menghentak tangannya di meja memandang Zara di situ.
"Tu bukan laki kau ke Zara, tu..tu..Dengan perempuan mana pula tu..! Haritu dengan perempuan lain, ni yang lain. Buaya betul..! "
Marah Mila tidak pedulikan lagi orang yang mamandangnya di situ, Zara yang berpaling melihat ke belakang ternampak jelas di matanya yang suaminya bersama cik Elena mesra berdua di situ. Dia kembali duduk dalam kehampaan tanda dia sudah tidak boleh buat apa-apa lagi di situ.
"Dia ni memang nak kena tau dengan aku, bini dia dah lah mengandung boleh dia main betina kat belakang. Kalau aku kat tempat kau aku sepak-sepak muka dia kat situ, suami apa macam tu..!"
Beritahu Mila yang mahu bergerak pergi tapi tangan sejuk Zara menarik gadis garang itu untuk berhenti di situ. Mila yang melepaskan lelah menggengam erat tangan sahabatnya itu lalu duduk kembali ke tempatnya.
"Cuba kau beritahu aku..Apa cerita ni Zara.. Korang gaduh lagi eh, kau macam tunggul je kat sini tengok suami kau curang macam ni. Cuba kau pandang aku, beritahu aku Zara kenapa ni..!"
Muka Zara yang sudah basah dengan air mata ditatap sayang oleh sahabatnya itu, apa lagi dugaan yang menimpa sahabatnya itu kali ini. Dia sendiri pun tidak boleh menjangkakan apa-apa pun lagi.
"Aku kena fitnah Mil..Aku..aku tak tahu Yad ambil kat mana gambar tu semua, masa aku kemas beg dia gambar tu dah ada dalam tu. Aku sendiri tak percaya Mil, gambar tu betul-betul sebijik macam muka aku..."
Menangis Zara di situ dengan banjiran air mata yang sudah lama disimpan, bila bersama Mila dia akan bercerita semua masalahnya tanpa ragu-ragu.
"Gambar apa ni..Aku tak faham lah Zara.."
Tanya Mila pelik dan memegang kedua tangan gadis itu mahu mendengar.
"Gambar aku dengan Hir bersama.."
Beritahu Zara yang memperlahankan suaranya bila menyebut itu semua. Tapi dia kembali memandang sahabatnya dalam kedukaan yang ditanggung.
"Aku sumpah Mila..Aku berani sumpah demi Allah yang aku tak pernah menduakan suami aku, kau sendiri pun kenal aku macam mana Mil."
"Tapi disebabkan gambar tu Yad dah tak nak percayakan aku, dia tinggalkan aku macam tu je Mila."
"Sikit pun dia tak nak cari kebenaran malah dia makin tuduh aku sampai macam tu sekali.."
"Cuba kau beritahu aku macam mana aku nak cari kekuatan Mila untuk aku tempuh semua ni, hati aku pedih bila suami sendiri menunding jari tanpa usul periksa.."
Cerita zara yang sudah teresak menangis, Mila yang di depannya terus duduk disebelahnya memeluk erat gadis itu.
"Astaghfirullahalazim Zara.. Sampai macam tu sekali dugaan dalam hidup kau, sepanjang aku ada dengan kau aku sendiri tak tahu betapa peritnya dugaan yang kau tanggung selama ni."
"Baru saja kau nak merasa bahagia dengan baby penyeri keluarga ni, tapi tuhan masih nak duga kau sekali lagi Zara."
Mila yang mengusap perut gadis itu lalu terus menyeka air mata sahabatnya dengan kedua-dua belah tangan. Dirinya sendiri juga sudah mengalirkan air mata dengan cerita gadis itu.
"Aku percaya dengan kau Zara, tak mungkin Zara yang aku kenal akan buat perkara macam tu. Aku harap kau kuat Zara, aku tahu ujian ni semua hanya nak tengok ketabahan kau Zara."
"Look..Mungkin dengan ada baby dalam perut ni boleh lembutkan hati dia..Kau cuba dulu Zara, kau pujuk hati dia balik kalau ada apa-apa aku akan selalu ada dibelakang kau."
Mereka berpelukan di situ, tiada lagi rasa malu dipandang orang sekeliling. Mereka yang menangis bersama disitu adalah untuk menguatkan diri bukan untuk terus terluka begitu.
____________
Lamunannya terhenti tentang kisah pagi tadi bila melihat sebuah kereta yang sudah masuk ke garaj. Air mata yang jatuh dipipi tadi terus diseka bila dia mengetahui siapa gerangan yang balik ke rumah itu.
Senyumannya kembali mekar dan dia cepat-cepat membetulkan baju dan rambut lalu turun ke bawah untuk menyambut suaminya.
Pintu dibuka dan ziyad sudah masuk ke dalam rumah tetapi ternyata dia bukan berseorangan, lelaki itu memimpin tangan Elena masuk ke dalam tanpa sedikit pun memandang muka Zara di sebelahnya.
Elena yang melihat muka Zara yang terkedu di situ melambaikan tangannya seperti mengejek tanda dia menyapa gadis itu.
"You tunggu bawah dulu sayang..I nak ambil baju kat atas, tunggu tau."
Beritahu Ziyad melepaskan tangan Elena duduk di sofa dan terus naik ke atas. Zara yang melihat suaminya itu terus menyusuri Ziyad ke atas, namun Elena menghentikan langkahnya di situ.
"You nak pergi mana?, Tak habis lagi ke dengan pujuk rayu you tu?. Dah..Dah la.."
"Betina hipokrit macam you ni i dah cakap dah, tak sesuai dengan Yad. You tak layak pun nak berdampingan dengan dia, come on lah cermin lah dulu diri you ni."
"Kenapa?, rumah besar macam ni tak ada cermin ke?. Takkan lah jantan yang skandal dengan you tu tak mampu nak belikan.. Cermin murah je kut.."
Perli Elena lagi namun kali ini Zara sudah hilang pertimbagannya dengan gadis itu. Satu tamparan keras sudah singgah di muka gadis melampau itu dan membuatkan dia jatuh tersungkur di lantai.
Suara pekikan yang keluar dari mulut gadis itu telah didengar Ziyad di tingkat atas. Jadi, dia terus turun dengan cepat untuk mendapatkan kekasihnya itu.
"You tengok betina ni sayang, kurang ajar..Berani dia tampar i.."
Jerit Elena lagi menunding jari ke arah Zara yang sudah berada di atas tangga. Pipinya diusap-usap tanda sakit dengan tamparan keras itu.
"Eh.. Tu baru sikit tahu tak..! Kalau ikut hati aku, aku dah ambil semua cili dalam peti ais tu aku sumbat dalam mulut kau..!"
Marah Zara lagi yang sudah hilang sabar itu.
"Stop it..!"
Bergema suara Ziyad di situ seraya memandang tajam muka Zara, dia yang menggegam penumbuknya terus datang menghampiri gadis yang sudah berada di tangga.
Zara yang sedikit ketakutan dengan muka menyinga lelaki itu berundur sedikit menyandar ke dinding.
"Kenapa kau sentuh dia..! Apa hak kau sampai kau tampar dia macam tu..Kau cakap dengan aku..!"
Marah Ziyad yang sudah menumbuk dinding memandang marah muka Zara. Zara yang terkejut dengan perlakuan lelaki itu menintikkan air mata yang sudah ditahannya dari tadi.
Sampai begitu sekali Ziyad memarahi dirinya untuk mempertahankan gadis itu, habis tu bagaimana pula dengan dirinya?.
Zara menarik nafas sedalam-dalamnya dan terus naik ke atas tidak mahu menjawab soalan lelaki itu. Hatinya bagaikan dihiris-hiris dengan pisau saat ini.
Beginikah rupa seorang lelaki yang bersumpah padanya untuk terus setia dan menjaga dirinya sampai bila-bila.
Inikah juga lelaki yang diberi peluang olehnya dulu untuk terus melindungi maruah dirinya, namun apa yang dilihatnya tadi rupanya adalah yang sebaliknya. Dia menangis menyusuri tangga masuk ke bilik dengan perasaan hampa, dia sangat kecewa dengan lelaki itu saat ini.
Ziyad yang turut naik ke atas mengejar gadis itu bila Zara tidak menjawab soalannya tadi, dia merasakan dirinya bagaikan tunggul pula disitu.
"Eh aku belum habis cakap dengan kau lah..Kau ingat aku ni apa? Tunggul kayu?"
"Kau jangan berani buat dia macam tu.. Kenapa? Kau tak boleh terima yang dia kutuk kau?. Buat apa kau nak marah, bukan ke semua yang dia cakap tu betul?..!"
Beritahu Ziyad dengan muka tajamnya itu, Zara yang kembali menatap lelaki itu terus menolak Ziyad ke belakang.
"Tunggul?..Zara yang patut tanya abang soalan tu.., abang anggap Zara ni apa sebenarnya.?"
"Abang bawa dia balik sini dengan mulut longkang dia dan abang nak Zara layan dia macam mana?, Abang lindung dia macam Zara ni tak pernah penting pun dalam hidup abang..!"
"Kenapa? Abang dah gilakan dia?."
Tanya Zara memandang tajam muka lelaki itu meminta kepastian.
"Yes..! Aku cintakan dia..Kalau kau nak tahu aku sayangkan dia lebih dari aku sayangkan kau lah..!"
"Kenapa aku tak boleh bawa dia datang sini?, Ni rumah aku..! Suka hati aku lah...Yang kau bawa jantan masuk rumah aku, kau nak cakap apa pula?..!"
"What you give you will get back lah Zara..!"
Bergetar suara Ziyad berkata semua itu, kali ini memang ego dia sudah menguasai dirinya. Sakit hatinya pada Zara masih terbuku lagi masa ini.
Terduduk Zara bila mendengar ucapan yang keluar dari mulut lelaki itu. Dia terduduk di katil dengan air mata yang melaju di pipi, begitu hancurnya hati seorang isteri bila mendengar pengakuan suaminya begitu.
Namun, hatinya masih tidak mahu mengalah kali ini. Dia bangun dan menghampiri Ziyad di situ dengan deraian air mata.
"Macam mana dengan anak kita abang...Betul ke anak yang Zara kandung ni bukan dari rasa cinta abang pada Zara?.."
Beritahu Zara yang masih memandang muka lelaki itu meminta kepastian, bertalu-talu seksaan jiwa yang diperolehnya kini disebabkan lelaki itu.
"Kau cakap apa ni..Anak?"
Tanya Ziyad yang sudah berdiri tepat di depan isterinya itu, kali ini jantungnya sudah berdebar laju bila Zara menyebut perkataan anak di depannya.
Zara yang mengangguk terus mendekat memandang tepat pada wajah lelaki yang amat dicintainya itu.
"Zara mengandung abang..."
"Dua bulan dah anak kita ni abang, macam mana Zara nak buat perkara terkutuk tu kalau Zara dah mengandung macam ni abang..."
"Cubalah abang fikir baik-baik..Bukannya main tuduh macam ni abang.."
Terketar suara Zara di situ dengan tangisan yang keluar. Dia masih lagi menatap lama muka lelaki itu untuk meraih simpati, masihkah ada sinar untuknya kembali bersama suaminya seperti dulu dengan wujudnya anak yang dikandung ini.
Namun, apa yang tidak dapat disangkanya kini terjadi betul-betul di depan matanya. Orang ketiga dalam perhubungan mereka ini telah menghancurkan kebahagiaan yang dimilikinya, tapi apakan daya suaminya lebih percayakan orang lain daripada isteri sendiri.
"Anak siapa?.."
Suara Elena yang masuk ke dalam bilik itu terus menyampuk saja urusan rumah tangga mereka, dia yang berjalan mendekat disisi Ziyad memandang sinis gadis itu.
"Ye lah maksud i..Anak Yad ke?, Anak skandal you tu ke or..Anak dia ni..? You kenal tak siapa ni Yad?"
Tunjuk Elena gambar Zara bersama Zamri di Mall yang diambil masa dia juga berada di sana, kebetulan pula dia ternampak Zara di situ bersama lelaki itu. Jadi, dia mengambil gambar mereka berdua dan mudahlah untuknya mengenakan gadis itu.
Pandangan Ziyad kembali tajam memandang gadis di depannya, dia terduduk di katil memegang kepala dengan kedua belah tangan bila Elena menunjukkan gambar Zamri berdua dengan Zara di Mall.
Zara menggeleng untuk menafikan tuduhan tak berasas Elena itu terhadapnya, dia terduduk memegang kaki Ziyad yang terdiam membisu disitu begitu.
"Abang..Pasal Zam tu cerita lain abang..Jangan dengar cakap dia abang.."
"Masa tu Zara.."
Belum sempat pun Zara menjelaskan semua itu Ziyad sudah bangun menengking dirinya disitu.
"Diam...!"
"Lepas Zahir..Zamri pula kali ni, apa yang kau cakap dulu?. Kau cakap kau tak cintakan si Zam ni, sampai dia peluk kau kat kampung dulu pun kau mengelak bila depan aku..!"
"Tapi belakang aku.. Kau jumpa dia dan sikit pun kau tak beritahu aku..! Kau nak aku percaya yang mana Zara, semua dah terbukti depan mata aku sendiri..!"
Zara yang masih terduduk memegang erat lagi kaki suaminya di situ.
"Tak abang..Tak..Dengar dulu penjelasan Zara abang.."
Namun, hati lelaki itu bagaikan sudah terhiris dengan sembilu.
"Dah..Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut betina pembohong macam kau ni, cuma aku nakkan kepastian dari kau..!"
Zara diangkat kasar untuk berdiri memandang dirinya dengan pandangan yang tajam, mata Ziyad yang sudah merah dengan air mata ditatap takut oleh sesiapa saja.
"Anak siapa tu.."
Perlahan suara Ziyad menahan tangis kali ini, namun Zara menggeleng menafikan tuduhan itu semua terhadapnya.
"Anak abang...Ni anak abang..!"
Pegang Zara dengan lembut tangan suaminya itu namun, terus direntap lagi dengan kasar.
"Aku tanya kau baik-baik Zara..Tu anak siapa..!
Anak Zamri ke..Anak Zahir..!"
"Cuba lah kali ni kau jangan nak bohong lagi aku, kau tahu tak hati aku ni dah tersiksa disebabkan kau..Dengan semua kebohongan kau ni kau ingat aku boleh percaya itu anak aku..?"
Namun kali ini Zara betul-betul sudah terluka, sampaikan anak yang dikandung itu pun suaminya menuduh yang itu bukan anaknya.
"Ya Allah ya tuhanku..Ampunilah segala dosaku, dosa suamiku ya Allah.."
Jerit Zara di dalam hati menangis pilu.
"Kenapa kau diam? Betul lah tu bukan anak aku kan? Terima kasih Zara..!"
Beritahu ziyad mencengkam pipi gadis itu dengan kasar lalu ditolaknya. Zara yang sudah berdiri menarik lelaki itu kembali memandang dirinya.
"Demi Allah abang...Selama Zara menjadi isteri abang, Zara tak pernah pun bersetubuh dengan mana-mana lelaki selain abang..."
"Dan Zara bersumpah abang..Benih yang ada dalam rahim Zara ni semua adalah hak abang dan bukannya orang lain."
"Kenapa tuhan masih wujudkan lelaki yang penuh dengan ego macam abang ni.."
"Lelaki yang Zara anggap boleh menjaga segenap hati ini tapi sebenarnya lelaki ini jugalah yang menghancurkan segala harapan Zara."
"Sekarang Zara faham kenapa tuhan menguji hambanya dengan pelbagai ujian lebih-lebih lagi dalam rumah tangga ni abang.."
"Mungkin tuhan nak Zara bezakan antara lelaki terbaik untuk Zara bukannya dayus macam abang ni..!"
Luah Zara yang sudah tidak tahan lagi dituduh sebegitu sekali, hatinya terluka dengan setiap perlakuan lelaki itu padanya.
Berdesing telinga Ziyad dengan kata-kata terakhir daripada mulut gadis itu, tangannya dikepal-kepal seraya memandang tajam muka gadis berani itu.
"Aku dayus?..Kau tunggu..!"
Ziyad terus mengambil beg kepunyaan Zara dan diisi semua dengan pakaian milik gadis itu, setelah itu tangannya terus mencengkam rambut gadis itu menuruni tangga tanpa belas kasihan pun.
"Sini kau..!"
Zara yang sudah sakit diperlakukan begitu memegang erat pagar tangga bila terus ditarik kasar oleh Ziyad.
Pintu utama dibuka dia ditolak keluar bersama barang-barangnya bagaikan dia itu adalah seorang pengemis.
"Kau dengar sini Nur Izara Annisa..!"
"Aku ceraikan kau dengan talak 1 dan kau pergi berambus dari rumah aku..!
"Lelaki macam aku dah buktikan kedayusan yang kau banggakan sangat tu dan kau dengar ni Zara..Aku takkan pernah menyesal dengan keputusan yang aku buat ni dan sampai bila-bila pun aku takkan terima kau balik dalam hidup aku...!"
Pintu ditutup rapat meninggalkan Zara dalam tangisan yang hiba, tersedu-sedu dia menangis mengambil barang-barang miliknya dan keluar dari situ.
Kesakitan yang diterima kini akan terus disimpan selamanya di lubuk hati, kisah cintanya juga akan terus dikuburkan hingga tiada lagi untuk yang kesekian kalinya. Dia berjalan sendiri menyusuri jalan dalam kehampaan, biarlah kesedihannya ini berakhir begini.
"Tergores kisah cinta berbalut duka
Berbingkai senyum manis wajah yang seakan
Terlihat bahagia
Cerita pun tiada bermakna
Tangisan pun cukup disimpan saja
Hampa..
Sekian lama kita tak punya rasa
Semakin jauh kita berjalan bersama
dalam kepalsuan
Saatnya sekarang ku mohonkan
Lepaskanlah aku dalam genggaman
Hampa.."
_Zara
_______________
"Astaghfirullahaladzim Yad...!"
"Yad cakap apa ni Yad?, nak kahwin dengan siapa pula ni?. Yang kat rumah kamu tu siapa?, bukan bini kamu ke Yad?.."
Tanya Dato Zakri bila Ziyad datang ke kediamannya menyampaikan hajat mahu berkahwin lagi, niatnya datang ke kediaman itu adalah semata-mata untuk menyuruh papanya meminang kekasih lamanya Elena.
"Tolonglah pa faham kehendak Yad ni pa, Yad cintakan Elena pa..Elena lah yang faham dan setia dengan Yad selama ini pa, tiga tahun dia tunggu Yad pa..! Yad tak nak hampakan dia macam ni..!"
Dato Zakri yang mendengar luahan anaknya menggelengkan kepalanya saat ini, adakah anaknya itu sudah diguna-guna oleh orang luar?. Mengapa Ziyad boleh berubah mendadak sebegini.
"Ya Allah masalah apa lagi kali ini yang menimpa keluarga ini.."
Bisik dato Zakri di dalam hati, setelah itu dia berpaling memandang muka anaknya itu.
"Habis tu Yad dah bincang ke dengan Zara? Zara cakap apa Yad?"
Tanya dato Zakri lagi pinta kepastian dari anaknya tentang persetujuan dari Zara pula namun, jawapan dari anaknya itu telah memeranjatkan dirinya.
"Yad dah ceraikan dia pa..Dah lah pa tak perlulah nak fikirkan dia tu, dia bukan penting pun dalam masalah ni pa..Tolong pinangkan Elena untuk Yad pa, fahamilah perasaan Yad ni pa.."
Mengucap di dalam hati dato Zakri kali ini dengan perlakuan anaknya itu, dia menghampiri dan memegang muka Ziyad dan melihat sendiri ke dalam mata anaknya itu tanda dia tidak percaya.
"Yad cakap apa ni Yad..Yad sedar tak dengan apa yang Yad dah buat ni Yad, kenapa sanggup Yad buat macam tu kat Zara. Dia salah apa Yad?, cuba Yad jujur dengan papa."
"Ada yang papa tak tahu ke yang membuatkan Yad berubah hati begini, ini bukan perkara main-main Yad.."
Tanya dato Zakri lagi mengharapkan Ziyad mengungkapkan sesuatu yang membuatkan dirinya membuat keputusan begitu.
"Papa nak tahu?, betina tu dah curang dengan Yad pa. Sanggup dia menduakan Yad selama ini pa, dia menyundal belakang Yad selama ni demi kepuasan nafsu dia."
"Apa Yad tak cukup bagus ke untuk dia,
sampaikan dia sanggup tidur dengan jantan belakang Yad."
"Tapi papa mesti tak percaya kan dengan apa yang Yad beritahu ni, papa nak tahu dengan siapa? Papa tunggu pa..Papa tunggu Yad tunjukkan bukti pada papa..!"
Ziyad keluar menuju ke kereta dan mahu mengambil gambar-gambar kecurangan Zara bersama Zahir namun, pandangan matanya tertumpu pada sebuah kereta yang baru masuk ke kediaman papanya itu. Setelah itu, dia tersenyum sinis menanti lelaki itu keluar dari kereta.
Zahir yang baru sampai bersama Tania baru mahu masuk kedalam tapi, sudah diserang tiba-tiba oleh abangnya itu. Nasib baik Tania disebelahnya tidak terjatuh atas perlakuan kasar Ziyad.
"Kau kenapa ni bang..! Apa masalah kau?, kalau jatuh bini aku tu macam mana?. Dia mengandung tahu tak."
Marah Zahir memegang erat Tania disisi namun Ziyad sudah mencengkam kolar baju Zahir dan menariknya masuk kedalam dan ditolak jatuh ke lantai.
"Ahmad Ziyad..! Kenapa ni Yad..Apa lagi masalah kamu berdua kali ni?, tak habis-habis lagi ke nak bergaduh?."
Tanya dato Zakri lagi, namun Ziyad tanpa berkata apa-apa pun sudah menyerahkan gambar mesra Zara bersama Zahir. Dato Zakri yang melihat pun seakan terkejut dengan semua ini, betulkah apa yang terjadi ini.
"Tengoklah la pa..Anak yang papa banggakan dan buat perangai lama dia, ni ke cara dia nak berubah. Yad dah cakap dah dan memang susah untuk Yad percaya budak ni..!"
"Heh Zahir..Kenapa kau nak termenung lagi, ni ambil lah gambar ni beritahu kami semua kat sini."
"Seronok puaskan nafsu kau dengan bini aku?. Apa kata kau pergi cari dia kau pergi bela anak dalam kandungan dia tu, happy lah kau kan akan timang dua anak tak lama lagi.. Congrats..!"
Perli Ziyad seraya duduk menyandar di sofa merasa puas dengan semua ini.
Zahir yang melihat gambar-gambar itu terkesima di situ, bagaimana muka dia dan Zara boleh ada dalam gambar itu. Dia yang meneliti seakan tidak percaya dengan semua itu, gambar itu seakan tidak menampakkan cacat cela.
"Aku sumpah bang..Pa Hir sumpah Hir tak pernah sentuh kak Zara, Hir dah tak buat semua tu pa..Kenapa nak percaya bulat-bulat benda ni pa, apa kata kita siasat dulu semua ni. Ni fitnah ni..!"
Beritahu Zahir mendekat kepada papanya, matanya sudah merah menahan tangis. Dato Zakri yang mendengar sudah buntu untuk mempercayai siapa kali ini, dia terus naik ke atas untuk menenangkan diri.
Disebabkan gambar ini Zahir turut terkena tempias, Tania yang berada di belakangnya merampas semua gambar itu dan dilihatnya satu persatu.
Dia mengundur tidak percaya dengan apa yang dilihat, gambar di tangan sudah terjatuh disitu. Dia memandang suaminya dengan deraian air mata yang laju di pipi dan setelah itu dia keluar meninggalkan Zahir sendiri di situ.
"Sayang..Dengar dulu sayang, biy tak pernah buat itu semua sayang. Ni gambar fitnah ni sayang, bagi biy masa nak betulkan semua ni sayang. Biy sumpah bukan biy yang dalam gambar ni sayang."
Pujuk Zahir yang menarik tangan isterinya yang tengah sarat mengandung itu, namun gadis itu sikit pun tak mahu mendengarkan dirinya.
"Sayang nak pergi mana ni?, biy risau tau sayang macam ni. Biy hantar sayang, sayang nak pergi mana?."
Tanya Zahir dan membuka pintu kereta untuk isterinya itu, dia risau apa-apa yang akan berlaku pada isteri dan bakal anaknya nanti.
"Rumah papa..!"
Beritahu Tania dan dia mengikut saja ke tempat yang mahu dituju Tania kali ini, walaupun sekarang ini Tania masih marahkan dirinya itu disebabkan gambar itu.
•••
Zara yang berehat masih tertidur di sofa, semalaman dia menangis-nangis menceritakan masalah yang berlaku kepada Mila.
Lepas kejadian itu Zara yang menelefon Mila untuk datang menjemputnya, disebabkan perbuatan lelaki terkutuk itu menghalau nya seperti pengemis. Perkara itu sangat dirasakan tidak wajar oleh Mila.
Mila yang masih terduduk memandang sahabatnya yang dirasakan seperti mimpi saja, wajah sahabatnya itu ditatap sayu. Baru saja rumahtangga sahabatnya itu pulih dari kejadian dulu, kini lelaki itu sanggup berbuat begini lagi pada Zara.
Bukan itu saja, perceraian bukanlah boleh dibuat main. Apatah lagi ia dipandang serius di sisi agama dan Islam juga tidak menggalakkan perceraian begini, bagaimanakah nasib anak mereka berdua nanti jika perkara ini berterusan.
Mila sendiri tidak percaya dengan apa yang berlaku, dia juga seperti takut pula untuk berumah tangga. Disebabkan ketidakpercayaan dan orang ketiga lah perkara ini berlaku, rasa kasihan kepada sahabatnya dirasakan menggunung kali ini.
Sebenarnya dia sendiri mahu tahu rupa orang ketiga yang memporak perandakan keluarga sahabatnya itu, jadi kali ini dia benar-benar bertekad mahu bertemu mata dengan gadis itu.
Beg diambil dan dia bergegas keluar dari rumah sementara Zara masih tertidur, dirinya betul-betul nekad..Nak jadi apa pun, jadilah. Yang penting perempuan itu dah mencari masalah besar berbuat begitu.
Sampai saja di ZNE Holding Mila sudah sampai di department pejabat Zara, dia rela mengambil cuti hari ni untuk menjaga sahabatnya. Tapi peluang ini dari semalam lagi dia tunggu, bila Zara menceritakan keberadaan gadis itu di rumahnya dia sudah cukup bersabar.
"I nak jumpa Cik Elena.. Dia ada?"
Tanya Mila kepada Siti yang berada di depan bilik itu, muka gadis itu sudah garang di situ.
"Cik ada appointment ke?, nanti saya check."
"No..! No need for an appointment lah, ni bilik dia kan."
Tanya Mila dan terus meluru masuk ke bilik gadis itu dan melihat Elena yang duduk di meja menaip sesuatu.
"Oh kau lah yang aku nampak haritu?, Kau ni memang sejenis serangga perosak kan.. Eh..! perempuan mari sini, kau nampak tak apa ni?..!"
Tunjuk Mila botol hitam yang berisi air seraya menarik rambut gadis itu dari duduknya.
"Eh you siapa hah?, you nak buat apa dengan i ni..You memang gila lah, lepaskan i..! Siti..!"
Jerit Elena bila melihat botol hitam itu, dia seperti mengetahui apa isi dari botol itu. Mila yang menolak gadis itu menyimbah air dari botol itu ke muka gadis itu dan Elena yang sudah ketakutan menjerit kuat memegang mukanya.
"Eh kau tak payah nak over la perempuan..! Tu baru air kosong kau tahu tak, nasib aku tak bawa acid. Kalau tidak dah teruk muka kau tu aku kerjakan, lepas ni boleh lah kau cermin muka kau tu puas-puas."
"Aku tak sangka serangga macam kau ni sanggup nak rosakkan rumah tangga orang lain untuk kepentingan kau, perempuan tak malu..!"
Marah Mila lagi dengan bebelan panjangnya disitu, puas hatinya boleh mengenakan gadis itu begitu. Biar dia rasa.
"Berani you datang sini serang i, you tunggu.. I akan dakwa you sebab ugut i macam ni..!"
Jerit Tania lagi ketakutan begitu, namun Mila hanya tersenyum sinis.
"Eh ikut kau lah nak dakwa macam mana pun, kau ingat kau tu boleh selamat? Aku sendiri boleh pergi dakwa kau lah sebab dah jadi pengganggu rumah tangga orang."
"Kau tak tahu yang kau ni boleh didakwa, silap-silap haribulan kau peluklah tirai besi tu 3 tahun."
"Mila..! Kau buat apa kat sini hah..!"
Terkejut Ziyad bila melihat Mila yang sudah ada di bilik itu bila dia datang untuk menemui Elena, Elena dipandang risau di situ takutnya terjadi apa-apa pada gadis itu.
"Baguslah kau dah ada sekali kat sini..Eh Yad.. Kau ni memang lelaki tak guna kau tahu tak. Mana mata hati kau ni hah Yad, dulu kau macam orang gila merayu minta maaf pada Zara."
"Bila dah diberi peluang kau sia-siakan dia macam sampah kau tahu, hebat betul kau kan Yad."
"Eh, kalau semua jantan macam kau ni alamatnya penuh lah janda-janda kat luar tu."
Beritahu Mila dengan panjang lebar seraya menatap tajam lelaki di depannya.
"Kau cakap apa ni Mila, eh semua tu terjadi sebab dia sendiri lah. Biarlah dia terima suratan takdir hidup dia tu, memang dari dulu aku tak patut pun lah terima dia masuk dalam hidup aku kalau aku tahu dia menyundal macam tu."
Tengking Ziyad memandang marah gadis itu.
"Kau silap lah Yad..Patutnya dari dulu lagi Zara tak perlu nak terima kau lah, aku faham sekarang macam mana rasa sakitnya perasaan sahabat aku tu sekarang."
"Kau ingat ni Yad...Bila semua kebenaran dah terbongkar, aku harap kau jangan nak malukan muka kau tu merayu macam dulu lagi. Pada aku peluang kau dah tiada dah Yad, menangis air mata darah pun. Kau takkan boleh nak ubah apa-apa lagi."
"Aku dan Zara doakan kau semoga kau bahagia dengan perempuan tu sampai mati..!"
Mila berlalu pergi dengan menyeka air mata yang menitik di pipinya saat ini, dia harap Zara takkan pernah buka peluang lagi untuk lelaki itu lepas ni. Biarlah Zara mencari kebahagiaannya sendiri dengan anak yang dikandung itu.
"Eh aku takkan pernah menyesal lah perempuan..!"
Laung Ziyad dengan kuat mengejutkan semua yang ada di situ. Pintu bilik dihempas kuat dan dia duduk di sofa menahan marah dengan kata-kata perempuan itu tadi.
_______
Keberadaan Tania dan Zahir di kediaman dato Azman mengejutkan orang tua itu, anak gadis nya yang tiba-tiba menghampiri dan memeluk erat tubuhnya dirasakan telah terjadi sesuatu pula kali ini.
Zahir yang juga berada di belakangnya sudah tidak sedap hati, janganlah disebabkan perkara ini hubungan antara dirinya dan Tania retak.
Dia sudah menyayangi isterinya itu, lagipun perkahwinan antara mereka baru masuk beberapa bulan saja.
Tak mungkin dia sanggup nak buat perkara begitu lagi, selepas saja Zara menggugurkan dakwaan terhadap dirinya. Dia sudah bertekad mahu berubah ke arah lebih baik, dia sudah bertaubat dari kisah silamnya itu.
Tetapi kali ini tuhan menguji dirinya pula dengan ujian yang besar begini, mampukah dia mengharungi semua ini dengan wujudnya ketidakpercayaan orang sekitarnya itu.
"Kenapa kamu menangis macam ni Tania, kenapa?..Hir..Apa yang dah jadi ni Hir, kau buat apa dengan anak aku. Kau pukul dia ke hah..!"
Tanya dato Azman melihat anaknya menangis tidak berlagu, wajah merah itu ditatap lama dan dia memeluk erat anaknya.
Kasih sayangnya pada Tania masih utuh dalam sanubarinya disebabkan dia hanya mempunyai Tania satu-satunya anak tunggal yang dia ada.
Tania menggeleng melihat papanya itu dan memandang sepi wajah Zahir yang membuat dirinya terluka begitu.
"Tania nak berpisah pa..Tania nak duduk di Genting dengan pak long, Tania tak nak duduk sini lagi pa..Tolong Tania..!"
Menangis-nangis gadis itu merayu pada papanya untuk pergi jauh dari suaminya, hatinya begitu terluka bila memikirkan itu semua. Zahir yang mendengar pun terkejut dengan pernyataan isterinya itu.
"Tapi kenapa Tania?, kenapa buat keputusan terburu-buru ni. Kahwin cerai bukan permainan kamu tahu, apa lah yang ada dalam fikiran kamu berdua ni..!"
Marah dato Azman yang tidak tahu apa yang berlaku
"Hir..Cuba beritahu aku Hir, apa yang kau dah buat kali ni. Dulu kau dah rosakkan anak aku, sekarang kau buat macam ni pula. Aku tampar muka kamu baru kamu tahu..!"
Marah dato Azman tapi cepat-cepat ditahan Tania disitu, dia menggeleng-geleng untuk papanya berhenti menyakiti suaminya. Setelah itu, dia mendekat pada Zahir.
"Biy..I tahu selama ni you tak cintakan i pun, you kahwin dengan i sebab kan anak kita je kan.? Tak apa biy, i boleh jaga anak kita sorang-sorang dan kalau nanti you nak tengok anak ni i takkan halang pun biy."
"Cuma i nak you lepaskan i dengan cara baik, i nak hidup sendiri daripada i terus sakit macam ni. Tolong lah biy.."
Kata-kata Tania telah menyentuh jiwa lelaki itu kali ini, siapa cakap yang dirinya tidak mencintai isterinya itu.
Dia sangat cintakan Tania setelah dia mengangkat akad pertama dalam hidupnya, tapi Tania betul-betul sudah tersalah sangka dengannya begitu.
"Sayang cakap apa ni yang..Bila masa yang biy tak cintakan sayang, biy kahwin dengan sayang memang sebab anak kita yang akan lahir tu tapi biy dah cintakan sayang dah."
"Lepas biy akad nikah dengan sayang biy dah bersumpah untuk jaga sayang sampai akhir hayat ni dan biy tak pernah main-main dengan sumpah biy ni sayang.."
"Okay macam ni..Kalau sayang nak pergi tenangkan fikiran kat sana pun pergilah sayang, biy takkan halang. Tapi bukan dengan perceraian begini, biy tak nak dan biy tak sanggup nak berpisah dengan sayang."
Dato Azman yang mendengar keikhlasan menantunya sangat tersentuh sekali, dia mengesat air mata yang bergenang di kelopak mata nya itu.
"Tolonglah bagi masa pada biy untuk betulkan semua ni sayang, biy akan buktikan pada sayang yang biy betul-betul ikhlas cintakan sayang dan biy tak main-main sayang."
Pujuk Zahir dan mencium dahi isterinya yang masih menangis itu, setelah itu dia berbalik memandang mertuanya pula.
"Pa..Hir bersumpah pa Hir takkan siakan anak papa, walau apa pun badai yang melanda Hir akan tetap pertahankan rumahtangga Hir pa.
Tolong lah pegang kata-kata Hir ni pa, tapi buat sementara waktu ni Hir harap papa boleh tolong jagakan Tania untuk Hir."
"Hir sendiri akan buktikan semua itu pa.."
Zahir yang mahu berlalu pergi ditarik oleh Tania, gadis itu mencium tangan suaminya tanda dia kasih.
"Tania percayakan biy dan Tania akan tunggu biy sampai bila-bila."
Zahir tersenyum dan terus meninggalkan kediaman dato Azman, dirinya sudah bertekad walau cepat atau lambat dia akan buktikan yang dirinya tidak pernah bersalah. Moga tuhan akan membantunya mencari kebenaran untuk menyelesaikan semua ini.
__________
Zara yang sudah bangun dari tidurnya masih mengelamun panjang, dia merasakan dirinya betul-betul tidak berguna masa ini. Dia sendiri pun tidak tahu mahu membuktikan bagaimana lagi untuk membersihkan maruahnya, air matanya menitik laju tanpa sekaan pun dan hatinya robek dengan kedukaan.
Mila yang baru pulang membawa makanan yang dibelinya diluar, sejak dari semalam Zara tidak menjamah apa-apa makanan pun. Dia risau kalau terjadi apa-apa pada kandungan itu lebih-lebih lagi kandungan Zara masih baru.
"Zara..Kita makan sikit Zara..Kesian dekat baby tu, mesti dia lapar kan Zara."
"Tak pe aunty Mila sayangkan baby ni, jadi aunty Mila akan jaga baby ni sama-sama dengan mama eh."
Pujuk Mila yang masih menahan air mata, dia yang melihat keadaan Zara begitu pun dia sudah tidak sanggup. Kali ini dia mesti betul-betul kuat, dia tidak mahu Zara bersedih lagi. Air mata yang menitik di pipi gadis itu disekanya.
"Aku tak lapar Mila..Biarlah budak ni macam ni, lagipun nanti dia akan sorang-sorang juga. Daripada dia terseksa juga macam aku, biarlah dia pergi dulu."
Kata-kata Zara telah mengejutkannya saat itu.
"Astaghfirullahaladzim Zara..Tolonglah jangan cakap macam ni, jangan libatkan masalah ni dengan anak. Ni adalah anugerah dari Allah, kau tak boleh sia-siakan amanah Allah macam ni Zara."
"Aku tahu sulit untuk kau terima segala ujian ni Zara, tapi kau tahu bila kau dah bangkit berdiri sendiri. Kau takkan rasa pun kesakitan tu untuk kesekian kali, kau kena kuat Zara. Biarlah anak kau tu nanti akan jadi peneman hari-hari kau bila kau dah sendiri dan saat tu kau akan tahu betapa pentingnya anak itu nanti."
"Entahlah..Aku sendiri pun dah jadi takut nak berumah tangga Zara, tengok dari kejadian kau ni buat aku rasa nak jadi andartu lah. Aku nak bela anak-anak yatim baru lah hati aku tak terluka macam kau."
Cerita Mila lagi memberi semangat kepada gadis itu, Zara yang mendengar terus mendekati Mila yang juga putus asa takut untuk berkahwin.
"Jangan lah macam ni Mila...Tak semua lelaki sama Mila, cuma aku yang tersalah pilih jalan hidup aku."
"Dulu aku pilih dia sebab dia bersumpah untuk setia dengan aku walau badai yang melanda, tapi dia mungkir janji dia Mila. Aku harap suatu hari tuhan akan bukakan pintu hati dia tu dan pada saat tu aku sumpah yang aku takkan terima dia lagi Mila."
Tersenyum Mila mendengar gadis itu yang seperti sudah ada sedikit semangat dalam dirinya.
"Kalau macam tu kau makan, kita jaga baby ni sama-sama dan teruskan hidup macam biasa. Dah lah kau lupakanlah mamat tak guna tu, tiada hasil pun kalau difikirkan pasal dia."
Zara terus mengangguk dan dia sendiri sudah berjanji pada diri dia sendiri, dia akan cari kebahagiaan dia sendiri.
Sebuah kereta sudah berhenti tepat di depan rumah Mila, Zahir yang turun menekan loceng beberapa kali untuk bertemu kakak iparnya.
"Buat apa kat sini Hir?"
Tanya Mila seraya membuka pintu pagar.
"Hir nak jumpa kak Zara, dia ada tak?"
Tanya Zahir dengan bersungguh-sungguh mencari kakak iparnya itu.
"Ada Hir..Masuklah dulu, kak Zara ada kat dalam tengah makan."
Mereka berdua masuk ke dalam rumah untuk bertemu Zara di dalam.
"Kak..Hir sendiri tak tahu nak cakap macam mana tapi Hir tak sangka boleh jadi macam ni kak, siapa lah yang buat fitnah macam ni kak. Hir sendiri dah buntu bila dapat tahu benda ni."
"Sampaikan Tania nak bercerai dengan Hir kak.."
Terkejut Zara dan Mila disitu bila Zahir menceritakan mengenai Tania.
"Habis tu macam mana Hir, janganlah sampai bercerai-berai macam akak ni Hir. Tolonglah bincang baik-baik dengan Tania, akak pun tak sangka benda ni boleh jadi macam ni Hir.."
Beritahu Zara yang risau dengan keadaan Tania sekarang. Zahir yang mendengar terkejut pula disitu.
"Akak bercerai? Maksud akak abang Yad dah.."
Zara hanya mengangguk mengiyakan semua itu.
"Astaghfirullahalazim...Kenapa abang Yad ni bodoh sangat, sampai macam tu sekali dia buat akak."
Zahir yang sudah menggenggam penumbuk memang sudah tidak tahan lagi kali ini, abangnya memang dah betul-betul buta tak boleh nak bezakan semua ini.
"Hir minta maaf kak, disebabkan gambar tu akak sampai dah bercerai macam ni, Hir janji akak..Hir akan cari bukti untuk pulihkan semua ni kak, kita akan bersihkan nama kita ni akak."
"Pasal Tania akak jangan risau, dia percayakan Hir kak. Hir bersyukur sangat dan Hir suruh dia tunggu untuk Hir buktikan semua ni. Lagipun sekarang ni dia nak tinggal di rumah pak long dia kat Genting, Hir yang kena ulang alik pula nanti. Tapi Hir tak kisah pun kak."
Beritahu Zahir yang bersungguh-sungguh disitu. Namun, zara hanya tersenyum.
"Hir buatlah untuk Hir..Akak dah tak ada peluang tu Hir, semuanya dah terlambat. Perkara yang dah jadi antara akak dan dia sudah jadi debu, dah tak boleh nak ubah dah takdir kami. Mungkin jodoh kami sampai sini je dan akak redho Hir."
Ucap Zara yang sudah tiada air mata untuk menangis lagi, kali ini dia pun sudah tidak mahu berpaling ke belakang.
Zahir hanya mengangguk memahami semua itu.
"Tapi Hir tetap janji untuk bersihkan nama akak juga, budi yang Hir tak dapat nak balas selama ni Hir akan tunaikan kak..Hir minta diri dulu, Assalamualaikum.."
Zahir meninggalkan rumah Mila dengan satu genggaman erat tangannya, perbuatan abangnya pada Zara memang betul-betul melampau kali ini. Sikit pun lelaki itu tidak mahu siasat perkara ni, suami macam apa lah seperti itu. Kali ini dia akan benar-benar buat lelaki itu menyesal suatu hari nanti.
"Pergilah jangan kau kembali
Menambahkan lagi luka ini
Kupasrahkan suratan cinta
Biarlah ku yang menanggung siksaan ini
Kan ku pergi jauh darimu
Dan takkan bersama
Selamanya"
_Zara
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel